Assalammualaikum admin…
Kisah ini berkait rapat dengan anak saya yang nombor dua. Saya adalah seorang ibu yang mempunyai 3 orang anak lelaki.
Ceritanya bermula pada 5 tahun lepas, saya telah bermimpi seorang nenek tua. Di dalam mimpi tersebut, nenek tua itu menyerahkan seorang bayi kecil kepada saya. Di dalam mimpi tersebut, saya telah mengambil bayi itu, dan bertanya kepada nenek tua itu, anak siapa ni? Kenapa beri pada saya?..
Banyak kali saya bertanya masa dalam mimpi tersebut, namun nenek tua itu hanya berdiam diri. Apabila saya tersedar dari tidur, saya berpeluh-peluh dan terasa sangat tidak sedap hati. Namun saya mendiamkan diri.
Keesokkannya, (hari ahad ) saya tidak bekerja, dan pulang ke rumah mak saya. Saya asyik teringat mimpi tersebut, sampaikan mak saya menegur saya, kenapa banyak termenung. Sebab lepas saya bermimpi, saya asyik terbayang muka nenek tua itu, dan bayi tersebut.
Saya ceritakan kepada mak saya, perihal mimpi tersebut, dan tiba-tiba mak saya marah, kenapa ambil? Saya terdiam, blur!!!… Nak jawab macam mana? Dah namanya pun mimpi…mana la boleh kawal mimpi..saya jawab dalam hati je, sebab tak tahu nak jawab macam mana. Then, mak saya pun start ceramah bawang dia, katanya tu petanda dapat saka.. Saya sengih je, jawab, tak de la, mimpi kot.. Ye la, sebab saya pikir, dah zaman maju, mana ada lagi benda macam ni..Walaupun dalam hati, sebenarnye ada rasa semacam. Tapi malas nk panjangkan cerita.
Sebulan lepas tu, baru saya dapat tahu, saya mengadung kali ke-2. Nak dipendekkan cerita, setahun lepas tu, mak saya meninggal dunia. Dan saya pun telah berpindah ke rumah baru, berdekatan kampung suami saya. Sejujurnya saya lega sikit, sebab rumah yang saya tinggal sebelum ni, selalu terasa ada orang tarik / alih perabot tingkat atas. Kadang-kadang bunyi guli bergolek. Dan paling rare, dengar budak-budak kecik lari turun tangga dan ketawa… Arwah mak saya pernah bgtau, tu tandanye ada jin dalam rumah..saya ketawa je la, sebab x pernah nampak depan mata, jadi malas nak ambil pot..
Dan pernah satu malam, time suami shift malam, dalam pukul 1 lebih, dia balik. Then die terus baring sebelah saya. Saya tanya, kenapa balik? X jadi keje ke? Dia diam je, terus baring tak bergerak pejam mata.. Saya malas nak tanya lagi, saya tidur. Esoknye, saya bangun pagi, nak pergi kerja, saya tengok suami saya, tak ada. Then saya call, tanya, pergi mana? Dia jawab, keje la, apasal?… Saya pun jawab la, bukan awak tak keje ke? Malam tadi kan awk balik? Then, die jawab, takde..kan kerja ni..Ok fine… hahaha… teringat la kat arwah mak saya, agaknye betul lah kot, rumah ada jin..
Then, berbalik pada cerita suami saya nak pindah duduk kampung, saya ok je.. sebab saya pun dah rasa tak selesa duduk rumah tu, makin kerap kena ganggu. Rumah yang dikampung ni, rumah sewa, agak besar..tapi ownernye dah buat rumah lagi besar.So, kami pun sewa la sini.. Masa pindah ni, anak kedua saya dah masuk umur setahun. Then, hari ke-3, malam tu saya tetiba mimpi nenek tua yang dulu tu. Dia cakap, anak kau dah setahun, ingat!!! umur dia 7 tahun, aku ambil budak ni.. Ya Allah… saya terkejut sangat masa tu, terus tersedar dengan keadaan yang berpeluh-peluh..
Saya dah lama lupa pasal nenek tu.. Then die muncul lagi.. Saya tak pernah cerita hal ni pada sesiapa, lagi pun arwah mak saya dah meninggal..Cuma die tempat saya selalu mengadu. Sampai la 2 minggu lepas, saya cerita pada suami. ( lepas 3 tahun mimpi kali ke-2 nenek tu ).
Then baru-baru ni, suami saya rupanya ada tnya pada kawannya, pasal anak saya ni, betul ke atau sekadar mimpi. Dan kawannya memang pengamal perubatan islam, dan dia bagitahu, anak saya no. 2 ada saka. Datang mana la saka ni..Serius terkejut, sebab x jangka benda macma ni masih ada. Saya ada minta suami bagitau kawannya untuk buang, sebab saya tak nak dia ganggu anak saya.
Sekarang anak saya dah berumur 4 tahun.. yang merisaukan saya, mimpi nenek tua itu yang mahu ambil anak saya bila dia 7 tahun… apa maksudnya….ada lagi 3 tahun sebelum anak saya masuk 7 tahun.. Harap2, itu sekadar mimpi mainan tidur.
Sekian….
Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Usahalah jangan hanya berharap.. Harap2 anak tak hilang.
kalau ada oranglah yang tak percaya dengan benda2 ni semua, sepatutnya temanlah orangnya..tak pernah kena lihat rasa sentuh dengar hidu etc..tambah hidup pulak kat tengah2 kl.tp teman PERCAYA dengan benda2 ghaib.
Jadi, kalau orang tua cakap tu, takyah la rasa2 benda ni tak ada sebab dah moden.
Ironinya masih tak percaya walaupun sah kena kacau banyak kali banding gan teman y takde pengalaman.
Beringat lebih baik.
Kalau betul tak ada, takpe..alhamdulillah.
Kalau betul ada?macamne?
Anak bakal hilang bukannya tak diberi amaran?
luahan hati…ermmm bukan cerita seram..next pls
memang la zaman dah moden, tapi mencegah lebih baik dari mudarat kemudian hari.
Pelik ya ada org tk percaya alam ghaib. dlm quran pun ada sebut malaikat jin iblis syaitan, roh, alam barzah. Korang baca quran tu tk baca makna dia sekali ke caner?
kenapalah tak nak percaya pada alam gahib ni..tak faham betul..lagi2 mimpi yg berupa peringatan mcm ni dan melibatkan ANAK!..akak cubalah rujuk pada yang pakar dengan ilmu2 ni..semoga semuanya baik2 utk akak sekeluarga.
cerita ni 2019 anaknya 4 tahun. sekarang ni 2022 dah 7 tahun. nak tau juga apa jadi dengan anak tuan penulis ni.
kalau nak cakap zaman moden, setan ni x kira zaman dia ada. sampai kiamat adelah setan tu kerja menyesatkan manusia.