Undang-undang Maam Besar

Hi guys, sebelum aku teruskan nukilan kisah tentang maam besar, aku cuma nak clarify-kan bahawa penceritaan ini akan ditulis mengikut sudut pandang orang pertama bermaksud kisah ini bukan kisah aku tetapi diceritakan semula dan aku sebagai watak utama . Ok,got it?! Cool.
Dengan rasa rendah diri, aku juga nak minta kerjasama semua kawan-kawan untuk mengikut nasihat berikut sebelum meneruskan pembacaan. Di akhir cerita nanti aku akan jelaskan kenapa.

Elakkan baca kisah ni di dalam gelap.
Jika berseorangan, ajak rakan buat teman.
Okay. Setel. Kalau semua dah ready, jom kita mulakan. Ayuh!

Undang-undang. Kedengaran agak serius di situ,kan. Yup, pada mulanya aku agak skeptik akan tujuan maam besar ni sendiri. Mana taknya aku ni cucu dia kot. Tapi cucu yang paling tak sekepala dengannya. Aku punya prinsip “Rules are meant to be broken” Tapi nenek a.k.a maam besar ni lain. Dia seorang yang sangat tegas. Tiga perkataan untuk describe nenek; Tegas, Teliti dan Misteri.. Haa dah macam moto PDRM pulak. Satu perkara tentang nenek adalah dia jarang senyum which is sangat berlawanan dengan arwah atok yang sangat suka senyum, peramah dan kelakar. Arwah atok aku ni orang putih. Zaman before merdeka tu atok jumpa nenek lalu jatuh cinta dan mereka pun berkahwin haha. Aku tak tahu banyak tentang atok tetapi itulah apa yang diceritakan oleh mak sebab atok meninggal sewaktu mak baru berkahwin. Pelik macam mana diorang boleh disatukan. Betullah kot orang cakap, “opposites attract”.

Dah kenapa panggil maam besar? Haa tu gelaran yang aku bagi disebabkan oleh perwatakan nenek yang gaya macam maam besar. Nama tu kitorang guna antara adik-beradik bila bercakap pasal nenek, takut dia tahu pulak. (Rasanya dia tahu kot hahaha)

Nak dijadikan cerita, sewaktu cuti sekolah pada tahun 2009, aku lepasan SPM la tu wuhuu freedom katanya. Mak aku buat keputusan untuk hantar kami 3 beradik ke rumah maam besar supaya kami ni tak jadi zombie hidup kat rumah ni. Duk hadap laptop main game etc Dengan berat hatinya esoknya kitorang kemas barang dan mak hantar kami sampai ke stesen bas. Lagipun rumah nenek agak jauh sebab ayah outstation mak tak larat nak drive sorang-sorang sebab tengah sarat mengandung. Bila-bila ja boleh terberanak.. Omg.

Sesampai ja di sana kami dijemput oleh seorang pakcik tua, mukanya agak bengis . Bila dia nampak kami dia cuma sebut dua patah kata je. “Cucu Jemah?” (obviously name rekaan duhh) Kami cuma mengangguk tapi dalam hati agak was-was jugak. Kami menaiki kereta saga lama yang rasanya dah tinggal rangka besi ja. Bunyi enjin pun macam orang batuk kering je. Panas ya amat since sekarang musim panas aircond pulak takde, mengharapkan angin sepoi-sepoi bahasa yang bertiup melalui jendela kereta.

Untuk sampai ke rumah maam besar ni mengambil masa lagi 30 minit. Agak pedalaman jugak. Tapi mesti ramai yang tak sangka ada rumah banglo lama English style punya kat dalam hutan ni. Rumah ni terpencil, sebatang kara je kat situ .Nampak agak suram rumah ni. Mungkin sebab terlindung dengan pokok-pokok besar tepi rumah. Rumah ni ada laman rumput yang luas jugakla main golf pun best kot. Haa over… Laman rumah dipagari pagar kayu manakala diluar pagar kayu semuanya hutan ..
Sampai ja kat pintu gerbang masuk ke rumah maam besar , dari jauh dah boleh nampak maam besar tengah duduk minum teh petang dekat laman rumah. Nenek berbaju kurung cotton berbunga-bunga dan memakai selendang yang dililit rapi. Kemas penampilannya. Memang rutin harian dia dan setiap hari rutin dia sama dari pagi sampai ke malam dan tak akan berubah kecuali ada perkara mustahak berlaku.

Turun je dari kereta kami angkat barang dan letak di tepi tangga rumah. Kami beratur menghadap nenek macam nak kena denda. Menunggu maam besar datang untuk bersalam. Nenek menghulur tangannya yang sarat dengan cincin dan kami cium . Masing-masing agak kekok. Senyuman nipis terukir pada wajah nenek. Abang aku menepuk belakang aku. Pap!.. Matanya memberi isyarat. “Erk.. nenek, ibu kirim salam.” Ujar aku perlahan.

“Ehemmm..hmm..Waalaikumussalam. Nenek cuma nak ingatkan semua cucu nenek untuk ikut undang-undang nenek . Pesalah akan dihukum dan nenek tak nak ada yang cuba-cuba melanggar kata nenek. Do you get me?” Nadanya perlahan tetapi tegas. Tiada senyuman. Matanya tepat memandang ke arah pasang mata kami satu persatu seperti mahu memastikan kami hadam. Nenek memang selalu speaking London choco roll.

Kemudian nenek mengarahkan supaya semua bersiap kemaskan diri di bilik masing-masing di tingkat atas. Nenek kelihatannya sedang merenung kosong ke arah hutan sebelah kanan rumah sambil menggumam sesuatu seorang diri.

Undang-undang Maam Besar:
Jaga kebersihan. (Basuh pinggan right after eating, toilet cuci)
Jaga percakapan. (No curse words , no yelling, not too much laughing)
Jaga makan. (Make sure habiskan makanan, licin pinggan. Jangan membazir.)
Jaga ibadah. (Solat awal waktu, baca alquran,mathurat)
Jangan keluar petang lebih jam 6.
Tidur awal ( 12 malam dah kene dalam bilik tidur .. no activities after that. Aku pulak spesies burung hantu )
Jangan tegur orang tak dikenali melainkan yang nenek kenal ja. (masalahnya nenek ni agak kera sumbang, takde jiran pulak tu. Memang sapa je nak ditegur)

Well, rules ni nampak agak mudah jugakla bagi sesetengah orang. Tapi dah kalau diulang-ulang banyak kali kat telinga kau sampai boleh muntah hijau jawabnya. Ada yang boleh diterima tapi ada yang macam too much untuk aku. Katanya ini 7 golden rules yang perlu dipatuhi untuk hidup sejahtera dalam rumah tu. Erkk.. okay.Tapi kalau dilanggar tanpa pengetahuan maam besar.. hmm.. I wonder?
Sebelum tu aku nak perkenalkan pelakon extra : Abang aku, aku pggil Abang Zak dan adik aku, Ana.

Haha. Oh ya lupa dan seorang maid Indonesia, Bu’ Yanti yang dah bekerja selama hampir 10 tahun di rumah ni. Dia masak sangat dengan perangai nenek. Dia bertugas untuk memasak dan kemas rumah disamping menemani nenek memandang nenek degil tak mau pindah ke bandar bersama-sama anak2 yang lain, jadi mesyuarat adik-beradik memutuskan untuk gajikan pembantu rumah untuk membantu segala urusan nenek dari hari ke hari.

Alkisah bermula tatkala aku terlanggar satu peraturan penting dalam carta hit 7 maam besar ni. Maka bermulalah rantaian kisah aneh mencuit bulu tengkuk dan bulu kaki sesiapa sahaja yang menghadapinya. Yay!

Petang tu aku tak berapa sihat. Selesema. Bersin je memanjang. Ana pun demam. Katanya homesick rindu mak. Lepas je makan malam pukul 6.30 petang macam tu aku makan ubat dan terus tidur. Lagipun aku cuti so tak perlu solat. Malam tu terbangun sebab hidung tersumbat la pulak susah nak nafas (seksa kot bila selesema ni nak tido). Rasa nak terkucil pun ada. Omoo.. dahla tandas bilik ni rosak. Hajat nak tumpang tandas bilik si Zak , dia duk tido mati pula ketuk pintu tak berjawab. Pilihan terakhir. Tandas tingkat bawah tepi dapur. Hmm.. nak kejut Ana la buat teman tapi kesian pula budak kecik ni pun demam. Hmm.. dari aku duk tahan tak pasal2 esok banjir pulak , baik aku pergi je.

Sambil aku turun tangga, jam rumah berdeting. Rumah nenek besar tapi tak banyak perabot jadi semua bunyi bergema. Aku kira satu persatu. …8…9…10……11…12 Erk. Aku percepatkan langkah dan terus ke tandas. Buat apa yang patut dan sewaktu aku melangkah keluar tiba-tiba ada yang menyapa dari dalam gelap.
“Mia” …sapanya “Aaaaaaarghhhh..!! #%@#&* tut tut tutt” keluar suara jantan aku , terus aku menekup mulut. Erk terlepas.. Dan lampu tiba-tiba terbuka. Bu’ Yanti rupanya. Cis. Bikin gue takut aja dong ahh. Bilik Bu’ Yanti memang dekat dengan dapur.
“Maafin ya. Mia kenapa sih turun lewat malam begini. Nek Jemah tau gi mana? Berani banget ya kamu” ujar Bu’ Yanti.
“Jadi kamu jangan bagitau yaa haha…” Aku terus lari naik tangga ke bilik dan tidur. Harapnya Bu’ Yanti pandai simpan rahsia huhu..

Keesokannya.
Bunyi burung berkicauan merdu memanggil-manggil aku untuk bangun. Jam 6.50 pagi .Oh alarm phone rupanya. Whatttt!!? Lagi 10 minit nak pukul 7. Matilah nak, dah lewat untuk bersiap untuk sarapan ni. Nenek bukan boleh kompromi orang yang tak tepati masa ni. Aku cepat2 basuh muka asal nampak segar bugar indah padahal tak mandi terus turun ke bawah dan makan bersama. Muka nenek nampak bersahaja, tiada tanda-tanda yang Bu’ Yanti dah bocorkan rahsia semalam. Lega. Aku jeling pada Abang Zak dan Ana. Sampai hati diorang boleh tinggalkan aku camtu ja. Muka diorang lagak macam orang tak bersalah.

Tengahari tu, aku lepak dekat pondok kecik depan laman rumah. Bosan rumah besar tapi takda Astro. Nasibla aku dah prepare sedut banyak-banyak movie dengan drama dari kawan sebelum datang sini. Layan la cerita “Lelaki berlari” sorang-sorang. Lagipun nenek keluar jadi takde hal kot kalau bising sikit. Hihi *keluar tanduk. Gelak tak ingat dunia kot. Tau-tau je la sapa fans show ni mesti dah biasa kene panggil ‘gila’ sebab gelak teruk masa tengok cerita ni. Haha. Tengah syok gelak tiba-tiba terdengar bunyi dari belakang.

“Shhhh…!” hmm aku biarkan aja.. Ni mesti Ana atau Abg Zak .
Aku teruskan . “Shhhhhhhhhhhhh…….!”
“Ish.. Seboklaaa!” Aku berpaling ke belakang dan tiada sesiapa pun.. Erkk… okai.. bayangan aku je kot.
Aku berpaling ke laptop. “Ahhhh!” Terkejut aku tiba-tiba ada perempuan berdiri kat depan.
“Hai!” ujar perempuan tu sambil tersenyum. Perempuan itu berbaju kurung, umurnya sekitar awal 30 an, bersanggul bunga merah di rambut. Dilengannya dia memegang erat sebuah bakul kayu berisi buah-buahan manakala tangan sebelahnya memegang payung.

“Errr.. hai..” aku membalas spontan.
“Saya Melati. Sebenarnya saya jiran yang tinggal tidak jauh dari sini. Dengarnya Nek Jemah ada tetamu jadi saya ingin berikan hadiah buat tetamu itu. Kamu pasti anaknya si Suraya bukan?” ujar Melati sambil memberikan bakul itu kepada aku. Slangnya agak formal. Macam melayu lama.

“Aah. Tu mak saya. Terima kasih ya.. Susah-susah je..”aku berbasa basi air liur basi.
“Mia.. oh miaaaaaa!” panggil Zak dari tingkat atas.
Melati dan aku serentak menoleh ke atas. Kelihatan Zak memandang dengan wajah pelik.
“Hmm.. rasanya sebentar saja saya di sini. Nanti jangan lupa kirimkan salam kepada nenda ya. Katakan yang Melati rindu untuk bertemu.” kata Melati lalu terus berlalu pergi. Kelihatannya dia terburu-buru.
“Ohh.. baiklah. Terima kasih ya !” Aku pandang ke tingkap tetapi Zak tiada lagi di situ.
Matahari makin terik, aku buat keputusan untuk masuk ke dalam bersama laptop dan bakul berisi buah-buahan. Hmm.. buat jus petang-petang sedap ni! Hihi..
Bila aku melangkah masuk rumah tiba-tiba Abang Zak dari atas sergah aku.
“Wahhh mangga.. mana dapat ni budak?”
“Eleh lagi mau tanya. Tadi duk jerit nama orang dari atas tu dah kenapa. Buat malu je depan orang luar.”

“Haa..? Bila pulak. Aku baru je lepas solat Zuhur tadi. Nenek mana bagi kita melalak dalam rumah ni kan.” Ujar Zak bersungguh-sungguh. Zak dengan Ana memang skema siket. Hmm..
“Cis, no mangga juice for you okay! Saja ja nak kacau orang .. hmmpphh!” aku bengang dan terus ke dapur. Tapi riak wajah abang Zak nampak macam blurr.
Di dapur kelihatan Bu’ Yanti sedang memasak. Aku mula la menyendeng dekat Bu’ Yanti nak minta dia buatkan jus mangga.

“Mana kamu dapat mangga ini, Mia?” tanya Bu’ Yanti. Mukanya serius.
“Oh.. dari Kak Melati. Jiran nenek. Dia kirim salam dekat nenek jugak” ujar aku selamba.
“Errrm.. gini aja dong. Buahnya kita simpan dulu ya. Esok aja ya. Lagian jus timun masih ada . Membazir kok jika tidak dihabisin..” ujar Bu’ Yanti tenang. ( permisi ya bahasa indo gue agak fail so paham2 aja la )
Lalu disimpannya bakul berisi buah itu ke dalam almari.
“Alaa.. bukannya nenek tau pun.” Aku mengomel.
“Tahu apa?” tegas nenek. Tah dari mana nenek muncul belakang aku. Berdiri bulu tengkuk erkkkk..

“Aaaaah ahh.. yaa tahu bahawa harini Bu’ Yanti masak spesel buat semua yaa.. Ha. Ha. Ha..” pintas Bu’ yanti.
Fuuhhh.. rasa nak muah ciked je dekat Bu’ Yanti. “Hmm..Yanti nanti angkat barang dalam kereta.” Nenek berlalu pergi. Aku kenyit mata tanda sepakat.

Esoknya ayah telefon. Katanya ibu dah selamat melahirkan anak. Baby girl. Kebetulan memang ayah baru pulang dari kerja terus bawa mak ke hospital lepas mak mengadu rasa macam dah nak bersalin. Tak sabar rasanya nak timang adik baru! Ayah kata nanti hujung minggu ayah datang. Nenek dapat tahu berita tu . Cuma senyuman nipis je yang diberikan. Berita gembira ni buat aku lupa tentang kehadiran Kak Melati semalam.

Malam tu aku tidur. Terasa sejuk sekali . Entah kenapa. Rasanya tadi aircond memang tak pasang. Aku bukak mata . Kipas berputar perlahan tapi sejuknya macam level 5. Aku bangun dari katil pergi mencari remote aircond. Eh, memang off pun. Sejuk-sejuk ni memang mengundang toilet jawabnya. Haish..

Aku menguak pintu bilik perlahan-lahan, risau jugak nenek tak tidur lagi ke. Aku dengar ada bunyi di dapur. Bising. Macam bunyi blender je. Aku usha dari tangga nampak lampu dapur terbukak! Yes! Bu’ Yanti ada.

Jam rumah berdeting 12 kali. Cis déjà vu betul. Aku berlari-lari anak ke dapur dan melihat Bu’ Yanti tengah buat jus mangga. Gigih tengok dia duk hiris-hiris mangga dari belakang. Tak nak kacau dia aku pergi masuk toilet sebelah dapur tu.

Lepas setel urusan aku, aku cuci muka siket.Punyala happy keluar dengan harapan dapat merasa air jus mangga fresh dari ladang baq hang. Gelap. Dapur tu gelap . Dari cahaya lampu luar rumah nampak meja yang tadi penuh dengan buah mangga ,kini kosong. Eh, takkan cepat sangat Bu’ Yanti kemas. Ke aku lama sangat hahaha.. positif di situ.

“Mia!” sergah nenek. “Apa kamu buat kat sini malam-malam?”
“Ahhhh!” kus semangat. Memang orang dalam rumah ni suka buat terkejut ke hapa.
“Err tadi mia…” aku terketar-ketar.

Tiba-tiba nenek senyum dan datang mendekat. Aku teragak-agak. Nenek terus mendakap aku. Dia terus menyanyi satu lagu. Lagu lama. Tapi satu patah pun aku tak dapat tangkap sebab semakin lama semakin aku rasa ke awang-awangan dan semuanya menjadi gelap dan gelap.
“Mia! Bangun sayang..Mia” suara tu sayup-sayup kedengaran. Muka aku terasa sejuk basah seperti direnjis air. Makin lama suara itu semakin kuat dan perlahan-lahan aku mampu untuk membuka mata.
Aku lihat siling putih. Aku pandang tepi aku dikelilingi oleh Nenek, Ibu Ayah, Abang Zak dan Ana. Eh, kat mana ni. Ditanganku ada tiub disambungkan mungkin untuk air.

Aku rasa penat, keliru namun rasa ingin tahu lebih membuak. Aku cuba bersuara tapi ayah buat isyarat tangan pada bibir. Dia suruh aku berehat. Bila aku degil sangat cuba untuk melawan, ayah mengalah dan pandang ke arah nenek. Nenek macam berat hati dan akhirnya segala-galanya dibongkarkan.
Nenek kata sebenarnya sewaktu hari pertama yang aku langgar peraturan bila aku keluar bilik lebih jam 12, sebenarnya keesokan paginya aku ditemui pengsan di tepi pintu tandas. Dan kini hampir 2 minggu aku tak sedarkan diri. Nenek ada sebab buat peraturan tu dan bukan saja-saja nak takutkan cucu-cucu. Rumah tu dah ada lama dan nenek tinggal di situ sejak berkahwin dengan Atok.

Dulu memang ada gangguan tapi nenek tetap bertahan sebab sayangkan tanah ni . Ini adalah satu-satunya peninggalan arwah. Walaupun pernah juga panggil orang untuk tengok-tengokkan rumah tu tapi gangguan masih ada. Jadi melalui pengalaman nenek, nenek buat undang-undang tu supaya tiada siapa yang akan diganggu.Sambil nenek bercerita, air mata nenek turut mengalir sebab rasa serba salah yang dia telah menyusahkan cucunya.

Sejak dari kejadian itu, pandangan aku terhadap nenek bertukar 360 darjah. Ya mungkin dia agak tegas dan bukanlah seorang yang mesra alam. Tetapi jauh di sudut hati nenek, di sebalik senyuman tawar itu, aku yakin ada tersimpan nenek yang dahulunya seorang yang ceria dan penyayang. Semua yang dilakukan adalah demi untuk melindungi keluarga ini. Percaya atau tak,aku rasa, aku terlihat nenek ketawa kecil sewaktu melihat baby Rina … Hiihi..

Sebelum aku mengundur diri, seperti yang dijanjikan aku akan bagitau kenapa aku nasihatkan korang semua di awal penceritaan tadi. Sebenarnya niat aku baik. Risau jugak kalau ada yang baca gelap-gelap rosak jugak mata tu karang. Lagi satu kalau baca sorang-sorang kan tak meriah so ajakla ramai-ramai. “The more the merrier” gitu.. hahaha.. mohon ampun ye semua. Kalau ada yang ikut nasihat aku tadi harap korang maafkan la aku ni. Mungkin ade yang jenis suka baca ending dulu baru baca intro , memang nak kena. Yang degil takmo ikut tu memang geng aku la tu .. Tak suka peraturan ! HAHA..

Oklah itu ja setakat ni .Terima kasih luangkan masa kawan-kawan!

-Joe Minah Bunga-

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

joe

Leave a Reply

8 Comments on "Undang-undang Maam Besar"

avatar
Sort by:   newest | oldest | most voted
ui

caring betul..hehe

Line siput

Orang berlari yea..running man le tu

Kak misi

2009 dah ada running man ka?

fara

running man start 11 july 2010. tu lah, tak faham sikit cerita ni. kata dari hari pertama langgar peraturan, dia pengsan and 2 minggu later baru sedar. lepas tu cerita yang selepas hari pertama tu apa? errrrrr

Kak misi

Ahahaa. Cerita selepas hari pertama tu cerita dlm mmpi dia. Btw, 2 mggu pengsan tu ada pergi hospital tak? ?

Nenek tiri

Kamon laa..inikan fiksyen je..korg xnk tanye lak npe buk yanti sebat jus mangga sorg2

abang ireng

kahkahkah yg ni klaka !

admin

Cerita ni hanya rekaan je dri joe minah bunga..die nk kan publisiti murahan supaya org kenal die…

wpDiscuz