Salam,
Aku Sue, aku nak ceritakan kisah kami berlima bercuti di Langkawi bulan March 2015. Aku, tipah, tina, bedah dan jemah (semua bukan nama yang sebenar).
Kami pergi bercuti selama 3hari 2malam. Dekat Langkawi kami ambil homestay tapi dalam kawasan taman. Nama taman tu Taman ‘N’. Rumah teres setingkat 3bilik 2bilik air.
Hari pertama kami sampai alhamdulillah tak ade ape2 jadi. Sampai hari kedua, lepas kami balik dari area cable car, dalam pukul 3pm macam tu. Kami nak masak makanan untuk makan dekat pantai cenang. By the way homestay kami boleh masak-masak. Time sibuk masak kat dapur ada bunyi cakar-cakar kat pintu dapur, lepas tu bunyi kucing mengiau. Kawan aku si jemah ni pegi bukak pintu dapur tu.
Nampak la kucing hitam macam nak masuk. Aku dengan si Tipah bercakap la dengan kucing tu, “cing, kitorang tak de makanan dalam rumah ni yang boleh kau makan. Pergi la balik rumah kau, nanti tuan kau bagi makan”. Kawan aku si tina tegur “dah jangan peduli dengan kucing tu, tutup pintu.” Lepas tutup pintu aku gatal nak pergi tengok balik kucing tu.
Bukak-bukak pintu kucing tu tak de. Perhati keliling kawasan belakang rumah tu memang tak ade kucing nye. Lepas tu bahagian belakang rumah tu berpagar jaring halus sampai atas bumbung. Bahagian bawahnya batu. Memang tak ada lubang yang kucing besar tu boleh masuk. Kawan aku si jemah tu dah cepat -cepat tutup pintu. Bedah cakap, kita anggap tak da apa-apa jadi. Kami yang lain senyap.
Balik dari pantai cenang, kami singgah dekat petronas area Idaman suri , nak tukar baju segala yang patut la sbb pukul 8pm macam tu nak jumpa seller baju yang kami tempah dekat Cable Car siangnya. Lepas selesai dapat baju yang kami tempah tu, kami jalan-jalan dekan area pekan rabu dalam pukul 11pm lebih macam tu. Smpai sana dah banyak gerai yang tutup. Kami tapau mana yang ada je la.
Dalam jam 12am macam tu kami nak balik homestay, jarak antara pasar rabu dengan homestay agak jauh. Kena lalu kawasan gelap dan berhutan kiri kanan jalan. Kawan aku Tina bawak kereta, aku duduk sebelah dia. Kami naik kereta avanza. Dua orang kawan aku duduk kat tengah dan sorang lagi duduk kat belakang sekali.
Jalan yang kami lalu ni sunyi, ada kereta kami je atas jalan. Sampai satu selekoh tu, kami jumpa van putih macam orang berniaga pasar punya van sebab boleh nampak payung-payung kat dalam dia. Kawan aku si tina ni pergi p****g van tu. Aku boleh nampak ada tangan terkeluar dekat bahagian pemandu macam orang selalu letak kat area cermin tu. Lepas 10 minit macam tu, kami jumpa lagi van yang sama.
Kawan aku Tina pun nampak tangan dekat tepi pintu macam yang aku nampak tadi. Dalam kereta tu pun ada payung-payung orang berniaga. Aku cakap, ‘eh ni bukan van yang kita p****g tadi ke?’ Kawan aku si bedah cakap jangan tegur sue. And kawan aku yang belakang sekali jemah dah seram sejuk cakap jangan cerita lagi dah pasal van tu. Kawan aku si Tina ni pun dia ikut la belakang van tu slow-slow.
Kami tak berani nak p****g dah. Sampai selekoh taman kami, kami kena ikut line kanan aku boleh nampak cara pemandu van tu sama macam van yang sebelum tu. And aku tak nampak susuk tubuh orang, aku cuma nampak tangan sahaja.
Sampai rumah kami cepat-cepat masuk, cuci kaki and tidur. And by the way dari malam pertama sampai kedua, master bedroom rumah tu dengar macam ada benda cakar dekat tingkap. Aku tak tau cemana kawan aku boleh tidur dalam bilik tu. Aku tidur sorang bilik kedua, kawan aku Bedah tidur bilik ketiga dekat dengan dapur sorang. Nasib dia tidur m**i tak dengar apa. Risau gak kalau ada benda kacau dia sensorang dalam bilik tu kan.
Hari ketiga kami keluar awal dari rumah tu, flight pukul 3pm tapi pagi pukul 9 kami dah bagi kunci dekat tuan rumah. Time nak bagi kunci tu pulak, banyak kali bagi salam dekat tuan rumah tapi tak berjawab, padahal kami boleh dengar bunyi orang bercakap2 dekat dalam tu. End up kami tinggal kunci rumah dalam peti surat dia. Kami cakap “kak, kami tinggal kunci rumah dalam peti surat ni ha. Terima kasih ye!”
Dan itulah cerita kami berlima di Langkawi. Maaf lah andai nye tak seram. Sebab rasanya ia lebih kepada teka teki. Terima kasih. Okbai!
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
tu je?
haha mcm tde ape…wushiii je..
seram jgk tp citenye mcm xde kesudahan je…
terkencing2 baca cite ni…
Mcnlebih kpd perasaan sendiri jer. Org yg hadapi lebih tahu kan? Hmmm
Ada nampak mami happy!!!!!
Err.. gitu je ke ?
napa tajuk van putih…padahal xbyk pon cite psl van putih..adeh