Wahid: Bungkusan Kuning dalam Hutan

Assalamualaikum semua pembaca sekalian. Ini aku Wahid Si Pemungut Hasil Hutan. Ada sikit kelapangan ni untuk menulis. Terima kasih di atas semua komen positif pada kisah yang sebelum ini.

Wahid: Pemungut Hasil Hutan

Di saat aku menulis ni, aku masih lagi belum mendapat jawapan kepada persoalanku pada kisah yang lepas. Maka, pada entri kali ini aku ingin berkongsi pengalaman aku ketika berkerja mencari hasil hutan.

Seperti biasa rutinku masuk ke hutan untuk mencari rezeki, dalam hutan ni ada sebatang pokok ara yang tinggi. Pokok ara ni selalunya aku jadikan sebagai tanda yang mana bila aku terjumpa pokok ini maknanya adalah dalam 10 minit lagi aku akan keluar dari hutan.
Pada hari itu, banyak juga yang aku perolehi buah-buahan, ulam dan sayuran. Rasa gembira di hati dah berkira-kira berapa yang bakal diperolehi.

Oleh kerana terlebih penat menggalas ‘rezeki’. Aku berehat sebentar di pokok ara yang aku nyatakan tadi.

Fuh, rasa tenang dan sejuk je berada di bawah pokok.
Dalam aku cuba menikmati rehat, mataku tertangkap satu cebisan kain kuning tertimbun betul-betul di bawah pokok tu.

Melihat kain kuning tu, memang boleh diagak ianya seperti ditanam, tetapi tidak sempurna dimana cebisan sebesar kelingking terkeluar dari dalam tanah.
Mengenangkan kisah 3 tandan pisang yang ku alami, membuatkan aku tidak berani untuk menarik kain berkenaan.

Ahh! Otak dan hatiku seakan berperang di dalam. Otakku kata “tak payah cari penyakit tarik benda tu”. Manakala hatiku pula dipanahi rasa kegelisahan ingin tahu apa benda la yang ada dalam tu.

Ikut hati binasa. Aku faham benar peribahasa tu, akhirnya aku pun..
Berlalu pergi begitu sahaja?
Tidak, rasa ingin tahuku lebih kuat. Aku menarik keluar kain kuning tadi.
Dalam jugak orang ni tanam benda ni.

Dan di tangangku kini ada sebungkus kain kuning sebesar tapak tangan yang diikat simpul. Aku cuba membuka satu persatu simpulan kain kuning tersebut.
Tersergam satu persatu ‘item’ yang ada di dalamnya. Biar aku senaraikan.

  1. 3 gulungan kecil kertas.
  2. 2 batang paku sepanjang 3 inci yang berkarat
  3. Beberapa bulu halus binatang (mungkin ayam ataupun burung)
  4. Satu lipatan kertas seakan surat wish birthday.

Aku buka satu persatu gulungan kertas kecil tadi. Rupanya ia adalah kertas gambar. Aku lihat satu persatu wajah yang terdapat di dalam gambar berkenaan. Gambar pertama seorang wanita selfie bertudung. Cantik manis orangnya. Mungkin umur dalam lingkungan 21-25 tahun.

Gambar kedua pula adalah seorang lelaki lengkap berpakaian kemeja dan berseluar slack, mungkin berumur dalam 30. Manakala yang ketiga adalah gambar seorang lelaki juga, pertengahan umur , badan sedikit tegap dan sasa.

Aku dah rasa sangat cuak waktu itu, kepala aku ligat memikirkan. Mungkinkah itu adalah sihir? Santau atau apa?

Aku cuba membuka lipatan kertas seakan surat tadi, dan kulihat ada beberapa tulisan yang aku langsung tidak fahami. Tulisan Thailand pun bukan, india punya tulisan pun bukan. Tulisan berlingkar dan ada symbol-simbol bulat bulat kecil . Aku pun tak pasti. Macam pertama kali jumpa tulisan macam tu.

Selesai buka satu persatu kandungan dalam kain tu, aku bungkus kembali dan membawa kain itu pulang.

Mataku melilau sepanjang balik ke rumah, risau juga ada benda yang mengekori. Seram woo. Dahla seorang dalam hutan.
Aku tak jadi balik ke rumah, aku terus pergi ke rumah Paksu dan ceritakan semuanya padanya.

Ayat tetap Paksu padaku.
“Engko ni, dah berapa kali Paksu cakap, jangan ambik atau sentuh apa-apa benda pelik kat dalam tu”
Aku sengeh je dengar Paksu aku bercakap.
“Dah, pergi balik. Lepas tu mandi. Jangan lupa baca ayat kursi sebelum naik rumah, benda ni biar Paksu yang urus.”Paksu ku sedikit membebel.
Dalam hatiku.

“Sayang juga Paksu ni kat aku”

Balik rumah , aku ikut apa yang Paksu kata dan Alhamdulillah. Tak da apa-apa berlaku sehinggalah pada saat aku menulis cerita ni. Entahlah, manatahu pembaca yang membaca cerita ni pula yang akan terkena tempias akibat perbuataku. Yelah, benda tu kan halus.. 😀 takdelah. Gurau je.

Sebenarnya aku membawa balik bungkusan tu disebabkan rasa kesian pada orang dalam gambar tu. Aku tak kenal pun wajah-wajah dalam gambar tu.
Okeylah. Sampai di sini sahaja kisah dariku Wahid Si Pemungut Hasil Hutan. Terima kasih kerana sudi membaca. Kalau ada masa dan data internet, aku tulis lagi.

wahid

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 2.3]

21 thoughts on “Wahid: Bungkusan Kuning dalam Hutan”

  1. Barang2 utk sihir tu kot…elok gak miker bwk blk…kot boleh Pak Su mikee tawarkan…kalo teman pon sian gak kt org nk kn naya rupa gitu…yg selalu org tegak kot jumpa botol bertutup…pastu pi gatal bukak…kok dlm tu ada setan jin yg duduk…tak ker naya…

    Reply
  2. Alahai baiknya lah Wahid ni. Dia fikir orang lain dulu sebelum fikir tentang diri dia sendiri. Semoga Allah sentiasa melindung dan melapangkan rezekimu Wahid. Amin

    Reply
  3. sama mcm kisah bru2 nie di Alor Setar ( klo tak silap) Penggali kubo mnjumpai ada 3 photo dlilitkn pada btg lilin pastu kena tanam di slh sbuah kubo. 2 pompan 1 lelaki.. Tetuliss dgambar lakaran bulat2 cm tu jugak le.. Eshhhh,, ahli neraka maner pulak yg punya kerjo tu

    Reply
      • ko tak sekolah yea? ni biar aku sekplahkn kau sikit.. Ada 3 dosa yg tak alan diampunkn.. 1) Menyekutukan ALLAH 2) Sihir 3) Derhaka pda Ibu Ayah

        Itupah dosa yg TAK DIAMPUNKAN..
        maknanyer yg buat dosa tu NERAKA LH TEMPATNYYAAAAA!!!!! ( dmna keterangan ambo yg maseh engko tak faham ni????? )

        Reply
      • nak husnuzon pon agak-agak la sis, dah macam bangang pulak ayat kau. sah-sah la menyekutukan Allah tu termasuk dosa-dosa besar!

        Reply
    • syirik yer lahai pembuat tu…kadang2 ak pikir zaman sekarang nim ramai no yang suka sihir2 ni….. syirik merupakan dosa yang mana tidak diampunkan Allah SWT. takut yer lahai..semoga diri kita terhindar dari semua ini…

      Reply
  4. seseorang yang memudakan urusan orang lain insya allah urusannya juga akan dipermudahkan oleh Allah.Allahu azabnya bila disihir cuma yang pernah mengalaminya sahaja yang mengetahui. segala apa yang berlaku adalah dengan izinnya jika baik maka baiklah balasannya jika sebaliknya maka tunggulah azab kepada pembuatnya. Syukur Allah mengerakkan encik Wahid kesitu untuk membantu mereka yang terinaya. Semoga Allah sentiasa melindungi encik Wahid sekeluarga hendaknya. Sesungguhnya orang yang menyekutukan Allah tiada tempat disisinya kemulian didunia dan juga akhirat

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.