Tragedi kepala air di Hulu Yam

Misteri kepala air di Hulu Yam tahap ke 3

Ok cerita ni tak seram mana pon. Waktu ni usia aku sekitar darjah 5 ntah
Tak ingat, Kita org anak beranak serta Pakcik Leman dan Cikju.
Nak pi berkelah kat Hulu Yam.

Hulu Yam ni kan ada banyak tingkat, Tapi kami pi tingkat yang ke tiga. Menurut ayah aku, dekat sini air lebih dalam dan jernih.

(Tapi banyak cita misteri area sini)

Jadi semua seronok happy la,
Abah aku dah start perap ayam, Nak bakar kat sungai, buat BBQ
(Ekceli tak elok bawak ayam atau daging mentah pi tempat mcm ni) ni akan ku cerita di masa akan datang.

Pukul 10pagi bertolak dari rumah, bila lalu area empangan tu, tengok permukaan air yg berkaca-kaca
Rasa seronok sangat, tak sabar nak mandi sungai.

Jadi bila smpai kat sana
Abah cadang kita berkelah di seberang sungai,
Sebab area berhampiran dah penuh org berkelah,
So smpai je seberang sungai kami lapik tikar dan setup tempat nak membakar.

Kita orang dah excited sangat nak mandi ni,
Mandi manda
Gelak ketawa tak ingat
Which is jangan seronok sangat kalau pi mandi sungai atau laut.
Tapi dah seronok tak fikir ape dah.
Tengah hari tu kami makan beramai-ramai, syok tol menjamu selera di tepian sungai.
Kami terus sambung mandi sampai lah ke petang.

Bila ingat balik rindu zaman kanak-kanak.
Tengah seronok-seronok mandi tu, tiba-tiba aku rasa kaki aku di sentap sesuatu!, aku tenggelam timbul
Aku cuba tarik kaki aku
Makin aku melawan makin kuat tarikan tu,
Nasib arwah abah perasan dan berjaya selamat kan aku.

Bila ingat balik
Memang ngeri….Alhamdulillah
Tapi tak berakhir di situ ya, sejurus abah tarik aku ke atas, Tiba-tiba hujan turun lebat selebatnya, Kepala air turun dengan ganasnya,
Memang menakutkan
Tu first time aku tengok kepala air. Dari air yg tenang mengalir jadi gulungan air yg ganas seganasnya.
Habis segala dahan-dahan besar pon di hanyutkan nya..
Kalau lah abah lambat perasan aku, tak tau la ape jadi
Alhamdulillah semua ada hikmah…

Ok kembali pada cerita tadi waktu tu dah pukul 5.30 petang. Tapi dengan hujan dan suasana macam dah nak maghrib,
Abah suruh packing siap-siap nak balik segera.
Tapi baru kami perasan yang semua orang dah balik
Tinggal kami je kat situ.

Macam mana nak seberang sungai air sangat deras,
Kami dah mula panik
Risau nak balik macam mana….
Ketika itu mak dah suruh kami berdoa supaya hujan cepat reda, dan boleh balik segera.
Abah azan dalam keadaan cemas dan remang senja hujan masih tak surut.

Lebih kurang 10 saat macam tu,Tetiba kami di datangi 3 orang pemuda,
Lagak gaya mcm pemburu
Tapi, Masyaallah muka mereka bersih dan memang handsome belaka.
Mereka bagi salam kat abah
Tanya kenapa tak balik lagi dah senja, jadi abah cerita lah terkandas tak boleh nak seberang sungai.

Lelaki tu (mungkin ketua pada pemburu tu) kata tak pa encik
Mungkin Allah nk gerakkan hati kami nak bantu encik.
Jadi lelaki ni meranduk air sungai yang ganas ni seberang sungai.
Sambil bawak tali yg tebal tu
Nampak mudah bila dia seberang pada hal air deras sangat-sangat.
Tapi cuma ketika itu dapat berkata-kata dalam hati.
Jadi ada 3 pemuda tu yang memegang tali, yang hujung tengah dan tepi.
Jadi kami seberang sungai seorang demi seorang,
Di mulai oleh aku
Mula-mula nak meniti seberang tu kene pegang tali tu kuat-kuat sambil jalan slow-slow, masa dah nk sampai hujung tu,
Aku perasan seluar laki tu
Dia pakai jeans , serious tak basah lansung seluar dia tau. Aku dah pelik tapi aku diam kan je.
Mungkin perasaan je kot
Jadi selepas semua selamat dah seberang sungai. Abah dan Pakcik Leman
Ucapkan terima kasih kat 3 pemuda yg bantu kami, dengan izin Allah kami selamat.
Kami pulang kerumah masing-masing time maghrib tu.

Aku pon dah lupa ape yang berlaku, tapi demam gak la 3 hari weyh hahahaha.

Selang seminggu Pakcik Leman dan keluarganya datang ke rumah kami.
Terbuka cerita pasal picnic haritu di sungai Hulu Yam,
Mereka tanya kat abah
Aku ni curi-curi dengar dari ruang tamu hahahaha.
‘Abang Chop haritu abang perasaan tak seluar pemuda-pemuda yang tolong kita tu setitik air pon tak lekat kat seluar?’
Sedangkan kita lecun basah.
Abah kata abah pon perasan tapi tak mau tanya…
Takut salah tengok ,
Rupa-rupa nya kami semua perasan..

Persoalannya siapakah yang membantu kami?

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 31 Average: 4.2]
Sheera yusup

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.