TOK II

Tertanya-tanya kan cerita “TOK” tu? cerita tu habis kat situ je ye untuk part Makcik Biah. Sekarang saya akan membuat sambungan bagi part adik Makcik Biah iaitu Makcik Pah dan suaminya Pakcik Husin.

Selepas kemeninggalan arwah Makcik Biah, Makcik Pah dan Pakcik Husin tidak lagi menjenguk tok dan tokwan di rumah. Malah, menunjukkan muka tidak puas hati lagi kepada mereka. Alangkah terasa hati tok dan tokwan kerana bukan mereka yang mulakan persengketaan. Tetapi, mereka dianggap punca kepada kemeninggalan arwah Makcik Biah.

Makcik Pah dan Pakcik Husin tetap tidak menegur tok dan tokwan. Setelah bertahun, tiba-tiba Makcik Biah dan Pakcik Husin datang ke rumah. Ketika itu, aku sudah meningkat remaja kira-kira 18 tahun begitu. Aku terkejut dengan kedatangan mereka tetapi oleh kerana tok aku berpesan supaya sentiasa berniat baik, aku diamkan.

Mereka melalui kehidupan seperti dahulu, datang pada waktu tengahari, petang ataupun malam. Cuma, kelakuan mereka lagi baik dari arwah Makcik Biah. Mereka akan memberi salam dahulu. Malah, setelah berkawan lama, akhirnya mereka merancang mahu pergi menunaikan umrah bersama-sama.

Tok dan tokwan, Makcik Biah dan Pakcik Husin pergi umrah dan selama mereka di sana, aku sudah melanjutkan pelajaran ke university. Apabila mereka pulang dan aku berada di rumah ketika itu, tokwan aku bercerita yang Pakcik Husin ada membuat satu perniagaan iaitu “pakej umrah”. Lalu diajaknya tokwan aku untuk sama-sama membuat pakej itu.

Sudah aku katakan di kisah yang lalu, tokwan aku mempunyai ramai kenalan disebabkan sikapnya dan juga tok yang sentiasa baik dengan semua orang. Jadi ramailah yang masuk di bawah tokwan aku. Tetapi tidak ramai yang masuk di bawah Pakcik Husin sedangkan dia yang mengutarakan bisnes itu kepada tokwan aku. Sepatutnya dia yang dapat ramai pelanggan, bukan tokwan aku. Tetapi itu apa yang dinamakan rezeki, nak buat macam mana.

Tok dan tokwan begitu juga Makcik Pah dan Pakcik Husin masih berhubungan dengan baik. Tiada pertelingkahan yang berlaku. Tetapi, tidak tahu mengapa, Pakcik Husin dan Makcik Pah tidak lagi berkunjung ke rumah. Malah, jika lalu menaiki motor di depan rumah juga tidak mahu dipandang ke rumah tok tokwan. Mereka akan memandang ke arah berlawanan. Sedangkan mereka tidak bergaduh apa-apa.

Sampailah pada satu hari, tiba-tiba tokwan aku jatuh sakit. Tokwan sakit teruk sehingga tidak boleh bangun. Malah, tidurnya asyik diganggu dengan mimpi-mimpi yang aneh sahaja. Tetapi, disebabkan tokwan mempunyai kecekalan dan kekuatan yang lebih, tokwan kembali sihat.

Bahana datang. Tok aku menjadi mangsa pula. Sakit yang dahulu kembali lagi tetapi kali ini lagi parah. Selepas tokwan aku tidak terkena sakit teruk itu, dikenakan kepada tok aku sehingga tok aku kembali sakit pada tahun 2017. Memang sakit sehingga aku rasa mahu membalas dendam. Biarkan mereka pula merasa kesakitan yang dialami.

Muntah d***h, badan berbisa, makannya beberapa suap sahaja. Tidurnya juga sudah tidak betul. Siang hari, masih boleh ketawa dan duduk selesa. Malamnya, menangis dan kembali berjalan di dalam rumah. Tidak dapat tidur disebabkan didatangi mimpi yang pelik. Kadang-kadang, kata tok aku, ada benda yang mencekik lehernya sampai dia mahu bernafas tidak mampu. Tok aku hanya mampu menangis dan menangis.

Tok aku pernah bermimpi ada yang menggali kubur untuknya. Sesekali dia bermimpi ada yang m******h diri. Dia juga bermimpi ada beruk yang berbadan besar sedang merenung kepadanya. Banyak sekali mimpi aneh yang terjadi sehingga tok aku takut untuk melelapkan mata.

Sudah bermacam ustaz, ustazah, bomoh, dukun di merata tempat kami mencuba tetapi semuanya sekejap sahaja. Paksu aku begitu marah sekali, sampaikan mahu dijumpanya bomoh Thailand dan mahu dihapuskan orang yang berbuat jahat sedemikian. Tetapi, tok aku tidak mahu. Katanya, “allah akan membalas kelak”.

Tokwan aku membuat satu spekulasi. Katanya, “sudah lama Makcik Pah dan Pakcik Husin tidak datang ke rumah, adakah dia marah kerana aku mendapat lebih keuntungan di atas pakej umrah itu?” kerana mereka tidak lagi datang, senyum juga tidak mahu. Tetapi, apa yang lagi membuatkan tokwan aku membuat spekulasi itu kerana

Tok aku berbulan duduk di dalam rumah. Kadang-kadang sahaja dia keluar. Jiran tetangga yang lain datang ke rumah dan bertanya khabar. Sampailah ada satu makcik ni datang menjenguk dan katanya, “aku dapat khabar kau tak sihat ni dari Pah, dia yang kata kau tak sihat.”
Okay, dari sini tok aku mula fikir. Makcik Pah dan Pakcik Husin tidak pernah datang ke rumah semenjak tok dan tokwan aku sakit haritu. Jadi, bagaimana mereka tahu yang tok aku sakit? Sedangkan sebelum itu, tiada yang berkunjung ke rumah kerana tok dan tokwan aku selalu tiada di rumah pergi berubat di banyak tempat.

Spekulasi terjawab bukan? Siapa lagi yang menyakitkan mereka kalau lain tak bukan? Hmm berfikirlah sendiri. Sampai sekarang ya mereka masih begitu. Walaupun tiada pergaduhan yang berlaku. Mereka tetap tidak bertegur sapa. Dan tok aku sikit demi sikit makin sihat.

Pernah sekali ada dukun datang ke rumah untuk memagar rumah, dia menggunakan tumbuhan apa entah, macam timun tapi apabila d******g tumbuhan itu (timun), keras ya amat. Malah, apabila d******g, ia menjadi seperti batu. Dalam timun itu ada 3 benda, rambut panjang, jarum dan tanah dari kubur. Itu apa yang diberitahu kepada kami.

Tok dan tokwan aku masih pergi berubat merata tempat. Malah, ustazah yang famous dalam TV tu pun kami pernah pergi berubat dengannya. Cuma, biasalah cas yang dikenakan sekali berjumpa rm500. Itu baru proses berjumpa dan dia hanya scan dahulu.

Kali kedua berjumpa, rm500 melayang lagi. Kali kedua itu, mahu diperiksa betul-betul apa yang mengganggu tok aku. What the fish? Selepas itu ada lagi kena berjumpa, tok aku taknak pergi. Katanya, ustazah itu memang ada kelebihan tapi dia menggunakan kelebihan itu dengan cas yang sangat mahal. Tidak patut tidak patut.

Tok dan tokwan aku ikhtiar lagi. Mereka balik ke kampung halaman berjumpa Maksu Mah. Maksu Mah mengubatkan tok dan Alhamdulillah, tok aku makin pulih. Berkat kelebihan yang allah pinjamkan kepada Maksu Mah, tok aku sudah boleh tersenyum kembali. Tok dan tokwan bukan tidak mahu terus berubat dengan Maksu Mah, tetapi kerana jauh sangat mahu ke Kedah, lalu diikhtiar dahulu di sekitar rumah.

Tetapi, apabila tok aku terjumpa Makcik Pah, dia akan diserang sakit itu kembali. Senang kata, tok aku tak boleh jumpa Makcik Pah. Baru hidup dia kembali seperti biasa. Alhamdulillah, lagi sebulan aku akan berkahwin dan doa aku supaya tok aku kembali sihat untuk melihat aku berkahwin akan tercapai. Kerana sewaktu aku bertunang, tok aku sudah sakit dan aku pada waktu itu amatlah sedih kerana tok aku tidak ceria dan tiada semangat. Kalau tak, mesti dia beria nak buat macam-macam.

Untuk perkahwinan aku, harap-harap tok aku akan sembuh sepenuhnya. Makcik Pah dan Pakcik Husin masih dengan kehidupan mereka. Tiada yang meninggal ye. Hahahhaha

Sekian dari saya,
Farah

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

farah

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 3]

24 thoughts on “TOK II”

  1. Sifat phd ni dh sinonim sgt ngn org melayu… 😅😅😅 …tp pak husin tu knp b’ia2 sgt dk ajk tok awk join skali at the first place, bile tjadi sblknye d cmburuinye plak…mnusia2…erm, kcian kt tok n tokwan awk…smoga tok n tokwan awk sntiasa d lindungiNya drp mnusia2 yg bhati busuk mcm pak husin n mkcik pah tu….n utk awk, smoga d pmudahkn sgale urusan n smoga bjln ngn lancar….amin…

    Nota tgn; doakn utk sy jgk ye, doakn jodoh sy dtg mminang sy….xlarat dh nk tggu ni….dh dkt 10abad dh dk nunggu….huhuhu…

    Reply
    • amin. semoga awak pun bakal mendirikan rumah tangga ya. tapi tak pa, kdg2 rezeki kita lain2. mungkin ada org rezeki dia kawin dlu. ada org rezeki dia x kawin lg tapi dia dpt jaga mak abah dia. allah akan memberikan rezeki kpd hambanya seperti yang dikatakan “kun fayakun”. maka percayalah. 🙂

      Reply
  2. semoga tok dan tok wan awak diberi kesembuhan. semoga Allah permudahkan urusan majlis awak ye..
    jiran dengki mcm ni mmg susah…mertua saya org suka hantar jin curi duit..dah x larat nak berubat…org tu dengki sebab org kwsn tu kenal, YB kwsn tu pun baik ngan ayah mentua..dia pun rajin cari kotak,tin,botol,besi kumpul byk2 dan jual..nak pulak dah beli rumah lg 1 kat taman tu jugak…org tu guna jin dpd thailand…
    bila mertua berubat senyap sekejap..lps tu dia hantar lagi..
    balik baru ni mak mentua kata dah senyap kejap kut..

    Reply
  3. Tok dan tokwan aku masih pergi berubat merata tempat. Malah, ustazah yang famous dalam TV tu pun kami pernah pergi berubat dengannya. Cuma, biasalah cas yang dikenakan sekali berjumpa rm500. Itu baru proses berjumpa dan dia hanya scan dahulu.

    Kali kedua berjumpa, rm500 melayang lagi. Kali kedua itu, mahu diperiksa betul-betul apa yang mengganggu tok aku. What the fish? Selepas itu ada lagi kena berjumpa, tok aku taknak pergi. Katanya, ustazah itu memang ada kelebihan tapi dia menggunakan kelebihan itu dengan cas yang sangat mahal. Tidak patut tidak patut.

    sedih sy bila baca mcm ni… bg sy, ni lbh kpd menggunakan agama/kelebihan yg diberi utk cari “makan” jah. org berubat ni, duit makin susut tau. sb setiapklai berubat tu, duit byk habis (sape penah berubat mesti faham). dh la org tus akit, dikenakan pula bayaran yg tinggi.

    wajarkah?

    kalau org pandang serong kat perubatan islam, kte nak kata apa?

    mesti ada yang jawab, elehhh g spital private pun bayar mahal2 tp tak kecoh pun? (-_-)’

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.