Tutor Peribadi (Final)

Assalamualaikum para pembaca FS. Terima kasih sekiranya admin sudi siarkan kisah aku yang terakhir ini. First of all, aku nak mintak maaf sebab cerita aku yang sebelum agak pendek. Kali ni aku cuba karangkan kisah aku sehingga habis ya. Bismillah.

Januari 2017, semua ibu bapa dan guru memang sibuk uruskan persekolahan anak-anak and murid-murid. Samalah macam aku. Buat itu ini dari pagi sampai petang. Tapi tuisyen tetap berjalan. Oh ya, saja nak bagitau aku dah tak mengajar student aku yang SPM dekat Kepong tu. Bukan sebab krisis, tapi sebab aku cuba minimize jadual kerja aku. Aku perlukan masa untuk berubat dan berehat. And one more thing and good thing happened. Aku dah ada housemate! Member sekolah jugak. Aku ajak dia duduk dengan aku memandangkan keadaan aku pun tak berapa cun.

Member aku ni duduk bilik belakang. So dekat dengan dapur lah citenye. Dapur? Remember tirai manik yang aku pernah cerita before this? Yes, memang aku dah tanggalkan. Tapi ade “dia” pasang balik. Haru betul. Ceritanya macam ni. Ada satu pagi tu member aku cakap dia x boleh tidur sebab dia dengar bunyi tirai tu. Dia ingatkan aku keluar masuk dapur sebab cirit-birit. Tapi aku diam je. Aku cakap rumah orang sebelah la kot (aku pelik sebab xkan dia tak ingat yang tirai tu memang x pasang? Memang mustahil la ada bunyi).

Tapi malam tu, aku pulak yang dengar. Aikkk, mustahil la sebab memang aku dah cabut tirai tu. Bunyi dia slow and sayup-sayup. Macam something pass through dengan motion yang slow. So korang bayangkanlah bunyi dia macam mana kan. Aku beranikan diri nak pergi jenguk dapur. Kalau betul tirai dapur rumah aku, memang naya. Masa aku lalu depan bilik member aku, aku nampak bilik tu terbuka sikit tapi lampu m**i, gelap. Aku pelik sebab takkan member aku tido bukak pintu. So aku abaikan and terus toleh ke pintu dapur.

Mak ai, aku menjerit tengok member aku terpacak dekat ruang dapur. Lebih terkejut sebab tirai tu terpasang! Aku perasan tangan member aku menggigil masa tunjuk tirai tu dekat aku. Aku faham apa dia nak cakap walaupun dari tadi dia kaku je. Memang pelik sebab aku dengan dia balik sekolah waktu yang sama. Pagi tadi kami keluar memang xde tirai tu. And now? And how? Aku tepuk bahu dia, tenangkan dia. Setel. Tirai tu memang kami x cabut dah. Biar je macam tu. Lebih baik dengar bunyi bila tau benda tu terpasang daripada dengar bunyi benda yang tak pasang. Hmmm.

Dalam dua malam lepas tu, aku balik tuisyen dalam pukul 11 malam. Member aku tak balik sebab dia buat uber. Dia kata dia tido dekat tol je. Nanti jumpa dekat sekolah. Lepas mandi, aku tengok tv sekejap. Tiba-tiba aku rasa bahu aku berat sangat. Aku rasa nak muntah tapi x de apa2 yang keluar. Kepala aku pulak berpinar-pinar sampai aku terpaksa papah dinding nak pergi dapur ambik air yassin yang ustaz bagi untuk aku. Pandangan aku kelam tapi aku masih sedar. Aku kuatkan diri berjalan ke dapur. Allahuakbar. Botol air yasin aku dah bergelimpang dalam sinki. Airnya dah xde. Dibuang. Angin tiba-tiba jadi kuat and aku rasa sejuk sangat. Aku duduk atas kerusi makan sambil tekup kepala. Aku baca apa yang diajar ustaz walaupun sakit kepala aku sakit sangat. Aku keluarkan fon dalam poket, aku call member aku.

Aku: Mir, ko kat mana? Boleh balik rumah jap tak.

Amir: Aku dengan client ni tengah drive. Kenape weh?

Aku: Mir, balik jap.

Amir: Sekarang x boleh bro. Dalam sejam nanti aku balik.

-aku matikan panggilan-

(ni cerita Amir lepas aku matikan panggilan)

Amir cakap, lepas aku letak fon, dalam dua tiga minit aku call dia balik. And something bad happened. Perbualan kami macam ni masa aku call balik Amir:

Aku: Bangsat, aku cakap balik! Balik sekarang! Tak kenang untung aku kutip ko merempat! Aku bagi duduk rumah free sesen tak bayar! Ce**** punya member!

Amir: Bro, apesal ni. Aku mintak maaf kalau aku ade buat salah. Kalau ko tak suka aku duduk rumah ko, aku bla esok.

Aku: Weh bangsat, ko jangan pandai-pandai nak masuk campur urusan aku! Aku tau apa aku buat! Ko blah!

Amir: Bro, aku blah esok.

-Amir matikan panggilan-

Sumpah, bukan aku yang cakap macam tu dekat Amir. Sumpah! Benda tu dah mula menguasai aku. Rupanya malam tu aku kena rasuk cuma aku tak sedar. Rupanya lepas aku matikan panggilan pertama dengan Amir, aku pengsan dah. Panggilan kedua tu, wallahualam. Yang pasti, hubungan aku dengan Amir retak. Aku sedar pagi tu, hari dah terang. Amir tak balik. Aku call sekolah cakap aku MC. Rupanya Amir pun tak sekolah. Kak Leha pejabat bagitau. Aku pelik kenapa Amir tak sekolah and tak balik rumah. Aku cuba call Amir tapi dia off phone. Aku mandi-mandi, keluar pergi klinik. Masa aku keluar, Amir balik. Amir kemas barang-barang dia, Amir keluar dari rumah aku. Dia tinggalkan note untuk aku.

“Bro, macam mana ek aku nak tengok ko kat sekolah nanti. Seriously bro, aku tak tau nak hadap ko macam mana nanti. Anyway, thanks bagi aku tumpang rumah ko. Duit ni aku bayar sewa rumah ko. Lagi satu, nnt ada agen takaful akan call ko bro, aku amekkan ko takaful and dah bayar untuk tiga bulan. Nanti ko bagi detail ko je. Actually aku nak bagi surprise mase birthday ko bro, tapi xpelah, x sempat kot”. Tu nota Amir dengan duit RM700.

Perggggh! Aku menangis masa baca nota Amir. Aku bingung kenapa Amir macam tu. Ya, dalam masa yang sama, Amir pun bingung kenapa aku macam ni. Aku decide nak jumpa and cari Amir. Aku pergi rumah lama dia tapi dia takde. Aku call Kak Leha tanya pasal Amir, Kak Leha cakap Amir AL (annual leave) empat hari. Aku tau kampung Amir tapi aku tak rasa dia balik kampung sebab rumah kat kampung tu family dia wakafkan lepas parents dia meninggal. Aku pergi jumpa ustaz yang aku berubat tu.

Dia cakap bukan Amir yang buang air yassin tu. Tapi benda tu. Benda tu nak aku jauh dengan Amir sebab Amir lebih kuat daripada aku. Amir sucikan rumah tu untuk jaga aku dengan dia dekat rumah tu tanpa pengetahuan aku. Sebab tu benda tu mengamuk dan rasuk aku supaya aku cakap benda yang buatkan Amir tinggalkan aku. Bila Amir takde, rumah tu ibarat x berpagar la citenye. Hope korang faham situasi aku dan kelebihan Amir sekarang.

Aku balik rumah. Sedih, marah, penat semua ada. Celaru betul otak aku masa ni. Aku cuma nak mintak maaf dekat Amir je sekarang ni. Dua hari tanpa Amir di rumah, merupakan hari paling teruk aku kene kacau. Lepas maghrib hari yang sama aku balik berjumpa dan berubat dengan ustaz tu, aku rasa badan aku macam ditumbuk-tumbuk. Lebam-lebam jadinya. Benda tu dah mula nak tunjuk muka dia yang sebelum ni aku tak nampak.

Mula-mula dia berdiri dekat pintu masuk rumah. Benda tu bukan perempuan macam pontianak tu baju putih rambut panjang tu. Bukan. Rupa dia perempuan, hitam, bongkok, takde muka, kepala botak-botak bernanah. Masa aku nampak benda tu, lutut aku lemah sampai aku terduduk. Mata aku tak lepas pandang benda tu sebab aku speechless sangat. Tapi bila aku sedar benda tu makin dekat dengan aku, aku toleh tempat lain. Pap! Muka dia depan muka aku. Baunya Ya Allah sebusuk-busuk bangkai. Dengusan dia cukup buat telinga aku menggigil sekali. Aku tahan air mata aku sambil baca ayat pendinding. Makin rapat muka dia dengan muka aku. Allah, kulit aku terasa lendir dan nanah dari muka dia. Aku masih pejamkan mata dan teruskan bacaan. Tiba-tiba aku rasa kulit aku yang terkena lendir dia tu panas. Aku bangun and lari kuat-kuat masuk bilik. Time tu jugak dia terbang and hilang.

Aku selubung dalam selimut sambil terketar-ketar baca yassin dalam gelap. Habis satu ayat, mulut aku menyebut kalimat Allah berulang kali sebelum sambung membaca. Sampailah aku dengar ada suara orang menjerit kat luar bilik. Aku syak benda tu meraung kepanasan. Habis surah yassin, aku laungkan azan sekuat-kuatnya sampai suara tu hilang. Bila aku stop sekejap, untuk ambil nafas dan bertenang, aku dengar ada benda lompat-lompat atas bumbung kereta. Kuat sangat dan mungkin boleh remuk bumbung kereta aku.

Tapi aku xde kekuatan nak jenguk benda apa yang melompat-lompat tu. Aku masuk bilik air basuh muka dan bersedia dengan apa yang bakal aku nampak atau dengar bila aku keluar bilik air nanti. Bila aku matikan paip, aku nampak lembaga melintas melalui celah pintu. Confirm benda tu. Aku bukak pintu bilik air laju-laju. Alhamdulillah xde ape-ape. Aku langkah keluar, “eheheheheheheheheh” sebelah telinga aku! Allahuakbar. Benda yang sama. Baunya busuk yang makin kuat. Aku tersungkur ke katil tapi sempat capai surah yasin. Aku baca lagi surah yasin dan ayat pendinding lain. Alhamdulillah semua gangguan pagi tu hilang.

Esoknya aku decide nak tumpang tidur di rumah ustaz yang aku berubat tu. Mesti korang pelik kan kenapa aku x berubat je terus buang benda tu. Ustaz cakap, tempoh berubat akan jadi lama, dan memerlukan komitmen yang banyak daripada aku. Disebabkan bulan Januari budak nak masuk sekolah, aku hold dulu berubat. Tapi sekarang aku dah ambik cuti sebulan untuk berubat dekat Johor. Dekat dengan rumah Amir.

Pasal aku dengan Amir dah setel sebab Amir terfikir balik orang yang call dia malam tu kalau diamati betul2 bukan suara aku. Jadi Amir memang dah syak benda tu nak kami berpecah. Amir keluar rumah pun sebab nak pancing benda tu dan sedarkan aku supaya pergi berubat cepat2 sebab benda ni akan makan diri. Terima kasih Amir. Alhamdulillah aku di Johor sekarang. Mungkin akan berpindah rumah jika diizinkan. Rumah lama tu, biarlah tinggal kenangan. Terima kasih semua yang mendoakan aku. Salam.

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 5]

14 thoughts on “Tutor Peribadi (Final)”

  1. Assalamualaikum cikgu…
    Lame menyepi…
    Sekali tora dtg lagiiiii…
    Fresh punye pengalaman cgu kali ni…
    Bagusnye lahaiii amir tu…
    Seb bek xde kengkwn yg single klu x mau ku kenenkan tu,heheheheh…

    Reply
  2. moga cikgu kuat ye..kim salam kat amir..i ada kwn msh single..utk cikgu bole..utk amir pon bole..hikhikhik….terharunya ada kwn mcm amir tu…moga kalian berdua dipermudahkan segalanya…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.