TK 33

Kejadian ni berlaku semasa aku study kat sebuah kolej di Selangor. 2 tahun lepas (2015).

Pada asalnya aku tinggal di hostel dalam kawasan kolej. Tapi disebabkan hostel kami akan didiami oleh pelajar-pelajar A-level tak lama lagi, maka kami dipindahkan ke Taman Kasturi (nama rekaan) yang kami sebut sebagai TK, berdekatan dengan kolej. Terletak atas bukit sikit. Dalam kawasan perumahan tu, tak banyak rumah. Aku agak tak sampai 40 buah rumah. Penghuninya adalah pelajar-pelajar kolej dan keluarga.

Housemate aku juga dipindahkan ke TK. Tapi tinggal dirumah lain. TK29 dan TK35. Dan aku TK33. Bersama aku, ada 7 orang lagi pelajar yang tinggal di TK33.

Aku ni jenis umat yang kurang bersosial. Habis kelas, aku balik rumah. Lepak dalam bilik. Tengok movie ke, dengar lagu ke, keluar makan malam ke, semua aku buat sorang diri. Aku selesa macam tu.

Dalam rumah aku, ada 4 bilik. Setiap bilik dihuni 2 orang. Aku dapat bilik di tingkat bawah. Satu-satunya bilik di tingkat bawah. Lagi 3 di tingkat atas. Aku berkongsi bilik dengan Wan (bukan nama sebenar). Wan ni jenis tak banyak cakap, macam aku. Tapi kalau nak dikira dia ni lebih baik la dari aku. Maksud aku cara dia bersosial. Aku ni umat yang suka mereput berulat dalam bilik. Setiap malam dia akan ke TK29 untuk study sebab member yang sama course dengan dia tinggal kat sana.

Pukul 11:45 malam, Wan pulang kebilik.

“Awal balik?” Aku menegur.

“Kerja siap awal. Malas nak lepak. Penat ah.” Balas Wan.

Aku tak bertanya lagi. Kembali menyambung membaca buku. Wan meletakkan begnya diatas katil. Mengambil tuala dan bersiap-siap untuk mandi. Baju dan seluar dicampak begitu saja diatas katil.

Seraya Wan masuk ke bilik air, pintu bilik aku diketuk dan ditolak perlahan.

“Assalamualaikum.” Kedengaran Adil (bukan nama sebenar) memberi salam. Adil tinggal ditingkat atas.

“Waalaikumsalam. Ha Adil. Ada apa? Masuk la.”

“Takdak apa. Saja boring.” Jawabnya sambil duduk di katil aku.

“Macam mana duduk sini? Okay?” Adil memulakan perbualan.

“Boleh la. Cuma jauh sikit la dari cafe. Hahaha.”

“Asyik makan kat cafe, boring la nanti. Ni Man, aku nak pesan sikit. Kalau ada benda yang pelik-pelik jadi dalam rumah ni, hang buat taktau ja.” Pesan Adil dengan suara yang perlahan. Adil, berasal dari Perak. Tapi boleh bercakap utara.

“Ah takdak apa la. Lagipun aku dah biasa dah dengan benda ni. Kita tak kacau dia, dia tak kacau kita. Lagipun niat kita mai sini nak belajaq. Bukan nak buat benda yang tak elok. Eh perumahan ni dengaq cerita ada kes pocong kan?” Aku bertanya.

“Pocong aku taktau. Yang aku tau ada langsiaq (langsuir). Budak TK19 pernah nampak.” Cerita Adil sambil menggaru dagu yang dihiasi dengan sehelai janggut.

“Nampak langsiaq? Nampak kat mana?” Aku menyoal separuh terkejut. Movie dilaptop aku matikan.

“Dia nampak kat TK29. ‘Benda’ tu tengah berdiri atas bumbung. Masa tu dia baru balik dari date. Pukul 2 pagi. Pukul 2 pagi, demi awek pun sanggup beb.” Sambung Adil bersungguh-sungguh sambil mengangkat 2 jarinya kedepan muka aku.

“Lepastu, jadi lagu mana?”

“Lepastu, dia lari la. Canggak tunggu lagi. Haa, yang pocong tu, hang dengaq dari sapa pulak?”

“Pocong tu dari kakak aku. Dulu dia pun study kat kolej ni. Hostel pun kat TK. TK29. Masa tu taun 2010 kot. Yang nampak pocong tu kawan dia. Tak silap aku kawan dia tengah study kat tingkat atas. Pukul 2 pagi. Hati dia tergerak nak tengok tingkap. Masa dia tengok tingkap tu, dia ternampak pocong tengah melompat lintas jalan. Tempat pocong tu melompat depan rumah kita ni la.” Cerita aku sambil mengunyah jajan. Disua sedikit kepada Adil.

“Ada lagi Adil. Tapi bukan pocong. Kali ni langsiaq pulak. Tak silap aku terjadi kat TK25. Ni pun kakak aku cerita.”

“Ha cerita la. Aku nak dengaq.” Sampuk Adil sambil mulutnya dipenuhi dengan keropok kacang hijau. Bersembur-sembur serdak warna hijau keluar dari mulutnya.

“Masa tu kes rasuk memang popular la kat sini. Kes rasuk dengan kes pencuri. Dua ni memang top. Kakak aku cerita la, kawan dia dengaq sliding door rumah dia diketuk dari luaq. Ketuk berulang kali. Masa tu baru 9 malam. So dia tak syak apa-apa la. Dia pun selak tirai nak tengok sapa yang ketuk. Dia nampak perempuan rambut panjang, berjubah putih duduk peluk lutut sambil menghadap jalan. Kepala dia dihantuk-hantuk kebelakang, ke sliding door. Dia talipun warden, mintak tolong bawakan ustaz. Sampai situ la kakak aku cerita.”

Aku lihat Adil tak terkata apa. Dia hanya mengelap cermin matanya sambil mengerutkan dahi.

Tiba-tiba pintu bilik aku ditolak dari luar. Kami berpaling. Wan rupanya.

“Eh Wan. Bukan hang dah balik dah tadi? Siap dengan mandi lagi. Bila masa hang keluaq? ” Tanya aku kehairanan.

“Merepek apa ni? Aku mana balik pun tadi.” Wan membalas.

Aku menelan air liur.

“Kalau bukan hang, yang tadi tu sapa?”

Wan dan Adil memandang aku. Kemudian kami memandang pintu bilik air.

Kelihatan pintu bilik air ditolak perlahan dari dalam. Kami bertiga berpandangan. Bau busuk mula menusuk ke lubang hidung kami.

Dari sini kami dapat melihat bentuk tubuh makhluk yang menolak pintu bilik air tu. Tubuhnya yang besar, berwarna hitam pekat, lebih pekat dari hitam malam. Rambutnya panjang hingga kepinggang berwarna kelabu. Wajahnya ditundukkan. Aku lihat muka Wan sudah pucat, manakala Adil beberapa kali membetulkan kedudukan cermin matanya. Aku mula membaca ayat Kursi didalam hati.

Makhluk itu mengangkat kepalanya perlahan-lahan. Aku menelan air liur apabila melihat wajah makhluk itu. Kulitnya menggerutu, matanya seakan-akan terkeluar dari soket, hidungnya panjang meruncing, serta dagunya yang tajam. Makhluk itu melihat kami sambil tersenyum menampakkan taringnya yang panjang melepasi dagu.

Wan membuka langkah seribu tanpa sempat meletak beg galasnya. Adil mengikut Wan sambil memegang ikatan kain pelikatnya dengan kuat. Tak lama kemudian keadaan diluar menjadi kecoh dengan kehadiran jiran-jiran. Aku yang masih bersila kukuh diatas katil sejak dari tadi seakan-akan tersedar dari khayalan, terus mencapai baju dan berlari keluar. Wan dan Adil masing-masing dah terduduk sambil mulut mereka bagai dikunci. Aku ditanya pelbagai soalan oleh jiran dan kawan-kawan yang datang. Aku tak dapat menjawab. Aku hanya menyuruh mereka untuk memanggil ustaz Saiful (bukan nama sebenar) yang juga warden yang bertugas pada minggu ni.

Makhluk itu keluar dari bilik aku, perlahan-lahan menuju ke ruang tamu. Terketar-ketar Adil menunjuk kedalam rumah. Orang-orang yang hadir tak melihat apa-apa. Cuma kami bertiga saja yang nampak. Makhluk itu hanya berdiri tegak memandang kearah luar, kearah kami. Aku tak sanggup menatap wajahnya lama-lama.

Tidak lama kemudian, ustaz Saiful tiba dengan menunggang motosikal. Matanya tajam memerhati kerumah kami. Orang ramai yang berkerumun membuka laluan kepada ustaz Saiful. Makhluk yang mengganggu kami mula berdengus kasar. Ustaz Saiful berjalan perlahan-lahan memasuki rumah kami. Tenang. Slow and steady.

“Jangan ada sesiapa pun yang bukak pintu ni. Faham?” Ustaz Saiful memberi warning sambil menutup pintu. Kami semua menganggukkan kepala. Terasa macam dalam kelas pulak. Dari jauh aku ternampak sesuatu berwarna putih bergerak kearah kami. Aku amatinya betul-betul. Pocong!

Pocong itu bergerak semakin dekat dengan kami. Aku bertanya kepada Adil, adakah dia jugak nampak. Adil hanya menggeleng kepala. Aku dapat melihat rupa pocong itu dengan jelas. Kulitnya yang reput. Matanya yang bulat. Tiada batang hidung, cuma ada lubang hidung yang kecil. Bibir bahagian atas sudah reput, menampakkan tengkorak. Mulutnya senget memanjang hingga paras telinga, tersenyum melihat aku. Peluh mulai membasahi dahi aku. Dalam hati, aku membaca Al-Fatihah, ayat Kursi dan surah 3 Qul.

Tiba-tiba pintu rumah aku dibuka dari dalam dengan angin kuat menerpa keluar diikuti bau yang sangat busuk. Masing-masing menutup hidung dan ada yang hampir muntah kerana tak tahan dengan bau tersebut. Aku lihat pocong tadi dah hilang. Ustaz Saiful keluar menuju kearah kami sambil mengipas-ngipas dirinya menggunakan songkok. Peluh yang mengalir turun, dilap dengan lengan bajunya.

“Macam mana ustaz? Benda tu dah hilang ke?” Tanya Wan. Begnya masih lagi digalas sejak tadi.

“Alhamdulillah. Dah selesai. Cuma saya tak boleh buang benda tu. Sebab kawasan ni kawasan diorang. Diorang dah lama dah duduk sini. Kat bukit belakang tu lagi berlambak. Kebetulan pulak rumah korang ni laluan benda-benda tu. Cuma korang perbanyakkan amal ibadah dalam rumah ni. Jangan biar sunyi.” Pesan Ustaz Saiful sambil memandang kearah kami bertiga. Kami hanya menganggukkan kepala sahaja tanda faham.

“Haa yang lain pun, jangan dengar je. Balik buat jugak. Saya bukan pesan kat diorang ni je. Saya pesan kat semua. Kita menumpang tempat ‘orang’, buat cara menumpang. Mulut jaga. Yang perempuan, barang-barang kotor jangan buang merata. Kejap lagi sebelum tido, ambik wudhu dulu. Lepas tu baca ayat Kursi. Selawat jangan lupa.”

Kami semua mengangguk. Termasuk jiran disebelah rumah aku ni.

“Saya balik bilik dulu. Kalau ada apa-apa, call saya ataupun datang bilik warden. Saya ada kat sana. Assalamualaikum.” Motosikalnya bergerak meninggalkan rumah kami hingga hilang bunyi enjin.

“Dah. Jom la masuk. Takkan nak tidoq kat luaq kot.” Aku mengajak Adil dan Wan setelah melihat mereka berdua membisu dari tadi. Orang-orang yang datang tadi mula bersurai sambil masing-masing membuat ulasan.

“Takpe la. Aku tumpang tido rumah sebelah je la.” Wan menolak sambil berjalan ke TK 29.

“Ha hang Adil jangan mengada-ngada nak tidoq rumah lain. Jom tidoq dalam rumah ni.” Aku meletakkan tangan diatas bahu Adil sambil berjalan masuk kerumah.

Dari jauh aku terdengar suara mengilai. Mengilai dari arah bukit belakang perumahan kami.

Jemang

Leave a Reply

12 Comments on "TK 33"

avatar
Sort by:   newest | oldest | most voted
hmmmmmmmmmmm best

ok nice. walaupun klimaksnya tiba-tiba. tokojut mak

IzZaTi

Tetiba lak ‘dia’ tumpang mandi erk…seram kot…terus tunjukkan diri tu

z

Mak aiii…angker nya kawasan tu. Siap kata belkang the lagi berlmbak…

mek

“Adil beberapa kali membetulkan kedudukan cermin matanya”

rasa kelakar plak part ni . hahaha
aku imagine dia berpeluh2 nampak hantu, pastu lap2 cermin mata

Bayu beracun

Tak boleh usahakan ke dengan tabur lada hitam dan garam kasar?

Nadey

Ok gila seram… mmg dasar laki hati kering kalo aku mmg xtido dh dlm umah tu mlm tu… lg2 dlm bilik dalam jamban… korg xteringt ke babak mase makhluk tu bukak pintu jamban tu? Aku ni dok terbyg2 byk kali… aduii serammmm

Huhuhuhu

Tk? Is it taman kenanga, sepang? That place is scary shit too

aku

aku pon tpkir yg same. kolej tu KTT ke??

tp xpnh pulak dgr cite bebukan kt situ. aku student 2006-2008.

Huhuhuhu

Mungkin time kau xde kot tapi time aku kat situ mcm2 benda jadi since 2013 ramai gila kena rasuk. Dekat TK mcm2 dorg nampak.

Mayang Sari

Tahun 2006 tu ada cuma benda tu tak mengganggu. Lepas tu baru dia ganggu. Pokok yang kat depan pagar court futsal tu kadang-kadang jadi tempat singgah benda tu. Masa feskot tahun lepas, orang main futsal, dia rileks ja tengok dari atas pokok. Tapi betul lah, TK tu keras sikit. Bulan puasa pun dia ganggu. Tapi sekarang dengar cerita student dah tak duduk kat TK dah. Orang luar pulak duduk.

-Penulis

Ferb

Seriously? Pokok yg besar tu ke?

Dulu aku selalu lalu situ bila kelas malam sbb ddk kat taman mawar (malas lalu kat guard).

Alhamdulillah laa xde kena ape2.

Amaliya sara

Betul ke? Macam tak percaya pulak…Seremmm!!!

wpDiscuz