#Ukhtin- Nenek (bhg. 2)

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca sekalian.Pertama sekali,saya ingin berterima kasih kepada admin kerana sudi memaparkan cerita ini di laman FS.Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk meminta maaf kepada pembaca jikalau cerita yang dipaparkan sebelum ini tidak memuaskan hati anda.

TIBA – TIBA

 

“Mak! Mak buat apa tu?Jangan kacau diorang..Kang tak pasal-pasal diorang bangun pulak.” Bisik papa dalam nada yang perlahan.

“Ko tak dengar ke tadi?Pasu aku pecah.” Balas nenek dengan nada yang agak marah namun masih dalam keadaan berbisik.Aku tahu nenek berang kerana ia merupakan pasu kesayangan nenek.Pada saat itu,tubuhku mula menggeletar kerana nenek tidak pernah marah sebegitu sebelum ini.

“Zamri faham mak.Tapi Zamri tahu tu bukan diorang sebab Zamri tengok ada kucing masuk tadi.Mak lupa nak tutup pintu belakang..,”

“Tak guna punya kucing!Mana kucing tu hah!?” Pada kali ini,suara nenek agak tinggi sehingga membuatkan aku tersentak.Jantungku bagaikan berhenti berdegup seketika.

“Ya Allah,mak!mengucap..jom keluar dari bilik ni..nanti diorang bangun susah pulak nanti”

“Kucing tu macam mana!?,” 

“Mak sabar mak..nanti Zamri tolong mak cari ya?”

“Hmmm..yelah-yelah..Siap kucing tu bila aku jumpa dia!”

Keadaan sepi buat seketika..

Aku dapat merasakan nenek tidak lagi berada hampir denganku..

BAMMM

Pintu ditutup dengan kuat.Perlahan-lahan aku membuka mata untuk memerhatikan keadaan sekeliling.Nasib menyebelahi diriku,kelibat nenek dan papa sudah tidak lagi kelihatan.Aku menghelakan nafas lega.

Namun,dalam kelegaan,pelbagai persoalan berlegar-legar di fikiranku.Perasaan ingin tahu semakin membuak-buak.Ya,aku mahu mencari kebenaran!

1: 27 A.M

Aku menguak pintu bilikku.Perlahan-lahan aku keluar dari bilik dan menuruni tangga dengan berhati-hati agar aku tidak melakukan sebarang bunyi.

Aku mencari-cari kelibat nenek dan papa.Tetapi hampa,aku tidak menemui mereka di mana-mana.Sehinggalah aku tiba di tempat di mana nenek melarangku untuk masuk sebelum ini.

Tempat itu berada di bawah tanah.Nenek pernah memberitahu aku bahawa ianya hanyalah sebuah stor.Namun,mengapa nenek melarangku untuk memasuki bilik itu sedangkan ianya hanyalah sebuah stor?Aku keliru.

Pada mulanya aku takut untuk masuk,tetapi entah kenapa aku dapat merasakan bahawa papa sekarang berada di dalam bahaya.Naluri seorang anaklah katakan.Berkali-kali  juga aku fikir akan tindakanku.Akhirnya,aku memasuki juga tempat itu.

Nasib menyebelahi  diriku,pintu bilik stor tersebut tidak berkunci.“Ini bermakna nenek pasti ada di dalam bersama dengan papa!” gumamku dalam hati.Bagaimana aku tahu?Kerana setiap kali aku berkunjung ke rumah nenek ,aku pasti akan cuba untuk memasukinya.Aku pernah hendak membukanya,tetapi bilik itu sentiasa berkunci.

1 :51 A.M

Aku menguak pintu bilik stor itu dengan perlahan.Aku tahu tindakanku ini salah.Aku tidak sepatutnya masuk atau berada di sini.Namun,apakah daya,aku hanyalah seorang kanak-kanak.Kadang-kadang,aku tidak terlalu fikir dengan baik terhadap apa yang bakal terjadi.

Aku memerhatikan keadaan sekeliling..

Mataku terbuntang luas..

Aku kaget,aku tidak pasti akan apa yang aku lihat.

Sebentar..ini bukan bilik stor! Tetapi..

INI ADALAH RUMAH DI BAWAH TANAH!

Maknanya,selama ini aku telah ditipu oleh nenek..Tentang atok dan juga bilik stor.Tetapi kenapa?Aku mesti mencari jawapannya!

2: 00 A.M

Bilik stor yang diperkatakan oleh nenek sebenarnya bukanlah “Hanya sebuah bilik stor biasa”.Aku tidak pernah tahu akan apa yang ada di sini.

Apa yang aku lihat hanyalah sebuah sofa,sebuah set televisyen lama,meja,rak buku dan pelbagai lagi.Mungkin ini adalah sebuah ruang tamu.Tetapi,ruang tamu ini sepertinya sudah lama tidak dibersihkan.Bersawang,gelap dan kotor.

“Eh,apa tu?”

Aku terjumpa beberapa keratan surat khabar di atas meja.Ya,aku tahu,itu tidak pelik.Tetapi,di dalam setiap muka halaman surat khabar itu terdapat berita-berita tentang orang yang telah hilang beberapa tahun yang lepas dan kini.Apa yang lebih ganjil ialah,setiap wajah mereka yang dipaparkan di muka halaman surat khabar telah digunting.Untuk pengetahuan kalian,mereka semua masih tidak dijumpai sampai sekarang.Oleh itu,pihak polis membuat andaian bahawa mereka semua telah meninggal dunia.Tetapi,mayat-mayat mereka masih belum ditemui.Kes ini juga masih belum diselesaikan sehingga sekarang.Allahu..

PAPP!

“Buku apa ni?“.Sebuah buku nota lama yang diselitkan di celah surat khabar itu terjatuh. Aku mengambil buku nota tersebut dan meneliti setiap halamannya. Aku dapati setiap halaman buku nota itu ditampal dengan gambar-gambar mangsa-mangsa yang telang hilang.

“Oh,gambar-gambar ni lah yang digunting daripada surat khabar tu!Tapi,Buku siapa ni?Ah!makin difikir,makin serabut kepala!Hmmm..mesti pemilik buku ni ada tulis nama dia dekat buku ni..mana ya?”

Aku membelek-belek buku nota itu dengan harapan dapat mengetahui pemilik buku tersebut.Sampai sahaja di muka surat terakhir,akhirnya aku menjumpai nama pemiliknya.Iaitu, “Saudah Khadijah”.Ya!Itu adalah nama nenek.

Tetapi,mengapa nenek menyimpan semua gambar mereka?Adakah mereka semua kawan kepada nenek? atau mungkin musuh nenek?

“Kalau nak cari jawapan tu…aku kena..”

Aku menoleh ke arah sebuah pintu di hujung ruang tamu.Tanpa berlengah,Aku cuba membuka pintu tersebut.Yes!tak berkunci!

KREAAKKK

Aku terus melangkah masuk ke dalam bilik tersebut.Bilik itu merupakan sebuah dapur lama yang penuh dengan pinggan mangkuk yang tidak dicuci selama bertahun-tahun.Dipenuhi dengan ulat-ulat dan tikus.

Aku mula rasa loya.Namun,aku tahan.Lebih teruk lagi,Aku disambut mesra oleh beberapa ekor lipas yang peramah.Lalat-lalat juga menyambut kedatanganku.

“Eiiiiiiii…..!yuk…yuk…yuk…..!” jeritku dalam ketakutan,

Aku tidak mampu bertahan lagi lalu aku menuju ke bilik yang seterusnya.Belum sempat aku memusingkan tombol pintu,ia terlebih dahulu dibuka oleh seseorang..

BERSAMBUNG.. 

Eh! belum lagi!Main-main je haha.Sila teruskan membaca.

2: 40 A.M

Aku tersentak.Tanpa berlengah,aku bersembunyi di bawah meja walau dalam keadaan hati yang berat.Di bawah meja terdapat banyak lipas-lipas yang merayap.Begitu juga dengan ulat-ulat sampah.Namun aku redha jika jalan ini sahaja yang dapat menyelamatkanku.

“Bunyi apa tu!Siapa sana hah?”

Suara itu pasti milik nenek.Ya, siapa lagi yang mempunyai suara garau di dalam rumah ini.Aku hanya memerhatikan langkah nenek.Dalam hati,aku berharap agar aku tidak dijumpai.Ini merupakan kali pertama aku berasa takut dengan nenek.

“haha..mana kau bersembunyi hah?Aku dengar suara kau tadi..JANGAN HARAP KAU BOLEH TERLEPAS!”

Aku kaku.Peluh mula membasahi tubuhku.Aku mahu lari.Tapi aku tidak tahu jika aku akan tertangkap ataupun tidak.Apa yang aku perlu lakukan?

“Mana kau!Kalau aku jumpa kau,sumpah aku akan b***h kau!” Tidak! nenek semakin dekat.Nenek makin menghampiri diriku!Tahukah nenek akan keberadaanku?

BAMMMM!

“HAH!JUMPA KAU!”

“ARGHHHH”

“MANA LAGI KAU NAK LARI!”

“TOLONG LEPASKAN SAYA NEK!”

“KAU INGAT SEMUDAH TU KE AKU NAK LEPASKAN KAU!?”

“NEK! SAYA TAK NAK M**I NEK!”

“KAU DIAM!! JANGAN BERANI KAU TINGGALKAN  AKU! KAU PERLU TEMAN AKU KAT SINI!”

“TAK NAK NEK!TAK NAK!”

“BERANI KAU YA?IKUT AKU!”

“ARGHHHHHHHHH”

Gadis kecil itu meronta-ronta meminta tolong.Dia merayu-rayu kepada nenek agar dirinya dilepaskan.Tetapi nenek tidak mengendahkan rayuannya.Tanpa aku sedari,dia memandang ke arahku,sayu.Oh!rupa-rupanya dia tahu akan keberadaanku.Tetapi hampa,aku kaku.Tidak membantunya.Nenek mengheret gadis itu ke bilik yang lain dengan menarik rambutnya.

Aku tergamam.Aku fikir aku akan tertangkap.Tetapi tidak.Aku berasa kasihan dengan gadis kecil itu.Dia telah ditangkap!Bagaimana aku boleh tidak perasan yang dia juga bersembunyi di dapur ini..?Aku berasa serba salah.

Aku perlu membantunya!

Aku  perlahan-lahan keluar dari tempat persembunyian.Aku masih lagi dalam keadaan takut dan gementar.Sepanjang aku tinggal bersama nenek,nenek tidak pernah bersikap begini.Nenek bagaikan orang yang hilang akal!

3 : 15 A.M

Aku menuju ke arah bilik yang dituju oleh nenek dan mengekorinya dari jauh.Nenek masih lagi mengheret gadis kecil itu.Gadis kecil itu tidak berhenti meronta-ronta untuk dilepaskan.

Setelah hampir 10 minit mengekori nenek,akhirnya nenek berhenti di hadapan sebuah pintu dan memasukinya.Tanpa berlengah,Aku menghampiri bilik tersebut dan memerhatikan nenek di sebalik pintu.

“Nek..tolonglah nek..saya merayu..lepaskan saya nek..saya nak balik rumah..” Rayu gadis kecil itu sambil menangis teresak-esak.

“Nak balik rumah?HAHAHA ini lah rumah baru kau sekarang.Best kan?”

 “TAKNAK!Saya tak nak tinggal sini!Rumah ni burok!”

“Apa kau cakap?Baik kau diam sebelum aku p*****l kepala kau!!Kau patut bersyukur sebab aku masih bagi kau tempat tinggal !!” 

“Saya tak nak tinggal sini,nek!Tempat ni kotor!Nenek jahat persis macam nenek kebayan!!’

“WOIIIII!!Kau ni memang menyakitkan hati aku lah!Kaunak aku betul-betul p*****l kepala kau ke HAH!

“Kalau nenek buat nenek masuk neraka!Biar nenek terbakar!Nanti lagi hodoh muka nenek!Lagi hitam!”  

SHIIIIIIIIIIIIINNNNNNNNGGG

Aku tidak percaya akan apa yang aku lihat..

Gadis kecil itu sudah tidak bersuara..

Lantai biik itu dipenuhi dengan tompok-tompok berwarna merah..

Senyuman nenek semakin lebar

Nenek tersenyum puas..

Matanya meliar-liar mencari sesuatu dan ia tertumpu ke arah..

AKU!!!

“hehe….nak lari mana?Qeena!!!!!”

Aku tersentak aku terus berlari dengan pantas sehingga tidak menyedari bahawa aku tidak lari keluar dari rumah itu,tetapi aku semakin jauh dari tempat keluar.Aku buntu.Aku tidak tahu aku harus ke mana lagi.

“Qeena~Nak lari mana tu?Jom teman nenek nak??HHAHAHAHA”

Aku tidak mampu bersuara.Seolah-olah mulutku dikunci.Mungkin kerana aku terlalu takut.Nafasku tercungap-cungap.

“QEENAAAAAAA!”

Nenek semakin menghampiriku!Aku seperti tidak percaya nenek boleh berjalan dengan begitu laju.Nenek tersenyum sinis melihat diriku. “Qeena kenapa lari dari nenek?Qeena dah tak sayang nenek lagi ke?Janganlah macam ni Qeena!Qeena nak jadi macam budak tu ke HAHAHAH”  

Tanpa berlengah,aku terus menuju ke arah sebuah bilik dan mengunci pintu dari dalam.Badanku mula dibbasahi peluh.Aku masih lagi menggigil ketakutan.Aku fikir aku bakal selamat.Tetapi…

“Qeena oooo Qeena..ni rumah nenek tau!Mestilah nenek ada kunci ,B*DOH!Kau tak dapat lari lagi!Tunggu kau,aku b***h kau lepas ni!Lepas ni kau takkan tinggalkan aku lagi hihihihi..Qeena nak main kan?JOM MAIN.” 

 

-BERSAMBUNG-

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA!

Maaf kalau cerita ni terlalu pendek.Sebarang komen positif dan negatif akan diterima dengan hati yang terbuka.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

10 thoughts on “#Ukhtin- Nenek (bhg. 2)”

  1. best cite awq.. Tp knape benti kt tempat suspen 😭.. Berdebar sy bace part nenek dy p*****l kpale bdk pompuan tu.. Allahu ape la salah bdk tu ye.. Btw teruskan berkarya .. Congrats..

    Reply
  2. ni nak buat sampai bahagian berapa nih?

    harap-harap tamat sebelum musim pilihanraya.. I nak bertanding kat Bukit antarabangsa…

    Diva bagi 3 bintang….

    Reply
  3. kalau nk bahagi bnyk parts pun rasanya better kalau habiskan dulu taip cerita lepas tu post semua part tu sekali gus.. annoying betul baca cerita mcm ni.. anti-klimaks betul..

    Reply
  4. tolong laa admin habiskan smua part dlu baru siarkan .. bosan laa cite sambung2 cmni .. annoying ..dan kalau boleh tak payah laa buat sambung2 ..

    Reply
  5. cerita yang sangat anoyying sebab cara bersambung tak kena masa.

    saya tak bias pada cerita bersambung tapi dalam cerita ini sudah jadi agak keterlaluan

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.