Uji Nyali RM5 Sungai Chongkak…

Assalamualaikum wbt kepada Team FS dan pembaca setia sekalian. Terima kasih Team FS kerana masih sudi menyiarkan kisah yang saya hendak kongsikan dengan anda. Semoga kita semua di bawah lindungan serta keberkatanNya dan tidak mengalami kejadian sedemikian rupa.

Kisah ini berlaku ketika saya bersama ayah angkat Pak Cu camping di Sungai Chongkak,kejadian berlaku pada tahun 90an, begini kisahnya..

Hari itu seperti biasa di waktu weekend,Siapa yang tak happy cuti sekolah,tak payah bangun pagi bagai.Namun anda silap disitu, saya kena bangun seawal 5 pagi sebab saya nak dibawa Pak Cu camping ke Sungai Chongkak,lokasi faveret masuk hutan. Perjalanan waktu itu memang takkan dilupai, masuk saja simpang nak ke ulu langat di traffic light balai polis batu 9, suasana sejuk dan melepasi saja klinik gigi di sebelah kiri kelihatan kabus mulai dirasai.Sekarang pencemaran dah banyak dan kabus tak macam dulu.Sepanjang perjalanan tak sah kalau tak buka tingkap nikmati udara yang segar dan nyaman.Tak dilupai Pak Cu untuk singgah pekena nasi lemak sebelum sampai di Sungai Chongkak.Akhirnya kami selamat sampai dan mula mendirikan tapak khemah di situ.

Pak Cu biasa suka dirikan khemah di hujung Sungai Chongkak yang banyak pokok petai dan ular tedung selar, Tapi kali ini hanya dekat dengan pintu masuk Sungai Chongkak. Saya pun hairan kenapa tak camping macam biasa,namun siapalah saya nak soalkan ketika itu masih lagi kanak-kanak ribena.Malam menjelang dan selepas makan malam lauk masak sardin dan nasi campur maggi,Paj Cu panggil saya untuk duduk dan dengar dia bercerita.

Pak Cu cakap petang tadi dia ada letakkan duit RM5 bawah jambatan nak menghala ke kawasan pokok petai tu. Saya disuruh ambil duit tu jika berani dan kerana nak uji keberanian saya,kata Pak Cu. Time tu budak kecil dengar RM5 siapa yang xnak.Boleh buat belanja sekolah atau beli kotak mainan macam TORA,DIN DANG serta JOJO dengan RM5 tu.Kelabu mata kejap saya waktu itu dengan tawaran RM5.Saya pun setujulah dengan Pak Cu,syaratnya saya kena jalan seorang diri tanpa apa-apa bantuan lampu ke sana.Jangan menjerit atau tegur apa-apa yang nampak atau sapa saya.Telan air liur kejap lah bila dengar syarat-syarat itu.Pak Cu hanya benarkan saya bawa sebilah pisau lipat kontot jika ada binatang yang menyergah saja.

Tepat pukul 12.30 pagi, Pak cu suruh saya memulakan misi RM5.Pada jarak 50meter pertama saya okay saja dan tak takut sebab masih nampak suluhan lampu picik Pak Cu dan unggun api masih kelihatan.Namun lepas itu suasana mula gelap gelita dan bising dengan bunyi binatang nocturnal dalam hutan. Saya kumat kamit membaca ayat kursi dan hanya pandang ke depan.Kiri kanan saya tak pandang sebab takut tapi buat-buat berani.

Jarak ke jambatan tu saya tak ingat tapi jauh gak la rasa bila dah jalan seorang diri dalam hutan gelap-gelap ni. Tengah saya berjalan dan tak hiraukan apa yang ada di sekeliling, terbau pula bau masakan kari yang sedap. Teringat pesan Pak Cu, kalau sedap bau maknanya itu bunian baik kalau bau busuk maknanya bunian jahat.Time ni tak sior teman nak cek bunian baik ke jahat,yang penting amik RM5 pastu challo betty sudah.Bau tu memang lazat dan menyelerakan, lama juga bau tu muncul.Akhirnya saya sampai ke destinasi RM5 dan saya mula mencari mana Pak Cu letak duit tu, tengah-tengah saya cari tanpa apa-apa lampu,terdengar pula suara”cari apa tu dik?”. Alamak, terkejut saya siapa pula yang tanya ni. Saya terus tutup mata dan diamkan diri.Suara itu bertanya lagi dan saya tak layan. Sedang saya tutup mata tu tiba terasa usapan halus rambut dimuka saya.Walau halus2 usapannya tapi rambut tu kasar sangat,Pak Cu ada pesan kalau yang rambut kasar ni geng hantu raya atau gondorowo.Saya dah mula cuak dan takut sangat sebab benda ni dah main sentuh-sentuh. RM5 tadi terus saya x hiraukan, pikir nak balik je terus.

Tiba-tiba ada suara ynag saya dapat agak berada betul-betul di depan muka saya. Suara itu kata “nah adik,bukalah mata ambil duit ni,lepas tu boleh belanja aku makan” sambil ketawa berdekah-dekah. Sayuan dia memujuk saya mebuka mata dan ambil duit berkali-kali tu tak saya ikut, terus saya pusing badan dan buka jurus hikmat langkah 1000 sambil minta tolong jerit nama Pak Cu…

saya lari dengan selipar pun tak tahu mana,sambil lari suara ketawa itu masih kedengaran, menangis saya sewaktu berlari sebab takut sangat.Duit kemana,penat dan takut yang dapat.Time lari tu saya terasa angin menderu belakang saya, tak terfikir nak pandang sebab ketakutan.Dah agak lama saya berlari barulah nampak kelibat Pak Cu berdiri di tengah trek nak ke khemah.Pak Cu jerit pada saya suruh tunduk meniarap atas tanah, saya lihat Pak Cu baling segumpal tanah ke belakang saya dan dia lepaskan penumbuk ke udara. Ketika itulah saya rasa lega dan angin tadi terus hilang.Saya masih menangis lagi dan lepas tu baru Pak Cu cerita apa yang jadi..

Kata Pak Cu, masa saya mula berjalan, dia dah nampak ada benda yang terbang mengikuti saya.Tapi sebab dia nak test saya dalam uji nyali,dibiarkan saja saya seorang diri. Pak Cu saja nak kenakan saya,dan paling best duit RM5 tu dia tak letak pun.Saja dia pancing saya untuk jalan seorang diri.Hampeh betul Pak Cu,”kena game aku”,bisik kecil hati saya.

Apa-apa pun Pak Cu beri juga saya duit ganjaran lepas game saya jalan dalam hutan.Dapatlah RM10 kena rasuah dan tutup mulut dari pengetahuan mak saya. Minggu depan tu apa lagi belanja sakan saya di sekolah sebab dapat RM10..

sekian saja pengalaman kecil saya yang tak seberapa di Sungai Chongkak.Sekarang dah berbelas tahun tak jejakkan kaki kesana..Masih adakah susuk orang tua dan harimau itu di jambatan berkenaan..wallahua’lam

Wassalamualaikum wbt

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Syed As Siddiq

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

18 thoughts on “Uji Nyali RM5 Sungai Chongkak…”

  1. cerita best, seram.

    sendunya FS sekarang ni… entah mana pergi semua orang.
    kak yulie mana? lama tak nampak kelibat kak yulie.
    entah sihat ke tidak primadona fiksyen shasha tu

    Reply
  2. Mula2 saya subscriber fs ni,ada 23k subscriber..skarang tinggal 18k..tu pun hari2 saya buka fs tgk makin berkurang..skarang lagi sikit ja subscriber nk jatuh ke 17k…hmmm…banyak kisah repost dari tahun 2017 punya…hmmm…apa2 pun,saya sokong page ni…cerita kat atas ni best…πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»…truskan mnulis…

    Reply
    • Tp kdg bkn sbb komen2 yg xbertapis gk.. Majoriti aku ngn mmbr2 aku n jugak adk2 aku akn kne tempias mmbwk dlm mmpi.. N nk kate tkt sgt mmbc xjugak.. Rilek jek.. Tp ade gguan ble tllu syok sgt mmbc.. Ank sedara aku tgh2 mlm bute ble adk aku tgh syok mmbc.. N mmbr aku sndri lg r.. Trus mngacau bnde tu sbb celupar kritik fs.. Bkn ckp fs ni xbgs tp tidak tllu fanatik sgt.. Mgkin stgh2 org okay je kot… Wallahualam

      Reply
      • eh samala, fs bgi kesan haha.. wktu 2017 dulu bru kenal fs, tmbh lagi suka crita Seram, mmg addicted la jadinya,haha … wktu tu bnyk cerita seram dn setiap penjelasan penulis di ingat, cthny, “dlm gelap aku terasa ada yg memerhati” dll haha .. mmg lemah smgt time tu, Alhamdulillah dpt diatasi haha

        Reply
    • saya x menghilang..cuma kekangan masa sibuk menjadi asbab bantuan merawat pesakit dan berniaga…jadi kurang menulis..terima kasih

      Reply
  3. Sekali sekala membaca dr penulis lelaki mmg best. Simple and straight to the point. Skrg bnyk penulis pompuan yg bercerita berjela2 pnjg, terlalu detail dan meleret2… Honestly, membosankan dan memeningkan sehingga nampak seperti dibuat2. Cerita slalunya mengenai histeria dan sixth sense. Hanya segelintir je penulis pompuan yg bagus dlm penceritaannya. Don’t be mad, this is just my honest opinion…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.