Assalamualaikum dan hai, terima kasih kepada fiksyen shasha kerana menyiarkan coretan ira, kisah kali ni ialah sambungan kepada TINGKAT 4 I DAN TINGKAT 4 II, tanpa berlengah mari lah kita ke cerita seterusnya iaitu bilik kesihatan yang berada di tingkat 2…
Third Story: Bilik Kesihatan
“Nurul Ain, Nur Zahirah, Atikah Suzzie, Akmal Danish, Firash,etc, nama-nama yang dipanggil boleh amik kad ni dan pergi ke bilik kesihatan dengan segera okey”. Kedatangan kad hijau yang sering digeruni oleh semua murid selalu tiba di awal tahun persekolahan, apa lagi kalau bukan kad pergigian, bagi aku pengalaman aku dengan kad pergigian ni kalau boleh memang aku ingin lupuskan terus dari ingatan aku ni.
“Uishh gigi nok tumbuh baru blako dh ni,misi cabut blako deh 3batey ni”(Uishh gigi semua dah nak tumbuh baru , misi cabut semua ye 3batang ni) kata misi yang check gigi aku. Surat kebenaran ibu bapa diserahkan kepadaku. Setelah mendapat keizinan kedua ibu bapaku, selepas dua hari aku dipanggil semula untuk proses pencabutan gigi. Macam biasa bius lepas cabut letak kapas semuanya normal masa tu. Tapi selepas aku balik ke rumah pendarahan hasil dari cabutan gigi tadi masih tidak menunjukkan tanda untuk berhenti.
Pada malam tu aku tidur dengan berisi d***h di dalam mulut oleh kerana pendarahan masih tidak berhenti. Ayah aku bawak aku ke klinik gigi namun doktor tersebut berkata pendarahan yang berlaku itu tiada kaitan dengan gigi yang baru dicabut, macam tak munasabah kan? Malam tu aku tidur dengan berisi d***h di dalam mulut oleh kerana pendarahan masih tidak berhenti. Oleh kerana aku ada exam keesokan harinya aku terpaksa pergi ke sekolah juga walaupun telah diberi mc selama 2hari.
Pendarahan gigi aku masih tidak berhenti semasa menjawab kertas soalan dan cikgu mengarahkan aku untuk ke bilik kesihatan untuk mendapatkan rawatan, namun tiada pon kelibat misi pada hari ni , aku beranggapan misi tidak datang kerana mereka mengunjungi sekolah lain .
Berseorangan lah aku di sini, detik hatiku .Tanpa aku sedari aku tertidur, aku tersedar kerana kesakitan di gusi, terasa gusi aku berdenyut dengan sangat kuat , lantas aku membuka mata ada sesuatu melintas dari tepi aku seolah olah tersentak kerana aku sudah terjaga, aku pikir itu hanyalah ilusinasi aku kerana baru tersedar.
Aku kerling jam tangan aku menunjukkan jam 10.10 minit pagi, sudah waktu rehat.Mungkin sebentar lagi Su akan datang menjengukku. Kretttt krrettt , “aih sejak bila lak ada orang, bukan tadi aku sorang ke kat sini?” Aku bermonolog sendirian.
Kelihatan seorang budak perempuan yang berumur lebih kurang sebaya denganku mengalih tubuhnya daripada berhadapan denganku.Jika dilihat dari pemakaiannya seperti non muslim, tapi setahu aku di sekolah ni tiada murid yang non muslim kalau adapun si Xiao Lin budak darjah 5 tu tpi dia lelaki.Mungkin budak baru kot simpulku. Budak perempuan tu terlihat seperti tidak selesa kerana dia seolah olah menggelupur di atas katil, “awak oke dk?”(awak okey ke?” Aku bertanya namun tidak dibalas.
Dia kemudian bangun untuk minum air dan kembali baring seperti tiada apa apa yang berlaku. Aku mula berpeluh dingin kerana aku perasan yang semasa dia bangun tadi dia berjalan smooth je dan bila aku tengok ke bawah kaki dia terapung!!. “Awk lamo dh ko skoloh sini”( awk dh lama ke skolah kat sini) Dia membuka bicara. Eh acah ramah lak makhluk ni , aku mula serba salah sama ada aku ingin berlari keluar atau terus berada di situ, kalau aku lari keluar memang sah ii tergolek aku turun tangga nanti sebab tengah tahan sakit, tapi kalau aku tetap tunggu dia tunjuk rupa sebenar dia macam mana??! “Sayo dulu pom skoloh sini ugk”(saya dulu pon skolah kat sini jugak) .
Haa sudah dia ajak borak pulakk. “Pahtu rama hok deki nge sayo sebab sayo sokmo buleh nom 1 daley kelas,semo orey daley kelas sayo tu buli sayo ,dulu sayo sunyi sebab sayo takdok saeng tapi loni sayo ado awok, awok nok kei saeng nge sayo?! sebab awok jh buleh napok sayo (Pastu ramai yang dengki dekat saya sebab saya selalu dapat nom1 dalam kelas, semua orang dalam kelas tu buli saya, dulu saya sunyi sebab saya takde kawan tapi sekarang saya ada awak, awak nak tak kawan dengan saya?! sebab awak je boleh nampak saya). “Yolo ko awok ni,pastu gapo kaitey awok keno buli dengey awok dk berkeliarey sini?”(Betul ke awak ni, pastu apa kaitan awak kene buli dengan awak berkeliaran kat sini?)
“Sayo letih, sayo letih doh hidup, mulo ii sekyo buli biaso biaso je, lepahtu sekyo soyok buku sayo , sekyo guting baju sayo , hok paling teruk sekyo tolok sayo sapa jatuh daley sunga maso alah balik koloh, tapi bilo disoa sekyo xngaku sekyo kato sayo tergelekcoh jatuh sediri” (saya penat, saya dah penat hidup, mula mula diorang buli saya biasa biasa je, lepastu diorang koyak buku saya, diorang gunting baju saya, dan yang paling teruk diorang tolak saya jatuh dalam sungai masa dalam perjalanan balik, tapi bila disoal siasat diorang tak mengaku, diorang kata saya terjatuh sendiri).
Aku termenung, dalam khayal aku terfikir nasib budak perempuan ni, kalau betullah apa yang dia cerita ,kesian dia meninggal dan tidak dapat keadilan atas perbuatan murid murid lain tu. “Awk tahu dk bakpo awk blh tersedar xd?” (Awak tahu x kenapa awak boleh tersedar tadi?) Dia bertanya kepadaku.
Rupanya kami bukan berdua di dalam bilik tu,ada seekor makhluk yang bertubuh lebih kurang budak 6tahun , tidak berbaju dan badannya berbentuk seperti orang yang berpenyakit kwashiorkor,mempunyai taring dan bertelinga tajam seperti khinzir. “Tepak ni dulu rmh dio, dio suko hisak daroh sbb tu xd awk ado raso ngilu ng denyut kt gusi, dio laa hk buat, “( Tempat ni dulu rumah dia, dia suka hisap d***h sebab tu tadi awak ada rasa ngilu dengan berdenyut dekat gusi, dia punya kerja la tu)
Bbanggg!! Pintu dibuka dari luar seolah olah menerima paksaan. Ira!! Su berlari kearahku dengan muka panik.Rupanya aku telah terkunci dari dalam, namun setelah nama aku dipanggil berkali kali aku tidak menyahut cikgu membuat keputusan untuk memecahkan pintu bilik kesihatan tersebut.
Keadaan mula kembali riuh dengan suara murid murid lain , patutla tadi sunyi semacam je aku ingatkan bilik tu kedap bunyi..”mehlaa turun misi dk bowoh” (jomlaa turun misi ada kat bawah “. Eh rupa rupanya misi datang ke sekolah aku masa tu tapi disebabkan gangguan semalam mereka terpaksa pindah ke bilik kosong di bawah.
Dengar cerita semua kapas yang ada kesan d***h murid-murid yang cabut gigi di dalam tong sampah berselerak, apabila dikutip dan diletakkan kembali ia tetap kembali berselerak seolah-olah ada yang menyelongkarnya. Misi perempuan juga terkejut apabila ternampak makhluk pendek yang bertelinga tajam sedang berkeliaran di dalam bilik tu, mungkin itu adalah makhluk yang hisap d***h dari gusi aku tadi.
Nasib baik tiada apa apa yang teruk berlaku.Sejak daripada haritu bilik kesihatan dipindahkan ke ground floor bagi mengelakkan perkara yang tidak sepatutnya berlaku.Namun masih menjadi tanda tanya kepada diriku siapakah budak perempuan yang menemaniku sepanjang aku berada di dalam bilik kesihatan tu? Tidak sempat untuk aku bertanya nama kerana khusyuk mendengar ceritanya. Jika itu betul roh dia dan bukan dari jelmaan jin , aku cuma berharap dia sudah bersemadi dengan aman..
Tamat…
InshaAllah jika berkesempatan ira akan cerita lagi pengalaman ira di masa akan datang, terima kasih sebab sudi membaca:)!
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
cerita best, tapi next time kalau ada cerita nak share lagi, kalau boleh buat 1 bahasa je tauuu. jadi panjang & terbaca 2 kali hahha.
wahhh… bestnya… semua cerita ira best2 (Y).. harap share lg