Usikan di hospital

Tanggal 29Julai 2022,mak aku disahkan covid dan ditempatkan di bawah khemah covid di hospital Kulim.

Dah macam orang sasau aku, tunggu ja depan khemah tu. Ya la, waris tak dibenarkan masuk. Mak aku dah tua, dah 81 umurnya.Bila terkena virus covid, ditambah dengan penyakit jantungnya, memang mak aku lemah sangat.

Puas aku minta kat doktor nak bawa balik mak aku kurantin kat rumah, tapi doktor kata, dia perlu habiskan ubat selama 3 hari, ubat tu pulak jenis cucuk ya. Doktor juga nak pantau keadaan jantung dia. Nak tak nak terpaksa akur.

Tiap malam aku bersila depan khemah tu, kadang tersengguk sengguk aku dibuatnya. Masuk hari ke3, aku happy la, sebab doktor awal awal aritu bagitau nak tahan mak aku tiga hari ja.

Abang dengan kakak kakak aku dah standby la, last last doktor bagitau kena transfer ke hospital Baling, kena stay sana selama seminggu lagi, sebab mak aku tak stabil.

Wad kat hospital Kulim untuk pesakit covid dah penuh, hanya Hospital Baling ja ada kekosongan. Lega sikit ati, ya la, kesian mak aku tak selesa bawah khemah tu, kotor, panas.

Mulanya abang aku plan nak cari hotel murah murah, senang aku ulang alik jengok mak. Tapi dah sampai kat hospital Baling, aku merayu nak jaga mak dalam wad.

Alhamdulillah, memandangkan aku pun dah siap Booster, aku diberi kebenaran, tapi kena kekal dalam tu sampai mak aku balik, aku tak boleh keluar ke mana mana.

Demi syurgaku, aku sanggup, malam tu aku tido atas lantai. Esok pagi pagi abang aku dah kirim kerusi malas melalui guard.

Malam ke dua, tidur aku asyik terganggu, kejab kejab rasa orang tepuk bahu, kejab kejab rasa orang tarik kaki. Masa ni aku ok lagi, tak fikir apa apa.

Malam ke tiga, aku susah nak lena, mungkin sebab siang tu aku banyak tido. Entah pukul berapa, aku terlelap.

Masa tu aku tidur mengiring, membelakangi mak aku. Entah macam mana aku nampak mak aku sedang terketar ketar berjalan menuju ke tandas.

Aku dalam hati, lahaiii, awat la tak kejut aku. Laju aku kejar dia. Masa aku sampai aku nampak mak aku dah masuk dalam tandas.

Lama aku tunggu depan pintu yang dia masuk. Dah hampir 10 minit, aku tanya la mak aku

“dah siap ka mak? “

Tapi tak ada jawapan. Aku buka pintu, sekali kosong, yillek! Aku pun kontrol takut, aku undur keluar.

Sekali aku sampai kat dalam, dari jauh aku nampak mak aku baguih punya tidur!Ceh,aku kena game!

Aku pun naik atas kerusi malas, zikir zikir dan baca apa patut. Baru nak tidur, budak katil sebelah jerit kuat.

Kelam kabut semua misi, habis satu wad terjaga. Puas misi pujuk dia. Dia cakap ada kepala botak muncul hujung kaki dia, lepas tu gigit ibu jari dia.

Bila misi check, memang kaki budak pompuan tu berdarah. Pastu aku terdengar salah sorang misi cakap, “BENDA TU LA”.

Hmm, aku rasa aku tau sebab aku pernah kerja guard kat hospital ni.

Penulis:Lyn liyana leen

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Leave a Comment