“Dua minggu lepas, anak si Timah janda. Minggu lepas, Jabir simpang empat. Semalam, cucu si Isa. Lepas ni siapa pulak!? Kita tak boleh biarkan benda ni berlarutan Ngah!” Pak Kadir ajukan soalan retorik tanpa jawapan tu dari hujung meja kedai Mi Daging Pak Abbas kepada semua yang ada di situ.
Pak Ngah si ketua kampung mengangguk-angguk. Itu sahaja yang respon yang Pak Ngah boleh beri apabila berhadapan dengan lima pasang mata yang merenung menantikan jawapan daripada dia.
“Kau tak payah sebut, Kadir. Aku tahu. Tapi aku nak buat apa? Ajal maut kan di tangan tuhan?”
“Memanglah ajal dan maut di tangan tuhan. Habis tu, kita nak biarkan aja?” Soal Pak Kadir sekali lagi dengan soalan retoriknya yang agak menyinggung perasaan Pak Ngah. Tapi Pak Ngah diamkan saja.
“Inilah perangai Melayu. Memanglah ajal, maut, jodoh, rezeki semua di tangan tuhan. Tapi kita kan boleh selidik? Boleh kaji. Boleh cegah!” Kasim mencelah cepat sebelum ada siapa-siapa memotong cakapnya.
“Yelah. Macam ni. Malam esok kita buat mesyuarat dekat balairaya. Kau Kasim dan kawan-kawan, malam ni buat pengumuman dekat surau. Siapa boleh datang, datang.” Arah Pak Ngah kepada Kasim dan rakan-rakannya.
Kasim mengangguk-angguk tanda faham.
“Pak Ngah tak pergi surau ke malam ni?” Tanya Razak pula.
“Malam ni aku solat dekat rumah jer dengan anak cucu. Esok pagi diorang nak balik KL dah.” Jawab Pak Ngah.
Semua yang ada di meja tu mengangguk-angguk lagi. Selang beberapa minit, Pak Abbas datang membawa beberapa pinggan mi daging untuk dihidangkan kepada pelanggan-pelanggannya tengahari tu. Suasana senyap ketika semua menikmati mi daging Pak Abbas yang sememangnya semakin mendapat tempat di hati penduduk Kampung Alor tu.
“Makin sedap pulak mi daging Pak Abbas ni. Lain macamlah rasa dia.” Ujar Razak pada Kasim yang langsung tidak berpaling kepadanya. Kusyhuk menikmati kuah mi daging yang berbau harum menyelerakan.
Malam esoknya, bermulalah mesyuarat tergempar JKKK Kampung Alor di balairaya. Pak Ngah mulakan mesyuarat dengan ringkasan kejadian-kejadian kematian tiga orang penduduk kampung dalam masa tak sampai sebulan. Memanglah, bukan perkara yang luar biasa kalau beberapa orang mati dalam masa yang singkat dekat dalam kampung tu. Tapi, yang membuatkan kejadian-kejadian ni menggemparkan kampung tu adalah; setiap minggu, seorang-seorang hilang. Usaha mencari mereka langsung tidak berhasil sampailah malam dua hari lepas, mayat ketiga-tiganya ditemui jauh di dalam hutan belakang kampung. Itu pun dijumpai oleh orang-orang asli yang sedang mencari akar kayu. Ketiga-tiganya dibunuh dengan kedua-dua belah kaki mereka dikerat dari atas paras paha. Yang tinggal cuma bahagian pinggang ke atas. Potongannya pula cantik. Macam dipotong oleh pakar bedah pula.
Pak Ngah sambung ucapannya;
“Oleh itu, berdasarkan perbincangan yang dah dibuat, saya sebagai ketua kampung mengumumkan yang kita akan tubuhkan rukun tetangga untuk meronda dan berjaga setiap malam. Kita akan tempatkan pondok-pondok kawalan di beberapa kawasan di sekitar kampung. Masing-masing akan ambil giliran meronda. Kepada sesiapa yang nak daftar jadi sukarelawan, boleh beri nama kepada Kasim. Kita akan mula berkawal malam esok.” Pak Ngah memberi pengumuman sambil kepalanya bergerak dari kiri ke kanan agar dia dapat bertentang mata dengan semua yang berada di dalam balairaya itu.
Malam pertama rondaan dibuat, tak ada apa-apa kejadian pelik yang berlaku. Semuanya berjalan lancar. 16 orang pemuda dapat Kasim kumpulkan sebagai sukarelawan menjaga keselamatan penduduk kampung Alor. Enam buah pondok didirikan di sekitar kawasan kampung. Kasim mengepalai rukun tetangga kampung Alor itu. Apa-apa yang terjadi, semuanya kena lapor kepada Kasim.
Hari berganti hari. Ahli-ahli rukun tetangga menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Pak Ngah dan penduduk kampung kepada mereka; menjaga keselamatan Kampung Alor.
Selepas beberapa minggu, semakin kurang pula pemuda yang hadir untuk menyumbangkan masa dan tenaga. Mungkin mereka rasa sudah selamat. Dah tak ada lagi sesiapa yang hilang. Yang masih tetap dengan tugas meronda pula, asyik sahaja bermain daun terup di pondok kawalan setiap malam. Kasim dan Razak, orang penting rukun tetangga pun turut sama mengambil ringan beban tanggungjawab menjaga keselamatan penduduk kampung. Si Razak saban malam ada sahaja alasannya untuk tidak menghadirkan diri. Kasim yang pada awalnya ditugaskan oleh Pak Ngah untuk mengepalai rukun tetangga, sekarang dah jadi kepala kelab daun terup kampung Alor.
Pada suatu malam hari Rabu, Kasim, Shamsul dan Lokman sedang asyik bermain terup di bawah pondok rukun tetangga tak jauh dari balairaya. Razak pula macam biasa, dah balik awal dengan alasan nak jaga anaknya demam dekat rumah.
“Eh, baru pukul dua belas setengah? Aduh. Aku rasa macam dah lama jer kita duduk main poker. Aku nak balik boleh tak Kasim?” Keluh Shamsul kebosanan.
“Tulah. Aku pun bosanlah. Kalau Pak Abbas buka kedai, boleh juga kita layan mi daging dia. Entah apa angin orang tua tu. Dah berapa minggu dia tak buka kedai.” Sampuk Lokman pula.
“Korang ni, lain kali, kalau taknak datang tak payah datang. Korang dah tapau duit aku banyak-banyak, korang nak balik pulak. Takde, takde! Korang duduk situ sampai subuh. Aku nak pergi tandas dekat balairaya kejap. Korang jangan pergi mana-mana!” Arah Kasim kepada rakan-rakannya yang lain.
“Yelah.” Jawab Shamsul dan Lokman menuruti arahan Kasim.
Kasim pun bangun berjalan menuju ke balairaya yang jaraknya lebih kurang satu kilometer dari pondok mereka. Sambil berjalan, Kasim bersiul menghiburkan diri. Fikirannya menerawang memikirkan apa yang dikatakan oleh si Lokman tadi. Betul juga kata Lokman. Kalau Pak Abbas buka kedai, boleh juga jadi port untuk diorang lepak bila bosan berkawal. Tapi kenapalah Pak Abbas dah beberapa minggu tak buka kedai. Rindu pula nak makan mi daging dia.
Tiba-tiba dari kejauhan, Kasim ternampak satu susuk tubuh lelaki berjalan perlahan dari arah kanan simpang, menuju ke arahnya. Kasim mengecilkan matanya untuk melihat dengan lebih jelas.
“Eh, panjang umur orang tua ni. Baru jer aku fikir tentang dia.” Kata Kasim dalam hati.
“Assalamualaikum, Pak Abbas! Lama tak nampak? Berjalan pergi rumah anak-anak ke?” Laung Kasim kepada Pak Abbas yang masih berjalan, beberapa kaki dari tempat dia berdiri.
“Wa’alaikumsalam.” Jawab Pak Abbas sambil berjalan menghampiri Kasim.
“Aku mana ada anak, Kasim. Aku kan sebatang kara. Macam kau juga.” Jawab Pak Abbas sambil tersenyum.
“Oh, yeke? Manalah saya tahu Pak Abbas. Pak Abbas pun baru pindah ke kampung ni awal tahun haritu.”
“Yelah. Kau nak ke mana Kasim? Tak berkawal ke?”
“Berkawal Pak Abbas. Tapi diorang ni makin lama makin buat perangai. Asyik tak datang. Sekarang tinggal saya, Razak, Shamsul dan Lokman sahaja. Yang lain semua tarik diri.”
“Habis tu? Kes-kes pembunuhan tu apa cerita Kasim? Dah tak ada apa-apa ke?”
“Entahlah Pak Abbas. Keadaan macam dah sejuk sikit jer sekarang ni. Dah tak sehangat haritu. Budak-budak ni ada juga cakap, entah-entah orang asli tu yang culik orang-orang yang hilang tu. Orang asli kan makan orang!”
“Ish, kau ni. Kau ingat ni zaman bila? Mana ada lagi orang makan orang.”
“Saya gurau jer Pak Abbas. Pak Abbas okay tak ni? Tiba-tiba nampak resah jer. Tadi okay.”
“Aku okay.” Jawab Pak Abbas ringkas. Mukanya berkerut lain macam. Macam memikirkan sesuatu. Beberapa saat kemudian, riak mukanya berubah. Pak Abbas tersenyum.
“Ermm… Kasim, kau tolong aku boleh tak?”
“Tolong apa Pak Abbas? Saya nak pergi tandas ni.”
“Alah, sekejap jer. Rumah aku dekat situ jer. Sampai rumah aku nanti, kau gunalah tandas aku.”
“Hmm. Boleh juga. Jomlah.”
Kasim pun berjalan mengekori Pak Abbas. Beberapa minit berjalan, Pak Abbas membelok ke kiri dan berjalan masuk ke dalam lorong bersemak samun menghala ke arah sebuah rumah kayu usang. Kasim langsung tak pernah perasan ada rumah dekat situ sebelum ni. Mungkin sebab diselindungi oleh semak samun. Hati Kasim rasa tak sedap. Takkanlah Pak Abbas tinggal dalam rumah ni? Macam rumah tinggal je. Nak ditanya, takut kecil hati pula orang tua tu. Kasim pun susun ayat untuk bertanya tanpa mengecilkan hati Pak Abbas.
“Errr… Pak Abbas. Ni rumah Pak Abbas ke?”
“Yelah. Kenapa?”
“Tak ada apa-apa. Tanya jer. Errr…”
“Kasim, kau bawak telefon tak?” Pintas Pak Abbas.
“Bawak, Pak Abbas. Kenapa?”
“Bagi aku pinjam kejap. Kau nak pergi tandas tadi kan? Ha, tu tandas belakang tu.” Kata Pak Abbas sambil menudingkan jari ke arah sebuah pondok belakang rumah usang tu.
Kasim pun menghulurkan telefon bimbit Samsungnya kepada Pak Abbas. Pak Abbas mencapai telefon bimbit Kasim. Kasim berjalan laju-laju ke arah tandas. Pak Abbas pula asyik menaip sesuatu dalam telefon bimbit Kasim. Kasim biarkan aja. Dah tak tahan sangat rasanya nak buang air.
Masuk-masuk jer kat dalam pondok tu, lubang hidung Kasim ditusuk dengan satu bau yang teramat busuk. Seperti bau bangkai dan darah kering.
“Pergh, bau dia! Pak Abbas ni tak pernah basuh tandas ke?” Getus hati Kasim.
Kasim tercapai-capai dinding pondok untuk cari suis lampu, tapi tak jumpa. Satu apa pun Kasim tak nampak. Gelap gelita. Lampu jalan pun tak ada. Selepas beberapa saat tangannya dok menggagau mencari suis lampu, Kasim menoleh ke arah Pak Abbas untuk bertanyakan mana suis lampu tandas tu sebenarnya. Tiba-tiba…
BAM!
Kasim merasakan satu hentakan kuat betul-betul di tengah kepalanya. Tidak sampai sedetik, Kasim rebah tidak sedarkan diri.
Keesokan harinya, Razak, Shamsul dan Lokman makan tengahari di kedai Pak Abbas. Masing-masing pesan menu yang sama. Mi daging. Rindu nak rasa mi daging Pak Abbas. Dah lama tak rasa, kata mereka.
Sedang asyik mereka menjamu selera, datang Pak Ngah berjalan lambat ke arah mereka.
“Assalamualaikum!”
“Wa’alaikumsalam!” Jawab mereka serentak.
“Eh, dah lama kau tak buka kedai, Abbas. Kenapa?”
“Tak sihatlah Ngah. Ni baru rasa sihat sikit.”
“Yelah… Eh, Razak, mana Kasim? Tadi subuh tak datang surau. Aku pergi rumah dia, tak ada orang.”
Sambil mengunyah makanan di dalam mulutnya, Razak menjawab;
“Semalam dalam pukul satu pagi dia mesej saya Pak Ngah! Dia kata dia ada emergency dekat KL. Saudara meninggal. Dia pun tak tahu berapa lama dia kena duduk dekat KL tu, jaga anak-anak saudara dia.”
“Eh, si Kasim tu kan sebatang kata? Mana ada saudara-mara.” Tanya Pak Ngah.
“Saudara jauhlah tu kot. Tak tahulah saya Pak Ngah.”
“Hmm… yelah… Abbas, mi daging satu! Dah lama tak rasa mi daging kau.” Kata Pak Ngah kepada Pak Abbas yang berada di dapur kedainya.
“Siap!” Laung Pak Abbas sambil tersenyum menghiris-hiris daging merah segar untuk dimasukkan ke dalam kuah mi dagingnya. Semerbak harum bau kuah mi Pak Abbas. Menarik sesiapa sahaja yang terbau aromanya.
Resipi mi daging Pak Abbas menjadi rahsia buat selama-lamanya. Hanya tanah Kampung Alor menjadi saksinya.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Citer betol ke ni???
Intro udoh mcm gaya citer Mak Limah…
emm terliurr pulak nak mkn mee daging, tp terbayang macam daging merah pak abbas, asa nak termuntahh pulakk. adehh
Hai Kak Yuliee pemes ( saja nak kenal, slalu nmpak writer jwb persoalan akak) haha
fiksyen
Pak abas guna daging manusia utk mi daging dia..
Yewww
Kanibal rupanya orang Kampung Alor ni. Bahaya kalau singgah. Haha.
wujud lagi kanibal upanya, dorang pon tak sedarr. haha
ehh, ni stella yg tulis crita under #stella eh?
Hahaha. Yep, saya #Stella 🙂
Suma citer based on true story kan? tambah2 la garam bagi panjang. haha
geram baca, xsempat panas dah abes,
btw suma bestt =P
Hahaha. Nak tambah garam banyak sangat karang takut tak real pulak jadi.
Thanks sebab sudi baca.
kalau ada pak jabit ngan pak abu lagi mantap cerita ni
Ni baru fiksyen.
T.kasih … best story ni,wlaupun cuma fiksyen.
ala… mcm tergantung je ni… ada sambungan x?
copy paste jalan cerita dlm movie ka cemana ni ???
fiksyen….cerita ni cam dalam cerita2 kat komik kreko apa semua tu..yg ada segmen komik seram…
aku mula2 baca part mee daging & orang2 mati tu dah dapat tangkap kisah pasal apa
Walaupun hanya fiksyen,tetap boleh layannn…
Bisa dibikin filem ini, pak!
dgg manusia tu….eeeee… seram
mcm cerita horror omputih tp versi melayu
suspen
Ohh semua kematian tu berpunca dari pak abbas kan?
macam cerita thai tu. the grinder. huhuhu
Yang last tu daging kasim kan?
Kembg tekak tkenang mee daging Pak Abbas😫