TUNTUTAN NYAWA

Hi semua nama aku Yaya, sebelum ni aku pernah berkongsi kisah “jalan lama rumah nenek” pada tahun 2022. Kali ni aku nak berkongsi pengalaman aku dan keluarga aku sendiri tentang saka keturunan yang menuntut nyawa keturunan terakhir moyang aku . Iaitu “aku”. *cerita yang akan aku sampaikan ini adalah versi yang diceritakan kepada aku oleh ayah aku. Sebab masa itu aku baru 5 tahun.

Untuk pengetahuan korang Moyang kepada ayah aku merupakan “chief guard” kepada raja siam pada tahun awal 1900. Nama nya “Haji Derahman” Jadi ayah aku berketurunan melayu pattani. Jadi ramai juga ahli kelurga kami yang menetap di pattani Thailand. Ayah aku merupakan ank tunggal keturunan ke-3 dri moyang nya. Bermula dari keturunan ke-2 keluarga kami telah berpindah ke suatu kg di Kelantan.

Sebagai seorang penjaga kepada raja siam Moyang aku ni seorang yang digeruni ketika dia bertugas menjaga raja. Dia digeruni oleh musuh dan dihormati oleh org sekitar nya. Moyang aku ni ada saka harimau. 2 ekor harimau bewarna merah dan putih. Merah untuk digeruni, kebal dan tak terlihat oleh musuh, manakala putih untuk dihormati dan disenangi org sekeliling.

Untuk makluman korang tok moyang aku ni meninggal pada usia dia 124 tahun di rumah keluarga kami. Disini lah bermulanya masalah apabila saka yg dijaga ingin mencari tuan baru. Pada masa ini sakanya tidak mengganggu lagi . Jadi smua ingatkan benda itu sudah tiada.

Tp pada tahun 2005 ketika ak berusia 5 tahun. Saka ini kembali menuntut hak nya. Untuk pengetahuan korang ak merupakan anak bongsu. Dan keturunan terakhir moyang kami pada masa itu. Aku sering menangis dan selalu sakit. Apabila ayah aku merujuk kepada ustaz rupanya saka yang menjaga moyang aku adalah dalang nya. Ustaz itu cakap moyang kami ada buat perjanjian setelah dia m**i saka itu harus menunggu sehingga keturunan akhir, pada saat itu saka itu boleh mengambil d***h dari keturunan akhir, iaitu aku. Tp kerana ak perempuan dan tidak mampu untuk menjaga. Sebab itu dia membuat aku sakit supaya aku m**i.

Banyak ikhtiar yg dibuat tetapi saka keturunan tu tak mahu meninggalkan aku selagi janji moyang kami kepada dia tak dipenuhi. Jalan terakhirnya ayah aku pergi berjumpa dan meminta tolong keluarganya di pattani Thailand. Ketika ini keadaan aku seperti mayat hidup ya. Tidak makan dan minum mahupun tidur. Seperti jasad yang tiada roh.

Setelah hampir 2 minggu ayah aku ke pattani, saka itu Berjaya dibuang dengan bantuan bomoh siam di sana. Aku pula bagaikan m**i hidup semula. Kesihatan ak makin membaik Cuma badan ak lemah dan mudah dimasuki benda halus. Tetapi disebabkan kami keturunan pahlawan siam. Keluarga aku ada khadam yg Apabila ada ahli keluarga yg bergaduh atau marah kan seseorang dia akan datang.

Benda ni terjadi pada ayah dan abang2 aku. Bila meraka marah atau bergaduh mereka seolah tidak sedar,ank mata hitam akan hilang dan badan mereka akan berbelang2 kemerahan seperti harimau. dan mereka akan bersilat seperti seorang pahlawan. Tetapi ayah aku tidak berkata apa tentang yang ini, katanya selagi dia tidak mengganggu biarkan saja.

Itu saja cerita pengalaman keluarga aku yang aku nk kongsikan kalini. Pengajaran yang aku nk sampaikan disini adalah jangan lah kita bersekutu dengan jin / syaitan, sesungguhnya hanya Allah tempat kita mengadu dan sebaik2 pelindung. Kerana pada akhirnya manusia tetap akan rugi dalam perjanjian yg dibuat dengan jin/syaitan ini.

-tamat-

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 45 Average: 3.9]
yaya kamal

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.