Tuk Guru Alam Ghaib

Assalamualaikum. Hai semua pembaca FS. Aku Iz yang pernah hantar kisah ‘Along dan mistik’. Kali ni aku nak cerita tentang arwah mak aku pula.

Untuk pengetahuan anda semua, ayah dan mak serta aku dan adik-beradik tinggal di rumah pusaka belah keluarga mak aku. Selepas hampir lima tahun rumah tu ditinggalkan kosong tanpa penghuni, kami berpindah di sini semasa umurku 11tahun pada tahun 1992. Rumah pusaka ni rumah kayu. Masa keluargaku pindah ke rumah ni, bahagian dapur rumah ni roboh. Jadi bahagian dinding sebelah dapur tu bila malam mak ayah akan tutup dengan tikar.

Ini apa yang mak aku bagi tahu la. Belakang rumah aku ni bahagian tepi ada pokok buluh adalah masjid di alam ghaib. Tepi bilik kat rumah ni adalah laluan untuk mereka. Macam mana boleh tahu benda tu sebab abang mak aku atau pun bapa saudara ku pernah kena sorok kat tepi rumah je tapi orang kampung cari tak jumpa2. Adalah kut buat perjanjian dengan mereka ni baru la bapa saudara aku dijumpai.

Pada tahun 2013, masa ni mak aku ikut adik perempuan aku ke KL, untuk jaga anak adik aku buat sementara nak cari pengasuh untuk anak adik aku tu. Dalam 2 bulan lebih juga la mak aku duk rumah adik aku tu. Aku ni adik-beradik dua orang je perempuan, aku dan adik perempuan jarak umur hanya setahun je. Yang lain semuanya lelaki. Masa mak aku tak ada kat rumah tu faham2 je la macam mana keadaan rumah bila semuanya lelaki. Dah macam tongkang pecah dah, adik-beradik lelaki aku ada 5 orang termasuk ayah aku jadi la 6 orang semuanya. Lepas 2 bulan macam tu, mak aku balik la semula ke rumah dia. Memang nak menangis mak aku tengok keadaan rumah.

Lepas mak balik ke rumah, mak mula sakit2 badan. Dan badan mak jadi kurus secara mendadak. Tahun 2014 bulan 2, mak tiba2 tak boleh bangun, tulang mak terasa sakit sangat. Mak dibawa ke hospital. Mak ditahan di wad hampir seminggu walau pun doktor tak pasti mak sakit apa. Bila di x-ray, keadaan tulang mak dari bahagian pingang ke peha kelihatan hitam semuanya. Kata doktor seperti dimakan oleh sesuatu. Bila mak balik ke rumah, bapa saudara bagi pendapat suruh pergi berubat kat sorang kakak ni. Sebab bapa saudara aku telah bawa isteri dia berubat akibat santau kat kakak ni dan alhamdullilah isteri dia dah makin sihat.

Jadi ayah aku pun bawa la pi berubat dekat kakak tu. Masa bawa pergi berubat yang ikut mak, ayah, along dan suami aku .Kakak ni hanya membaca ayat2 al-quran, ni apa yang di ceritakan oleh mak dan suami aku masa sesi pengubatan mak aku. Kakak ni menangis bila melihat mak aku. Kata kakak ni, belakang rumah mak bahagian dapur dekat pokok buluh tu ada masjid alam ghaib ni. Dan ada sorang tuk guru mengajar mengaji di masjid tu. Tuk guru tu marah sebab laluan ke masjid tu kotor. Dan rumah mak pun kotor tak bersih. Tuk guru telah memukul mak dengan tongkatnya sebab marah. Selepas dipujuk oleh kakak tu, tuk guru tu setuju tak kacau mak lagi tapi dia minta seminggu sekali kena buat bacaan yasin, tapi kena ada sekurang2nya 20 orang untuk buat bacaan yasin tu. Lebih takpa tapi tak boleh kurang dari 20 orang. Rumah tu kena kemas bersih2 luar dan dalam.

Esoknya kami kumpul adik-beradik di rumah mak untuk kemas dan membersihkan rumah mak. Bilik di sebelah atas ada 2, satu bilik tu suami aku pecahkan dinding. Dan kami jumpa banyak bangkai tikus yang dah berulat. Rupanya ayah selalu guna racun tikus untuk bunuh tikus. Dan untuk pengetahuan semua, adik-beradik lelaki aku suka buang sampah tepi rumah je. Bayangkan sampah yang dah busuk dan berulat dibuang dekat dengan dapur dan dekat dgn pokok buluh tu. Macam mana la tuk guru tu tak marah.

Selepas dah buat semua tu, ni apa yang mak aku cerita; satu malam mak aku tersedar dan mendengar bunyi tongkat diketuk2. Alhamdullilah lepas dah buat semua seperti yang disuruh tu, mak dah boleh bangun berjalan walaupun terpaksa menggunakan tongkat. Walaupun mak berubat dekat kakak tu, tapi temujanji dengan hospital tetap pergi juga setiap bulan. Mula2 tu selalu juga buat bacaan yasin tapi lama2 masing2 sibuk dah tak buat dah. Dalam bulan sepuluh, mak jadi balik sakit dan tak boleh bangun. Bulan 12 tahun 2014, mak pergi tinggalkan kami semua.

Untuk pengetahuan semua, mak aku memang boleh rasa dan nampak benda2 ni. Lupa pulak nak bagi tau, tahun 1998, mak aku pernah bedah buang kanser payudara lepas 17 tahun baru mak sakit pula. Sepanjang tahun 2014 tu, setiap bulan mak kena pergi hospital untuk temu janji, mak pernah jumpa pakar sakit puan siap masuk kamera kecil dalam rahim untuk tangok keadaan kat dalam tapi tak dak apa, mak juga pernah buat ct scan satu badan. Dan pernah juga pergi jabatan nuklear di hospital Pulau Pinang untuk tengok tulang mak tu. Doktor hairan kalau kanser yang merebak tapi kenapa bahagian tulang dari dada hingga kepala tulang tu masih elok. Tapi bahagian bawah dari pinggang ke peha tulang tu dah rosak.

Sekian dari aku. Semoga roh mak aku di tempatkan di sisi orang2 yang beriman.

10 thoughts on “Tuk Guru Alam Ghaib”

  1. Doktor hairan ke kau yang hairan haha. Kalau doktor baca ni msti dah dapat clue yang cancer cell dari kanser payu dara dh pergi ke tulang. Area yg kau mentioned tu pun mmg one of the common sites of metastatic cancer dari breast. Dia tak semestinya affect semua tulang terus. Apapun semoga emak awak dikurniakan kesihatan sedia kala

    Reply
  2. Allahuakbar…rindu mak…

    Lahaaiii…napelah ‘pembersih’ bonar poie buang sampah tepi umh jer…
    Kot makhluk halus tu x marah pon, idok ke membiakkan mikroorganisma haluuusss a.k.a kuman yg jd punca pelbagai penyakit…
    Aduyaaaiii…

    Reply
  3. walaupun mungkin itu takdir mak korang dan itu jalan ajal nya kan, kalau aku sebagai anak…korg dah bagi syarat camtu…syrat pun bukan syarat merapu..seminggu skali baca yassin je…tp korang xbuat..dan jadi punca mak korang sakit balik…kalau aku lah sebagai anak, biarkan dorg sakiti mak aku sampai mati sbb punca dari anak2 pengotor dan langgar janji baca yassin tu..mmg menyesal seumur hidup lah aku jadi anak mak aku weiii

    Reply
  4. persoalannya, kenapa tok guru tu perangai ‘typical malay’ sgt salahkan mak ko bila rumah semua kotor? yg buat kotor kan abg2 and bapak ko. kenapa dia ketuk mak ko? ketuk la bapak tu patutnya. mengemas mmg keje pompuan je ke? kalau sepah, salah pompuan ke? pdhal mak ko tkde kat rumah pun time tu.

    Reply

Leave a Comment