TOLONG BUKA PINTU

Hai korang, Assalamualaikum.

Thanks untuk positive feedbacks korang kat post aku yang lepas (Puaka Kilang Usang). Mana yang negative tu, pun thanks juga. Jangan risau, hati aku sado.

Cerita kali ni pasal rumah sewa yang pernah aku duduk dulu. Aku pernah shared cerita ni kat satu page seram kat FB. And pernah juga aku PM admin FS pasal kisah aku ni tapi FS tak publish kan pun. Maybe masa tu penggunaan bahasa or protocol tak kena kut. Tahun lepas kalau tak silap. Bulan 5 2016. So kalau korang rasa macam dah pernah baca, ampun ye. Tapi ni memang kisah aku, bukan ciplak tau.

Masa aku study kat kolej dulu, aku duduk hostel sekejap je. Selebihnya aku duduk rumah sewa. Dekat sikit dengan kolej. And memang hobi aku berpindah randah macam nomad. So rumah sewa last aku kat Batu Muda. Masa ni aku repeat 1 subject kat kolej. Lepas dari kejadian yang aku nak cerita ni, aku terus ambil keputusan nak berulang je dari Karak ke KL setiap hari untuk ke kelas. Aku menyewa kat rumah Batu Muda ni dengan dua orang bestie aku. Dorang ni bukan student; dah bekerja. Kita namakan mereka Dee and Fira.

Rumah kami ni, dua tingkat kejadiannya. Tapi kami menyewa bahagian atas rumah banglo ni. Kira macam tuan rumah buat satu lagi rumah kat tingkat atas untuk disewakan. Tapi tuan rumah tak duduk sini. Weekend je dia datang tengok-tengok rumah dia kat bawah tu. Belakang rumah kami ni ada semak samun plus ada satu rumah tengah buat renovation. Memang dari jauh nampak creepy je suasana.

Awal-awal masuk, dah kena ganggu ye kawan-kawan. Tapi tak teruk sangat lah. Dia macam bagi salam perkenalan. Dee and Fira sebilik. Aku duduk sorang-sorang kat bilik tengah. Bilik belakang kami buat tempat simpanan barang and sidai baju. Siang-siang buta dia akan main lari-lari dalam bilik Dee and Fira. Kadang-kadang dalam toilet, dia main flush, main pintu bagai. Tapi kami bolayan je. Jangan menjelma sudah lah.

Climax kisah kami ni, masa Dee and Fira balik kampung masa weekday sebab ada emergency. Fira kata dorang balik pagi-pagi keesokkan harinya memandangkan dia kena masuk kerja juga esok tu. So disebabkan aku ada class, tak dapat nak pi mana-mana. Kena lah tinggal sorang-sorang macam biasa. Tapi hari tu bukan lah hari yang biasa ye teman-teman sekalian.

Fira awal-awal dah pesan kat aku suruh buka semua lampu yang ada dalam rumah. Tv pun dia suruh pasangkan sampai pagi. Satu, sebab aku duduk sorang and belakang rumah tu ada rumah kongsi pekerja renovation (Rumah kami pernah kena pecah masuk seminggu sebelum kejadian ni masa kami semua tak ada kat rumah.) Dua, Fira tak nak aku rasa sunyi and takut tak tentu pasal. Gittew. Fira suruh aku simpan kunci rumah kat dalam. Means, aku tak letak kunci kat letterbox macam biasa. Nanti kalau dorang dah sampai, dorang call aku untuk bukakan pagar depan. Bila Fira and Dee dah blah, aku buat macam yang Fira arahkan.

Malam tu memang aku payah gila nak tidur. Mata langsung tak mengantuk tapi tak tahu nak buat apa. Nak tengok tv, tak ada cerita best. So nak tak nak aku masuk tidur juga and paksa mata untuk lelap. Aku biarkan pintu bilik aku terbuka luas. Bilik aku ni menghadap pintu masuk utama tau. So aku boleh dengar dengan jelas kalau ada orang bagi salam or ketuk ke apa.

Dalam pukul 2 a.m macam tu, aku dengar orang ketuk pintu and panggil-panggil nama aku banyak kali, suruh dibukakan pintu. Suara memang suara Fira. So aku assumed memang tu Fira and Dee tapi aku tak dengar pula suara Dee ke apa. Aku pun dengan bingai nya pi jawab,”KEJAP, I BUKA PINTU.” Masa aku nak ambil kunci yang tersangkut, aku macam baru tersedar. Eh, macam mana dorang masuk? Untuk pengetahuan korang, pagar rumah kami ni bising gilos even kau tertolak sikit pun. Dia punya gegaran tu, memekakkan telinga. So, macam mana dorang masuk tanpa pagar terbuka? Kalau panjat, dah tentu aku boleh dengar bunyi pagar yang bising tu.

Sebab dah tersedar dari lamunan panjang tu, aku stepped back dua tiga langkah slow-slow. Masa ni dah macam tahu tu bukan dorang sebab satu, dorang tak ada call pun cakap dah sampai. Dua, dorang tak bagi salam pun. Tiga, mustahil dorang balik time-time macam tu. Aku punya tahap keseraman and ketakutan tu memang pada tahap nak terkincit. ‘Fira’ yang kat luar tu asyik lah mengulang ayat yang sama;

“FARAAAA… BUKA PINTU NI. NAK MASUK LAH. BUKA LAAAA…”

Kau rasa aku nak buka ke? Memang aku menangis time tu. Aku masuk bilik, capai phone and call member suruh datang rumah aku time tu juga. Aku siap pesan suruh bagi salam kuat-kuat siap dengan bismillah kalau dah sampai depan rumah aku. And pagar tu, panjat je lah sendiri. Tak kuasa aku nak keluar pi buka.

Member aku ni dari Cheras tau. So memang mengambil masa yang lama lah nak sampai. Sementara tunggu dia sampai, aku ni dengar je lah apa benda yang kat luar tu merayu domba bagai. Tapi aku hairan, kenapa ‘Fira’ tu tak boleh masuk je terus. Sebab setahu aku jin syaitan ni tak berjisim kan. Maybe rumah kami dah kena pagar lah kut. Yang jadi seram tu sebab dia seru nama. Hoihhh. Masa aku menaip ni, still rasa meremang okay. Sebab terngiang-ngiang.

Member aku sampai, and dia buat apa yang aku arahkan, baru aku buka pintu. Then kami bertapa kat kedai mamak sampai lah ke pagi. Tak kuasa aku nak balik awal-awal subuh. Takut. Dee and Fira sampai rumah dalam pukul 8 a.m macam tu. Aku cerita kat dorang sambil terketar-ketar. Fira terus called mak dia and mak dia suruh kami pindah terus dari rumah tu. Dalam minggu tu juga kami angkut barang and blah. Sebab tu lah aku berulang dari Karak ke KL setiap hari untuk ke kelas. Kami duduk rumah tu tak sampai sebulan pun ye teman-teman. Penangan setan punya pasal. LOL.

Thanks again sebab baca sampai habis. Kalau tak mencapai piawaian, mohon ampun lah. Biasa lah, penulis amateur je.

Bye korang!

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Writing is my passion.
Tapi tak mampu mengalahkan makanan.

28 comments

  1. Seram gak. FYI, jin mmg x boleh melintas dinding atau pintu ye. Diorang punya lemah, sampaikan nak buka pintu sendiri pun x boleh. Tu sbb, disunnahkan, sblm tido, tutup bekas makanan dan pintu supaya jin tak berlegar dlm rumah dan kacau makanan kita.

  2. Part NI yg seram, FARA…. BUKA PINTU NI. NAK MASUK LAH. BUKA LAAAA, pandai plak hantu NI merayu paksa yeee.. I lobit..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *