Tit! Tit! Tit! Jam tangan ku berbunyi.. “Ah! Dah pukul 12 tengah malam, maknanya lagi 5 minit aku kena duduk dalam almari ni.” aku mengomel seorang diri. “Aduhh, kenapalah aku setuju nak main benda alah ni, cilakak betul la diorang ni suruh aku sembunyi dalam almari sorang-sorang pulak!”
11 November 2005 merupakan hari terakhir kami di aspuri (Asrama Puteri) dan petang itu merupakan kertas terakhir kami pelajar tingkatan 5 untuk SPM. Sebelum kami pulang ke kampung halaman masing-masing, kami telah bersetuju untuk bermain “Truth or Dare” selepas pukul 11.30 malam untuk melepaskan tension kami setelah penat memerah otak pagi tadi.
Aku, Zati, Raihan, Fiqah, dan Ema merupakan sahabat karib sejak kami Tingkatan 1 lagi. Hubungan persahabatan kami boleh dikatakan amat rapat sehinggakan kami digelar kembar 5 dikalangan guru dan rakan-rakan. Apa tidaknya, kalau sorang datang lambat, semua akan lambat. Mungkin sikap kami yang gila-gila dan agak nakal membuatkan kami sekepala dan sejiwa. Jadi, perpisahan kali ini membuatkan kami berlima sedikit beremosi dan kami ingin menjadikan “Malam terakhir” kami sebagai malam yang kami akan ingat sampai bila-bila. Kami memilih untuk bermain “Truth or Dare” kerana Zati yang mencadangkan untuk bermain game ini kerana dia terikut-ikut dengan cerita movie yang ditonton nya sebelum ini. Pada mulanya aku lah orang yang lantang bersuara untuk tidak setuju dengan game ini kerana aku merupakan seorang yang agak penakut..
Tapi setelah dipujuk oleh Ema dan Raihan aku pun setuju untuk bermain. Malam terakhir biasanya warden tidak terlalu tegas dengan kami dan kebetulan malam itu hanya beberapa orang pelajar sahaja yang tinggal kerana majoriti sudah pulang ke kampung halaman masing-masing.
Malam itu, selepas solat Isyak berjemaah di surau yang hanya dihadiri beberapa pelajar sahaja, kami berlima bersepakat untuk tunggu jam 11.30 malam untuk berkumpul di bilik Raihan.
Oh ya, sebelum itu aku akan terangkan “floor plan” asrama kami. Asrama kami mempunyai 3 tingkat dan setiap tingkat mempunyai 4 dorm (bilik) dan setiap bilik ada 10 katil. Bilik-bilik yang kosong akan dikunci oleh pengawal untuk keselamatan. Aku, Ema dan Zati merupakan dormate di tingkat 1 dan Raihan dan Fiqah merupakan dormate di tingkat 3. Oleh kerana tingkat 3 majoriti pelajar sudah balik dan kosong, kami bersepakat untuk bermain permainan itu di dorm 4 iaitu dorm Raihan dan Fiqah.
Permainan dimulakan dengan kami berlima duduk di dalam bulatan dan terdapat botol di tengah-tengah. Setelah memusingkan botol itu, giliran akan dimulakan dengan melihat ke arah mana penutup botol itu berhenti. Nasib tak menyebelahi diriku kerana aku merupakan “mangsa” pertama malam itu.
Ema memulakan soalan dengan bertanyakan kepadaku “Truth or Dare?” dan tak semena-mena aku telah memilih “Dare/Cabaran”. Tersenyum sinis Ema malam itu dan lantas menyuruhkan melakukan cabaran mengurungkan diri di dalam almari di Dorm 1 iaitu Dorm yang paling hujung dan berkunci. Antara kami berlima, Ema merupakan rakan yang paling nakal dan Ema menggunakan kepakaran yang dia ada untuk membuka kunci pintu bilik Dorm 1 yang hanya menggunakan manga.
Aku : “Ema! Kau ni gila ke apa? nak suruh aku duduk dalam almari? Buatnya aku lemas? tak sempat aku nak kawen la ngok!”
Ema : ” Ala kau ni chill la.. Aku bukan nak kunci pun.. Aku cuma rapatkan je pintu almari tu and plus pintu almari tu kan ada berlubang.. So adalah oksigen untuk ko.. Haha chilla babe.. kitorang akan ada tunggu depan pintu dorm tu..kalau kau takut..ok? Ala..kejap je..12.05 pagi kau keluarla..nanti kitorang ambik kau depan pintu almari tu..”
Setelah lebih kurang 10-15 minit, mereka berjaya memujuk ku untuk melakukan cabaran pertama aku..Pffttt!
Setelah jam tangan ku sudah pun menunjukkan pukul 12.05 am, aku sedikit kaget dan pelik sebab tak ada seorang pun yang datang mengetuk pintu almari menyatakan masa ku telah tamat. “Kurang asam dorang ni..apehal laa tak cakap dengan aku yang masa dah tamat.. nak terkencing aku tahan takut dalam almari ni! siaplah giliran siapa pulak lepas ni aku nak suruh dorang duduk kat pokok pisang belakang surau nanti! Biar kena makan dengan hantu!” getus hati kecil aku disertakan dengan sedikit sumpah seranah.
Selepas keluar dari almari, aku berlari menuju ke pintu Dorm 1 untuk melihat kawan-kawan ku yang lain.. tapi malangnya tak ada sesiapa pun yang ada di situ!
Aku : “Kurang ajar betul korang! Tinggalkan aku sorang-sorang dalam almari!” aku menahan marah sambil berlari menuju ke bilik Raihan!
Langkah ku m**i pabila sedang aku berlari menuju ke Dorm 4, aku harus melewati Dorm 2 dan 3 terlebih dahulu dan aku terlihat ada kelibat Ema dan Raihan di dalam Dorm 2..
Aku : “Woi! korang buat apa dalam tu? korang dah start main ke tanpa aku?!” aku memanggil sambil berdiri di koridor tingkap bilik Dorm 2..tapi panggilan aku tak disahut oleh mereka.. “Apahal pelik je dorang ni..” terus bulu tengkuk ku meremang kerana aku merasakan ada angin yang menyapa di leherku..
Zasss! Pantas aku berlari terus masuk di bilik Raihan dan terkocoh-kocoh menutup pintu bilik!
Belom sempat aku menghembuskan nafas lega, aku terkejut kerana melihat Ema, Raihan,dan Zati berkumpul dan Fiqah terbaring di katil sambil menyeringai seperti menahan sakit dan mengerang seperti kucing yang nak bergaduh..
Tak sempat aku bertanyakan Ema dan Raihan mengenai kelibat mereka yang aku nampak tadi, terus Raihan menarik tangan ku dan berkata :
Raihan : “Weh,kitorg minta maaf sebab tinggalkan kau dalam almari dan bilik tu sorang-sorang.. tadi..tadi masa kitorang tengah tunggu kau depan bilik Dorm 1 kitorang semua kena kacau!”
Ema : ” Fiqah dia nak pergi tandas.. sebab dia kan datang bulan and nak tukar pad so aku teman kan dia la..lepas tu Fiqah cakap masa dia tengah basuh pad.. dia nampak ada bayang-bayang kepala menjengah kat mangkuk tandas tu dan bile dia angkat muka dia terus jerit! Aku kat luar tandas terus ketuk-ketuk pintu tandas.. nasib baik dia sempat bukak pintu.. lepas tu aku bawak dia balik bilik and dia terus macam ni! ” Ema cerita dengan ku sambil mengigil ketakutan..
Raihan : “Aku dengan Zati nampak Ema dengan Fiqah berlari-lari kat koridor tapi bila kitorang jerit panggil diorang buat tak tahu je.. Aku nak masuk bilik panggil kau tapi tiba-tiba aku nampak ada sesuatu atas almari tempat kau sembunyi tu.. teruslah aku lari masuk bilik!” terang Raihan sambil menangis..
Aku : ” Weh sumpah aku tak dengar apa-apa sepanjang aku berkurung dalam tu.. aku cume berzikir je dan pegang tasbih arwah atok aku ni je..So sekarang macam mana?? Korang dah panggil Ustazah Aisyah tak? (Warden kami).
Raihan : “dah telefon Ustazah.. dia kat hospital tadi sebab ada kecemasan dan dia OTW balik sekarang.. apa kita nak buat ni..?? tengoklah Fiqah.. dia macam orang kena sampuk je ni!”
Masa itu otak kami semua tengah kosong.. tanpa melengah kan masa aku dengan berbekal kan secebis semangat yang ada membaca ayat-ayat Al-Quran yang telah dia ajar oleh Arwah Atok ku sebagai pendinding diri..
Fiqah semakin mengganas pabila mendengar ayat-ayat Quran yang dibacakan oleh ku..Dia meronta-ronta dan menjerit-jerit seperti orang yang kena hysteria. Walaupun badan dan kaki telah dipegang kuat oleh Zati dan Ema, namun tenaga Fiqah malam tu sangat luar biasa!
Nasib kami baik kerana ketika itu, Ustazah Aisyah tiba dengan suami nya Ustaz Rosli.. Fiqah kemudiannya di bawa ke rumah Ustazah Aisyah untuk dipulihkan semangatnya. Kami dan beberapa pelajar yang ada di kumpulkan di surau dan malam itu kami terpaksa bermalam di surau atas faktor-faktor keselamatan.
Sebelum Ustaz Rosli pulang, dia bertanya kepada kami:
Ustaz Rosli : ” Ada sesiapa ke diantara kamu yang menyeru dan memanggil makhluk tu?”
Aku : ” Kami tak ada seru Ustaz.. kami cume bermain “Truth or Dare” je.. tak ada mantera apa-apa di gunakan pun masa bermain..” Jawab ku dengan jujur.. Ah! Lantaklaa bagi tahu je benda betul!
Ema : “Ermm.. sebenarnya Ustaz.. ada..saya dan Raihan ada baca satu ayat ni.. ayat ni kami tengok dari cerita movie.. sebelum dorang main “Truth or Dare” dorang ada baca ayat ni.. tapi tak tahu pulak mantera ni boleh panggil hantu!” Ema menjawab sambil mengigil menghulurkan secebit kertas yang mempunyai ayat-ayat mentera kepada Ustaz Rosli.
Aku dan Zati membuntangkan mata kami selepas mendengar kenyataan rasmi Ema! PAtutla benda tu marah dan mengacau!
Ustaz Rosli : “Astagfirullah alazim.. kamu sedar tak benda ni bahaya? Cerita atau bukan cerita benda ni jangan di buat main! Benda ni bahaya! Nasib baik kami cepat sampai.. Kalau tidak?? Boleh mendatangkan bahaya kamu tau tak?! Tempat ni sudah lama tak ada gangguan sebab Ustaz dah pagar..Hmm..Sudahlah.. lepas ni kamu ambil wudhuk dan baca Al-Quran dengan kawan-kawan kamu.. InsyaAllah Ustaz akan sembuhkan Fiqah.. Ustazah Aisyah dan Ustazah Mariam akan jaga kamu semua malam ni di surau.” Panjang lebar Ustaz Rosli bersyarah kepada kami..
Mujurlah malam itu, tiada gangguan yang teruk dan aku yang paling bersyukur kerana tidak diganggu dengan teruk melainkan aku cuma nampak kelibat Ema dan Raihan di Dorm 2 yang sehingga kini masih menjadi tanda tanya..
Alhamdulillah semangat Fiqah kembali pulih selepas beberapa minggu.. Dan kami masing-masing demam selepas “Malam Terakhir” kami di Asrama..Mujurlah tiada kejadian serious yang berlaku kepada kami..
Dan sehingga ke hari ini, apabila kami berjumpa kami akan bercerita kembali mengenai tragedi ini.. dan kami tidak lagi bermain “Truth or Dare”. Itu merupakan permainan pertama dan terakhir kami.
Kepada semua pembaca, “Don’t even Dare to try to know the Truth from game!” Bye2..
Cik Bawang 🙂
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
Pessss
Peringatan utk ank2 yg duduk asrama tu… Jgn cuba2 mncabarkn diri mnyeru setan2 yg berada di asrama…padah bawa duka… Bgus klau kite mnyeru nama Allah dan Nabi kite..besar pahala….
Sbb mama dah berpengalaman tntg perkara ni…sehingga roomate kitorg sakit smpai sekarang sbb gangguan trsebit …
Trsebit* tersebut….typo…maaf
Pengaruh dr filem barat kome ikut…nasib x dikerojekan kome sumer…cr nahas…
sabo jerlah kwn senyap2 pegi baca mantera…….
Hehh berani sgt ni…jadikan pengajaran je la eh.
Kebanyakan remaja skrg memang suka ikot benda yang bukan2. Kemungkinan mantera yang kwn2 penulis baca sememangnya mantera yang betul. Dulu masa sekolah menengah hamba pun duk hostel. Sekolah di Borneo dan penghuni asrama bercampur cmpur bangsa dan agama. Pernah satu ketika kawan2 yang bukan beragama islam kongsi mantera untuk panggil hantu jerangkung. Pernah terjebak sekali tengok dorang main benda bodoh tersebut dan apa yang mereka seru guna mantera tersebut memang betul2 terjadi. Itu cerita 10 tahun lepas dan hmba masih ingat lagi bait2 mantera tersebut hingga kini dan tak tau kenapa mantera tersebut terus melekat dalam kepala otak ni. Nak jadikan cerita, tahun lepas anak sdra duk tengok cite hantu indonesia malam2. Judul apa tak ingat sebb memang malas nak tengok sekali. Anak sdra buka suara tv agak kuat dan bole terdengar dari dalam bilik. Sadisnya mantera yang kedengaran dari cerita tu adalah sebijik mantera yang pernah dikongsi oleh kwn bukan islam masa zaman sekolah dahulu. Jadi hamba apa lagi, tutup tv suruh dorang tdo..hahahaha..Jdi berjaga jaga la sesiapa yang suka tengok cite hantu tu..takut2 mantera yang di pakai adalah mantera betul nanti tak pasal2 korang terkena….Sekian…
tu lah. nak sgt MALAM TERAKHIR yg takkan dpt dilupakan kan? org kampung aku kata, ‘be careful what you wish for’. so korang dpt lah kan apa yg korang mintak. hahaha. padan muka.
hebat org kampung ko
haha oka tu.yg aku dgn kwn2 saat2 akhir nk abs kan paper.warden aku ni ego tinggi ya amat.ade ke die kata ktorg yg tgl bpe k***t ni dok main jaring nyamkk dkt bilik die untk tkt2 kan die.dh la yg tgl sume mase tu budk2 baik kelas pndai.dieorg byk lg keje nk study dr kacau die.lain la aku dgn kengkwn mmg nakal ya rabbi.tp mse exam tu kwn2 aku sume dok luar.dieirg xnk dok hostel sbb sush nk study group.tgl la aku yg penakt nak gila ni dgn kwn aku dua org yg jns bole nampk.terpaksa la ktorg dudok dgn bedk pndai.lps je warden aku tu kena kacau jaring nyamok die ade org buat main la kira bunyi2 xbg die tido.esoknya tu die buat sportcek rampas telifon or segala bende larangan la.die kata ktorg ni degil nk balas dendam tkt2 kan die.mati2 sume bersumph ckp xkacau die.plg sadis last paper budk sume dh blk tgl la aku b3 dgn membe aku.warden aku lgsg xpelawa ktorg dudok dgn die.ade die suruh ktorg dudok dorm sblh die.korg bygkn la..nk pg mandi sme2 makan sme sume sama2..xbrni nk tglkan sorg2..tgh study paper akaun tetibaaaa aku dgr ade org jirus air dr dorm ats tingkt 3.pastu kwn aku yg jns bole nmpk ni dir ckp dh la we jom tido.ktorg berselubung satu selimut.aku siap tnye we spe dkt ats tu.ko dgr x ade org jirus air.trs kwn aku ckp da2 tido2..hahaa..sekolah aku tu mmg keras pon..tgh ari rembang pon die bole main2 kipad tkt kan org
Baiknya ustaz ko… Die tau korang main/panggil bnda Tu, die just ckp camtu je? Aku ingat dulu ms Aku kat boarding school, ustaz Aku mengamuk giler2 bila tau Ada budak main spirit of coin dlm asrama. Aku ingat ayat die, “susah payah saya pagar kawasan ni untuk lindungi asak semua, senang2 awak jemput die masuk???!!! ” . Lg2 ustaz kata bnda Tu syirik.