#W – Adikku
Assalamu’alaikum. Sebelum ni aku pernah tulis pasal pengalaman aku:
Kali ni, aku nak ceritakan pasal adik aku pula.
Dalam kami lima beradik, ada dua orang yang boleh nampak atau rasa kehadiran makhluk halus; adik aku yang ketiga dan yang keempat. Berdasarkan cerita Carlito Rocker, aku tanya pada mak dan ayah. Bukan apa, biasanya orang yang ada deria keenam ni mesti ada pendamping atau pernah diganggu jin.
Selidik punya selidik, mak aku cerita. Ada satu malam tu, kami baru balik dari rumah Tok. Adik aku ni turun dari van, melintas ikut depan, nak masuk dalam pagar. Tak pasal-pasal, bajunya tersangkut pada nombor plet dan ayah aku ingat adik aku dah melintas, terus dia pandu van sampai adik aku terjatuh, tayar lenyek kaki adik aku. Ayah aku berhentikan van bila dengar sayup-sayup adik aku menangis. Tu lah, orang kata kalau nak melintas, lalu belakang kereta, bukan lalu depan kereta. Mak aku pun keluar dari rumah, sebab terdengar suara budak menangis, dah tentu-tentulah anak dia kan.
Check kaki semua ok, tak ada apa. Adikku cakap pada mak yang dia nampak tangan putih pegang kaki dia masa jatuh tu. Lepas tu adik aku pun ok je, macam tak ada apa berlaku pun.
Cerita pasal adik aku ni memang banyaklah pelik. Pernah tersesat dekat pasar malamlah, patah kaki mlah, banyak lagi. Tapi kemuncak cerita pasal adik aku ni, masa ayah aku masuk ICU dua tahun lepas. Masa tu awal tahun, aku dan tiga orang adik nak jemput ayah balik dari hospital. Ayah aku balik dari hospital tu, dia rasa sakit dada sebab angin. Nak bernafas pun payah sebab tak lepas. Jadi, ayah pun suruhlah adik aku nombor tiga ni urut. Tak pasal-pasal pulak adik aku sakit kepala. Biasa kalau migrain, lepas makan ubat akan jadi ok sikit kan? Tak. Tak jadi apa pun. Sakit kepala sampai menangis tahap aku sendiri seram mendengarnya. Sebab menangis tu bunyinya sayu. Bukan meraung ke apa (aku je meraung kalau sakit biasanya haha).
Ayah aku dah pandang lain macam (ok ayah aku ada pengetahuan perubatan Islam, tapi kita cerita lain kali ya, insha Allah). Aku pun cakap dengan adik aku, duduk depan aku dan aku urutkan kepala dia. Sambil urut, aku baca ayat manzil dan surah Al-Hasyr, part “Lau anzalna” tu. Dia cakap sakit kepala sangat, dan dia kata ayah aku bawak balik sesuatu dari hospital. Aku pun cakap, ok Nampak apa?
Aku: Nampak apa?
Adik: Nampak badan harimau separuh. Menyorok belakang langsir.
Aku: Kat mana?
Adik: Macam kat hospital. Langsir oren.
Muka adik aku masa tu dah berkerut macam menyeringai pun ada.
Sebelum adik aku jadi macam tu, Mak aku bercerita yang ada seorang pesakit tu matanya melilau dalam wad. Memang seram kalau tengok orang macam separuh m**i mata melilau sana sini. Masa ayah tengah solat, isteri orang tu datang kat mak aku tiba-tiba tanya kot ada kenal sesiapa yang boleh ubatkan suami dia. Wei, dalam ramai-ramai orang kat wad tu, kenapa tiba-tiba dia datang kat mak aku? Jeng jeng jeng… Mak aku pun bagi nombor seorang pakcik kat Kuala Terengganu ni untuk makcik tu hubungi. Pakcik tukang ubat ni orang panggil Ayah Su. Pandai mengurut jugak.
Berbalik kisah adik aku tadi, ayah aku terus telefon Ayah Su. Ayah Su ni cakap, ada gangguan tapi kena balik kampung jumpa untuk berubat. Malam tu jugak ayah aku beli tiket flight untuk adik balik berubat. Esoknya pagi-pagi buta adik aku balik kampung dengan anaknya.
Cerita adik aku berubat tu seram jugak. Adik aku cerita, kalau nak berhubung dengan saka orang tu, dia kena ‘let loose’ atau erti kata lain, biar jin tu take over supaya boleh berinteraksi. Kiranya, adik aku boleh tahan kuatlah. Bila biar jin tu bercakap, kata Ayah Su, suara keluar suara jantan. Sampai isteri Ayah Su kena bawak keluar anak adik aku jauh sikit dari rumah. Raungan adik aku tu sekampung boleh dengar. Jiran-jiran semua keluar tengok. Banyaklah permintaan harimau ni. Pujuk keluar, katanya nak tikar yang pengalas tu. Ambiklahhhh kata Ayah Su, dia hanyutkan kat sungai belakang rumah dia. Secara terperinci, aku tak tanya sangat, sebab kang bunyi aku macam kepochi pulak.
Bila aku jumpa Ayah Su beberapa bulan lepas tu, aku siap tanya “Ni beli tikar baru ke?” hehehehehhe… tak pasal-pasal kena beli tikar baru, dah harimau tu nakkan tikar dia. Saka tu tak pastilah apa cerita sebab banyak bercampur baur. Keluarga pakcik dan makcik dari wad ayah aku tu yang kena uruskan sendiri. Dan, mak aku cerita, bila makcik tu call, mak aku rasa seram-seram. Sampai sekarang mak aku takut nak angkat call dari nombor tak dikenali, selain takut kena scam la hahahaha…
Pengajaran dari cerita ni, jin akan ambil kesempatan kepada orang yang lemah. Walaupun adik aku tu ada ‘penjaga’ tapi sebab adik aku tak rajin buat amalan sunat, jadi diri dia pun lemah tanpa benteng. Lagi-lagi pulak tengah kusut nak uruskan hal sendiri, lagilah jin ambil kesempatan. Samalah kisahnya ayah aku tu. Dulu masa kami kecik, ayah aku rajin tolong kawan dia ubatkan orang, termasuk yang disihir. Sampai ayah aku kena seranglah dengan tukang hantar sihir tu. Disebabkan dah tua dan fizikal tak sihat, maka tak boleh berubatkan orang dah. Berubat orang ni memang penat, jadi perlukan fizikal dan mental yang kuat. Amalan sunat jangan tinggal, termasuklah tahajjud dan puasa hari Isnin dan Khamis.
Sekian buat kali ini.
Assalamu’alaikum.
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
first
Ada hadiah ke first conment?
Cakap pasal ayah su ni kan…saya pernah pegi berubat ngan ayah su…nk permudahkan untuk tempuh peperiksaan…mcm x logik kn…sbnrnya sy x percaya mane pun dgn semua tuu…air yg ayah su bagi sy minum rasa mcm bekas mempelam…agaknya botol tu penah diisinya air mempelam kut…hahahahaha…ayah su penah picit hidung sy..katenya kene slalu buat camni nak bgi mancung…hermmmm…mase tu sy sek. Menengah….tapi overall mmg sy x percaya lah dgn mnde2 camni…atas masing lah nak percaya ke x dgn berubat2 nii…yg pasti amal ape yg diperintahkan Allah…berubat2 jugak tpi jgn 100% berharap dgn berubat tuu…kalau berubat atas dasar nak usaha memulihkan tak bercanggah dengan agama xpelah…menurut sy lah kan…sy lebih cenderung utk berubat dgn ustaz2 lagi r…hehehe
Ayah su ni ramai. Yang mana satu tu. Ayah su yang kami pergi ni memang baca ayat al-quran. Kenapa kami pergi kat Ayah su ni, sebelum ni ada kes lain. Dah pergi Darussyifa’ etc. Banyak tempat. Satu semenanjung dah. Bukan tak bermakna ayah su ni mengamalkan khurafat etc. Ikutkan, ayah saya dulu memang mengamalkan perubatan Islam, tapi sebab dah tua dan tak sihat, jadi memang tak boleh ubatkan adik.
Haa…mgkin ayah su lain kut…takde saya x ckp ayh su yg sy penah jumpe tu amal ilmu khurafat…tapi cara dia berubat pelik…mgkin ayh su yg awk jumpe dgn yg sy jumpe org yg berlainan…hehee
ayah su mana? boleh bg nombor dia.
Bagi emel, saya hantar nombor dia.
Ayah kpd Daud Su pemain bola tu la
oo buat amalan sunat tu tujuan untuk mengubat org ke? bukan utk cari keredhaan Allah eh? adik ada pendamping? setan kan pendamping tu? kalau pendamping malaikat semua org ada.. biasanya setan jin n kaum kerabat dia la kan.. hukum dia pe eh? tak belajar hukum ke?
Bukan… maksud di atas ialah kena beribadah tak kira apa. Cuma nak bantu orang tu, tak boleh tinggalkan pendinding sendiri. Pendamping dalam hal ni, kita tak mintak dia datang. Memang tak pernah mintak tolong. Semua orang lahir ada qarin masing-masing. Saya tak pastilah kakmami punya keadaan macam mana. Tapi soalan kakmami tu macam nak cari gaduh hehehehe. Saya bukan marah tau. Sebab saya tak cerita habis lagi. Adik saya bukannya berkawan pun dengan benda tu. Mintak tolong jauh sekali. Kalau baca cerita oleh Carlito Rocker, dia ada cerita pasal kaum-kaum jin dan era. Mungkin kakmami boleh baca kat situ. Ada orang berkebolehan berinteraksi dengan jin.
apa benda kau ni smh
Ni mesti judge dred level super ni kan, saja melawak, kalau tak lawak sorry, sebab ayat ko pun bukannya elok sangat 😊
Ntah popo
Pelik2 permintaan saka ni..
Macam budak-budak kan? Tak ikut permintaan, ngamuk. Cuma jin ni 100 kali lebih teruk hehehehehe
ade penjaga????tak berubat ker..
Dah. Setiap kita memang ada qarin. Ada yang qarin dia extra special kot. Wallahua’lam.
Kesian…seram pulak klau mata hijab trbukak ni..
Baru saya paham kenapa dulu saya x pernah rasa apa2…lps saya penah diganggu jin yg kononnya suka saya…saya mula dpt rasakan kehadiran entiti atau kdg2 dpt melihat makhluk halus malah boleh mendengar rengusan mrk..huuu…tp ada hikmahnya…saya lebih menguatkan amalan sunat selain amalan wajib saya supaya benda alah tu tak boleh menganggu saya lagi…kini mrk cuma berani acah2 aje..
Ada orang memang tak faham. Kita tak minta makhluk lain mendampingi kita, tapi kerana jadi “insan terpilih”, ibadah kena extra supaya Allah lindungi dari tipu daya syaitan. Sesetengah orang ingat kita saja-saja nak biarkan benda tu ada.