Tindih Part 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Terima Kasih Fiksyen Shasha sekali lagi sebab siarkan cerita saya sebelum ni 😊. Dan tak dilupakan jugak kepada hampa semua yang sudi baca cerita aku ya.

Ni link cerita aku sebelum ni bagi yang tak baca lagi

https://www.facebook.com/210245742651319/posts/1164065233936027/

Eh sebelum tu, aku nak minta maaf kalau cerita aku ni memeningkan bagi sesetengah orang ya…sebab aku baru mula nak berjinak-jinak dalam menulis ni. Harap hampa terhibur nahh..

Part 2

Ni sebelum kes aku pergi kubur Arwah Makcik aku, Dalam bulan 10 tahun lepas.

Disebabkan Kak aku student dekat KL dan banyak barang dia perlu bawak balik dari KL ke Kedah, dan disebabkan itu, aku dengan Mak aku ni jenis berhati mulia..cewah mulia sangat😂, jadi kami pun berbincanglah seperti makcik-makcik bawang bilanya nak pergi KL.

Sedikit info bagi hampa faham sikit, Sebenarnya Kak aku ni dah habis study beberapa bulan sebelum balik Kedah. Jadi dia balik Kedah untuk praktikal dekat sini, Senang cakap sebab Mak aku risau Kak aku duk jauh dari kami sekeluarga. Yelah bak kata Kak aku, Dia kan anak kesayangan Mak🤷🏻‍♀️hahhaha. Abaikan ja Kak aku tu, Dia memang peransantan sikit, macamlah kite jeles awak cakap macam tu😂.

Jadi nak tak nak aku kena pergi jugaklah ke KL untuk ambil barang Kak aku tu..haaihh dah lah aku ni jenis mabuk kenderaan, nak muntah ja kerjanya nasib tahan. Huuhuhu… Serius aku pernah muntah dekat dalam teksi tapi aku tahan guna tangan aku..haaihh buat malu ja.

Okey sambung semula yang tadi tu. Masa sampai dekat bawah kondo kak aku tu, badan aku dah jadi seram sejuk. Aku tengok kondo tu cantik tapi taktau kenapa badan aku akan jadi automatik seram sejuk kalau ada kaitan dengan rumah Flat, Kondo atau Rumah-rumah yang bertingkat tingkat ni. Tapi disebabkan aku ni jenis seorang positif lah katakan, jadi aku tak ambil kisah tentang apa yang aku rasa tadi. Masa sampai tu pun dah nak dekat dalam pukul 5 atau 6 macam tu kut.

Dan malam pun menjelang, dah siap mandi, solat makan apa semua. Masa untuk tidur pulak. Bilik yang Akak aku duduk ni ada 6 orang sebab tu bilik Master Room. Dan ada 2 bilik lagi, tapi setiap sebilik tu hanya 2 orang sahaja yang duduk. Sebab Master Room posisi dia di tengah, dan 2 bilik lagi tu kiri dan kanan Master Room. Depan Master Room Tandas. Jadi Ada 2 tandas dekat Kondo ni. 1 dalam bilik Master Room, 1 lagi dekat depan Master Room.

Disebabkan banyak orang dalam rumah sewa tu takdak, mungkin ada yang balik cuti kut. Dan Kak aku cakap, yang sorang lagi tidur rumah kawan dia. Aku pun dah lupa dah. Disebabkan bilik akak aku ni hanya ada seorang sahaja yang ada masa tu. Jadi bolehlah kami tidur dekat katil yang masih ada.

Okey part seram disini, dan shuuu🤫 ada yang memerhati kita..hahahha😂 Lawak ja jangan marah-marah nanti kedut muka tu..🤭 Tak kacak dan tak cantik muka tu nanti.

Ni betul-betul seram.
Masa ni semua dah tidur, dan tiba-tiba aku tak boleh nak gerak dan woww siot, tau dak aku nampak macam banyak benda datang dari depan muka aku dengan lajunya..macam nak berlumba-lumba masuk dalam badan aku pulak. Aku dengan serta merta tutup mata balik dan cuba ingat Allah dan Allah Sahaja. Dan tiba-tiba dia hilang dengan sendirinya.. Aku fikir dia dah blah dah, Gaya nak tidur balik kena lagi wey… lagi dan lagi, serius banyak tenaga aku buang disebabkan nak lawan benda ni saja. Disebabkan penat yang melampau duk lawan benda ni sampai kesudah taknak mengalah, dan aku terpaksa gagahkan diri walaupun badan aku tersangatlah letih untuk cari fon aku dan bukak ayat ruqyah. Aku ingatkan bila aku dah bukak ayat ruqyah siap pakej aku baca ayat yang mana aku hafal dia tak kacau aku dah. Tapi makin kuat pulak dilawanya. Aku dalam hati kata “apa masalah depa ni duk kacau aku, tak kerja lain ka nak kacau orang nak tiduq” penat wey serius penat.

Dalam masa beberapa minit jugak aku bangun tidur bangun tidur sampai aku rasa taknak tidur dah, sebab badan aku memang jadi lemah sangat, Rasa nak nangis pun ada. Dan hampir beberapa minit bertarung dengan dia, dia pun pergi, dah penat sangat kut nak kacau aku sebab tak dapat nak tindih lebih lama lagi, dia pun dah pergi dan aku dah boleh tidur dalam kepenatan yang masih terasa di seluruh badan aku.

Allhamdulillah lega sikit aku..aku selalu ingat kalau aku terlepas dari depa ni, mesti Allah yang tolong aku. Syukur aku masih bernafas sampai sekarang. Masa aku kena tu jam dalam pukul 11, 12 atau 2 macam tu kut. Tak berapa nak ingat pulak hihihi..

Mesti ada yang tanya kenapa aku tak kejut Mak atau Kak aku kan? Sebabnya aku taknak kacau mak dengan akak aku. Yalah depa pun mesti penat kan, kena pulak kejut pagi-pagi mesti aku kesian. Memang bagi hampa alasan ni tak masuk akal, tapi tu memang aku. Jenis tak suka bagitau orang walaupun teruk sangat kena!

Sedar tak sedar pagi pun menyelang. Macam biasa duk rumah orang mana ada barang masakan nak dimasak, jadi memang beli ja makanan selama du

duk kat situ, tak lama sangat duk rumah sewa tu. Dalam 2 atau 3 hari macam tu. Beli makanan pun bajet-bajet ja.

Kak aku yang tolong belikan kat kami makanan sebab aku dengan mak aku ni jenis malas nak turun, mesti ramai orang hahaah..mestilah ramai dah nama pun kedai makan kan..ayokkk. Masa tengah oder kat akak aku ni, aku saja bukak cerita pasal malam tadi kena tindih. Lepastu tahu mak dengan kak aku cakap apa? Kak aku cakap “Awat tak gerak kak malam tadi?”. Aku cakaplah yang aku kesian sebab takut nanti mak dengan kak tak larat. Depa balas balik hampa. Kak aku cakap “Dahtu hang memang perlu kami kan.. Benda ni bukan benda main-main.” Macam tu lah ayat dia, aku pun lupa-lupa ingat. Yalah mak dan kakak mana tak risau bila anak dan adik dia kena benda ni kan?.
Tahu apa mak cakap lepastu?

Jeng jeng jeng…

Mak aku nampak puntianak duduk kat meja belajar dekat rumah tamu 1 dan dekat almari Master Room 2. Almari tu tepi mak aku ja, macam selang 2 katil almari tepi tu. Master Room ni taklah besar sangat tak kecik sangat sederhana. Katil dekat Master Room tu memanjang bukan katil 2 tingkat ya. Mak aku cakap pontianak tu tak kacau orang cuba duduk kat tempat yang depa duduk tu ja.

Ni lagi lawak hahhaah… Kak aku lupa nak cakap kat mak dan aku yang kondo dia duduk ni memang ada benda, Dan ada orang mai baca apa semua dah tapi still benda ni ada. Mungkin ni dah jadi tempat depa kan.

Aku dengan mak aku apa lagi. Marahlah kak aku yang tak bagitau ada benda kat kondo ni. Yalah kalau bagitau aku boleh lah persiapkan diri untuk lawan benda tu! Lepas-lepas jadi macam tu kat aku tu. Mak aku suruh tidur dekat ruang tamu, jangan fikir lain nah. Tidur sekali dengan kak dengan mak akulah. Takkan nak tinggal aku lepas jadi macam ni. Naya aku gila sorang-sorang dekat situ jugak satgi..huhu

Alhamdulillah lepas tu takdak dah ganguan bila aku tidur dekat ruang tamu. Dekat ruang tamu tu ada balkoni, dan kadang-kadang bila aku tengok balkoni tu rasa macam… Tet tet tet haihh fikiran jangan merewang sangat intan. Hahaha.. Yalah benda ni kan suka buat otak kita merewang entah kemana-kesini-kesana ewahh..eh nyanyi pulak.

Habis dah cerita aku ni..sampai disini sahaja aku bercerita tentang apa yang terjadi dalam kisah seram aku ni. Terima kasih kepada pembaca yang sanggup baca cerita aku yang panjang berjela ni😂.

Dannnnnnnnnnn

Persoalannya macam mana mak aku boleh rasa ada cik pon ye?🤔 nak tahu tak?

Kalau nak tahu kenalah tulis (NAK) dalam komen. Nanti bila ada masa terluang aku akan cerita lagi menarik tertarik kau memang depop yang seram untuk hampa semua nah🤭.

Sedikit info pasal mak aku nampak cik pon tu kan. mak aku ni dia boleh rasa benda tu ada, nampak benda tu guna mata batin .. Boleh rasa yang benda tu ada kat sini ka kat sana ka. Macam tu lah..

Okey ni betul-betul dah habis. Sekian Terima Kasih.😊

Dan Selamat Berpuasa Semua. Sila Patuhi Undang-Undang PKPB ya. Semoga Covid 19 hilang dari dunia ini, Amin…

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 3]
Intan

11 thoughts on “Tindih Part 2”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.