Usik-usik Manja di Genting Highland

Hello gais..thanks fs sebab sharekan cerita aku ni.cerita aku tak lah seram mana.saje suka-suka nak share cerita kena usik-usik manja kat genting highland.

Fiy,aku memang suka pergi genting dan aku akan check in apartment yang sama.apartment ni terletak berhampiran theme park dan mempunyai 2 block.tekalahhh..haha

1.kisah pertama,ni kali pertama aku jejak genting dengan big family.kami sewa unit apartment tingkat paling atas..masa tu kami ada dalam 30 orang kot berkampung dalam 1 unit apartment tu.mak aku orang pertama yang kena kacau.waktu maghrib,selesai mak aku solat,dia tergerak hati untuk tengok view luar dari tingkap bilik.tiba-tiba dia ternampak 1 kelibat menyerupai manusia berwarna hitam tengah panjat block sebelah dalam keadaan kabus tebal,hujan lebat n angin yang kuat sambil pegang parang dan catuk 1 tingkap rumah orang lepas tu pecah masuk rumah tu.tak sampai berapa saat tiba2 “benda” tu muncul kat tingkat atas sambil menghayunkan parang macam membunuh/menikam orang..selesai je “aktiviti” dia tu terus dia pandang ke arah mak aku.cepat2 mak aku lock pintu dan semua tingkap.persoalannya apa yang dia tikam n macam mana “dia” tiba2 boleh sampai ketingkat atas dalam masa 2-3 saat.setahu aku kat apartment tu semua unit rumah 1 tingkat je.yeke? Hehe

2.Hari yang sama.malam yang sama.hampir semua orang dengar macam-macam bunyi.Maklang aku dengar budak berlari-lari dari tingkat atas.Maksu aku dengar riuh orang main mahjong dari rumah sebelah kiri..abang aku pulak dengar orang bertukang kat rumah sebelah kanan.lastly semua bangun pukul 3pagi layan teh tarik tanpa rasa takut sebab semua bodoh.sebab apa? Yang pertama,tak ada tingkat atas sebab kitorang paling atas.so budak mana pulak main lari-lari? Yang kedua.rumah kitorang paling hujung mana datang pulak bunyi orang main mahjong dari rumah sebelah kiri.yang ketiga.sebelum check out,abang aku ada intai dari lubang pintu rumah sebelah yang bising tu.tapi berhabuk macam dah lama tak ada orang masuk.nampak tak betapa slownya family aku ni?

3.Hari check out.abah aku nak smoke dekat pintu rintangan api.dia dah sendal pintu dengan bata tapi masa dia smoke tiba-tiba pintu terhempas.pakcik aku pun kena macam tu jugak tapi dia bawak phone so dia call one of my cousin untuk bukak pintu dari luar.lalu dia berjaya keluar dengan selamat.abah aku pulak tak bawak phone,so dia terpaksa turun setiap tingkat untuk cari pintu yang terbukak.lastly sampai G floor baru dia dapat keluar.abah aku terus ke lify untuk naik atas semula.masa abah nak tekan button 22 tiba-tiba dia rasa ada satu tolakan tolak tangan dia tekan button tingkat 16.cepat-capat abah keluar.ada apa eh kat tingkat tu sebab berapa kali aku naik turun lift,lift akan stop kat tingkat 16 tu.cuak mak.

Sebelum ni aku pernah check in apartment tingkat 22 tu dalam 4 kali.kali ke 2,3 dan 4 tu aku pergi dengan kawan-kawan.gangguan tak banyak mana cuma dapat rasa la bukan kitorang je ada kat situ..pernah 1 malam aku berlatenite movie dengan kawan aku.yang lain semua dah pengsan sebab kepenatan main spaceshot n roller coaster,aku n kawan aku sorang ni pulak terlebih energy, so kitorang decide keluar berdua je.masa nak pakai kasut kat depan pintu,tiba-tiba ada bunyi pintu bergegar n macam orang ketuk sepenuh hati datang dari arah rumah sebelah (rumah yang abang aku kata malam-malam bertukang tu dalam part 1) aku dah ketakutan nak keluar sebab lift kat sebelah rumah tu.haha..aku suruh kawan aku intai.dia kata ada orang ketuk dari dalam.(padahal dia tak intai pun).mustahil la sebab aku sure sangat rumah tu tak ada orang sebab bila diintai rumah tu gelap sangat2.disebabkan member aku acah-acah cool kitorang pun teruskan plan berlatenite movie.sepanjang tunggu lift pintu tu tak habis-habis lagi bergegar.apa benda tu? Uncle seekeers tolong siasat ye.

Kisah 2

Block sebelah, tingkat 14.aku dengan kawan-kawan ber4.pukul 12 tengahhari.aku dengar kat luar bunyi loceng.agak lama.aku pun bukak la pintu nak pastikan loceng rumah mana berbunyi.aku bukak pintu tengok kat luar tak ada orang.aku dengan bodohnya keluar untuk cari dari arah mana datangnya bunyi tu.bunyi x berhenti langsung.cari punya cari lastly aku rasa makin jauh pulak bunyi tu.aku pun patah balik ke pintu rumah.rupanya loceng rumah kitorang tu yang berbunyi.cepat-cepat aku masuk n act macam tak ada apa-apa.bagero betul.terhanjat mak.

Ok last.sebenarnya banyak lagi.tapi taknak korang boring baca cerita aku yang tak seram ni.ni cerita last.tapi hanyalah mimpi

Last aku pergi genting awal tahun 2016.masa tu aku dah kawin n tengah pregnant.aku ajak husband overnite kat genting.konon nak overnite last2 ngantuk jugak.aku cakap kat husband tidur dalam kereta je.kitorang pun park luar APARTMENT tu then masing-masing tidur.dalam tidur tu aku bermimpi ada satu makhluk macam manusia warna hitam mengamuk kat apartment tu n bunuh hampir semua orang yang ada kat situ guna parang.sambil dia mengamuk dia tak habis-habis tenung aku.aku and husband pun tak terkecuali ada kat situ tapi kitorang dua je yg selamat lari.pastu aku tersentap n sedar dari mimpi.yang buat aku seram.part akhir dalam mimpi tu “benda” tu tenung aku dari arah depan kereta yang kitorang park. Balik tu aku cerita kat mama.mama aku tanya”ingat lagi tak benda hitam yang panjat bangunan sebelah pegang parang yang aku nampak tu” (baca part 1)aku pun kriikk2..adakah itu warning atau “dia” cuba ceritakan kat aku sejarah apartment tu? Hiuhiuhiu..

::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *