Wanita Kacukan Cina Ini Ceritakan Pengalaman Seram Keluarga Sebelah Cina

Hai FS, sy pembaca setia FS ? Kali ini saya nak kongsikan pengalaman saya dan keluarga saya.

Untuk pengetahuan saya adalah anak kacukan cina dan melayu,ayah melayu dan mak pula berbangsa cina. Kisah yg saya nak kongsikan di sini mengenai keluarga cina saya, rata-rata sudah memeluk agama Islam.

Kisah 1: Diganggu penunggu rumah nenek
Parents saya pernah bagitau yang waktu kecik dulu saya boleh melihat “mereka”, saya tak ingat langsung pasal tu tapi bila dah terjadi kat mereka(parents saya) memang terkesan jugaklah. Ini apa yg pernah parents saya ceritakan kat saya.

Waktu saya berumur 3 tahun saya dengan sepupu saya umur 2 tahun selalu main sama² kalau pergi rumah nenek. Nenek pula walaupun berbangsa cina tapi gaya hidup lebih ke arah tradisi melayu sebab tinggal di kampung melayu. Rumah nenek saya ni 3 tingkat, 2 tingkat atas hanya ada bilik² adik beradik mak saya yg ada 12 orang. Alkisahnya ketika saya leka bermain, saya panggil ibu saya dan kata “tu…tu…tu…tu..” sambil tunjuk siling rumah nenek, waktu tu sy bermain kt tingkat bawah sekali.

Mak saya pun heran dan tanya saya kenapa berulang kali. Sepupu saya pun dah start menangis meraung sambil dipujuk mak cik saya. Dan ada bunyi macam org berlari ulang alik di tingkat atas. Mak pun pelik sebab tingkat atas kosong, waktu tu ada family mak cik saya, kami sekeluarga dengan nenek & atuk shj. Saya ulang “tu…tu…tu..tu..” banyak kali, mak saya tengok lah kat siling dan die nampak ada lembaga hitam merangkak di siling. Mak saya cakap kaki nya panjang dan berbulu lebat. Mak pun panggil nenek, dan nenek sapu minyak kat muka saya dan sepupu dan kami pun tertidur. Mak saya cakap tu penjaga rumah. Patutlah kadang² nenek saya keluar tak kunci pintu pun takpa. Dan “tu…tu…tu…” yg saya tak henti² cakap rupanya “hantu….hantu…hantu…”

Kisah 2: Rumah bomoh kosong
Waktu kecik dulu saya ni boleh tahan lasak sebenarnya walaupun perempuan. Saya anak tunggal sepupu pulak yg rapat ramai lelaki jadi jiwa saya agak buas sikit berbanding kanak-kanak perempuan lain.

Saya dengan sepupu² saya ni ada satu permainan yg kami gelar “adventure”. Game adventure ni game masuk rumah kosong selang dua rumah rumah nenek saya. Waktu tu kami tak tau sebenarnya rumah tu rumah bomoh yg dah meninggal, sakanya pulak anak² ny tak mau mewarisi jadi sakanya tinggal dlm rumah tu. Kononya tunggu tuan baru. Nak main adventure ni kami kena masuk pintu depan dan keluar dari pintu belakang rumah kosong tu. Mula² masuk ramai², pastu dua orang dua orang, kemudian sorang².

Kami ada 6 orang waktu tu. Rumah tu agak besar, lengkap dengan set sofa meja cermin almari cuma berhabuk. Waktu turn saya sorang² tu saya masuk ke ruang tamu dan berjalan menghala ke dapur untuk ke pintu belakang tiba² saya ditolak dan tersembam kat lantai. Waktu nak bangun tu tiba² sofa bergerak sendiri dari tempat asalnya.

Bayangkan, depan mata saya kot. Macam magik. Lepas tu saya dengar bunyi tapak kaki dan saya disergah “hoi!!!” Suara garau bergema seluruh rumah. apa lagi lintang pungkang saya lari xcukup tanah. 3 hari saya kena gatal-gatal kulit, seksanya Tuhan je yg tau tak dapat tidur malam kot garu sana garu sini. Saya xberapa nak ingat macam mana saya boleh sembuh tapi mak saya guna asap tempurung kelapa dibakar kot.

Kisah 3: Drama Cina pukul 3 pagi.
Atok saya suka tengok drama cina 70-an 80-an yang ala² P Ramlee yg masih hitam putih tu. Sebab atok saya ni ada masalah pendengaran sikit jadi volume tv mesti die pasang kuat² sampai tingkat atas boleh dengar.

Sepupu saya ni tinggal rumah nenek dalam seminggu dua. Waktu ni tingkat paling atas mmg dh tak ada org duduk, bilik² dijadikan stor jadi sepupu sy ni duduk di tingkat tengah sorang². Nenek & atok pindah bilik tingkat bwh sebab xperlu naik tangga.

Dan ada lah satu malam ni, dalam pukul 3 pagi sepupu saya terjaga dan tdengar bunyi bising macam drama cina atok saya tu. Die pun heranlah mustahil atok saya masih bangun lagi. Maybe atok saya lupa nak tutup tv. Bunyi tu mmg macam drama, ada suara perempuan menangis, ketawa dan ada suara lelaki menyanyi dan marah².. so sepupu saya ni turun lah tingkat bawah, tgok ruang tamu gelap gelita, xde pulak cahaya tv.

Tapi bunyi masih kedengaran. Dia pun naik balik tingkat tengah waktu nak lalu tangga ke tingkat atas bunyi semakin kuat. Meremang bulu tak payah cakap. Siapa pulak rehearsal drama cina kat tingkat atas yg kosong tu… malam tu sepupu sy tidur dengan atok & nenek hahaha

Ada byk lagi kisah sedara mara sy, termasuk mintak no ekor kat kubur cina pun ada. Nanti lain kali sy cerita ye.

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Dah baca, mohon klik SHARE ye.. SHARE anda akan amat berharga

Rating Pembaca
[Total: 13 Average: 4.5]

13 thoughts on “Wanita Kacukan Cina Ini Ceritakan Pengalaman Seram Keluarga Sebelah Cina”

  1. saya 1/3 cina 3/4 melayu. nenek cina tapi diambil jadi anak angkat keluarga melayu. jadi tak tahu siapa keluarga sebelah cina

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.