Tindih ( Mak ) Part 3

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Terima kasih selagi lagi kepada Team FS siarkan ceita saya😊. Dan tak dilupakan juga kepada korang yang sudi baca pergalaman aku ni. Thank you support aku🥰.

Sebelum aku mulakan story aku ni. Aku nak beritahu yang aku akan gunakan bahasa yang mudah difahami semua orang. Takut kalau guna bahasa kedah, banyak yang susah nak faham kan. Mungkin ada terselit sikit sahaja bahasa kedah. Jadi let’s go

Sebelum ni aku ada cakap kan, aku nak beritahu macam mana mak aku boleh rasa benda tu ada. Alkisahnya macam ni.👇

( Hantu Raya & Pocong )

Ni masa zaman mak aku sekolah rendah, sebelum terjadinya benda ni. Di tepi sekolah mak aku ada jiran yang kematian bayi. Jadi cikgu kelas Mak aku ajak semua murid-murid di kelas dia pergi ke kubur tengok bayi tu dikebumikan. Mak aku taknak ikut, yalah sapa yang tak takut pergi kubur nak-nak pula ada bayi baru yang meninggal lagilah rasa takut tu meninggi. Mak aku jenis takut tengok orang meninggal. Mungkin sebab tu benda ikut sampai ke rumah.

Tapi disebabkan cikgu paksa juga Mak aku pergi, jadi terpaksa mak aku ikut walaupun masih rasa takut tak hilang. Dah habis perkebumian bayi tu, cikgu dan murid-murid pun baliklah ke sekolah.

Malam selepas kejadian Mak aku tengok bayi tu, kali pertama Mak aku kena tindih, tapi masa tu, mak aku tak tahu nak baca apa, jadi macam mana nak lawan kan.

Masa mak aku kena tindih, mak aku buka mata dan ternampak bayang pocong melekat dekat pintu bilik mak aku. Dan tiba-tiba pulak mak aku rasa tepi Mak aku ada hantu raya macam bayang-bayang, mak aku tutup mata dan rasa pula ada tanah perkuburan. Naya betui benda ni kacau mak aku haiihh…

Tiba-tiba tap, lampu bilik mak aku dibuka oleh Arwah Makcik aku. Dan Alhamdulillah Mak aku pun terlepas dari kena tindih. Tapi Mak aku cakap masa kena tindih tadi, mak aku dah tawakal kalau m**i masa tu. Sebab tenaga mak aku dah nak habis, nak pulak pakej sesak nafas dan rasa takut, memang tawakal dekat Allah 100%.

Alhamdulillah Allah masih beri mak aku kesempatan untuk terus hidup. Lepas-lepas kejadian tu, mak aku terus belajar baca ayat kursi dan ayat pendinding diri.

Semenjak dari kejadian ditindih oleh makluk halus. Lama-kelamaan Mak aku boleh rasa dimana-mana sahaja Makluk Halus tu ada. Dan juga makluk-makluk halus itu pun makin kuat juga dikacaunya Mak aku. Yalah kita semakin hari semakin kuat, makluk halus tu pun semakin kuat untuk kacau kita. Badan kita ni bila dah kena tembok satu lubang oleh makluk halus tu, jadi senang yang lainya nak masuk keluar badan Mak aku. Dan dah makin banyak lubang yang diorang buat dekat badan Mak aku. Cohtohnya macam rasuk. Bila dah sekali kena rasuk mesti selepas tu pun still kena rasuk kan!. Sebab dah ada lubang dalam badan kita yang depa boleh masuk. Jadi kalau yang dah lama kena benda ni, susah untuk pulih dalam sekejap. Tapi kalau dengan izin Allah. In Sha Allah, Mungkin ada satu keajaipan yang terjadi kan☺️. Allah Maha Pengasih. Semoga Allah beri kami kekuatan untuk tempuhi ujian ini. Amin!.

Kan aku pernah cakap yang keturunan mak aku ni banyak kes kena tindih sampai lembam-lembam.
Mak aku pernah cakap yang zaman tok moyang aku dulu mungkin ada yang membela atau benda-benda ni dari hutan. Tapi tepi rumah tok aku ni, dulu dia membela. Tapi sekarang tak dah. Mungkin ni salah satunya sebab kenapa keluarga Mak aku kena kacau oleh makluk halus.

Pernah mak aku kena rendam dalam air oleh makluk halus tu nak bagi mak aku lemas, ada sampai bawa pedang nak tikam mak aku. Banyak lagi makluk halus ni buat kat mak aku. Ada juga yang cik pon yang baik hati tolong torehkan tangan mak aku. Ni aku akan stroykan dekat bawah yang mana sempat aku ceritakan. Tapi kalau yang tak sempat aku cerita. Lain masa pula nanti aku sambung. Okey?.

Tapi terserah korang nak percaya atau tidak, aku tak memaksa ya, lagipun kadang-kadang apa yang mak aku alami ni tak ramai yang kena atau tak seteruk mak aku. Tapi bagi aku yang sudah lama kena kacau dengan makluk halus ni, aku percayakan mak aku. Sebab aku tahu macam mana teruknya mak aku kena. Mungkin nampak macam dongeng mungkin nampak macam aku reka cerita, but bagi aku realiti dalam dunia ni tidak ada yang mustahil. Makluk halus, jin, syaitan, bunian, makluk Allah juga. Jadi tiada yang mustahil dalam muka bumi ni. Ada yang nampak diorang ada yang tidak. Jadi tak semua orang boleh faham apa yang kita rasa bukan.?

Sebelum aku nak ceritakan lebih lanjut, aku nak beritahu yang sebelum aku dan keluarga aku pindah baru-baru ni, kami sekeluarga pernah pindah tiga buah rumah, yang pertama adalah rumah kampung, kedua adalah rumah flat dan yang ketiga adalah rumah teres dan yang keempat ni rumah teres juga (rumah baru yang kami duduki sekarang). Jadi setiap rumah mesti ada yang dikacaunya. Yelah benda ni ikut kan. Tapi sejak datang rumah baru ni, jarang mak aku kena kacau dah. Mungkin sebab rumah lama kami tu benda dah banyak sangat yang ikut kami, sebab tu makin banyak dekat sana.

Sekarang aku akan mulakan dengan rumah flat, sebab masa dirumah lama kami di kampung mak aku mungkin lupa-lupa ingat, jadi tak boleh nak cerita disini. Lagipun masa tu aku kecik lagi. Okey jom story.

(Adik Beradik Cik Pon-pon & Si Jemalang Ninja)

Masa mak kena tindih, ada dua orang adik beradik ni, sapa lagi kalau bukan cik pon-ponlah. Diorang datang toreh tangan mak aku. Satu tinggi satu lagi pendik. Tahu diorang cakap apa masa toreh tangan mak aku.? Ni dialong cik pon sekalian.

Cik pon pendik ” dia ni tak sakit ke kena toreh tangan” dan si cik pon tinggi pula bercakap “mestilah sakit” lepastu boleh pula diorang gelakkan mak aku. (kalau aku boleh smash down diorang ni, aku dah smash down doh😂) geram lak aku dengar Mak aku ni cerita.

Okey sambung balik.

Lepastu apa lagi, Mak aku baca ayat kursi terus cik pon-pon tu mengelupur sampai tak cukup tanah nak lari😂. Pandai muka tahu panas pula kena ayat suci Al – Quran. Ingatkan dah habis lepas cik pon tu pergi, tapi datang pulak jembalang ninja hitam datang lompat-lompat dekat dinding terus datang ke arah mak aku dengan ditangan dia ada pedang yang sangat besar dan panjang nak tikam jantung mak aku.

Roh Mak aku cuba tahan pedang ditangan dia dari tertusuk di jantung mak aku. sambil berdarah-d***h tangan mak aku pegang pedang tu. Sambil tahan pedang tu sambil tak putus-putus baca ayat kursi. Alhamdulillah disebabkan mak aku tak putus-putus lawan ninja ni, jadi dia pun pergi. Alhamdulillah syukur Allah selamatkan mak aku.

Nak dijadikan cerita, rumah lama aku (rumah teres) ni juga teruk mak aku kena. Jadi dikanan rumah aku kejiranan adalah islam, dan disebelah kiri pula adalah india.

Tapi sebelum aku nak buka cerita ni, aku nak minta maaf kepada orang yang beragama india. Saya bukan nak rasis atau niat nak burukkan agama india, tidak sama sekali. Apa yang saya nak ceritakan ni ada mengena dengan kejiranan saya yang beragama india. Maaf sekali lagi.

Sebab dalam situasi aku dan mak aku, kami tak boleh duduk di kejiranan orang yang beragama lain selain islam. Sebabnya benda ni seperti maknet, ada tarikan dari rumah ibadat mereka dan tempias kena kami sekeluarga. Tapi yang teruk kena Mak aku lah.

(Orang Tua)

Mak aku cerita dekat aku yang ada orang tua datang dari dinding rumah jiran aku (india) dengan memengang tongkat. Ala macam orang tua-tua guna tongkat tu kan. Masa tu mak aku tidur dekat sofa di ruang tamu,

Tiba Tiba ……

Ada sesuatu benda yang tarik kaki mak aku nak bawa masuk dari diding tu, sapa lagi kalau bukan orang tua tu. Masa dia tarik tu roh mak aku tau, mak aku masa tu tengah kena tindih takkan benda tu nak tarik jasad mak aku pulak. Jadi ni fight antara roh mak aku dan orang tua tu.

Dan tua-tua pun nak kacau orang lagi, insaflah wahai makluk tuhan. Ish ish ish😑. Mak aku masa tu geram pula, jadi mak aku maki benda tu, “tak guna punya orang tua” masa mak aku story tentang benda ni dekat aku, aku tergelak juga. Yalah sapa yang tak tergelak kalau mimik muka mak aku dengan bercakapan lawak benor.😂

Mak aku apa lagi, terus baca ayat kursi dan bayangkan nama Allah dalam otak. kena fokus betul-betul, tiba-tiba dia panas terus dia masuk balik dalam diding yang dia datang tu. Haaihh, tahu pulak balik. Ingatkan taknak lepaskan mak aku tu. Alhamdulillah sekali lagi Allah selamatkan mak aku sebelum jadi apa-apa yang lagi teruk.

Kalau tak lawan, alamatnya benda ni yang menang. Mak aku ada cakap, kalau mak aku tak lawan, mungkin mak aku dah tiada dekat dunia ni. Tenaga habis disebabkan lawan benda ni. Kita bila kena tindih ni, macam bukan tapi memang dah diambang maut dah. Cuba bayangkan, kau lepas lari pun perlukan air untuk bagi kau tenaga, inikan pula kena tindih yang kau hanya boleh gerak kalau kita lawan dengan benda ni. Dah longkai badan kita ni makluk halus dibuatnya. Habis badan jadi sejuk macam dah nyawa-nyawa ikan. Sesak nafas tu tak boleh nak buat apa dah. Berserah dekat Allah masa tu. Roh kita yang lawan dengan benda tu. Batin kita kena kuat. Kena tindih ni ibarat macam kau tolak almari yang berat sangat-sangat tapi dia tak jalan jugak. Makin kau lawan makin kau dihempap lagi kuat. Boleh pulak dia tambah lagi beban walaupun yang sedia ada ni dah teruk dia hempap kita🤦‍♀️. Ayoyo..

Banyak lagi kisah mak aku dan aku nak paparkan, antaranya hantu rendam mak aku dalam air. Benda tu muka buruk gila datang dekat mak aku. Jemalang hitam ada banyak jenis, dan banyak lagi.

Kalau aku. Aku tak habis cerita tentang toyol, perempuan yang berpakaian serba merah tapi macam kebaya pun ada. Jadi nak tahu lebih lanjut saksikan chapter selanjutnya dalam

Tindih Part 4 ( Mak Dan Aku )🤭. Rasa lawak pula banyak chapter ni😂. Aduhai, maaflah layankanlah kerenah saya yang tak seberapa betul ni

Sampai sekarang aku dengan Mak aku tak puas hati dengan cikgu tu😂. Yalah gara dia mak aku kena, cihh takdak lah saja ja lawak jangan serius sangat nah. Kami redha ja. Dah Allah pilih kami (aku dan Mak aku ) untuk kena benda ni. Doakan kami dan orang yang kena makluk halus ni kuat untuk lawan benda ni. Kadang mental kami semua terjejas disebabkan benda ni.

Jadi kami kena kuat untuk tempuhi ujian-ujian ni. Mungkin sesetengah orang nampak benda ni macam biasa or mungkin kami yang nampak over. Tapi hakikatnya kami yang merasa dan kami yang lawan dengan benda ni. Tak salahkan korang kalau ada yang masih was-was untuk percaya. Tapi jangan kata kami semua ni jenis tak kuat imanlah jenis lemah lah.

Pakcik, Makcik, Kak², Ibu², Adik² sekalian ya. Gue dan semuanya penat lelah lawan makluk halus tu, boleh pula kau cakap iman kami lemah. Oyaoya. Cantik cekedak hang. Kang aku suruh makluk halus datang kacau hang baru tau. Nak sangat cakap macam hang yang pulak iman kuat nah.😤

Ni nak pesan sikit, sikit pa banyak jugak, alang-alang dah terlajak marah ni nak jugak ada nasihatnya. 🤭 FS maaf ya, saya nak selitkan sedikit teguran kepada semua. Harap FS izinkan saya.☺️

Setiap orang Allah uji berlainan dugaannya. Jadi bukan kerja kita nak ambil kerja Allah untuk hukum seseorang tu. Nak tegur, tegur elok-elok bukan perli kaw-kaw punya. Nabi pun tak ajar kita tegur atau nasihat macam tu. Setiap manusia ada kebaikan dan kekurangan. Tiada manusia yang sempurna dalam muka bumi ini.

Stop share tentang hadis-hadis palsu semua, sedih tengok hampa share macam takda buat salah. Tahu tak korang dah malukan Nabi kita, Nabi Muhammad SAW. Jangan jadi seorang yang seperti ini. Serius sebak tengok orang share walaupun niat dia cuba nak bagi pengajaran.

Ceq oiiiii…. Hang tu faham dak HADIS dan Al-QURAN saling berkaitan. Yang hang duk buat pengajaran guna hadis palsu watpa. Nak kena smash down dengan aku. Ingatkan satu ja aku pesan.

!NIAT TAK MENGHALALKAN CARA!

Hang guna HADIS ATAU AL-QURAN YANG PALSU untuk nak bagi orang insaf or everything pun. Sila simpan balik niat suci hang tu. Kau ingat NILAI HADIS DAN – AL-QURAN ni murah sangat ke.? Allahu, kenapa tergamak hampa buat macam ni haah! Tak takternilaikah HADIS DAN AL-Quran ni.😢

Dan satu lagi, kalau nak juga share Hadis atau Al-Quran. Boleh rujuk kepada “sesiapa yang mahir dalam ilmu agama” ya. Cari yang betul-betul. Ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah pun banyak hampa tanya. Mungkin boleh masuk group usrah-usrah ni. Banyak orang hampa boleh tanya tentang Hadis ni. Tahu kenapa aku topik aku lebih beratkan hadis dari Al-Quran.. Sebab sumber Al-Quran lebih senang nak dapat, tapi kalau Hadis ni banyak yang depa dah palsukan. Dan banyak hadis palsu sampai sekarang terkenal lagi.

Maaf aku dah lupa tentang hadis palsu yang aku tahu, tapi boleh tengok di Ig Pu Azman dan Ustaz-ustaz lain yang ada kiriman tentang hadis palsu ni.

Dan sesiapa yang baik hati, boleh sharekan hadia yang palsu pada komen nanti. Senang orang nak tahu mana yang sahih dan mana yang palsu.🌹

Semoga Allah Permudahkan Segala Urusan Awak Semua. Dan dimurahkan Rezeki selalu. Amin!

Musim PKPB ni banyak ujiannya, Jadi Saya Harap Awak semua Bersabar ya. Bak kata orang ” mungkin ada pelangi selepas covid 19″. Bumi kita pun dah banyak yang tercemar. Mungkin ni salah satu Allah turunkan untuk bersihkan Alam kita.

Bersangka baik dengan Allah, setiap ujian mesti ada pelangi selepas itu, mungkin ada yang lama atau dan yang sekejap untuk dapat pelangi yang cantik itu. Janji hampa tak putus-putus berdoa kepada Allah. Allah sangat sayang pada hambanya. Jadi kenapa tidak kita tunjukan kasih sayang kita kepada Allah dengan perbanyakan amalan-amalan kita.

Dengar Al-Quran pun dapat pahala (orang yang masih belajar dalam membaca Al-Quran), inikan pula orang yang membaca Al-Quran pun dapat pahala.

Kita ni nak buat dosa senang nak buat pahala pun senang, semua tu atas diri kita sendiri. Kita yang pilih jalan hidup kita. Semoga Allah Rahmati Kita.

Sekian Terima Kasih Dari Saya Nur Intan. Maaf Kalau Ada Salah Silap Atau Terkasar Bahasa Dalam Penulisan Saya☺️.

#mohon kalau salah silap dalam penulisan saya, tolong tegur saya ya. Terima kasih sekali lagi.

Assalamualaikum.

Hantar kisah anda : fiksyeshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]
Intan

5 thoughts on “Tindih ( Mak ) Part 3”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.