Tujuh Belaan Mak Ngah

Terima kasih admin budiman kerana sudi share kisah ini. Kisah benar ni terjadi masa aku kanak-kanak. Aku tinggal di kampung Pinang. Rumah aku ni berdekatan dengan rumah bapa saudara aku. Yang aku nak ceritakan di sini adalah tentang isteri bapa saudara aku tu… Mak Ngah.

Ceritanya begini, semua penghuni kampung Pinang dah tahu tentang kegiatan mak saudara aku. Aku namakan mak saudara aku tu mak Ngah. Mak Ngah ni suka membela. Selain ayam dan itik, dia ada membela ‘khadam’. Bukan sekor khadam dia. Ada lebih dari tujuh ekor. Hantu raya, polong, bajang, pelesit… you name it. Memang banyak stok khadam dia. Kitorang sekeluarga memang dah tahu perangai dia. Cuma pak Ngah aku dengan anak-anak dia je yang buat-buat tak tau perangai mak Ngah ni. Aku kesian dekat pak Nagah aku tu, dia orang kuat masjid. Tapi bila masuk bab bini dia, dia lemah. Kalah. Mengikut kata bini je.

Korang mesti nak tahu, macam mana aku sekeluarga tahu perangai membela mak Ngah, kan Begini, mak Ngah aku ni memang dia tak suka bergaul dengan sesiapa pun. Dia jenis duduk dalam rumah. Keliling rumah dia penuh dengan pokok buah-buahan. Rumah dia pun sentiasa gelap sebab terlindung dengan pokok. Pokok-pokok merimbun tu subur dengan buah-buah sentiasa lebat menjadi.Tapi, jangan ada sesapa pun pergi ambik buah-buahan tu. Nak dijadikan cerita, ada anak jiran ni ambik buah tu dan makan je. Malam tu anak jiran aku ni dah meracau-racau dengan sakit perut memulas-mulas. Menangis tak henti. Sampailah ayah dia bawak dia jumpa seorang ustaz. Ustaz pun soal siasatlah, tanya makan apa dan ambil di mana. Bila sebut je ambil dekat pokok mak Ngah, barulah ustaz bagitahu yang mak Ngah ada hantar ‘benda’ menyakat. Sebenarnya, semua pokok buah-buahan tu ada penjaganya. Tak boleh ambil sebarangan. Walaupun buah tu gugur, tetap tak boleh diambil. Dah ramai yang kena macam anak jiran aku ni rupanya. Sampai ada yang membulat perut tiba-tiba kembung, benda tu buat.

Ada satu malam pulak, abang aku keluar tengok midnight movie. Dia balik pun dah lewat. Tiba-tiba, dia nampak macam mak Ngah keluar ikut pintu belakang rumah dia. Abang aku ni jenis berani sikit. Dia pergi mengintai mak Ngah dekat belakang pokok koko. Mak Ngah bawak lilin dan ada sepinggan pulut kuning, bertih jagung dengan telur ayam. Mak Ngah memang tak perasan abang aku mengintai. Perlahan-lahan mak Ngah letak pinggan tu bawah reban ayam. Lepas tu dia masuk balik dalam rumah. Abang aku macam tak puas hati, dia tunggu lagi nak tengok. Selang beberapa minit, mak Ngah keluar balik. Dia pergi dekat reban, dia tarik pinggan. Dah kosong! Telur pun dah kosong. Dalam samar-samar cahaya lilin tu, abang aku kata mak Ngah senyum sambil cakap, “sedap ya?” Langsung abang aku tiba-tiba rasa seram yang amat. Elok saja mak Ngah masuk dalam rumah, terus abang aku kelam kabut balik rumah. Abang aku bagitahu dekat mak, takkanlah ayam mak Ngah makan pulut kuning? Tengah malam buta pulak tu.

Satu petang hari lain pulak, abang aku ni suka main sembunyi-sembunyi. Masa tu dah dekat nak Maghrib pun. Dia pegi sembunyi dekat area rumah mak Ngah. Masa nak sembunyi tu, dia terbongkok-bongkok lalu tepi tingkap rumah mak Ngah. Langsung dia bersandar sekejap dekat situ. Tiba-tiba dari tingkap rumah mah Ngah tu keluar satu tangan berbulu kasar. Bak kata abang aku, tangan tu sebijik macam tangan orang utan. Cumanya, tangan tu besar dan berkuku tajam. Cabut lari terus abang aku. Pucat-pucat balik rumah. Sampai mak aku kena buat air tawar nak pulihkan semangat dia.

Paling teruk kena, kakak aku sendiri. Kakak aku ni sebaya dengan anak mak Ngah yang bongsu. Ditakdirkan masa SPM, kakak aku dapat keputusan paling cemerlang dalam daerah. Dia dapat anugerah khas. Satu pagi, kakak aku ni nak pergi sekolah. Tapi aku terkejut sebab dia pakai kain je. Baju, tudung semua dia tak pakai. Aku pun panggil mak aku. Mak aku tanya kakak aku, “hang nak pergi mana pakai lagu ni?”
Kak aku kata, “saya nak balik rumah mak.”
“Ni, aku ni mak hang. Mak mana pulak yang hang nak pergi?”
“Saya nak balik rumah tu,” kakak aku tunjuk arah rumah mak Ngah. Terus mak aku beristghifar panjang.
Mak kata, kakak aku dah kena dah. Mak Abah aku sampai pergi menghadap mak Ngah tanya apa yang dia dah buat dekat kakak aku. Mak Ngah tak mengaku. Dia kata dia tak buat apa-apa pun. Dia kata kak aku tu gila. Enam bulan mak abah aku berubat kakak aku. Enam bulan juga kak aku jadi macam orang gila. Sekejap menangis, sekejap ketawa. Puas berubat, akhirnya dengan izin Allah kakak aku sembuh. Ustaz yang tolong famili aku tu kata, memang mak Ngah tu buat kakak aku jadi gila, sebab dia dengki tengok kakak aku pandai, anak dia tak. Busuk sungguh hati mak Ngah aku ni. Korang kalau tengok muka mak Ngah, dia takkan pandang mata kita bila kita bercakap dengan dia. Betullah orang kata, kalau nak tahu orang tu ada ilmu hitam, bila bercakap, dia tak boleh pandang mata kita.

Bukan setakat kakak aku dia bagi jadi gila. Sepupu lelaki sebaya aku pun kena jugak dengan mak Ngah. Sepupu aku ni sekelas dengan aku. Satu hari tu dia mengamuk dalam kelas, lari ke hujung padang. Start dari haritu, dia jadi histeria. Hampir hari-hari dia kena. Mengamuk sakan! Rumah sepupu aku ni betul-betul di belakang rumah mak Ngah. Dipendekkan cerita, ustaz yang mengubat sepupu aku tu kata, mak Ngah buat sepupu aku jadi gila sebab dia benci sepupu aku tu. Sepupu aku tu memang nakal, dan dia suka menyakat cucu mak Ngah. Jadinya, mak Ngah aku tak suka. Lama jugak sepupu aku ni sakit. Sampai kurus badan dia yang montel tu.

Macam-macam hal dalam kampung aku tu jadinya. Anak-anak dara kena usik jadi histeria, pengantin nak kawin pun kena kacau, yang nak bersalin pun kena, budak kecil menangis malam tak henti-henti, sakit meracau-racau. Pendek kata, Mak Ngah aku ni memang spesis yang tak boleh orang lain lebih daripada dia. Dia dengki.

Abang aku pernah cerita, ada satu petang, dia pergi memancing dekat bendang. Dia punyalah puas memancing, tak dapat-dapat ikan. Kalau dapat pun, anak ikan je. Tiba-tiba dah nak senja dia nampak Mak Ngah datang bawak bakul. Abang aku dah siap baca ayat pendinding dah. Dia tak tegur pun mak Ngah. Dia nampak mak Ngah masuk dalam hutan belukar. Abang aku kata, dalam hutan tu ada parit. Boleh memancing, tapi dia tak berani nak pergi situ. Selang beberapa minit, mak Ngah keluar dari situ. Abang aku macam tak percaya tengok bakul mak Ngah tu dah penuh dengan ikan. Hairan sungguh, batang pancing tak ada, jala pun tak ada, tahu-tahu dia bawa keluar sebakul ikan.

Memang heboh dah cerita mak Ngah membela di kampung. Semua orang percaya kecuali arwah makcik aku yang sorang ni. Dia selalu kata dekat mak aku, tak baik buruk sangka dekat orang. Fitnah berdosa. Makcik aku ni orang kuat agama, belajar di sekolah pondok. So, dia pun bukan calang-calang orangnya. Ilmu penuh di dada. Mak aku pulak, bila makcik dah tak nak percaya, dia buat tak kisah sajalah. Satu hari di pekan, makcik aku baru sampai dekat stesen bas. Dia dalam perjalanan nak ke rumah aku. Masa tu tengahari rembang. Sambil dia menunggu bas, dia pun tengoklah orang-orang yang lalu-lalang dekat situ. Sampailah tiba-tiba dia terpandangkan satu susuk tubuh manusia yang pelik tengah melintas jalan. Dari jauh makcik aku nampak manusia ni lain daripada yang lain sebab?Sebabnya kepala manusia tu penuh dengan ular melingkar meliuk-lintuk macam medusa! Terkejut sungguh makcik aku kata. Seumur hidup dia tak pernah nampak manusia mengerikan macam tu. Sambil di dalam hati makcik aku tu tak putus-putus baca ayat suci dan pendinding diri. Makcik aku dapat rasakan benda tak baik pada manusia medusa tu. Perlahan-lahan, si medusa tu menghampiri makcik aku dan duduk di sebelah dia. Allahuakhbar! Terkejut sungguh makcik aku bila dah dekat baru nampak wajah sebenar si medusa tu, iaitu mak Ngah aku! Mak Ngah siap tegur makcik macam tak ada apa yang berlaku. Makcik cuba mengawal diri dia dan bersembang seperti biasa. Sampai je dekat rumah aku, terus makcik cakap dekat mak aku, “Som, aku percaya dah Som. Aku dah tengok dengan mata kepala aku sendiri. Dia tu bukan manusia biasa, Som. Banyak ‘benda’ dia pakai. Semoga Allah lindungi keluarga hang dengan anak-anak hang. Hati-hatilah selalu.”

Kemuncak cerita Mak Ngah adalah apabila penduduk kampung dan ahli-ahli masjid ambil keputusan untuk halau mak Ngah sekeluarga dari kampung. Tapi, semua duduk berbincang elok-elok. Mak Ngah dengan suami dan anak-anak dia terpaksa akur sebab orang-orang kampung dah tak tahan lagi dengan perangai hati busuk mak Ngah. Aku kesian dekat pak Ngah. Aku tahu pak Ngah dengan anak-anak dia sedih. Anak-anak pak Ngah pun semua baik. Pak Ngah malu… tapi dia tak boleh kawal bini dia. Dia sendiri orang kampung kata dah kena guna-guna oleh mak Ngah. Menangis pak Ngah bila terpaksa tinggalkan kampung halaman. Mak Ngah kata, dia akan pindah dan berjanji akan bawa semua khadam dia. Antara syarat yang dia kena ikut, belaan dia semua dia kena angkut dan hasil pokok buah-buahan dia semua orang boleh makan, tanpa was-was. Jangan tinggal barang seekor pun belaan dia, termasuk ayam dan itik. Jangan sampai orang kampung kena lagi dengan Mak Ngah. Hari yang Mak Ngah pindah tu juga, orang kampung upah jentolak datang robohkan rumah dia. Sedih… tapi silap mak Ngah jugak sampai jadi macam tu.

Kata mak, Mak Ngah sebenarnya mewarisi khadam-khadam arwah mak dia. Masa arwah mak kepada Mak Ngah nak meninggal, tiap-tiap malam arwah terpekik terlolong. Satu kampung boleh dengar dia menjerit sakit. Tapi tak ada yang berani nak tolong. Sampailah ke akhir hayatnya, ada anak dia yang kena ambil belaan tersebut. Barulah mak kepada Mak Ngah boleh pergi dengan aman. Mak kata, hari yang dia meninggal tu, sampai kena buka bumbung rumah sekeping. Dahsyat betul permainan syaitan.

Mak Ngah pun sebenarnya dah lama meninggal dunia. Begitu juga mak dan abah aku. Aku pun tak tahu macam mana Mak Ngah meninggal dan di mana dia meninggal. Tapi, masa Pak Ngah aku meninggal, arwah abah cakap tak ada sesiapa pun yang pergi rumah dia. Nak melawat jenazah pun semua takut. Semua tunggu di masjid saja untuk solat jenazah. Kesian arwah pak Ngah. Semoga roh semuanya diampuni Allah dan ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman.

Terima kasih kerana sudi membaca.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Fidd

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 8 Average: 4.5]

200 thoughts on “Tujuh Belaan Mak Ngah”

  1. Nauzubillahuminzallik…
    Mgkn niat asal makngah amik belaan tu semua sbb kesiankan emaknya dan nk memudahkan kepergiannya…
    Tapi yg jd masalah bila makngah mula selesa dgn bantuan khadam tu semua dan mula memudaratkan orang2 sekelilingnya…

    Pasal pakngah tu mcm yg akk fikirkan pon gamaknye die dh kena mandrem sbb tu die just ikooottt jer cakap makngah dan xleh nampak semua perbuatan buruk tu…

    Semoga makngah sempat bertaubat di akhir usianya…
    Aamiin…

    Reply
  2. aku tak baca lagi cerita ni.nanti2 lah baca sebab aku rasa malas sangat nak baca entah knapa
    komen aku nie komen berkaitan dengan cerita jugak kan? #jangankecam
    InsyaAllah,kalau rajin aku baca










    Takderlah,,aku dah baca dah HAHA

    Reply
    • Bersekongkol dgn makhluk halus, jin, syaitan, adalah perbuatan syirik. Syirik adalah salah satu dari 7 dosa besar yg tidak diampunkan Allah SWT.

      Reply
  3. Knp bumbung rumah kena buka kalo yg membela makhluk halus tu di ambang sakaratulmaut? Aku sentiasa tertanya-tanya bila bab ini.

    Reply
    • kan…cilake punya syaitan… bukan ko boleh tembus semua benda ke…salur2 d***h pun selamber ko masuk…dah apahal masa ko nak keluar bumbung nak kena bukak…ko kata boleh tembus??? jilake ko…..ko la yang baca ni..aku cakap dgn ko!!!

      Reply
  4. orang dekat rumah aku pun membela … hantu raya 7 ekor … adik aku yang cerita sebab dia bertanyakan orang tua tu … kononnya dia nak belajar membela dan minta nak tengok … orang tu cerita dia ada 7 ekor … mula nampak dalam bentuk anjing besar … then bentuk ular … bila adik aku minta nak tengok yang real baru nampak lembaga besar warna hitam … melompat dia turun rumah orang tua tu … satu malam dia balik rumah waktu dah dinihari … kena melintas depan rumah orang tua tu … motornya tiba-tiba berat dan adik aku ingat tayar pecah … sampai di rumah masa nak turun motor dia tengok cermin belakang … berderau d***h katanya … dia yang lelaki pun boleh rasa kecut sebab ada lembaga menumpang dan siong panjang sejengkal ….

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.