VOLKSWAGEN BEETLE DI LEBUHRAYA

VOLKSWAGEN BEETLE DI LEBUHRAYA
Penulis: DeeFen DF

Kisah benar ini terjadi lebih kurang 9 tahun yang lepas.

Aku tinggal menyewa di Kuala Lumpur. Rumah ibu bapa aku pula di Kedah. Aku bekerja sebagai pembantu tukang masak di salah sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

Hari cuti memang tak akan sama macam orang lain. Orang cuti, aku kerja. Semasa hujung minggu, orang lain seronok melepak di rumah, aku pula kena bekerja. Kerja hotel memang begini. Hujung minggu kan banyak ‘function’…

Al-kisahnya aku terasa nak balik kampung di Kedah. Dah lama tak balik jumpa orang tua aku. Aku habis syif kerja lebih kurang pukul 4 petang. Sekitar pukul 5 petang dah sampai rumah sewa.

Aku rancang nak bertolak malam itu juga. Maka, aku akan rehat dan tidur dulu. Ikut rancangan awalnya nak gerak dalam jam 10 malam ke atas. Memang dah jadi tabiat aku, kalau balik Kedah, aku akan gerak waktu malam. Tak panas dan tak banyak kereta.

Aku tak ingat gerak balik pukul berapa, rasanya lebih kurang 11 malam lebih aku gerak sebab terlajak tidur. Bertemankan Proton Wajalution ‘skirting’ Nissan Skyline ekzos ‘standard’ pekak, aku memecut balik. D***h muda, memang bawak kereta laju macam pelesit. Tapi tak selaju Myvi. Myvi punya laju mencapai tahap kelajuan cahaya. Memang tak dapat lawan.

Lebih kurang pukul 1 pagi aku melalui kawasan lebuhraya di sekitar Ipoh. Selepas Ipoh adalah Jelapang. Di lebuhraya sekitar Jelapang, aku akan melalui sebuah terowong. Namanya terowong Menora. Aku memandu kereta dengan kelajuan 110km/j sahaja. Dah kurang sedikit laju sebab jalan di sini banyak selekoh.

Aku nyalakan rokok dan diturunkan sedikit cermin tingkap. Radio ditutup sebab bila melalui kawasan ini, siaran memang tak jelas. Aku layankan perasaan sambil memasuki terowong Menora. Suasana sangat cerah di dalam terowong sebab banyak lampu.

Melalui cermin sisi aku perasan ada kereta datang laju dari arah belakang. Dua kali dia bagi ‘high beam’. Tak lama kemudian, kereta itu laju memotong aku. Volkswagen Beetle model yang lama. Ada orang panggil kereta kodok. Warna ‘cream’ atau kuning teh ais. Dalam hati aku berkata, “Perghhhh! Boleh tahan laju kereta ni. Model lama tapi boleh bawak laju lagi. Mesti owner jaga enjin kereta dia elok-elok.”

Aku mengetuk abu rokok ke luar tingkap. Bila aku alih pandangan ke depan, kereta VW Beetle tu dah tak ada. “Aikk mana dia pi? Sat ja dia hilang. Mustahil kelajuan sampai mengalahkan Myvi.”

Sebaik sahaja keluar daripada terowong, keadaan jalan kembali gelap. Cuma sesekali ada beberapa lampu jalan berwarna oren. Tiba-tiba aku d******g lagi sekali dengan VW Beetle. Sama serupa seperti yang awal tadi.

Kali ini aku perasan semasa dia memotong, langsung tiada bunyi enjin atau bunyi tayar. Dan aku juga terperasan yang kereta ini tiada nombor plet. Tersangat laju dia memandu. Aku rasa kelajuan sekitar 160km/j atau lebih. Sekejap saja terus menghilang di sebalik selekoh yang berbukit-bukit.

Kalau hendak diikutkan logik, tak mungkin enjin kereta itu boleh dibawa sampai laju sebegitu sekali. Lagi bertambah tak logik ialah dia memandu tersangat laju melalui selekoh tajam berbukit-bukit di sini. Silap haribulan terjun gaung yang bepuluh meter tingginya. Masa dia ambil ‘corner’ tadi, rilek saja, pemandu F1 tengok terus rasa nak pencen. Tukar karier.

Belum habis aku berfikir pasal keajaiban VW Beetle tadi, aku d******g sekali lagi oleh kereta yang sama, dengan diberi lampu ‘high beam’ yang sama dan dengan kelajuan yang sama.

Serta-merta otak terfikir, “Volkswagen Kuning!” ‘Urban legend’ sejak zaman-berzaman. Dari aku kecik dah mendengar tentang hantu VW Kuning. Tapi yang p****g aku tadi bukan warna kuning. Mungkin dia dah hantar kedai cat dan tukar warna baru.

Aku yang ketakutan, terus memperlahankan kelajuan kereta. Aku rasa sekitar 50-60km/h sahaja aku pandu. Lampu interior dalam kereta dibuka. Masa ini aku dah menyumpah seranah diri sendiri sebab tak simpan CD bacaan ayat suci dalam kereta.

Tak lama kemudian aku terasa ada kereta lain dipandu beriringan di sebelah kereta aku. Dengan tiba-tiba saja ia muncul. Aku jeling ke kanan. Rupanya VW Kuning!!

Lampu dalam kereta itu terbuka. Nampak jelas ruang interior kereta itu. Dalam suasana gelap gelita sebegitu dan hanya lampu interior kereta dia sahaja yang menyala menjadikan seolah-olah ruang dalaman kereta itu terapung. “Okay memang betul macam dalam ‘urban legend’…tiada pemandu!”

Aku tekan brek untuk memperlahankan lagi kelajuan sebab terkejut. Aku cuba buat ‘cool’ dan terus fokus ke jalan walaupun dalam hati memang gelabah tahap gaban. Aku menjeling dengan ekor mata aku, aku perasan yang kereta itu dah tak ada di sebelah.

Aku kembali melajukan kelajuan dan nasib baik ada lori kecil di hadapan. Terus aku mengikut lori itu sampai ke R&R Sungai Perak. Aku berhenti dan lepak agak lama di situ sebab agak mendatangkan gigil tahap ketakutan aku.

Aku juga sempat tidur di dalam kereta untuk tunggu sehingga waktu subuh. Tak sanggup lagi aku pandu kereta semasa sunyi. Sampaikan kena kacau dengan VW Beetle yang ‘legend’ itu.

Selepas daripada peristiwa ngeri itu, aku tetap memandu kereta waktu malam untuk pulang ke Kedah. Tetapi aku pastikan aku bertolak awal. Sekitar jam 8 malam aku dah gerak untuk elak jalanraya terlalu sunyi.

Maka di sini aku mengesahkan bahawa ‘urban legend’ tentang VW Beetle Kuning itu adalah betul. Tapi bukan warna kuning, yang aku kena sakat adalah warna kuning teh susu ala-ala kereta vintaj.

Anda pernah terserempak dengan VW Beetle di sekitar Lebuhraya Plus Jelapang ataupun di Lebuhraya Karak? Jaga-jaga ye, ada yang memerhati dan menanti…


Kisah dan pengalaman ini diceritakan oleh rakan penulis. Kredit kepada beliau selaku pemilik cerita.

-TAMAT-

Dijemput untuk ‘follow’ Facebook penulis untuk membaca kemaskini kisah seram terbaru beliau. Sila tekan link seperti berikut :-

https://www.facebook.com/deefen.df

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]
#DeeFen

15 thoughts on “VOLKSWAGEN BEETLE DI LEBUHRAYA”

  1. Aku slalu gerak kl naik bas..tapi yg menakutkn aku bila lalu dekat jalan tu bukan pasal hantu atau kereta vw kuning tu…tapi pasal driver bas suka sgt bawak laju 🙁 tambah2 atas bukit bnyk selekoh tu….kecut perut dn seram lg drpd hantu..series ckp

    Reply
    • biasalh bas..diorg rasa diorg expert sgt bwk laju bas kat selekoh mcm tu..x igt ke ade berpuluh nyawa dlm bas termasuk nyawa dia sekali.

      Reply
  2. tula bak kata adik aku la..driver bas ni perangai dia kalau turun bukit ade selekoh org tekan break slow2 ni x driver bas suka tekan minyak lg bg laju..sabo jela adik aku dlm bas tu..

    Reply
  3. Sebagai pengguna tegar lebuhraya Plus Taiping ke Ipoh yang menakutkan bukannya hantu Volkswagen kuning susu tu tapi jalan sebelum dan selepas Terowong Menora yang banyak berlaku kemalangan maut , terutamanya jalan turun bukit lepas terowong. Ramai orang suka speeding walaupun amaran dah diberi.

    Reply
  4. Haha, biasalah tu… MyVi kan ‘Mustang’ bagi marhain… Tp dlm citer ni, mustang kena tapau dgn bumblebee… Dah elok lah tu… Hahaha

    Reply
  5. Dari jodol cerita dh tau cerita ni cuma cerita tipu… Hanya utk mendapat sensasi. Terus takde mood nk bace cerita2 tipu ni…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.