Urban Legend – Hantu Bangkit

Assalamuaalikum dan salam sejahtera,

Hantu Bangkit.

Mungkin segelintir daripada kita pernah dengar atau mengalami peristiwa ni, kadang-kadang terfikir. Betul ke orang yang dah mati boleh bangkit hidup semula dari kubur atau itu hanya jelmaan jin/syaitan.

Sebelum kita mulakan, saya ingin mengenalkan diri saya dahulu. Nama saya Izat dan saya berasal dari Sarawak.Hantu bangkit sememangnya urban legend untuk penduduk disini. Sebelum saya mulakan cerita saya ingin meminta maaf sekiranya cerita saya ini bosan atau tidak menarik.

Cerita ini saya dengar dari ayah saya. Pada suatu hari, selepas asar terdengar pukulan kayu(bunyi yang selalu kita dengar waktu nak berbuka tu).Ayah dan jiran-jiran sebelah berasa pelik kenapa tiba-tiba orang buat pukulan itu. Kemudian terdengar pengumuman dari surau menyatakan bahawa pakcik syed(bukan nama sebenar) telah meninggal dunia.

Muka ayah terus gelisah dan mengarahkan ibu saya memanggil anak-anak untuk masuk kerumah segera.Untuk pengetahuan anda, pakcik syed ni keturunan hantu bangkit.Semasa waktu hendak maghrib keadaan kampung sangat sunyi, selepas azan maghrib berkumandang.Tiba-tiba pintu rumah kami diketuk, mula-mula perlahan dan ayah menunjuk kan isyarat supaya senyap kepada kami.Kemudian ketukan itu semakin kuat dan mengegarkan seluruh rumah(waktu tu rumah kayu). Ayah bangun dan menghampiri pintu tersebut. “Pergi lah aku tak nak keluar, aku mengantuk nak tidur” cakap ayah.Lepas itu, ketukan tersebut berhenti.

Ayah cakap orang yang ketuk tadi tu adalah pakcik syed. Waktu tu kebanyakan rumah yang dikacau adalah kenalan rapat arwah pakcik syed termasuk ayah saya.Keesokan pagi,keadan rumah begitu busuk dan apabila kami membuka pintu rumah,terdapat banyak tanah yang berselerak (that’s right, itu tanah kubur).Itu bukan penamat dia, penduduk kampung sekali lagi berada dalam ketakutan bila rumah mereka satu persatu didatangi pakcik syed. Kemudian orang kampung ada cakap yang diaorang terserempak dengan pakcik syed, ada yang cakap dia pergi menjala di sungai, ada juga yang cakap terserempak dengan dia tengah hisap rokok dekat pondok depan balairaya.Semua yang diorang nampak sama seperti kegiatan pakcik syed semasa hidup.

Hampir seminggu penduduk kampung berada dalam ketakutan, yang bujang takda lagi dah melepak sampai lewat malam.Budak-budak tak turun mengaji dekat surau, hingga surau pun lima enam orang jer yang datang (maghrib dan isyak).Hampir semua aktiviti malam yang selalu orang kampung buat semuanya terhenti selepas maghrib.Tak lama lepas itu,nasib baik lah ada seorang ustaz ni yang kebetulan datang ke kampung hendak melawat makcik dia. Jadi orang kampung pun meminta bantuan dari ustaz ni untuk menyelesaikan masalah diaorang.

Selepas isyak, penduduk kampung dan ustaz itu segera mencari di mana pakcik syed berada.Hampir satu kampung sudah mereka cari tetapi kelibat pakcik syed tidak kelihatan sehingga lah ada seorang penduduk ini memberitahu tahu bahawa dia terlihat pakcik syed berjalan menuju ke hujung kampung.Untuk maklumat anda semua, jalan yang menuju ke hujung kampung adalah jalan menuju ke kubur.Jadi mereka semua bergegas menuju ke tempat yang dimaksudkan.Lepastu diaorang terlihat pakcik syed tengah duduk dibawah pokok sambil menghisap rokok daun nya.
Kemudian ustaz tersebut membaca beberapa doa dan memberitahu kepada pakcik syed, “Pergi lah engkau wahai makhluk Allah, disini bukan lagi dunia mu segala hubungan mu dengan dunia ini sudah terputus, dengan nama Allah pergi lah kamu dari dunia ini”.Kemudian pakcik syed menjadi semakin kurus,baju yang dipakainya menjadi lusuh, kulitnya mengelupas dan tertanggal, selepas itu pakcik syed semakin pudar dan menghilang.

Selepas itu keadaan kampung kembali pulih tetapi keluarga pakcik syed telah dihalau oleh orang kampung kerana mereka bimbang perkara sama akan berlaku lagi jika mereka ada disini.Ada orang cakap yang mereka sekarang menetap di semenanjung.

Wa allahu alam bishawab.

Sampai disini sahaja cerita saya. Terima kasih admin menerbitkan cerita saya. Maaf jika penulisan saya teruk sebab saya masih baru.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

6 comments

  1. First time komen di sitok kotan sbb hantu bangkit tek ? ada juaklah nengar crita hantu bangkit tok di kpg and mak kmk juak ada mdah abg kwnnya dlok betapok dibah rumah dgn kwnnya setegal takut ngga dak jelmaan hantu bangkit urg baruk nggal ya melimpas rumah ?

  2. Selepas itu keadaan kampung kembali pulih tetapi keluarga pakcik syed telah dihalau oleh orang kampung kerana mereka bimbang perkara sama akan berlaku lagi jika mereka ada disini.Ada orang cakap yang mereka sekarang menetap di semenanjung.

    eh dh kenapa pakat2 halau dia plk. dasar org kg mmg mcm ni eh sikit2 halau.org yg x bsalah jd mangsa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *