Undangan Bunian Dalam Hutan (Bhg. 3 – Akhir)

BERSANGKA BAIK (husnuzon). Prolog yang membosankan itu sedikit sebanyak dapat membuka mata para manusia tentang realiti alam ghaib yang ada. Bukan alam ghaib (yang sebenar) kita saksikan. Sekadar pementasan yang diperan para Jin dalam lembayung perang akidah dengan Islam. Dia yang mengecam. Dia yang berkata bosan. Sebenarnya dia sudah membaca prolog yang panjang itu. Alhamdulillah.

”Sesungguhnya ia (iblis) dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak dapat melihat mereka.” (QS 7:27)

HUSNUZON. Dia yang mengecam, sebenarnya faham apa yang aku sampaikan – bukan cerita semata. Masyarakat kita sudah lama sebati dengan wujud bunian yang baik dan elok dipandang mata. Rekayasa pertarungan dan persahabatan yang mendatangkan kebaikan. Hakikatnya, dunia jin tidak jauh berbeza. Malah tercatat kejap di dalam kitab, manusia lebih sempurna. Cuma bangangnya manusia menganggap Jin adalah hantu yang menakutkan. Sedangkan awal kisah bondongan jin kecut dengan manusia. Hanya Iblis penderhaka sulung… dan memanglah Syaitan itu musuh yang nyata. Kerana Syaitan (yang kafir sifatnya) keturunan Iblis laknatullah. Cuma…. Apabila manusia kecut pula mendepan sosok Jin (yang kafir sifatnya – yang Menyembah ALLAH tiada masa mempersenda manusia : apatah lagi manusia yang jumud), mulalah syirik dan khurafat berleluasa. Lalu binasalah setiap masa. Orang tua menurunkan hikayat. Untaian kisah dikongsi perhebat. Seram suram sepekat malam. Hantu itu menakutkan! Nenda dahulu punya saka.. punya sahabat alam bunian. Lalu si anak, sedikit tersimpang pada akidah. Terlupa hakikat, Allah cipta dia sebagai khalifat. Tetapi khalifat itu mula merempat… menganggap Neraka tidak mudarat. Fikirlah sendiri.

Hisap gam sebelum masuk hutan? Aku cuba kendian. Mungkin imaginasi lebih meriah. Ilusi halusinasi membentuk kronologi. Tahi! Kau ingat aku masuk hutan semata-mata untuk mengarang cerita bongak? Semoga suatu saat nanti kau tak hisap gam seperti aku. Menikmati hutan dengan ketenangan. Sorry emosi. 555. Tidak mengapa, hindu kata itu karma. Dulu ku mengecam, sekarang ku dikecam.

Sedikit bebelan lagi sebelum kita sambung cerita. Al-Quran menceritakan perihal alam ghaib dalam bermacam surah. Setiap surah itu terpenggal-penggal untaiannya bagi menggambarkan perihal alam ghaib. Antara surahnya, Al-An’am, Al-Baqarah, Al-Anbiya, Al-Jin dan An-Nas (kisah alam jin), Al-Qadr, Al-A’raf… dan banyak lagi.. (Ditekankan di sini: Aku bukan ahlul kitab. Jauh sekali perawi hadith. Aku juga macam kamu. Buka google.. then crosscheck dengan Al-Quran. Jumpa orang itu ini.. dengar bebelan orang lain – kemudian bebelan itu aku muntahkan di sini..).

Fuqaha mempermudahkan, alam ghaib utama ada lima; Alam Roh (Loh Mahfuz); Alam Jin (yang selalu dijadikan bahan khurafat dan syirik – letaknya di mana kau berada. Di sini, termasuklah bunian, iblis dan syaitan); Alam Barzakh (siksa kubur); Malaikat; dan Alam Akhirat (letaknya Syurga Neraka dan Hari Pembalasan). Allahu’alam. Kita tidak masukkan soal kata hati dan perasaan manusia lain. Soal masa depan dan masa silam yang sebahagian fuqaha (guru) memasukkan sebagai alam ghaib. Alam jin yang selalu menjadi perbalahan manusia kerana ingin menjadi Tuhan di Akhir Zaman. Mengapa ingin Menjadi Tuhan? Kunci-kunci Alam Ghaib hanya dimiliki oleh Allah! (QS 6:56). Nah, sambungan kisah. Santaplah! Kecamlah!

Bersambung dari dua bahagian sebelum ini. Pembuka kisah, perjalanan keluar dari Gunung Angin aku kurang ingat apa yang berlaku (kerana gangguan semakin hebat…atau hisap gam banyak sangat) sehingga aku terpaksa tanya rakan sepergunungan ke Gunung Angin ini untuk menyusun kronologi kisah. Jadi, bahagian terakhir ini ada potensi terpenggal-penggal kerana aku kurang ingat detail yang berlaku. Semua terasa berbalam. Takut. Aku tidak nafikan.

Aku dan Zul tiba di simpang Belanga-Pelayar. Lega masih tidak dapat digambarkan. Syukur pada Tuhan masih dipanjatkan. Aku sukar menggambarkan bagaimana leganya perasaan saat itu. Mana taknya, kau terbebas dari ancaman. Seronok bukan. Pongah (bangga) sedikit rasa hati. Manusia memang lebih kuat berbanding jin. See? Told you! Kau ingat Tuhan.. kau akan selamat.. Masalahnya kau hanya ingat apabila kau dalam masalah. Tuhan tidak suka! Jadi, ujian Dia tidak hentikan di situ. Selang beberapa detik kami menunggu di persimpangan (sehingga Surya sudah separuh) Ben tiba dari sebalik pokok. Aku sedikit terkejut kerana Ben muncul tanpa sebarang bunyi… dan tidak bersendirian. Mengekori Ben, benda berwarna coklat melompat dari bahu dia lalu hinggap di atas pokok – aku malas mendongak ke atas. Berbasa-basi tegur Bem sahaja. Beberapa minit kemudian.. kawan-kawan sampai – bukan mereka sahaja. Ahhh sudahh! Tak habis lagi rupanya. Aku cuba bertenang kembali. Ketenangan yang dialami sebentar tadi mula menggelojak. Husnuzon lagi. Allah ada. Lagipun aku di luar Pelayar. Aku dah keluar dari kawasan mereka. Semua akan jadi normal kot (Normal: hanya nampak dan tidak diganggu).

Aku tawarkan sebatang rokok lagi kepada Ben. Sedaya upaya berlagak biasa. Sejujurnya di dalam hati malu hanya Tuhan yang tahu. Anak jantan bertingkah perawan! Menjadi perosak kebahagian di dalam hutan. Kembali cuba mengabaikan. Sedangkan saat itu, beberapa kelibat yang tampak menyeramkan sudah mula meninggalkan tubuh rakan-rakan.. merangkak memanjat pokok lalu menghilang. Aku pasang kembali tazkirah-tazkirah agama yang ada di dalam telefon (saat ini baru terdetik hendak dengar tazkirah; munafiknya jadi manusia – tidak apa, atleast aku ingat Allah).

Usai berehat. Kami mula melangkah meninggalkan simpang Belanga-Pelayar. Sedikit demi sedikit telinga mula cekap menangkap setiap bunyi yang kedengaran. Bunyi rengusan dari kiri kemudian ke kanan. Tiupan dan deruan nafas di hujung cuping telinga. Tazkirah ini tidak mapan. Atau mungkin aku semakin takut dan ragu dengan kekuatan ayat suci yang dipasangkan. Bukan ayat sangatlah. Sekadar tazkirah yang mengingatkan manusia tentang dosa dan selawat ke atas Rasulullah.

Ubun kepala mula terasa sejuk. Aku tanggalkan buff. Kemudian pasang lagi. Aku dan Nurul mula memasang langkah laju. Minda dipasakkan jitu. Bersegera keluar dari Gunung Angin. Aku boleh rasakan ‘mereka’ sudah keluar dari Pelayar. Boleh jadi rakan-rakan aku menjadi modus mereka. Jadi kini mereka ada. Jap! Sebelum ini mereka tegur aku di luar Pelayar… jadi seluruh Gunung Angin ini memang kawasan mereka. Sudahhhh… Aku ajak Nurul melangkah dengan laju. Padu tak padu.. yang penting aku rasa ketika itu aku laju. Tinggalkan yang lain. Kali ini aku di hadapan Bersama Nurul.

Mendekati puncak tipu. (Kisah selepas ini.. aku ragui ketepatannya.. kerana semua berbalam. Aku sendiri tidak ingat aku berada di Checkpoint mana dan arah mana yang aku patut tuju. Sekadar mengharapkan member. Kepala serabut dan kusut. Aku tulis berdasarkan hasil perkongsian member yang ada pada hari kejadian. Aku hanya banyak berkomunikasi dengan minda sendiri.. seperti orang gila. So, bersedia dengan kecelaruan kisah)
Mendaki ke puncak ini, kaki aku mula buat hal. Cengkaman pada kaki mula terasa. Tidak! Bukan cramp! Kalau kau nak rasa… ambik beban kemudian ikat pada kaki kiri…. Pergi mendaki. Pastikan beban itu berat.

Apabila berat terasa. Aku pandang. Lembaga legap dengan kulit yang tersiat-siat kini menggenggam kuat betis kiri aku. Sebelum ini dia berada di kanan. Damn! Kau nak heret aku ke apa?! Nafas semakin mencungap (denai menaik memang akan mencungap ler.. dah namanya mendaki.. hisap gam ke apa budak ni..kata kaki kecam).

“Nurul, kita rehat kejap.. pewai.. sambil tunggu yang lain.” Aku ajak Nurul rehat. Duduk dan bukan glove.. sejuk semacam kembali terasa. Rinding bulu roma pada tengkuk mula ada. Aku pasrah. Yang berpaut pada kaki kiri mula melepaskan genggaman.. kemudian mula merayap ke arah semak (di belakang aku). Lega seketika… sehingga aku terasa ada tangan mula memegang kepala aku. Tangan yang besar dengan kuku yang tajam. Pergelangan tangan pada tengkuk dan jarinya terasa tajam pada dahi. Aku bingkas bangun.

“Tak pe lah, Nurul. Kita sambung jalan. Nanti kita tunggu di puncak tipu yang seterusnya”

Sesiapa yang pernah naik Gunung Angin, akan tahu bertapa banyaknya puncak tipu dari pintu masuk sehingga ke puncak.

Aku dan Nurul kembali bertatih. Aku masih optimis, aku mampu keluar tanpa menyusahkan rakan-rakan yang lain (walaupun aku dah mula menyusahkan mereka).
Sepanjang perjalanan, aku boleh dengar bunyi perempuan meraung… Agaknya akak Maya Karin itu kot.. menangis aku tak terima pelawaan dia… Setiap langkah yang diatur.. seiring dengan itu beg aku semakin berat. Amendelahhh.. padahal load aku tak delah berat mana… sebelum ini rasa ringan je. Semalam, ketika menuju puncak.. yang pacak… tidaklah seberat ini. Husnuzon lagi.. mungkin aku mula pewai (penat sangat) sehingga yang ringan terasa berat. Beg yang digalas terasa ditarik-tarik ke bawah. Aku dan Nurul mengatur langkah dalam diam. Tanpa sebarang suara. Hanya bunyi tazkirah dan selawat yang menghiasi suasana. Tetapi, di telinga aku, ada selang bunyi raungan yang menakutkan. Lebih memenatkan apabila ada bongkah hitam yang menghalang laluan. Aku tahu, ini hanya jelmaan para jin yang memberatkan langkah aku. Kami tiba di puncak tipu yang seterusnya.

Puncak tipu itu kecil dan lapang dari segala pokok-pokok melohong. Dari puncak ini… disajikan dengan pemandangan yang indah. Lumayan untuk melepaskan lelah dan merakamkan kenangan – sambil mengabaikan suara raungan yang kedengaran.

“Jom tangkap gambar Pen,” ajak Nurul. Aku lepaskan beg… sehingga terjelopok ke atas tanah. Lega sikit bahu terasa. Memaniskan rona senyuman supaya nampak kacak di dalam gambar. Rugilah jika masuk hutan hanya melayan kepenatan tanpa merakamkan kenangan. Socmed perlu dimeriahkan. Di sini, Ben, Mokhtaza, Zul dan Jehar berjaya mengejar kami… seraya bergabung merakamkan kenangan. Mereka bercadang untuk menunggu Ain dan Jemy. Jemy selaku sweeper (orang yang terakhir sekali) masih bersabar mengiringi Ain (yang cedera).

Ain. Aku baru terfikir tentang member yang seorang ini. Dia mengaku dia belum cukup berani untuk berhadapan dengan kisah-kisah seperti ini. Salah satu sebab kami setuju melupakan misi menawan Gunung Tiga Negeri kerana memikirkan Kem Gurkha yang terkenal dengan kekerasannya. Dan Ain sendiri sudah memaklumkan kebimbangannya jika kami tiba di Gurkha. Aku.. mencuba jadi hero… Ain tidak boleh melihat keadaan aku seperti ini. Kelak emosinya tidak stabil.. dan masalah menjadi semakin serius. Ahh.. sudahhh… Ain tak boleh nampak keadaan aku macam ini. Kendian (kemudian), aku kembali meneruskan perjalanan.. tanpa Nurul. Aku beri dia peluang berehat. Kelak dia akan kejar aku. Bunyi raungan semakin galak kedengaran. Seperti gema yang bermain di gegendang telinga. Sekejap terdengar jauh.. kemudian kedengaran dekat. Beg diusung kembali. Semakin berat! Kalau boleh, aku cuba keluar dari pergunungan ini sebelum senja berlabuh…. Kerana aku risau.. jika senja datang.. aku semakin tidak keruan. Menapak lagi seperti bayi. Kadang-kadang terasa tubuh seperti ditekan ke bumi. Walaupun kaki tidak ada sebarang entiti yang berpaut.. tetapi beg semakin lama semakin berat! Hanat apa yang menumpang aku tak tahu. Saat ini, minda aku hanya fokus satu perkara. Aku tidak boleh kalah.

Kerana berjalan terlalu perlahan.. Ben dan Mokhtaza berjaya memintas aku. Nurul, Zul dan Jehar masih tidak kelihatan. Mereka sekadar berbasa-basi bertanya khabar. Macam biasa.. aku masih mengekalkan ego… “Okey je… pewai je..”

“Slow slow Pen.. nanti kita regroup di Kem Tudung Belanga”.. kemudian Ben dan Mokhtaza meninggalkan aku. Berdesup hilang di sebalik lumut dan dahan. Menapak sendiri sehingga ke puncak tipu yang seterusnya.

Puncak tipu yang entah ke berapa.
Nurul, Jehar dan Zul tiba. Aku hanya berehat sebentar mengumpul kekuatan yang tersisa. Tidak apa.. aku yakin aku boleh keluar. Tazkirah dan selawat masih dimainkan berulang. Mengapalah aku tidak masukkan Ruqyah tadi…? Membaca ayat-ayat yang patut.. kembali terasa hilang dari minda. Dikerahkan macam mana sekalipun… aku tetap sukar mencari setiap pangkal ayat Quran yang aku hafal.. kecuali Surah Al-Kafirun. Aku sendiri tidak faham mengapa surah itu yang masih tersisa di kotak minda. Ini kesan tidak beriman sangat ni…. Fasik dan munafik berlagak baik di depan manusia sedangkan tidak malu berbuat dosa di belakang mereka (atau mungkin hisap gam banyak sangat seperti kata kaki kecam). Pernah ada detiknya.. aku terbaca doa makan… dan terdengar suara tergelak… “berani kau mempermainkan kami….” Kemudian raungan lagi… berselang hilai tawa pula.

Perjalanan keluar aku teruskan. Nurul berada di hadapan aku. Jarak kami lebih kurang 10 langkah. Sekali-sekala dia menoleh ke belakang untuk melihat keadaan aku. Kami hanya berpandangan mata tanpa sebarang kata. Dan….. akhirnya aku tiba di Kem Tudung Belanga. Ben, Mokhtaza dan Nurul sudah memilih tempat rehat masing-masing. Aku lihat Ben sudah merebahkan diri di sebelah pokok. Port yang baik untuk rehat. Beg aku lepaskan. Cuma kali ini berat masih tersisa di bahu. Agaknya benda tu masih bertenggek di bahu aku. Aku merebahkan diri di sebelah Ben. Badan di hadapkan ke arah kanan (ikut sunnah Nabi kononnya – apabila dalam kesusahan baru terdetik nak ikut sunnah – fasiknya jadi manusia). Aku tutup mata – merehatkan badan kerana aku yakin Ain dan Jemy masih jauh di belakang. Mengapalah benda macam begini jadi dengan aku? Apa salah aku? Atau.. nenek moyang aku ni ada bela apa-apa saka sehingga aku ada pengalaman seperti ini. Tetapi.. ibu ayah aku tidak pernah cerita apa… overthinking.. pengaruh drama melayu sangat. Filem David Teo punya pasal.

Sedang ralit meratap nasib, bunyi nafas besar merengus kedengaran. Aku buka mata. Di hadapan aku ada sosok seperti kerbau(bertanduk) tidak bermuka sedang bersedia hendak merempuh. Cemas kembali meresap di dada. Aku bingkas bangun dan mencetuskan sedikit drama. Aku kata aku nak gerak dulu. Aku boleh rasa nada aku meninggi sedikit seakan marah. Ajak Nurul lagi. Nurul setuju. Kemudian kami mula meninggalkan Kem Tudung Belanga.

“Kau tidak akan dapat keluar…” seram dibisik pada telinga. Merinding pacak kembali bulu roma pada tengkuk. Segenap tubuh terasa menggigil. Rasa takut semakin kuat. Ya Tuhannnn.. aku akan kalah ke dalam pertarungan ini ke?… (walaupun mungkin pertarungan ini hanya mainan minda aku yang terlalu penat – cuma aku sahaja yang tidak menyedarinya – atau mungkin kerana aku banyak hisap gam seperti kata kaki kecam). Aku pandang Nurul di belakang aku. Lalu duduk. Bangangnya aku.. dari awal aku bersama perempuan ini sahaja. Gigih menemankan aku. Kelak kalau aku hilang kawalan diri.. perempuan ini tidak akan dapat menahan aku. Alahai, terasa bangang diri saat itu! Alaaa.. Nurul jauh lebih beriman daripada aku kot… dia sekolah agama… dan solat tak tinggal. Tak macam aku… walau apapun.. Nurul itu perempuan. (Maaf perempuan.. aku pandang rendah dengan kamu di sini.. walaupun zaman kini sudah bersepah perempuan lebih hebat berbanding lelaki).

“Tak elok ni Nurul. Hanya kita berdua dalam hutan,” alasan ikhtilat aku gunakan. Akal aku ligat memilih siapa kawan yang sesuai dipanggil. Ben dan Mokhtaza nampak penat. Jehar… ermm.. aku ada krisis peribadi dengan dia saat ini. Zul!.. dia padu dan laju. Lagipun di Pelayar dia ada bersama aku.

“Jap, kita panggil Zul” aku menggunakan walkie-talkie yang disisipkan pada beg.

Lebih kurang lima minit kami berteleku dalam diam… sehingga yang lain datang. Aku panggil Zul seorang… tetapi semua datang. Bahagia rasa ada member seperti mereka. 555.

“Mana Ain dan Jemy?”
“Rehat di Tudung Belanga” Jawab Ben. Kami meneruskan perjalanan. Posisi bertukar. Mokhtaza di belakang aku. Nurul bersama Ben, Jehar dan Zul di hadapan.

“Jangan pergi… kembali.. tempatmu di sini…” suara itu terdengar dari arah belakang aku. Selari dengan rasa sakit yang terasa mencucuk di tengkuk. Paku Pontianak! Perkataan yang terbit di minda aku. Aku Pontinak? Atau nenek moyang aku ada saka Pontianak??! Mengarut! Ini bisikan supaya aku menabur fitnah kepada keturunan aku sendiri… atau supaya aku beralah dengan mereka. Akur kononnya salahsila keluarga aku ada mereka. Hebat sungguh permainan mereka ini.

Aku abaikan.. sambil cuba mencari kembali setiap surah yang aku sempat hafal. Hanya potong-potong baris ayat yang teringat. Aku baca dalam hati.. setiap potong ayat-ayat yang aku ingat.. Tidak salah ke aku baca macam ni? Risau tersalah maksud pula.. (hari ni… aku syak rasa sangsi ini diwujudkan Syaitan supaya aku tidak baca ayat-ayat suci ini).

Aku dan Mokhtaza tiba di puncak tipu yang seterusnya. Duduk. Menikmati angin membelai kulit. Setiap kali tiba kawasan lapang dan terbuka (seperti puncak tipu ini.. bunyi raungan dan hilaian tidak kedengaran. Aku optimis kerana langit). Ben duduk di hadapan aku. Dia sendawa. Aku perasan – dia seperti membaca sesuatu… dan pelahan-lahan… rasa sakit menjalar di belakang aku.. sakit di tengkuk terasa. Aku terasa hendak menjerit – tetapi sekali lagi.. aku mengelak untuk mencetuskan drama… dan aku memilih untuk melepaskan nafas panjang. Mengusap-usap tengkuk.

“Angin tu macam pindah dalam badan aku Pen,” Kata Ben.

“Apa?” Aku tak faham apa yang Ben cuba sampaikan. Sakit menjalar sehingga ke kepala. Bahagian Medulla Oblongata mungkin.

“Tidak ada apa-apa.. Aku jalan dulu.” Ben berdiri lalu mengatur langkah. Zul Jehar dan Nurul di kawasan lapang sebelah. Tangkap gambar. Berbahagialah mereka.

“Ben baca apa tadi?” Aku tanya Mokhtaza.

“Tidak tahu. Kenapa?”

“Aku rasa macam ringan sikit… tapi sakit di belakang.”

“Ayat Kursi mungkin. Jomlah jalan” ajak Mokhtaza. Aku akur. Badan ada rasa sihat.. sedikit.

Meneruskan perjalanan. Rasa ringan tidak lama. Masuk sahaja dalam kawasan hutan, badan aku terasa berat semula. Bunyi raungan dan hilaian tidak kedengaran kali ini. Mungkin sebab ayat-ayat yang Ben baca sebentas tadi, gangguan berkurangan. Tetapi, beg.. masih terasa berat. Malah semakin berat. Bala apa yang datang aku tidak tahu. Aku penat! Penat nak melawan.. penat mencuba untuk mencari pangkal Ayatul Kursi. Mungkin sebab aku jarang amalkan… makanya mudah aku lupa. Padan muka.

Rakan-rakan yang tadinya kami tinggalkan, akhirnya dapat memintas kami. Redha. Aku biarkan. Selagi Mokhtaza ada di belakang aku.. aku masih selamat.. agaknya…

“Ahh! Tak boleh!!” Aku bengang! Lalu duduk pada dahan. Rakan-rakan yang ada di hadapan menoleh ke belakang. Kami bertentangan mata. Dalam hati aku baca Al-Kafirun (hanya surah ini aku mampu ingat).

“Beg aku…. Berat sangat!”

“Mari aku bawa..” Zul tawarkan diri.. aku redha. Rancangan untuk tidak menyusahkan akhirnya gagal. Aku tidak mampu usung. Lagi pula… aku sudah hampir berputus asa. Menangis? Ada rasa sedikit. Cuma aku masih paksa diri untuk tidak bertembung dengan Ain.. dan segera keluar dari Gunung Angin.. dan lagi.. aku masih percaya… sebagai manusia, aku tetap mulia berbanding Jin.

Saat beg di bahu aku bertukar tangan, bunyi suara tangisan yang sayu kedengaran… menangis.. meminta aku jangan pergi.. mohon kembali… Sayu dan pilu kedengaran. Tidak seram bukan seperti raungan sebelum ini.

“Kesiannya…” Detik hati aku… ahhh.. itu hanya pancingan supaya aku kasihan.

Saat Zul menyandang beg aku.. beberapa kepala dengan mata yang kuyu kelihatan muncul di sebalik beg. Dari atas.. kiri dan kanan. Setakat aku mampu kira ada enam. Betul ke enam? Pada masa itu macam ada enam.

Agak lama aku terduduk. Menghayati rasa pilu suara tangisan yang kedengaran. Kasihan… berulang kali kata itu hadir di minda aku. Bunyi rayuan… dan aku terasa sayu.. ingin menangis bersama.

“Jom jalan!” Suara Mokhtaza menyedarkan aku. Dan aku mula menggagahkan diri kembali. Ringan?? Badan dan bahu terasa ringan! Hilang sengal.. hilang sakit. Sehingga aku boleh berlari.
Seriuslahhh..?? aku semacam tidak percaya. Mainan apa yang dipentaskan kini? Memaksa aku percaya beg yang menjadi asbab aku penat. Menjadikan aku percaya.. mereka memang menumpang dalam beg aku. Ada apa dalam beg aku? Mengapa beg aku terasa berat? Please.. semoga Zul tidak terkena.

Menapak.
Kekuatan dan semangat lain macam. Aku sepertinya mendapat kembali kekuatan mendaki gunung.. walaupun aku tidaklah selaju seladang ketika mendaki. Cuma beban badan terasa normal..(dah beg tak de… memanglah…dasar budak hisap gam).

Langkah aku perlahan.. apabila aku mendekati satu laluan yang menyebabkan aku terpaksa menunduk… kerana pokok besar yang menghalang laluan. Di hadapan pokok itu, ular besar (seperti yang aku nampak ketika menghampiri puncak) berlingkar. Kali ini mata ular itu jelas kelihatan. Bezanya, tidak menakutkan. Malah tampak kuyu dan.. kasihannn… ular menangis? Mengarutnya…. Tetapi memang ular besar itu sedang menangis. Bunyi tangisan yang sayu kedengaran dari arah ular itu. Kami sempat berpandang mata. Kalau ular ni Basilisk sebenar.. aku dah jadi batu dan mati ni.. (Harry Potter reference). Dan perlahan-lahan ular itu melepaskan lingkaran lalu menyusur semak kendian menghilang. Sayu dan kasihan. Ahhh.. ini permainan mereka. Aku teruskan melangkah.

Melangkah lagi… kali ini laluan pacak sedikit. Di atas kawasan pacak. Pak Cik Askar (yang semalam) memandang ke bawah. Pandangannya masih tajam dan menakutkan. Abaikan. Aku daki dan apabila tiba di atas kawasan pacak.. Pak Cik Askar tadi hilang. Aman.. Jadi teruskan melangkah. Pada masa yang sama.. aku rasa aku sudah mula gila. Drama minda yang mengarut! Bunyi tangisan yang tadi kedengaran sudah senyap selepas aku terserempak dengan Ular tadi. Bening.

Kami tiba di puncak tipu yang terakhir, (kalau baru hendak masuk… kiranya ini puncak tipu yang pertama).
Ben, Jehar, Nurul dan Zul juga ada. Rupanya, beg aku mereka bersilih ganti mengusungnya. Dari tempat aku berdiri. Aku masih nampak kepala-kepala bermata kuyu pada beg aku. (Hisap gam banyak sangat ni). Cuma kali ini bilangannya hanya dua. Rakan-rakan yang lain meneruskan perjalanan. Aku dan Mokhtaza masih melepaskan lelah. Dalam hening, telinga aku terdengar suara kanak-kanak menangis di sebalik semak. Aku ajak Mokhtaza meneruskan perjalanan… dan.. di hadapan kami.. atau lebih tepat.. di tepi trek yang kami lalui… Sia versi Jin dan Budak Sia ada. Budak Sia sedang menangis.. ditenangkan oleh Sia versi Jin. (rupanya mereka dua jin yang berbeza). Sia Versi Jin mengangkat kepala memandang aku. (Oh! Kau dah ada mata akhirnya) Terkejut. Seram pandangannya sangat menyeramkan (sehingga hari ini masih menjadi igauan aku setiap kali masuk hutan). Marah. Aku boleh rasa aura kemarahan yang dipancarkan ; atau mungkin perasaan aku sendiri. Aku abaikan. Teruskan berjalan… sehingga suara esakan Budak Sia itu hilang dari pendengaran… dan akhirnya kami tiba di Pintu Rimba.

Alhamdulillah. Lega selega-leganya. Matahari masih belum hilang.. dan kami sudah tiba di pintu masuk ke Gunung Angin. Suasana terasa tenang.. dan mood aku kembali happy. Macam biasa.. dah keluar dari pergunungan.. nikmatnya lain macam. Cuma.. aku rugi sebab mabuk pewai tidak terasa. Sedangkan rakan yang lain aku nampak sedikit penat. Mabuk pewai itu salah satu nikmat menggunung kot!.

Aku duduk sambil buat throwback apa yang aku alami sebentar tadi. Ilusi atau realiti? Aku yakin realiti. Sebab benda tu terasa benar. Perghhh.. hebat gila alam Jin mainkan aku. (Jangan taksub). Betulkah semua berlaku kerana hijab aku terbuka? Mengarut! Tidak ada manusia yang mampu melihat alam Jin. Saat ini, aku masih tidak pasti apa yang aku alami…. Hijab terbuka atau tidak.. aku tidak pasti.. dan aku sendiri masih belum maklum bahawa apa yang manusia “terbuka hijab” ini nampak hanyalah sandiwara Jin untuk memesongkan akidah manusia…

Beg aku! Aku baru teringat. Apa yang ada dalam beg aku? Lalu aku keluarkan segala isi perut beg aku. Cuba melihat sebarang anomali (keanehan/sesuatu yang tidak biasa) dalam beg aku. Mencecah dasar beg. Aku jumpa Stove Solid Fuel yang Mokhtaza jumpa dan pungut di salah satu gunung Hulu Langat. Damn! Stove tersebut memang nampak usang lagi berkarat. Dalam stove tersebut ada benda meracik – hanya ada kesan racikan. Otak aku ligat mengimbas kembali pesan otai-otai gunung yang aku pernah kenal. Kalau jumpa barang pelik-pelik… jangan pungut.. mungkin itu bukan dari alam kita… dan stove solid fuel yang satu ini memang tidak pelik… Cuma tampak pelik sebab usang dan lama. Sekali lagi padan muka. Mungkin ini adalah asbab kepada apa yang aku alami tadi. Allahu’alam. Bekas itu aku buang di situ. Di Pintu Rimba itu. Urusan pembuangan diiringi Ayat Kursi dan surah-surah 3 Kul. Selesai. Repacking bagpack. Tunggu Ain dan Jemy. Mohon maaf kepada semua. Dan tunggu Joe Powil. Kemudian balik.

Habis.


Reconcile Pengemis.
Kisah ini memberi satu kesedaran yang sangat besar dalam hidup aku. Sebelum ke Gunung Angin.. simptom-simptom Hijab Terbuka aku sudah alami di beberapa gunung yang lain dan juga tempat kerja sendiri. Cuma aku abaikan. Aku anggap bersifat sementara. Gandakan solat dan mana-mana yang patut.. lama-lama hilanglah tu.. Malangnya aku selalu kecundang bab agama ini.

Dan.. rentetan daripada kisah ini, bermulalah urusan memburu para arif supaya aku lebih memahami apa yang aku alami. Sedikit sebanyak aku ada kongsikan dalam Prolog aku yang panjang itu. Jadi aku tak perlu ulang. Kau sahaja yang perlu ulang baca prolog-prolog aku yang panjang itu. Jangan malas! Manusia kalau hendak berjaya.. harus rajin membaca.. kerana tinggalan Rasulullah semua harus dibaca.

Jujurnya, pada awal.. aku larang kawan-kawan sepergunungan aku hebahkan cerita yang aku alami ini.. (tetapi manusia.. macam biasa… cerita seperti ini seronok untuk dikongsikan walaupun tuan punya cerita dah minta jangan..) dan… aku masih menganggap apa yang aku alami adalah bala dan kekurangan… bukan kelebihan. Kekurangan? Kerana.. melihat sesuatu yang tidak normal itu bukan kelebihan. Apatah lagi hal yang berkaitan dengan akidah. Kalau aku tiba-tiba boleh hafaz Al-Quran dalam masa seminggu.. itu baru kelebihan. Hijab Terbuka? Nampak Jin? Maaf.. itu kekurangan.. sebab tidak baik untuk iman.

Kelak.. kalau ada masa… dan mood baik.. Aku bercadang untuk berkongsi kisah-kisah yang aku alami… Tengoklah macam mana. Oh, ya! Aku dah wujudkan page… sebab hatiku gatal nak menjadi keyboard warrior membalas komen dan kecaman. Dijemput like…. Terima kasih CN dan KS kerana menjadi inspirasi…. Kalau nak like.. likelah… tiada paksaan. Perancangan aku ada untuk pengalaman aku ini… dan panjang.

Dulu.. aku larang.. kawan-kawan aku hebahkan.. kini aku sendiri yang kongsi di sini.. Mengapa? Minta puji? Ini soal dakwah! Gelak? Silakan.
Aku penuh sandiwara? Drama? Silakan mengata. Hak masing-masing. Iman masing-masing. Di akhirat nanti.. dihisab sendiri. Syurga Neraka nasib sendiri. Jadi, urusan sendiri.
.
Untuk rakan-rakan sepergunungan.
Cerita ini kamu pernah baca dan dengar dari aku.. aku minta… rahsiakan siapa aku.. dan jangan sebarkan tanpa kebenaran aku. Kelak alur cerita jadi lain. Jatuh fitnah kita elak. Tak kisahlah kamu percaya cerita aku atau tidak… Hak sendiri. Cuma rahsiakan… untuk ketenangan dan keselamatan aku juga.

Bukan begitu Jemy? Walaupun duit baju kau tak bayar lagi.. aku halalkan selagi kau tidak dedahkan siapa aku. Titik.

Allahu’Alam.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

pengemisbuana

aku nak share pengalaman aku. tapi aku taknak dunia kenal siapa aku. Aku tak penting. Cerita aku lagi penting. AKU SUKA HIKING.
Harapnya admin tak kisah untuk post story aku.
.
.
kalau sudi…. jenguk2ler fbpage aku yer

rate (4.67 / 12)

Sila tinggalkan komen yang berkaitan dengan cerita :)

38 Comments on "Undangan Bunian Dalam Hutan (Bhg. 3 – Akhir)"

avatar
Nes
rate :
     

hisap gam ea, hahahaha.. pape pun terbaik bro!!

Bulan Biru
rate :
     

Cerita yang menarik. Banyak pengajaran boleh diambil.Thanks untuk semua prolog panjang dan thanks sebab sudi bercerita.

Bosanbaca

Suka je hukum orang lain. Buat ayat humble konon bajet diri bagus je lebih. Ujub kot.

Ratu
rate :
     

Cara cm xungkit.. Duit baju… Tpi cm mengungkit… Perghh!!!
P/s : jgn guna agama xbaik tau… Sedih.

DeluStar
rate :
     

Maaf tak dapat nak follow FB. Sokong dari FS je. One day i will. Thank you for sharing.

Ayeen
rate :
     

Good story. To be honest, lagi interested to baca cerita after baca the prolog because tak pernah come across such view sebelum ni (banyak sangat drama David Teo kot). Done follow your page. Nanti share lagi story.

fadeq
rate :
     

best bro citer kau aq suke

SilentReaders

Hahahahaha hisap gam , kesian penulis kemain nak sampaikan cerita itu secara detail last2 kene kecam hisap gam . biarlah orang jenis mcm tu nanti Allah bagi ujian mcm ni baru kau sedar

Observant

Susunan bahasa best.
Pengalaman best
Yang tak best, cara kau cerita macam riak sgt. Mcm kau sorg ja yg btul.
Hidup jgn riak dik
Jangan pandang rendah kat org lain
Bila2 Allah balas balik.
Muhasabah diri sama..

Akakkiut
rate :
     

Cerita best.cuma kurangkn sikit mn yg xperlu n terlalu details sb nt pmbaca akan skip2.kdg2 diorg ni terus nak bc klimaks cerita.pnat adik akak ni tulis.apa2 pun nmpk usaha mnulis tu.smoga mnjadi writer yg best satu hr nti.akak sokong selalu.insyaAllah.

Penat akak petik kt langit.
Nah 5🌟🌟🌟🌟🌟🤗

Ana bella

best baca! Kalau aku ada kat tempat penulis, sakit mental dah

Hope

Pengalaman kau mnarik
Cara kau cerita jelas, pandai susun bahasa.
Cuma cara kau olah ayat utk diri kau tu mcm nmpak kau belagak..aku tak kata kau belagak tau. Cuma cara olah ayat tentg diri kau apa aku rasa semua tu buat sesetengah pembaca rasa kau berlagak. Aku tak nak cakap kau berlagak,aku pun tk kenal kau sgt. Jadi cuba la ubah sikit gaya mengolah tu..hehe..
Terima kasih kongsi pglaman. Teruskan bercerita..

Maya
rate :
     

Aku rasa tahu mana tempat kejadian tu. Aku juga seorang ‘hiker tegar’ tapi alhamdulillah setakat ni tidak terkena gangguan macam ni, kalau jadi dekat aku pun tak tahu ape akan jadi! Lagipun dalam badan aku sendiri sudah ada laluan utk ‘geng’ diorang menapak. Mintak dijauhkan, nauzubillah min zalik. Tapi kau memang kental bro walaupun dah pewai teruk tapi masih mampu melawan!

jija
rate :
     

ok aku payung 5 bintang!

MeeGorengKuah
rate :
     

hmm kenapa aku search tmpat yang kau detail ,x keluar pun dekat google search ,segala mak nenek gunung gurka la ,puncak tipu and so on ,tak hadoo punn dik ..

Maya

penulis byk ubah nama tempat…tp mmg wujud gunung tu..hehe

wpDiscuz