Assalamualaikum. Terima kasih admin sebab sudi siarkan cerita aku. Cerita yang aku nak sampaikan ni berlaku pada awal tahun ni.
Okay, ceritanya bermula bila aku dan kawan-kawan putuskan untuk mendaki Gunung Ulu Semangkok pada hari sabtu, dan kami plan nak gerak jumaat malam sabtu. Tapi biasalah janji melayu, tak jadi berkumpul malam tu. So aku dan sorang lagi kawan aku decide untuk gerak seawal jam 4 pagi dari damansara. Kawan-kawan yang lain duduk di shah alam dan juga seri kembangan, so aku assume mereka akan gerak awal pagi juga.
So dah siap-siap berdua dengan kawan aku tu, (lelaki ye) baca ayat kursi dan surah yang patut untuk permulaan perjalanan, kami pun memulakan perjalanan. Buka waze dan waze recommend melalui jalan selayang. Aku tau jalan Selayang-Rawang-KKB ni memang dipenuhi hutan. Sembang-sembang sikit dengan kawan aku dan layan je jalan tu.
Dari Selayang hingga melepasi Rawang masih baik-baik sahaja. Sampai lah ke kawasan yang sunyi pertengahan Rawang ke KKB, hati aku mula rasa tak sedap. Mata dah mula mengantuk sebab aku memang tak tidur melayan game PES.
Bergerak dengan kelajuan 80-100km/j tiba-tiba aku dikejutkan dengan high beam dari kereta Myvi dari arah bertentangan. Aku dengan kawan tertanya-tanya kenapa kereta tu bagi lampu tinggi. So masa ni aku fikir ada dua kemungkinan, ada kemalangan atau roadblock. Cepat tangan aku menarik seatbelt yang memang jarang-jarang digunakan.
Usai tarik seatbelt, aku dan kawan mula perasan van Nissan Vanette buruk dihadapan kami. Aku mula perhati van ni, bahagian belakang van tersebut tidak bercermin dan ada pokok dan ranting-ranting seolah-olah melambai apabila kami melalui selekoh demi selekoh.
Hati aku mula rasa tak sedap, aku cuba fokus penglihatan pada seat driver van tu, fuhhh tak nampak kepala pon. Bentuk badan pon tak ada. Okay rileks aku cakap pada diri sendiri, aku memperlahankan kenderaan untuk biar van ni jauh dari aku. Sampai 40km/j aku perlahankan kereta aku, van ni masih ada di depan. Masa ni baru rasa tak keruan. Apa patut aku buat, kawan aku kat sebelah memang senyap je. Aku baca lah ayat kursi ulang-ulang mintak cepat lah sampai KKB.
Sepanjang jumpa van tu, jalan yang kami lalui tu memang tiada lampu, terasa lama sangat walaupun dalam waze tunjuk lebih kurang 10km lagi nak sampai. Jam waktu tu dalam pukul 5.45, dah nak azan subuh ni. Tiba-tiba aku nampak jalan dihadapan terang sebab ada lampu-lampu jalan. Tak fikir panjang, aku tukar gear 3 dan terus memecut untuk p****g van tu.
Masa dah nak p****g tu tiba-tiba rasa nak confirmkan, betul ke takde driver van ni? So bila dah sebelah-sebelah tu, aku toleh ke arah seat driver, kebetulan masa tu kawan aku pun tengok. SubhanAllah, memang takde orang drive van tu. Aku terus laju tinggalkan van tu. Masa ni lah teringat pulak cerita Karak, biasa lepas p****g kereta takde driver akan jumpa balik kat depan. Aku tengok melalui side mirror, betul tiada van tu dibelakang. Padahal aku baru je p****g.
Masa ni aku baru perasan dengan bantuan lampu jalan, ada bayang-bayang dari atas kereta aku dan berlalu ke arah hutan. Aku mula terfikir, mungkin kereta myvi tadi bukan beam sebarangan, ada kemungkinan di high beam sebab ada benda atas kereta aku!
Tapi alhamdulillah, 10 minit berlalu, kami sampai di traffic light berhadapan dengan dataran KKB. Ambil kanan dan kami cadang untuk solat subuh di masjid. Tapi baru jalan sekejap sebelum sampai ke masjid, aku dikejutkan sekali lagi dengan kehadiran volkswagen kuning di bahu jalan, dalam keadaan parking ditengah-tengah sambil diapit dua kereta lain. Nampak buruk sangat, dalam hati aku tertanya, kenapa warna kuning? Mungkin sebab tadi nakal sangat bole fikir pasal cerita Karak sebab kawan aku tak nampak pun kereta tu.
Alhamdulillah, tak lama lepas tu kami jumpa masjid. Berhenti disitu dalam keadaan menggigil. Aku tanya kawan aku, apa yang kau nampak masa kau toleh van tu tadi? Dia cakap, takde driver kan???
Terima kasih kepada yang sudi membaca cerita yang tak berapa seram aku ni. Jujur aku cakap, tu last aku lalu jalan sana lepas 12 malam. Tak berani dah. Sekian
- Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Best^_^
?
Pernah kene gak kat jalan tu tp dgn lori 3 tan..abg yeop kene himpit, abg yeop himpit dia balik n berenti tepi jalan..lori tu berenti tepi gak..tp pemandu xturun2 disebabkan faktor keselamatan menjadi keutamaan abg yeop sambung perjalanan sambil layan oppa gangnam style
jalan rawang ke kkb?? gelap rasa nye kat serendah je gelap.. lagi pun banyak kenderaan lalu disitu.. kecuali kalo lalu di jalan sg tua.. dari selayang ke kkb lalu jalan sg tua mg ye jarang orang lalu kat situ.. maaf nak betol kan laluan tu je.. terima kasih..
jalan lama nk ke tanjung malimkan gelap.. dalam ceritapon kat trafficlight dataran kkb.
Rasenye jln yg die mksdkn jln rasa kkb…jln htn dr pak man cendol…
Serendah berlampu ye Encik jkr, tak tahu perkembangan ke ?
alhamdulillah dulu blajar kat penang.. slalu balik ikut dalan tu 2-3 pagi.. naik motor.. xde apekot.. kalau adepon van tu.. agaknya da p****g siap2.. motorkan.. xdelah nk kene duduk je blakang van lembab.. haha..
alhamdulillah dulu blajar kat penang.. slalu balik ikut dalan tu 2-3 pagi.. naik motor.. xde apekot.. kalau adepon van tu.. agaknya da p****g siap2.. motorkan.. xdelah nk kene duduk je blakang van lembab.. haha..
Selekoh,hutan,trafic light dataran…jln lme nk ke rawang rsenye ni…mst sblm penulis msk jln yg xberlampu ni ad llu simpang 3 yg mghala ke sirim n sblm tu rasa tambahan…