Wad PHDU

Assalamualaikum. Hai pembaca fiksyen shasha. Aku (mas) nak cerita pengalaman semasa anak no. 2 aku tpksa dimasukan ke wad PHDU disebuah hospital kerajaan kerana pernafasan laju dan kahak trlalu banyak hingga sukar bernafas.

Baiklah, masa hari pertama anak aku dimasukkan ke wad PHDU tu, aku nak solat subuh, jadi mengagau lah cari surau. Aku lak tak reti nak tanya staff nurse kat situ main redah je. Jadinya aku pegi tandas aku perasan sblah tandas tu ada satu pintu. Aku tak pikir panjang mungkin surau kot. Aku pun buka lah. Bila aku bukak je, bilik tu mcm satu lorong yang kelam gelap tp aku boleh nampak bilik tu macam bertanah dan berpasir.
Apa lagi meremang lah segala bulu roma yang ada. Dekat hospital biasalah ada yang m**i kan. Misteri yang lagi satu tandas PHDU ni bila kita masuk je mesti dengar budak menangis, tapi bagi aku masa tu, mungkin budak dalam wad tu. Jadi aku takdela takut kan? Aku buat macam biasa. Alhamdulillah selepas 3 hari 2 malam kat situ anak aku boleh discaj.

Aku takde lah kena kacau teruk. Lepas je aku kua, kawan2 ibu2 kat wad tu masukan aku kat group whatsapp, jadi diorang ni cerita lah misteri yang berlaku kat wad tu. Ada salah sorang ibu yang masih ada kat wad tu, cerita satu wad baby semua nangis tak berhenti, termasuk anak dia yang OKU, anak dia siap tunjuk. Bila dah jadi macam tu staff nurse pun panggil lah ustaz. Jadi ustaz cerita lah apa yang dia nampak.

Ada hantu budak kacau budak2 dlm wad ni. Melompat lompat acah acah budak budak ni. Tu yang diorang menangis tak berhenti. Pengalaman kawan masa masih dalam wad tu. Anak dia tetiba buat mata besar muka pelik pandang maknya macam nampak. Mak nya pun mmg ada rasa seram je.. Dan dapat rasa mende tu memerhati anak dia. Selepas ustaz tu datang dan halau mende tu takde lagi gangguan kat wad tu. Cuma sekarang ni staff nurse tu akak pasang ayat al quran setiap malam. Sebab hospital ni mesti ada lagi hantunya kan.. Hospital.. Sekian.. Maaf kalau tak seram.. Hehehee

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 3.5]

4 thoughts on “Wad PHDU”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.