Tujuh Ekor Ganggu Ketika Memancing

Salam warga FS dan admin.

Seronok baca kisah-kisah seram kat sini. Feel beb…. Aku nak kongsi lagi pengalaman seram aku teman kaki pancing di laut.

Aku ni tiada skil memancing, tapi lebih kepada menyibuk sebab daripada aku mereput di rumah, lebih baik aku ikut “hantu memancing” – sepupu aku, Tam, adik aku Awie dan kawan baik dia Ayop. Anak buah aku yang kaki pancing, Idi, Ngah dan Shah Rukh Khan (nama manja dia, lekat sampai tua) mesti akan melengkapkan korum memancing. Balik-balik muka dorang la kalau hal memancing. Aku anggap dorang ni otai gila sebab skil dorang dan Alhamdulillah, mesti dapat hasil. Kalau aku ke, duduk tercongok sampai kebas bontot seharian pun belum tentu dapat hasil.

Tempat yang kami pergi kira keras sebab ada kejadian yang menimpa yang mengorbankan nyawa. Masuk paper kot. Di situ, ada satu kem betul-betul di tepi laut, di depannya bukit dan ada pengawal keselamatan. Hari tu, salah seorang pengawal keselamatan kem tu, Cik Kop pun ikut. Kami sampai pukul 10 malam lepas bungkus roti canai. Pergi malam sebab tak panas dan Awie cakap kalau tak salah la musim ikan kerapu batu masa tu. Tam dan Cik Kop memang berani takde manusia. Rasa selamat la.

Kami kena melepasi beberapa chalet tinggal yang di belakangnya hutan sepanjang jurang menurun ke bawah. Ada laluan tikus untuk turun dan ada sepohon buluh yang rendang dan pokok nangka yang besar. Lain-lain pokok yang tumbuh rapat-rapat dengan semak samun tapi agak senang lalu kerana jalan tikus tu jelas berlorong hasil usaha kaki pancing. Pohon-pohon buluh dan nangka ni hanya beberapa meter dari batu yang disusun kaki pancing, menjadi sempadan antara hutan dan kawasan kaki pancing meletak barang.
.
Sampai saja tempat biasa kami tu, Ayob pun buat unggun api untuk mengelak nyamuk dan agas bermaharaja. Kerana kayu tak berapa nak cukup, Ayob menghilangkan diri sekejap mengutip kayu dan ranting. Aku nampak dia melepasi pohon buluh dan jelas nampak suluhan torchlight dia di dalam hutan. Aku ditugaskan menjaga unggun api supaya tak padam. Yang lain dah turun ambil port masing-masing. Kerana sudah biasa di situ, aku tidak rasa takut kerana aku boleh dengar suara Awie yang tak jauh dari situ, bersembang dengan Shah Rukh Khan sambil merokok.

Tak berapa lama kemudian, Ayop turun dengan tergesa-gesa membawa ranting kering. Mulutnya mengomel-ngomel sambil mematahkan ranting-ranting. Dia cakap dia ada benda nak bagi tahu aku tapi tergendala kerana tiba-tiba Cik Kop sampai tersengih-sengih membawa bungkusan makanan. Perkara yang Ayob nak sampaikan pada aku tidak sempat ditanya sebaliknya kami tanya kenapa dia lambat. Selamba dia jawab dia “ada hal dengan orang rumah”. Cik Kop mula cari tempat dan membuka makanan yang dibawanya. Kebuloq katanya.

Secara spontan sambl menyuap roti canai, Cik Kop berpesan pada kami supaya jangan takut kalau dengar bunyi yang pelik atau nampak sesuatu yang akan buat kami takut. Semasa berpesan tu, Cik Kop langsung tidak memandang kami, dia hanya menyuap roti canai ke mulutnya. Bila sudah dipesan begitu, timbul rasa takut di hati. Aku hanya tersenyum kelat memujuk hati yang dah mula kecut. Mesti ada sebab kenapa Cik Kop kata macam tu.

Selesai makan, Cik Kop merokok sambil memandang ke arah adik dan anak-anak buah seakan-akan mengira cukup atau tidak korum kami. Kerana gelap dan tak nampak mana dorang duduk, dia memanggil nama masing-masing, dan memang ada sahutan. Tapi bila nama Tam dipanggil, kami dengar sahutan, tapi bukan dari arah laut tapi bunyi sahutan tu bergema di belakang pohon nangka yang rendang tu. Memang macam suara Tam. Kami tahu tu bukan Tam sebab Tam dah awal-awal turun kerana tak sabar nak naikkan ikan. Hati aku dah kecut dah masa tu. Ayob pun jelas ketakutan dan berdiri dekat dengan aku.

Sekali lagi Cik Kob menyeru nama Tam. “Oi!!” jawapan yang kami terima yang berbunyi di belakang pokok nangka tu. Masih suara Tam. “Hang buat apa belakang tu oiii” ejek Cik Kob. “Tak pa lah, aku pi kat hang. Lama dah tak melawak nohhhh” kata Cik Kob. Dia suruh kami duduk dekat unggun api dan pesan supaya jangan sampai unggun api tu terpadam. Cik Kob minta pinjam torchlight.

Baru saja beberapa langkah Pak Kob berjalan, tiba-tiba pokok nangka rendang tu bergoncang dengan kuat. Macam ada tangan raksasa yang menggoncang. Berdesir bunyi daun-daun berlaga. Aku nampak pokok nangka yang besar tu bergegar. Melompat aku kerana terkejut, Ayob pula dah berlari nak turun ke laut. Pokok nangka terus bergoncang dengan kuat selama Cik Kob menghampiri sempadan hutan. Sampai saja Cik Kop depan pokok nangka tu, goncangan tu terhenti sendiri. Cik Kop hilang dalam gelap malam masuk ke hutan, torchlight pun tak dinyalakan. Aku tak tunggu, terus ikut Ayob tapi Ayob suruh aku jaga unggun api. Mana aku nak tunggu, takut oiii… Matilah pakcik! Ayob berhenti di tepi tebing dan melaung memanggil nama Awie. Muncul Awie yang nampak kehairanan kenapa dipanggil sedang dia tengah asyik melayan joran.

Muncul pula Tam dari arah laut bertanya kenapa. Sah! Bukan Tam yang menjawab panggilan CIk Kop tadi. Kami cerita apa yang jadi tadi padan Awie dan Tam. Ayob pula buka cerita, semasa dia dok mengutip kayu, dia tersuluh “aku” mengintai-intai dia di belakang pokok buluh, muka “aku” pucat bagai dipakai bedak dan sengih “aku” lebar semacam. Aku pakai baju kuning malam tu, tapi menurut Ayob, “aku” yang disuluhnya tu pakai baju putih, melambai-lambai dia suruh datang ke pokok buluh tu. Itu sebab dia turun tergesa-gesa.

Belum reda takut di hati, dari dalam hutan kami dengar bunyi daun dan ranting dipijak. Dalam hati, mungkin Cik Kob atau mungkin kaki pancing yang lain, tapi nyata tak ada siapa yang muncul. Bunyi ranting dipijak semakin rancak sekejap di kiri, sekejap di kanan, sekejap jauh, sekejap macam dekat benar dengan kami. Jelas kedengaran walaupun dengan angin dan ombak yang menghempas batu.

Tam mula bersuara mengajak kami berkemas sementara dia panggil yang lain untuk naik dan berkemas. Firasat hatinya berkata yang ni lain dari yang biasa. Cik Kob masih belum turun. Tam cakap, “Takpa, dia tahu apa dia buat. Aku kalau ada dia, aku tak takut”. Tam segera turun untuk memanggil yang lain naik.

Sekonyong-konyong Cik Kob pun muncul, tersengih-sengih dan bergurau dan bertanya kami nampak hantu ke tadi. Malas nak melayan pertanyaan kerana masih takut, kami mula berkemas. Naik yang lain, hampa tak dapat ikan. Seperti mendapat isyarat, yang lain tak bertanya, segera mengambil barang dan menghidupkan torchlight. Bayangkan torchlight besar tu 7 orang ada masing-masing, cerahlah tempat tu unggun api kami siram dengan air. Selesai, kami pun mula bergerak naik. Tam di depan dan Cik Kob di belakang menyumpah-nyumpah benda tu sebab mengganggu aktiviti dia malam tu.

Kami mula bergerak dan menyuluh jalan. Salah seorang tersuluh pucuk pokok nangka dan kami nampak macam beberapa biji mata berkilat dari atas pucuk yang paling tinggi. Cik Kop kata “Ah celaka, depa ni saja nak cari geruh aku. Nanti sat hangpa. Aku getu (lanyak) hangpa sampai lumat!”. Semua nampak dan Cik Kob suruh kami jangan berhenti. Kami jalan rapat-rapat dan aku di belakang Tam. Melintas je pokok buluh, kami dengar suara perempuan memanggil “Yaakooooob…Yaakoooooob….” Masyallah, apa lagi gangguan ni, semuanya terdiam hanya terdengar bunyi langkah kami mendaki jalan tikus tu. Pelik betul, kami tak dengar suara cengkerik atau serangga lain yang selalunya boleh didengar. Keadaan sangat hening masa tu. Angin pun macam tak bertiup.

Bunyi suara perempuan memanggil nama Cik Kob makin bertingkah-tingkah seperti lebih dari “seorang”. “Yaakoooobbbb……. Yaakooooob……” Sekejap di depan, sekejap di belakang, sekejap dari atas pokok. Suaranya sayup-sayup berkeliling halus dibawa angin. Tak berani kami nak menyuluh kerana aku tahu masing-masing dah ketakutan kecuali Cik Kob dan Tam. Telinga aku berdesing bagai nak rak. Sepanjang jalan naik ke atas, kami dapat dengar seperti ada orang berlari di belakang kami dan bunyi ranting-ranting dipijak seolah-olah mengepung dan mengelilingi kami.

Baru je nak sampai ke jalan besar, tiba-tiba kami nampak seperti sosok seorang perempuan berbaju putih melintas dengan laju dan hilang di sebalik pokok. Samar-samar tapi sangat laju. Zuppp gitu. Terkeluar juga latah jantan Tam sebab terkejut. Laju betul dia melintas. Mau tak melatah. Cik Kob lantas berkata “Amboi hang…galak sungguh noh nak kacau kami. Kalau hang berani hang tunggu sat. Aku nak hantaq depa ni naik ataih, paihtu aku mai balik. Hang tunggu. Saaaat ja”.. aku ingat lagi kata-kata Cik Kob.

Jadi panik masing-masing dan kami macam terkaku. Tan yang tadi aku nampak dah genggam parang dia macam dah nak meluru ke depan tapi ditegah Cik Kob. “Biaq pi kat dia. Hang toksah hambat. Yang tu paling jahat. Sat lagi dia mendapat dengan aku”. Cik Kob suruh kami teruskan menapak jalan mendaki tu sebab dah dekat dan dah nampak cahaya lampu. Suara bertingkah memanggil nama Cik Kop pun makin perlahan dan berhenti bila kami semua sampai di atas jalan.

Naik saja ada limpahan lampu jalan dan nampak kenderaan kami di depan kem. Cerah benderang kem tu dan Cik Kob suruh kami tunggu dia di guard post dan jangan terus balik. Separuh jalan menurun ke kem tu, Cik Kob berpatah balik pergi ke arah chalet-chalet tinggal tu. Kami semua tak bercakap sepatah atau ada yang buat lawak bodoh, cepat-cepat mengatur langkah. Masuk je ke kawasan kem, kami pun menunggu Cik Kob, ada yang berkongsi makan dengan pengawal keselamatan yang memang dah lali dengan gangguan-gangguan semasa bekerja.

Pengawal keselamatan tu pun mengaku Cik Kob memang sangat berani dan tiada istilah takut. Selamba je dia meronda seluruh kem buat clocking seorang diri bila yang lain terlalu takut untuk pergi. Macam-macam dia cerita dan pengawal keselamatan tu juga bercerita kisahnya selama dia bekerja di situ, macam-macam gangguan dia dan rakan sekerja dah hadap sampai dah lali.
Tak lama kemudian, Cik Kob muncul tersengih-sengih seperti biasa. Bila ditanya, ringkas je dia cakap “benda” tu marah sebab kami kacau kawasan dia. Bukan sekor tapi tujuh ekor. Sekadar nak mengusik katanya dan macam nak menduga ilmu Cik Kop. Lebih dari tu dia tak cerita dan kami pun tak nak tahu.

Takut punya fasal, kami tak balik malam tu kerana kena lalu kawasan berbukit dan hutan. Jauh juga dan memang tidak berlampu. Tak mahu kena macam tadi. Takut weh. Sekali dia buat hal tengah jalan, mana nak lari? Cik Kop maklum kami ketakutan dan menemani kami sampai pagi, berborak di guard post tapi kami tak sentuh pun tentang gangguan tadi. Dapat tengok keindahan matahari terbit tepi pantai.

Tam, Awie dan Ayob pun kata, kalau setakat gangguan biasa-biasa sewaktu memancing, mereka dah lali dan tahu apa nak dibuat. Tapi gangguan kali ni melampau. Kami bertujuh (tak termasuk Cik Kob yang datang lambat) mungkin juga jadi penyebab. CIk Kob kata benda tu pun tujuh ekor. Kerana dah biasa memancing malam, dorang tahu pantang larangnya. Tam dan Awie yang selalu ikut Cik Kop memancing kadang-kadang sampai ke tengah laut lagilah tahu pantang larang laut. Sampai hari ni Cik Kop tak cerita apa yang dibuat pada benda tu. Mereka pun dah jarang memancing di situ waktu malam.

Aku kalau balik mesti pergi ke kem tu. Macam dah jadi perkara wajib bagi aku. Tapi aku pergi siang je la….
.

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 1.5]
Pakcik Seksi

10 thoughts on “Tujuh Ekor Ganggu Ketika Memancing”

  1. Hmm. Tgh hutan blh ada laut?? Pokok nangka tepi laut?? Merepek btl. Kemungkinan hantu pempuan itu ganggu cik kob sbb dia pernah rogol hantu tu beramai2. Ala2 gang bang dlm drama mia khalifa.

    Reply
    • Yer betul..7 ekor tu semua penah kena rogol ngan cik kob..cik kob siap liwat diorang dan pancut dalam dubur..mengerang kesedapan antu tu masa kena liwat..bila dah kena dan sedap yg amat..faham² jelah..mmg diorang nk lg la rasa zakar cik kob yg enak tu..

      Reply
    • kan. sepatutnya tepi laut ada pokok kelapa dengan pokok ru je. tak pun pokok jambu laut.
      pulak tu area pantai barat pagi2 mana boleh nampak matahari terbit.
      matahari terbit area pantai timur sana.
      mana ada kem tepi pantai area pantai timur.

      Reply
  2. Sekitar tahun 2017/2018 laman Fiksyen Shasha (FS) ada penulis bernama Abam.

    Si Abam ini penulis seram dongeng, tetapi cerita seram dongeng yang Si Abam tulis masih mengekalkan keseramannya, kecuakannya, kemeremangannya — bercampur dengan unsur humor.

    Selain daripada penulis bernama Abam — kepala empunya FS juga adalah penulis seram kisah seram.

    Cara penulisan kepala empunya FS agak skema macam budak sekolah menengah sains mendapat keputusan berpuluh-puluh A++ dalam peperiksaan.

    Dalam banyak-banyak penulis di laman FS — aku suka penulis bernama Ezrin Marsh.

    Cara Ezrin ini menulis tak skema — dari kisah hantu tup tup tup bercampur dengan kisah herba/ganja — Ezrin tulis ceritanya.

    Aku kalau baca kisah seram tulisan Ezrin — memang berdekah-dekah ketawa kerana kisah seramnya bercampur dengan humor perbualan mencarut weed smoker.

    Sebut fasal weed smoker — Sofi Jikan adalah pelakon yang pernah kantoi ganja.

    Aku rasa kalau Sofi Jikan baca kisah seram tulisan Erzin mungkin Si Sofi juga akan berdekah-dekah ketawa.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.