Undangan Bunian di Dalam Hutan (Bhg. 2)

HAKIKATNYA. Manusia dan Jin tidak jauh berbeza. Terutamanya dari segi akidah. Jin juga seperti manusia, imannya ada pasang surut – selalu digoda dan dihasut oleh Syaitan. Jin juga seperti manusia yang ada detiknya menjadi pengikut Syaitan. Pembeza nyata hanyalah dimensi kita bernyawa dan asas kejadian kita. Jin daripada api, manakala manusia daripada tanah. Arahan yang Tuhan berikan juga sama, “Manusia dan Jin tidak diciptakan selain daripada beribadat kepada Allah.” (Qs. 51:56). Bezanya, manusia letaknya lebih mulia kerana ada Nabi dan Rasul.
Jadi, apabila tugas yang diberi sama, kau fikir jin ada masa nak fikir untuk menyesatkan manusia? Menyesatkan manusia itu bukan tugas Jin. Itu tugas Syaitan. (rujuk Surah An-Nas Qs.114:1-6) Syaitan berjanji akan menyesatkan manusia dan jin. Jin yang menyesatkan manusia adalah Jin yang telah disesatkan oleh Syaitan – kemudian mereka bekerjasama menyesatkan manusia. Domino effect!

Alhamdulillah. Episod pertama sudah disiarkan oleh pihak FS. Terima kasih FS atas pilihan gambar yang hampir akurat dengan kisah ini. Seolah-olah FS sudah mengetahui kisah yang selanjutnya. Baiklah. Aku nak sambung cerita aku. Tetapi macam biasalah. Sebelum cerita, kita membebel dulu. Tak suka? Scroll je lah ke bawah. Yang ruginya kau, bukannya kau. Tiada paksaan. Ini hanya bebelan. Manusia jangan malas membaca jika ingin berjaya.


BEBELAN PENGEMIS
Menarik. Bagaimana manusia berbeza pendapat dan saling menyalahkan orang lain. Menjatuhan kecaman lalu melabelkan. Mengaku diri lebih benar berbanding yang lain. Maaf. Prolog memang panjang. Panjang itulah terselit ilmu aku pelajari yang mampu meluruskan kembali akidah (bagi aku) kita dengan izin Allah. Apa yang aku masukkan dalam prolog, bukan hanya omong kosong. Maaf, aku tidak mahu cerita aku sekadar penglipur lara yang tiada inti di dalamnya. Aku kurang berkenan untuk menjadikan kisah ini naratif semata-mata tanpa menyelitkan bebelan kerana aku melihat ramai yang sedikit menyimpang daripada apa yang aku ketahui. Sungguh, aku bukan selalu benar. Tidak semestinya betul. Cuma aku yakin aku benar. Syok sendiri pun boleh. Terpulang pada penilaian sendiri.

Persoalan alam ghaib. Kritikal sebenarnya kerana ramai yang “dibuka hijabnya.” Terbuka hijab? Berkawan dengan jin? Ternampak jin? Selalu dibelanja? Ini yang aku faham dan tahu. Aku tegaskan di sini. MUSTAHIL bagi manusia biasa (baca:aku, kau dan mereka yang mengaku terbuka hijab) dapat melihat bagaimana keadaan alam ghaib sebenarnya sehingga boleh memberi gambaran seholistik mungkin. Tidak percaya? Cuba buka Al-Quran. Kau akan jumpa di sana. Dinyatakan bahawa manusia tidak boleh melihat Jin, tetapi Jin boleh melihat manusia. Persoalannya, bagaimana pula dengan manusia yang mengaku dapat melihat alam ghaib? Sehingga dapat menceritakan setiap detail alam ghaib? Spesies yang wujud di dalamnya? Segala jenis kampung dan haiwan yang wujud dalam alam ghaib? Adakah mereka-mereka ini (mungkin) menipu? Aku dulu beranggapan begitu. Mereka yang mengaku terbuka hijab sehingga boleh menceritakan alam ghaib ini kaki bongak. Tetapi, apabila aku alami sendiri, baru tahu bagaimana sakitnya membongak pasal alam ghaib ini. Lalu apa reconcile sebenar? AL-Quran nyatakan manusia biasa tidak mampu melihat alam ghaib yang sebenarnya. Harus diingat di sini. Rasulullah sendiri tidak mengetahui bagaimana keadaan alam ghaib yang sebenarnya (kecuali yang telah Allah wahyukan). Jadi, kita manusia biasa jangan melebihi Rasulullah. Tidak elok bagi akidah. Di dunia ini, hanya ada dua manusia yang pernah mampu melihat keadaan alam ghaib (alam Jin) yang sebenar; Nabi Sulaiman dan Nabi Khidir. Kisah ini dicatatkan dalam AL-Quran. Kisah alam ghaib yang lain banyak ditulis dalam Israiliyat (yang diragukan kesahihannya kerana ISRAILiyat – bukan Al-Quran Sunnah).
Bebelan terakhir, menjawab persoalan manusia biasa yang dapat melihat alam ghaib (termasuk aku). Kalau kau telah merajinkan diri baca prolog episod satu, kau akan terbaca ayat ini. “Jin tidak pernah menampakkan wujudnya yang sebenar kepada manusia. Mereka hanya menjelma dalam jelmaan berdasarkan budaya sesuatu masyarakat.” Kemudian ayat tersebut kau kaitkan dengan Domino Effect hasutan Syaitan kepada Jin kepada Manusia. Fahamkan sendiri. Aku hurai kelak bebelan semakin panjang (dan makin ramai yang menyampah). Manusia akhir zaman harus rajin membaca, kerana tinggalan Rasulullah semua harus dibaca. Jadi, kalau sayang akidah, silalah membaca. Masalahnya kita malas. Malas bukan masalah melayu, tetapi masalah umat Islam. Mengapa? Sebab warisan/sunnah/ajaran Rasulullah semua harus dibaca. Kau malas membaca sebab ada syaitan dalam jiwa. Oh, seronoknya mengikut telunjuk syaitan!.

Domino effect godaan syaitan = Hijab terbuka. Jin hanya menunjukkan apa yang dia rasakan mampu memesongkan akidah kita. Itu tuntasnya. Mata manusia biasa – tak kisahlah mata mana… mata hati atau mata jiwa.. yang pasti setiap penampakan adalah hasil tangan jin. Jin mendamping, jin saka atau jin yang menumpang.. jin yang dihantar mahupun segala jenis jin yang nakal. Hijab dan ubah fizik salah satu kelebihan yang Allah berikan kepada jin. Kau, manusia dikurniakan akal, para Nabi dan Rasul. Hanya ada satu keturunan Jin yang telah ditangguhkan ajalnya sehingga hari kiamat. (Baca kisah Iblis dan Nabi Adam). Jadi, kisah yang aku saksikan dan alami adalah persembahan Jin untuk memesongkan akidah – bukan alam Jin yang sebenar (aku percaya, hal yang sama berlaku dengan manusia yang lain). Kita jangan taksub dengan alam ghaib. Manusia biasa masalahnya, suka dengan benda-benda seperti ini. Sedangkan, asal kejadian manusia lebih mulia berbanding Jin, tetapi apabila manusia (yang lebih mulia) takut kepada Jin (yang kedudukan dia lebih rendah), Jin-jin bukan main seronok lagi… sama macam kaulah.. kalau kau takut dengan seseorang, tetiba orang itu tunduk dengan kau.. seronok atau tidak? Macam tulah Jin., Begitulah mula cerita hijab yang so-called terbuka ini. Soalan? Cari aku dalam twitter atau emel guna nama pengguna aku ini. Okey, kita mula cerita. Nikmati dan cari ibrah.

EPISOD DUA: UNDANGAN BUNIAN DALAM HUTAN.


Kem Selipar. Maghrib semakin menghampiri. Kami mula bekerjasama mengerah tenaga menyediakan makan malam. Ben menjadi kepala dapur. Sedangkan kami hanya menjadi awak-awak membantu mana yang perlu. Aku? Masih berperang pandangan dengan kelibat tidak lazim. Mengapalah jadi begini. Jadi tak fangsyen (berfungsi : tidak membantu) di dalam hutan. Ben arahkan aku turun ke waterpoint untuk ambil air kerana dia hendak menjerang air panas. Zul dan Jemy terlebih dahulu sudah tiba di waterpoint membasuh besar untuk ditanak. Setibanya di waterpoint, bukan hanya Zul dan Jemy yang ada, seekor Lembaga sedang duduk mencangkung di atas sungai. Kaki kedua-dua di tebing sungai. Imagine: manusia sedang duduk mencangkung, begitulah keadaannya. Beza hanya saiz dan tampak. Jin yang mencangkung ini memiliki rupa paras yang seram. Tampak wajahnya seperti anjing versi besar yang menjulurkan lidah – muka hitam, gigi bergerigi – air liur meleleh menitik jatuh (tetapi hilang sebelum mencecah sungai). Aku abaikan. Walaupun matanya hitam memandang kami, selagi dia tidak mengganggu, selagi itu aku masih anggap kami selamat. Aku menangkuk air dan kemudian cuba bergegas naik sebelum Zul meminta aku bawa satu lagi messtin yang berisi beras. Tetapi aku tolak, dengan alasan tangan aku pun dah penuh. Tak fangsyen sungguh. Padahal tangan yang satu kosong. Abaikan. Yang penting aku cuma ingin segera meninggalkan waterpoint tersebut. Sambil menapak naik, aku sempat terfikir sama ada anjing besar itu sedang berak ke? Sebab dia duduk mencangkung… dan air yang kami minum ni air najis dia ke? Tak tak.. alam ghaib. Kami terpisah dimensi.

Kem Selipar. Malam melabuhkan tirai. Sejuk yang amat. Gigil sehingga ke tulang sum-sum. Tidur di bawah fly yang terbuka memang sengaja mencari masalah tanpa sleeping beg. Malam di Kem Selipar tiada sebarang kejanggalan alam yang terasa melainkan bunyi derapan kaki yang mengelilingi flyground kami. Boleh jadi alam sebelah, boleh jadi para mergastua. Yang penting malam itu kami tidur dengan aman bersulang gigil kedinginan.

Kem Selipar. Pagi menjelma. Kami bangkit dan bersiap. Bahu kiri aku terasa sengal. Mungkin kerana mengusung beg sehingga ke puncak. Benda biasa. Tiada yang serius. Usai mengemas kawasan perkhemahan, kami mengatur langkah ke Air Terjun Pelayar. Detik bermula. Sepanjang perjalanan ke Simpang Kem Belanga- Pelayar, aku banyak memujuk hati sendiri. Berkata dalam diam all izz well.. pengaruh Ranchoddas Shamaldas Chanchad. Aku manusia, dia Jin. Aku lebih mulia di sisi Tuhan. Tiba di simpang Kem Belanga – Pelayar. Kami meletakkan beg kami di sini seraya berbondong turun ke Air Terjun Pelayar dengan hanya berbekalkan air kemenangan masing-masing. Mountain Dew Anggur. Dari simpang Belanga-Pelayar, perjalanan mengambil masa dalam lebih kurang 10 minit. Tidak sampai seminit, aku mendengar sayup-sayup suara bertempik mengatakan kami sedang dalam perjalanan. Bagaimana keadaan suara itu? Bahasa Melayu agak lama – sayup – seperti gema auditorium. Aku cuba abaikan kerana aku sedang mencuba mengagahkan diri sendiri. Berpegang pada hakikat aku manusia yang dicipta lebih tinggi berbanding manusia dan aku ada ALLAH yang sentiasa menjaga kiri kanan. Tetapi bait kata semalam sedikit menggugah keberanian. Degup jantung kembali menggugah kekuatan. Kencang seperti kali pertama memandang akak Maya Karin semalam.
“Jangan pergi Gurkha.” “ Hamba tunggu di Pelayar”

Ahh.. shit ini semua! Hanya mainan minda yang mula pewai bersepai. Tetapi saat itu pewai tak terasa. Cuma sedikit mental kerana kilasan dimensi sebelah selalu menyinggah.
Lebih kurang dua minit berlalu, kami tiba di gaung kecil. Keadaan seperti itu agak berbalam. Pada awalnya kurang jelas. Tetapi semakin lama semakin jelas. Garisan pemisah dua dimensi mula kelihatan. Seperti buih sabun yang menjadi sempadan antara dua dimensi ini. Kawan-kawan di hadapan berjalan seperti biasa. Aku seorang sahaja yang mula tidak keruan melihat keadaan ini. Kata yang sesuai mengungkapkannya… Avatar? Magika? Tinker Bell? Lebih kurang macam Tinker Bell sikit. Tetapi mereka tidak bersayap. Scenary masih Pelayar. Dari kejauhan masih kelihatan fly ground team yang bermalam di Pelayar. Pandangan memang indah dan meriah. Seolah-seolah memasuki alam baharu. Mujur aku masih mampu melihat rakan-rakan yang menapak di hadapan dan di belakang. Jadi, aku belum hilang lagi. Kiri kanan kami diapit oleh mereka-mereka yang aku pasti dari dimensi sebelah kerana dengan mudahnya mereka meredah semak-samun serta pokok yang terletak di kiri kanan trek. Bahkan gaung kecil mereka tidak perlu bersusah-payah melangkah. Seperti terbang! Tidak bersayap. Subhanallah. Memang indah. Kami diiring masuk ke kawasan Pelayar oleh beberapa orang dayang dan hulubalang (aku tidak pasti mereka ini dayang atau bukan – cuma aku anggap mereka dayang dan hulu balang. Perempuan: Mengenakan busana yang sama. Kain batik sempang di bahu. Baju kurung warna peach. Kaki? Tertutup kain batik – bukan batik Malaysia yang pastinya. Lelaki: aku perasan lelaki tidak ramai – tidak berbaju, hanya ada kain coklat sempang di badan serta tengkolok kain coklat di kepala. Ada sixpack atau tidak, aku tidak pasti kerana mereka membelakang.) Lebih kurang lapan daun: seperti daun keladi yang tinggi dan berwarna.. perang atau maroon aku tidak pasti. Kami diarak sehingga ke hadapan air terjun.
Mereka: di dimensi lain berjalan telus menembusi fly ground team yang berkampung di situ. Aku sempat menegur beberapa manusia yang ada di situ. Sengaja berbasa-basi supaya aku tidak terus tenggelam dalam dunia yang mereka pentaskan.

Air Terjun Pelayar. Awalnya indah. Sesiapa yang dah pernah sampai.. pasti tau macam mana cantiknnya Pelayar ini.
Sedikit demi sedikit muncul jambatan (macam besi) merentas air terjun tersebut. Air Terjun ini ada dua tingkat (setakat yang aku sempat amati) dan di tingkat kedua itulah jambatan itu muncul. Aku sempat terfikir. “ Ada Elsa kat sini ke sehingga ada jambatan besi macam tu” Jambatan itu menghubungkan antara dua bangunan. Satu pondok kecil di sebelah kiri (jika kamu berdiri menghadap air terjun) dan satu lagi pintu yang besar dan maha tinggi – sehingga aku tidak nampak bahagian atas – kerana diselubungi awan : bahagian atas pokok di situ tidak kelihatan sebab berawan – bahagian pintu itu je la) CGI celah mana pula yang wujud di minda ku saat ini. Masih lagi menolak hakikat bahawa suasana yang aku lihat saat ini wujud di dunia nyata. Ini halusinasi aku ni. Aku mula mempersoalkan kewarasan yang aku miliki. Ini kesan kerana selalu masuk hutan ke? Selalu kencing merata? Berak merata? Tak Mungkin.

Para dayang dan hulubalang yang mengiringi kami semua masuk ke dalam pondok. Pondok itu sedikit membulat dan rendang. Dari luar tampak macam chalet. Warna perang+coklat seperti varnish. Suasana hening seketika (aku sempatlah melihat kawan-kawan aku bersuka ria melihat air terjun yang cantik itu. Suara Nurul bertempik memanggil namaku agak menyedarkan aku. Jadi aku bergerak ke hadapan. Cuba untuk kekal dalam dimensi sendiri (drama siaak). Apabila aku terdetik untuk tidak mengendahkan apa yang aku nampak, tiba-tiba pintu maha tinggi itu terkuak – tidak ada bunyi. Cuma cahaya menerobos masuk ke dalam mata menyebabkan aku sedar anomali pada pintu tertutup itu.
Akak semalam. Lebih cantik dan haha.. putih. Hulur tangan ajak masuk. “Nasib baik perempuan. Kalau lelaki.. memang sahlah aku kunyit.. sebab dimensi sebelah pun lelaki yang usha..” sempat aku mengusik diri sendiri. Akak itu – berpakaian serba kuning emas. Ada mahkota emas di atasnya. Macam sanggul melayu lama (ilmu sejarah + ilmu fiksyen bercampur aduk dalam babak ini). Kaki? Aku tidak nampak sebab kabus-atau mungkin awan menutupi.
“ Ini pintu alam bunian ni. Kalau aku masuk, memang aku tidak keluarlah gamaknya”. getus hati sendiri.
Badan rasa terpaku. Seperti ada aura magnet yang cuba menarik aku terbang ke pintu tersebut. Menapak mengatur langkah. (Oh, ya! Di mana lokasi pintu tersebut? Di laluan sebelah kanan air terjun – jika berdiri menghadap air terjun. Laluan ini aku baru tahu wujud selepas meninggalkan Pelayar – Member yang bagitahu.)

Suara sayup dan merdu memanggil. “(part ni dia panggil nama sebenar aku.. sedangkan dalam gunung aku tak pakai nama sebenar.. yang tahu nama aku.. diam2 je la…aku ngah try jadi anonymous ni)” – Jipakek. Macam mana dia tahu nama sebenar aku ini? Jadi, apabila aku sedar wujudnya aura yang seakan menarik aku menuju ke pintu tersebut, aku mula risau jauh terjerat. Adegan memaki diri sendiri bermula. Tu laa.. siapa suruh tidak jaga solat dan amalkan surah-surah yang telah diajar. Kan dah dalam bahaya…
Dalam saat genting itu (bagi aku gentinglahhh..walaupun mungkin imaginari aku je), pesanan orang-orang tua sempat menyinggah – dari sudut mana benda-benda ini akan masuk kalau dia mahu masuk – “Pesakit kena sentiasa sedar. Mereka terkena sebab mereka tidak sedar. Jadi, kita kena sedarkan dia.” Jadi, aku? Ketuk botol air kemenangan sebab aku boleh rasa tangan aku mula kebas. Suara kawan-kawan dan air terjun mula berbalam. Yang kedengaran hanya panggilan dan seruan akak itu. Otak aku sempat berfikir.. Kalau aku menuju ke pintu tersebut, aku pun akan terbang macam pengiring-pengiring kami itu ke? Macam best juga, kawan-kawan aku akan nampak aku terbang. Jadi record manusia terbang di Pelayar. Tidak kisahlah hilang dalam alam bunian. Tetapi hilang penuh drama : Manusia Terbang Lalu Menghilang.

Ahhh.. shit! Ini hasutan. Aku kena keluar dari sini. Jadi aku bingkas bangun meninggalkan air terjun dan duduk berdekatan pendaki-pendaki yang bermalam di situ. Apabila berdiri sahaja, aku nampak Ben dan Mokhtaza sedang basuh muka/tangan.. aku tidak pasti.. yang penting mereka sedang membasuh. Jemy panjat tingkat dua air terjun – mendekati pondok. Ain, Jehar dan Nurul aku tak nampak.- Then aku duduk berdekatan khemah berwarna oren. Oh, itu Nurul, Jehat dan Ain. Sedang posing! Aku cuba bakar rokok! Tiba-tiba ada suara menyinggah! lighter terlepas dari tangan… kerana tangan mula menggeletar.
“Kau tak nak?! Jadi mengapa kau terima pelawaan aku ke sini?!” Bergema seperti suara auditorium. Entah macam mana aku mahu gambarkan. Paling dekat dengan bunyi suara orang bertempik pakai mikrofon – walau tidak sama sangat.
Jambatan – pondok dan pintu tadi mula reput. Dan akak yang tadinya cantik.. mula bertukar hodoh. Oiii.. drama apa ni? Kau ingat aku ni dalam novel Laksamana Sunan ke? Aku datang sini sebab kawan-kawan kot! Bukannya aku nak terima jemputan kau pun. Aku bungkam dalam hati. “Kalau tak nak jangan datang!” Dan kepala akak tadi terbang dan besar mendekati aku. Sangat dekat.. sehingga rokok di bibir di terlepas. Aku cuba control gelabah supaya tak wujudkan drama di alam nyata. Bau hamis. Muka? Seram.. macam mana nak gambarkan eh.. memang seramlah.. mata macam ada macam tiada.. yang pasti tiada kulit wajah dan daging seperti dilapah. Ahh sudah.. aku hampir berlari keluar dari Pelayar. Nasib baik aku teringat… makin lari makin hilang. Aku terperasaan abang-abang hemok di hujung campsite.. aku memilih untuk duduk di sana. Akak tadi meraung dan menangis.. Sayu dan seramlah. Aku berjaya hidupkan rokok – acah-acah nak tenangkan diri. Kalau tak tenang memang mudahlah diganggu. Masalahnya.. ubun-ubun kepala mula terasa sejuk. Tengkuk meremang.. Kaki dan hujung jadi mula kebas. Aduhai.. setakat yang aku tahu… ini simptom sebelum kena rasuk. Ini macam haram. Aku mula cemas!

Tangan semakin galak menggeletar. Nafas semakin merengus. Aku boleh rasa keabnormalan dalam tingkah laku sendiri. Melawan dalam diam kerana tidak mahu mewujudkan panik dan drama. Berusaha mengawal kewarasan diri yang masih bersisa. Dada memang semakin sesak. Tidak sakit. Cuma terasa sesak dan padat. Seolah-olah ruangan itu penuh angin….atau mungkin asap rokok terlalu banyak. Padan muka.
Rupa-rupanya.. tanpa aku sedari.. tingkah laku aku diperhatikan oleh abang kat sebelah aku.
“Abang okey bang?!” Abang hemok tegur. Aku tersenyum.. dan kata okey.. Tak kanlah aku nak cakap aku rasa aku macam nak kena rasuk? Apak drama! “Kalau rasa benda tu nak masuk dari kepala, siram kepala tu dengan air. Biar sejuk” Nasihat Mak Cik aku terngiang kembali di minda. Dulu, zaman STPM aku pernah mengalami pengalaman yang hampir serupa…sehingga aku terpaksa mencetuskan drama dalam program sekolah (kurung diri dalam bilik air.. mandi dengan baju2 sekali.. last2 member bahan sehingga hari ini). Aku pandang air Mountain Dew di tangan ku. Air kemenangan yang sepatutnya diminum di puncak Gunung Tiga Negeri. Tak kan benda alah ni aku nak siram? Nampak gila sikit. Minta air dengan abang-abang hemok itu. Suara tertekan di halkum. Babi! Apasal pulak ni. Aku hentak kaki sekuat yang aku mampu. Buka glove dan buff.. Tepuk tangan tepuk ubun tepuk tengkuk.. dan Zul pun datang – tidak bersendirian. Emmm.. Aku nak suruh Zul kembali ke air terjun supaya benda tu balik. Then, aku pelik. Aku nampak apa yang follow Zul, tetapi aku tidak nampak apa yang mahu masuk dalam badan aku. Ahh sudah!. Zul taknak. Dia cakap dia bosan. Aku faham.. sebenarnya Zul tak bosan. Dia nak jaga aku. Sweetnya lahai member sorang ni.. sebab kawan2 yang follow trip ini dah tahu macam mana keadaan aku. Jadi, mereka ambik precautions lah kot.

Jambatan dan pintu tadi sudah mula roboh. Aku tidak nampak kawan-kawan aku di air terjun. Sebenarnya nampak je. Tapi tidak dapat kenal pasti yang mana Nurul, yang mana satu Mokhtaza.. mana satu yang lain.. aku hanya pasti Zul duduk sebelah aku. Pondok tadi… Mula mereput dan banyak benda keluar dari liang-liang pondok tersebut. Bermacam rupa. Yang pasti semua menakutkan. Aku ajak Zul naik. Aku nak keluar dari sempadan alam Pelayar ini.

Melangkah naik.
Kali ini aku boleh rasa seluruh tubuh mula berat. Dipaksa juga aku heret. Husnuzon. Aku 75 Kg kot.. memanglah berat. Dan kaki dipegang. Aku abaikan. Lembaga legap dengan kulit yang tersiat-siat menggenggam kuat betis kanan aku. Tangan dan ubun dan tengkuk semakin sejuk. Aku boleh rasa tajamnya kuku dia. Aku cuba lari. Aku semakin nampak dinding sempadan (seperti buih sabun) tiba-tiba pandangan gelap. Ah sudah.. mata aku kau tutup pulak ke? Kau ingat ini main peak-a-boo?! Aku cuba throwback dan recall surah yang aku tahu ampuh mengusir benda alah ni – time macam ini baru ingat Tuhan. Masalahnya gagal. Hanya “Kulya Ayyuhal Kafirun” yang beregar di minda. Bukan surah ini… bukan surah ini. Apa kaitan surah tentang beza agama ni?! Macam mana tah pangkal Kursi..? tak jumpa dalam kotak minda. Seluruh badan mula sejuk. Al-Fatihah pun bolehlah. Tak jumpa juga pangkal ayatnya.. Padahal zikir Basmalah je kot!’
“Zul. Kau pandai tak baca kursi?” Aku tak tahu dia dengar ke tak. Ya Zul dengar.. dan dia pun baca sambil pegang tengkuk aku. Panas? Macam tak je. Aku cuma rasa tengkuk aku seperti dicucuk jarum/duri.. yang pasti benda tajam. Jap.. ini susuk ke? Tapi aku tak pakai susuk kot. Kalau pakai.. sure muka aku lagi handsome dari sekarang. Tak tahan sakit.. rasa nak menjerit pun ada. Tetapi aku masih cuba mengelak untuk mencetuskan drama di situ. Aku alihkan tangan Zul. Alhamdulillah ada rasa lega sikit. Zul tanya benda-benda ni boleh dengar cakap dia tak? Aku pun tidak pasti sehinggalah aku nampak satu lagi benda hodoh sedang terapung. Suara kedengaran. “Kau ingat kawan kau ini mampu lawan kami?”
Okey. Aku nampak kau satu je. Tapi kau guna kami.. maksudnya kau ramai. Aku tak tahu nak jawab apa kat Zul. Nak je aku bagitahu.. “Zul jangan belagak kuat Zul. Nanti kau kena..”

“Nak aku panggil Ben tak?” kau nak pergi panggil Ben? Then kau nak tinggalkan aku sendiri? Jilake punya member. Agaknya Zul dah mula takut atau dia malas nak layan. Boleh jadi dia sangka aku cuma berdrama.
“Tak pe.. jom naik”(sebenarnya aku tidak berapa ingat dialog aku di sini. Aku cuma nak ajak Zul keluar dari sempadan Pelayar itu.)

Menapak naik.
Macam meredah semak-samun aku rasa, padahal denai jelas je. Melanggar objek-objek hitam yang menghalang jalan. (Nasib baik kau tak legap sangat – so aku boleh nampak trek sedikit.
Melepasi sempadan buih.
Kedengaran suara bertempik – meraung – parau! Macam suara lelaki.. macam suara perempuan. Entah apa jantina dia. Tiba-tiba aku rasa sejuk – yang berbeza dengan sejuk di dalam Pelayar. Ini sejuk Gunung Angin. Boleh beza sebab sejuk Gunung Angin lebih membelai kulit.. dan tenang. Tak stress. Nafas terasa ringan. Seluruh badan rasa ringan. Aku rebahkan badan. Lega.. Aku boleh ingat pangkal ayat Kursi. Hahaha. Ini lawak. Sungguh aku macam dalam filem seram Melayu sekarang ini. Aku baca Kursi tiga kali – sapu di kepala dan kaki – aku pernah dengar tentang amalan ini. Jadi aku amalkan.
Sempat bersembang dengan Zul. Sedikit. Aku rasa tenang dah!. Alhamdulillah.
Aku tanya Zul nak tunggu kawan-kawan yang lain di pinggir Pelayar itu atau tunggu di simpang.
“Simpang. Kita boleh jaga beg sekali.” Zul cadangkan. Aku lagi suka. Dari tempat kami duduk, aku tak nampak apa-apa kelibat. Seolah-olah semua dah hilang dan kembali normal.

Kami menapak naik. Aku baru perasan keadaan trek Pelayar itu. Memang melohong (baca: kebanyakkan pintu masuk alam bunian memang dalam keadaan macam ni. Infact! Semua trek Gunung Angin hampir macam ini. So, aku ragu kembali dengan teori aku).
Sampai di simpang. Leganya rasa hanya Tuhan yang tahu.
Aku sangkah.. kisah selesai di situ.
Sehinggalah kawan-kawan aku naik dari Pelayar… dan kisah ini kita sambung kemudian. Maaf. Terpaksa pisahkan lagi cerita.


Kisah ini membuatkan aku sedar, bahawa Jin memang boleh membahayakan kita. Selepas kisah ini, aku mula memandang serius anomali kehidupan yang aku alami. Jawapan yang temui setakat ini… Apa yang aku alami adalah hasil tangan Jin.
Ayat yang diberikan kepada aku. “Hati-hati.. dia nak curi iman kamu.”
Wallahu’alam. Aku tunggu ditwitter kalau ada persoalan dan makian.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

pengemisbuana

aku nak share pengalaman aku. tapi aku taknak dunia kenal siapa aku. Aku tak penting. Cerita aku lagi penting. AKU SUKA HIKING.
Harapnya admin tak kisah untuk post story aku.
.
.
kalau sudi…. jenguk2ler fbpage aku yer

rate (4.89 / 18)

Sila tinggalkan komen yang berkaitan dengan cerita :)

36 Comments on "Undangan Bunian di Dalam Hutan (Bhg. 2)"

avatar
DeluStar

uno dos tres!
park dulu…

DeluStar
rate :
     

aku ada satu soalan nak tanya, makhluk alam ghaib ni dia nak menampakkan diri pada orang yang dipilih ke? or “mereka” boleh kenal/tahu dengan orang yang dikatakan “hijab terbuka” ? faham tak soalan aku? PB, aku takde twitter..so email ko berakhir dengan gmail.com or yahoo.com. jawab lah kat sini please.

anyway thanks sebab share ilmu. aku tahu banyak lagi kisah ko yg boleh kongsi. waiting for the next story.

Yibo
rate :
     

serius masa baca cerita ni rasa mcm diri sendiri yg alami. gaya penceritaan best.
prolog walaupun panjang tetap ada isi.

ada kelapangan sila sambung ya 🙂

ain danie
rate :
     

besttt 😉 cite yg ‘berisi’.. can’t wait dia punya sambungan, thanks.

هاڽ انسان بياسا
هاڽ انسان بياسا
rate :
     

BEST! 😀

Teruskan berkarya!

هاڽ انسان بياسا
هاڽ انسان بياسا

PENGEMIS BUANA
Cerita yang menarik!Tampak jelas keikhlasan dalam bercerita.Cara penyampaian cerita juga sangat tersusun rapi.Mudah difahami oleh pembaca.Jangan risau,tak apa kalau pisahkan cerita.Kalau ada kesempatan,sambunglah lagi ya?🙃

Oh ya!prolog panjang pun tak apa!Lagi panjang pun tak apa.Sebab saya suka baca prolog dalam kisah yang Pengemis Buana ceritakan.Pasal ilmu macam ni saya suka baca!Harap penulis boleh kongsikan lagi beberapa ilmu pengetahuan diri.In Shaa Allah.Terima kasih. 😀

Terima kasih kerana sudi berkongsi cerita di FS😬
Assalamualaikum

abg salleh
rate :
     

MIND BLOWN

sgt best!

Mozek

Terima kasih sbb jujur bcerita.
Senang mkcik nk didik anak2 bgtau depa kalau lupa Allah, macam hal boleh berlaku.
Mkcik pon nk pesan kt anak, mmndgkn bolh lihat bnda2 gitu, slalulah baca pndinding..klu masa kena bru nk baca, ampuh tak ampuh je la.
Kwn mck kena sihir..ustaz tkejut sbb klu org lain dh kritikal..tp dia rilek je..alasan simple je, stp kali solat dia bc ayat kursi.jd bygkn plg kurg 5 kali kursi d baca dr zmn remaja smpai ke tua..meskipun cuma kursi.ia jd sgt ampuh sbb ia adlh amalan.

Mozek

5x dibaca stp hari..

هاڽ انسان بياسا
هاڽ انسان بياسا

Okay!terima kasih atas ilmu pengetahuan yang dikongsikan.Boleh saya amalkan nanti,In Shaa Allah. 😀

likuidpaper

saya bagi sedikit pengalaman berkenaan ayat kursi..alhamdulillah..bacaan ayat kursi merupakan pendinding paling kuat buat saya..saya banyak kali nak kena gangguan @ tindih dengan si hantu jembalang atau jin..namun, dengan izin Allah dapat dipatahkan dengan bacaan ayat qursi..memang tidak syak lagi, mujarabnya ayat ini(beserta izin Allah)…dlm 3 hari lepas rasanya, sekali lagi saya nak kena tindih(bhs kelate), namun, sebab dah selalu terbiase dengan alunan ayat tersebut, ia akan hadir membantu kita..percayalah, itu baru ayat kursi, belum lagi keseluruhan ayat quran kalau kita hafal..dan tidak syak lagi ia(ayt quran)jadi peneman kita dalam kubur…sekadar perkongsian,tiada niat riak..kuasanya ayat Allah beserta izinNYA..

TNB
rate :
     

Gaya penulisan kau memang menarik Bro, tekun aku baca satu2. Teringat aku dekat Gongpal. Anyway, harap kau dapat sambung kisah/pengalaman kau dekat sini secepat mungkin. GJ!

Izul

Jin juga dipertanggungjawabkan dengan taklif agama Allah yang memungkinkan mereka ke syurga atau neraka.

mie
rate :
     

Menarik!!. Aku baca kedua-dua kesinambungan cerita ini serentak.. Duduk seorang dalam bilik ofis ni buat aku semakin rasa mata aku berat, kaki aku jadi sejuk dan fikiran nak melayang-melayang. Aku takut termasuk dalam cerita kau maka aku buat macam kau.. jangan lari dari dunia hakiki ni. Sampai aku bukak lawak Nabil dan kadang kala scroll whatsapp semata-mata tak nak fokus sgt. Padahal cerita kau memang best.

Akakkiut
rate :
     

Cerita lengkap.berisi.cuma cara pnceritaan agak berat kadang2 agak sukar nak hadam.haha. Mn2 yg xfhm dia akan repeat bc 2 kali sebab xbp fhm.tapi semangat ingin tahu yang tinggi dia nak abis kan juga baca.
Tu komen akak..😘

N baca cerita ni hampir2 mngingatkan jalan cerita pengembaraan encik Zul dalam siri thrillernya Mata Tak Berhijab.rasa macam sama2 menelusuri denai dan merasai sendiri pngalaman tersebut.

Apapu sambung lagi.akak setia folo.
5🌟🌟🌟🌟🌟🙈

InspNrlaa
rate :
     

Allahuakbar. Huish seram jugqk citer kau ni. Betol ii dpt fell weyh. Kipidap teruskan x sbr nk bc next episod igtkn dh hbis

kamenrider

Bab penulisan, penulis bukan orang biasa-biasa. Saya suka dengan penyusunan, penggunaan perkataan, dan pembawakkan cerita. Nice.

Bab jalan cerita percaya atau tak sy xde komen.

-KR

pinseshour
rate :
     

best

Manchego
rate :
     

.

wpDiscuz