Uitm Kampus Manjung, Perak.

Assalamualaikum sume.. Terima kasih admin sebab sudi publishkan cerita aku ari tu. Penangan Barongan. (https://fiksyenshasha.com/penangan-barongan/).

Untuk pertanyaan awak-awak sume hari tu, pak cu dan mak cu saya dah pun bercerai. Puncanya tak dapat dipastikan. Ye, saya belajar mengurut dengan arwah opah saya. Sebenarnya, dapat ilmu mengurut tu secara semulajadi, dan bila arwah opah dapat tahu, dia mula ajar saya selebihnya macam mana nak mengurut orang. Saya jugak pernah dapat mimpi untuk mengubatkan orang, tapi tak pernah praktiskan lagi sebab tak yakin.

Kali ini cerita pasal pengalaman aku masa study dulu. (cerita ni sebelum terkena penangan barongan lagi). Aku study kat Uitm Manjung, Perak. Sape-sape yang pernah study kat situ dulu
mesti tau macam mana struktur bangunannya masa tu. Masa tu kampus Sri Iskandar tak siap sepenuhnya lagi. Kampus kat Manjung ni dalam rumah kedai. Ada yang bilik kat tingkat atas, ada yang bilik kat tingkat bawah.

Masa mula-mula masuk aku ok je. Tak ada rasa seram ke apa. Agaknya sebab seronok masuk U, hehehe.. Tapi arwah opah aku ada terasa macam ada benda yang tak kena. Sebab dia dok ulang kata tak sedap hati. Dia Pesan suruh aku jaga diri elok-elok. Aku angguk jelah time tu. Sebab masa tu aku cume fikir arwah opah risau sebab aku dah tak duduk dengan dia lagi. (aku memang membesar dengan opah, aku tak duduk dengan mak ayah aku. Tulah yang jadi punca aku dapat ilmu mengurut).

Dalam dorm aku de 20 org. Means de 10 katil double decker. Ade bilik air, ada tempat sidai baju, ada bilik solat, ada ruang study which is kat depan pintu. Pemisah ruang study tu dengan area katil kitorang ni cume dengan almari baju je. So pandai-pandailah la kowang bayangkan sendiri.

Masa mula-mula duduk situ tak ada ape-apa yang pelik jadi pon. Ok je sume. Cume gedik tu adalah memasing ni. Tak lama tu ade la geng-geng senior datang. Akak-akak ni pernah duduk dorm kitorang dulu. Diorang cume datang melawat dan tinggalkan pesanan. Katanye jangan terlampau suka sangat. Jangan main batu seremban dengan congkak tengah-tengah malam. Jangan basuh kain baju tengah-tengah malam . Jangan keluar pergi public phone malam-malam (zaman ni tak ada smartphone atau handphone lagi tau). Kalau sapa-sapa yang ade handphone tu kire kaya gile la. Heheh

Nak dijadikan cerita, y lah bile da ramai-ramai ni, banyak le peelnye. Kadang-kadang kami buat surprise birthday party la, apalah. Terjerit-jerit seronok. Otomatik terlupa pesanan akak-akak senior tu. Tapi part paling seram and best bile time budak-budak bilik aku main
batu seremban.

Part 1 – Kes Batu Seremban.
Budak-budak dorm aku ni kadang-kadang gila. Ikut suka hati nak main game apa. Tapi pada malam kejadian tu, tak tahu ape mimpi diorang kalut nak main batu seremban. Aku tak join game tu. Sebab aku dok pulun study sambil dengar walkman.(masa tu popular dengan walkman je). Lama jugak la diorang main masa tu. Terjerit-jerit seronok. Kalo da nama pon perempuan macam tu la. Aku tak perasan pulak masa tu berapa orang yang main tapi ade jugak yang tak join termasuklah aku. Meja study aku menghadap pintu depan. Jadi, aku blh nampak orang lalu lalang melalui tingkap kaca tu. Masa kawan-kawan aku tengah berseronok tu, aku ternampak ada imbasan putih berjalan slow je. Aku buat-buat tak tahu. Aku sedapkan hati, may be warden atau pak guard yang meronda.

Lepas tu nampak lagi. Tapi kali ni laju je dia bergerak. Dalam hati aku. Eh. Berlari ke? Tapi tak dengar pulak bunyi tapak kaki. Tak kan ko pakai roller blade. Aku gelak sorang-sorang sambil mata aku masih lagi tengok dekat tingkap. Tiba-tiba, boleh pulak dia berhenti. Cuak la kejap aku ni. Mulut caboi sangat aih.. Padan dengan muka aku.

Aku cakap slow-slow dalam hati, ‘ang dengaq ka apa aku kata. Maaflah, tak dak niat nak kacau ang. Ang p la meronda balik. Terima kasih sebab mai jaga Blok kami ni’. Lepas je habis aku cakap tu dia pun bergerak semula. Masa ni memang aku seram laaa. Tutup buku, aku slow-slow pusing belakang nak menghala ke katil. Tapi.. Masa tu tiba-tiba tengok budak-budak dorm aku ni duduk diam tak bergerak-gerak.

Aku : weyh, hangpa pasai pa? Tadi garik sangat menjerit. Ni diam plak dah. Tak nak bagi aku main le tu.. Citt…

Tapi sume senyap..sunyi.. Siap tunjuk tanda silent..yang letak jari kat mulut tuu

Aku : weyh.. Hangpa ni pasai pa?

Iza : weh.. Ang ain..jangan dok caboi sangat.. Meh duduk kat kami..

Aku : (dok berdiri lagi sambil mata aku melilau tengok sekeliing. Masa tu sunyi gile.Aku rasa kalo ada hingus meleleh pon boleh dengar kot.

Kak ita : ang tak dengaq ka apa kami dengaq tadi?

Aku : Dengo ape ? Aku sumbat telinga dengan walkman. Tak dengo ape-ape pun..

Kak ita : kami dengaq ramai weh dok bersorak masa dok main batu seremban tu. Tapi tak nampak orang. Takkanlah ang tak dengaq langsung?

Aku ?? Geleng kepala. Sejujurnya memang aku tak dengar langsung.

Suara lelaki misteri : diam ah! Diam! Memekak je!

Tak lama lepas kak Ita bagitahu tu, aku terdengar ada suara orang lelaki menjerit dari belakang siap pakej sepak pintu lagi. Untuk pengetahuan korang, blok kami ini ade tembok tinggi gile kat belakang tu. Bile bukak je pintu belakang tu memang akan nampak tembok tu terus. Jarak pintu belakang dengan tembok tu cume ngam-ngam je bile kite bukak pintu. Mustahillah ada orang boleh panjat masuk nak sepak-sepak pintu. Kuat jugak lah bunyi dia sepak pintu tu. Aku tak puas hati aku pergi belakang bukak pintu tu. Memang tak ada sape-sape. Sunyi. Gelap.

Kawan-kawan aku da menggeletar dah masa tu, sebab diorang takut bila aku bukak pintu tu. Bila aku tutup balik pintu selang dalam 2@3 langkah dia sepak lagi. Time ni memang aku panas.

Aku : Weyh, ang dah kenapa? Gile? Sepak-sepak pintu? Bangang! Sambil aku sepak balik pintu tu.. (aku ni dulu-dulu memang panas baran. Melampau!)

Ye..time ni suma kawan-kawan aku muka cuak. Tapi aku rilek je. Masa tu tak ada rasa takut langsung dalam hati. Rupenye aku tersilap. Masa aku bukak pintu tu, ada benda ikut masuk skali rupanye. Sebab time tu rasa angin sejuk lalu kat tepi aku. Tapi, aku yang tak perasan. Sebab kawan aku yang nampak. Benda tu masuk ikut aku siap lepak kat katil member aku lagi.

Member aku yang nampak tu muka pucat lesi. Menatang tu siap landing and jengukkan kepala dan muka dia kat tepi katil (cam orang mengintai tu). Member aku yang nampak tu namanye Iza. Dia siap menggigil lagi masa cerita kat aku. Aku pegi gak kat katil tu, tapi entah kenapa aku tak nampak. Cume rasa seram dan aku perasan cam ade orang kt situ cume tak nampak bentuk je. So malam tu sume tidur berhimpit atas tilam kat bawah. Kecuali aku sorang je. Aku tetap pilih untuk tidur kat atas katil. Syukur Alhamdulillah, tak ada yang histeria. Sebelum tidur memasing ambil wudhu dulu.

Part 2 – histeria (bilik sebelah)
Setel bab batu seremban. Lepas kena usik tu tak ada lagi yang nak main batu seremban malam-malam. Kali ni kes budak bilik sebelah dorm aku. Aku kenal dia biasa-biasa je. Tegur-tegur cam tu je lah. Biase ah time weekend, budak-budak ni akan outing. Tempat paling dekat nak pergi pon, Lumut, sitiawan, paling jauh Ipoh. Kebetulan weekend tu aku tak keluar. Sebab duit poket kering. (aku tak dapat ptptn tau), so mereput jelah dalam bilik. Owh. Time tu tak ade boyfren lagi uolss.. Bile dekat nak maghrib ramaile yg balik. Sape yang pernah duduk dalam kampus uitm mesti tau rules nya. Siswi kena masuk kampus sebelum pukul 7.

So time-time remang senja nilah sume baru nak sampai. Aku pon masa tu jugakla nk keluar lepak kat corridor sambil tengok budak-budak ni balik. Lepas tu aku terserempak dengan si Aini (bukan nama sebenar). Aku sengih kat dia. Tapi dia tunduk je tak nak pandang aku langsung. Selalunya
si aini ni akan tegur jugak lah aku, tapi hari ni tak nak tegur la pulak. Aku ni bersangka baik jelah. May be dia letih. So aku lepak dengan yang lain-lain. Tiba-tiba dengar suara Aini ni menjerit kuat gile. Sampai tarik-tarik rambut. Suara dia tak payah cakaplah. Memang nyaring kot. Masa tu aku tengok ramai-ramai pegang dia. Sebab dia start meronta-ronta dan nak lari. So adalah yang pergi panggil pak guard, warden and ustaz.

Ustaz : Assalamualaikum

Aini : Waalaikumussalam

Ustaz : Islam ?

Aini : Ye..

Ustaz : kenapa kacau hamba Allah ni?

Aini : Dia cantik, seksi. Aku suka dia. Dia selalu bersolek depan cermin sambil menyanyi.

Ustaz : Dia muda lagi, lepaskanlah dia. Mungkin dia tak tahu yang kamu perhatikan dia.

Aini : Aku kesian kat dia, dia selalu bergaduh dengan kekasih dia. Lebih baik dia bernikah dengan aku.

Ustaz : kamu dan dia dari alam lain. Tak boleh bersatu. Kamu dibuat daripada api, dia pulak daripada tanah. Carilah yang setaraf dengan kamu.

Aini : tak nak!

Ustaz : Kami berdiplomasi secara baik dengan kamu. Tinggalkanlah hamba Allah ni.

Aini : Tak mungkin ! (masa ni, mata dia pandang tepat ke arah aku. Merah! Astagafirullah)

Sesi memujuk berlangsung lebih kurang dalam 2 jam. Akhirnya dia akur untuk tidak menganggu Aini lagi. Sementelah ustaz memujuknya dengan mengatakan kepadanya , Sekiranya benar-benar sayangkan Aini, dia kena bagi pilihan kepada Aini untuk membuat pilihan yang terbaik buat diri Aini.

Dipendekkan cerita ustaz tu berjaya pulihkan semangat dia balik. Dan masa tu, sume dapat ceramah percuma daripada ustaz. Ustaz kata, Jin memang akan suka pada lelaki / perempuan yang suke berkhayal, suke menyendiri, yang suke bersolek dan memuji kecantikan diri sendiri di hadapan cermin. Dan ustaz tambah lagi, perangai yang suka balik dan berkeliaran waktu maghrib. Ustaz kata waktu tu, memang syaitan, iblis, jin sume akan keluar merayau. Dan badan kita ni, tak berapa kuat dah time tu. Sebab tu orang-orang tua pesan bila dah maghrib kena masuk dalam rumah, tutup tingkap, pintu sume untuk mengelakkan daripada menatang tu masuk.

Seminggu jugaklah Aini balik kampung berubat. Lepas dia dah sehat aku terserempak dengan dia kat dewan makan. Aku tanye kesihatan dia, caner keadaan dia. Masa tu baru dia bukak cerita.

Aku : Beb, ko ok tak ? Dah sehat sepenuhnya ke?

Aini : Aku ok beb. Sambil senyum. (aini ni cantik tau orangnya. Dia putih gebu.)

Aini : Beb, aku nak tanye ni…

Aku : Ape dia?

Aini : Siapa yang selalu ikut ko kat belakang tu? Aku selalu nampak dia, tapi tak nampak mukanya. (aini sengih..pas tu dia blah..)

Aku?? Sampai sekarang aku tak tahu mende ape yang sentiasa dengan aku tu.

Bila aku tanye mak aku, mak kata tak tahu. Ayah? Memang taklah. Dia kata aku ni banyak percaya benda mengarut-mengarut. Lepas tu bebel suruh aku solat, ngaji. Mengeluh sat sebab tak jumpe jawapan. Tanye arwah opah aku dia bagi jawapan sama dengan ayah. Hahahha… Bertabahlah wahai hati.

3 – Bunyi loceng kaki
Bila dah tak dapat jawapan yang tepat. Aku cume ikut saranan ayah dengan opah aku. Solat, Baca Al Quran. Aku buat macam biasa. Buat tak tahu. Aku dah lali (biase) dengan Akak kain putih yang selalu ronda-ronda depan bilik aku. Tiap-tiap malam kat blok ni kitorang akan dengar bunyi loceng kaki. Macam loceng kaki yang penari-penari tradisional bangsa India selalu pakai tu. Haa.. Cam tulah bunyiknye. Mula-mula perlahan, tapi lepas aku tegur lagi kuat bunyinya. Pesen mulut caboi aku ni pulak memang suka tegur.

Erin : weh..ko dengar tak? (masa ni rancak dia joget dengan loceng kaki dia tu)

Aku : Dengar ..

Ateh : sape punye ni???

Aku: weh.. Kuat sikit joget tu. Tak dengarlah. (makin kuat dia joget. ..time tu kawan-kawan aku da lari panjat katil dah. )

Ateh : bangsat la ko..

Aku : hahahhaha … Gelak jahat.

Bunyi tu akan ade setiap hari sampailah azan subuh. Bunyik yang merangkap dengan bau orang masak nasi lemak pukul 3 pagi.

Part 4- Lembaga Hitam
Masa ni aku ada problem dengan tangan kanan aku. Doctor kata tulang bahu aku renggang. Aku pun tak ingat macam mana boleh jadi macam tu. So masa tu aku cuti seminggu sebab sakit sangat. Aku balik kampung. Jadi, katil aku kosong. Teman sebelah katil aku ni nana (bkn nama sebenar) ajak si acik (bkn nama sebenar gak) teman tidur dekat sebelah dia. (which is katil aku.)

Masa mula-mula tidur ok je. Tapi, bila dah tengah malam sangat, tiba-tiba katil tu bergoncang kuat gila. (part ni sume nampak.) Ade makhluk hitam tinggi besar tak nampak kepala sebab besar sangat. Berbulu katanya. Tengah goyang katil double decker tu. Mencicit berlari si nana dengan acik lompat turun dari katil. Seminggu aku tak ada. Seminggu diorang tak tidur kat katil tu. Takut katanye. Tapi, masalahnya bile aku balik, tak ada pulak yang goncang. Aku tunggu jugak sebenarnya, tapi hampa. Hahahaa

Sampailah dah habis sem, aku tak pernah jumpa menatang tu betul-betul. Cuma usikan manje je..harap-harap tak delah yang datang nak tunjuk muka. Sebab, aku ni penakut jugak sebenarnya.

Siapa-siapa yang pernah duduk kat Uitm Kampus manjung, mesti tau blok O kan.. Tulah blok aku dulu. Dengar cerita blok tu, bekas tapak kuil. Wallahualam.

In shaa Allah di kesempatan yang lain, aku akan cuba kongsi kan kisah mak dengan ayah aku yang kena sihir pemisah.

Assalamualaikum sume..

 

ain
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

10 comments

  1. Bestnya cerita. Haha. Lawak pon ade. Tengok gaya penulisan n penceritaan, igatkan umo sis 23/24 tahun cam tu. Tapi bila sis cakap zaman sis xde smartphone mesti umo sis dekat 30 tahun kan? Hehe. Sorry naaa..

    Teruskan menulis. Sumpah best. Sis x pena menghampakan.

  2. sepanjang penglibatan aku dlm FS ni ada byk persoalan yg bermain difikiran..byk aku jumpa point ni dlm cerita2 kat sini..korang tlg jawabkan ye

    1) kenapa tak boleh basuh/sidai kain malam malam?

    2) byk sgt baca cerita bunyi loceng kaki india ni..explain further pls..

    3) asal ada hantu je…mesti ada terasa angin menerpa muka la…rasa angin lalu la…haha …

    1. ade lg 1..selalu baca org ckp ada kelebihan hijab terbuka..penah dgr uztad ckp xde istilah lagi manusia ni hijab terbuka..penampakan tu secara xsengaja je..wallahualam..ada sesiapa bley bagi explanation x?

  3. Adess.. Uollss nie semua budak S.S ka? Ahaakkss.. I pun dulu ex-Manjung gak, tapi budak KSPU jer (skrg FSPU).. kitorang setahun jek kat situ.. I kat Blok “K” depan court tennis tanah duluuuu (1992).. skrg dah ada pasar kot depan tu.. memang legend betul kampus rumah kedai tu.. I mplak dulu Komander Kesatria, so memang arif gak le tahu semua blok2 kat ITM Manjung nie.. and yes, Block O kat Asrama Siswi tu, especially unit yg paling hujung sekali tu memang le famous dgn citer2 Urban Legend nie.. hehehee.. memang tempat jatuh lagi dikenang kat situ, tak sangka dah 26 tahun berlalu.. I pun pernah ada gak awek budak S.S (ada la dalam 2-3 org heheheee, zaman boya time tu..) tapi akhirnya tak sangkut pun semua sekali.. uhukkss..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.