“Wujudkah Rumah Sewa Berhantu ?”

Assalamualaikum kepada semua pembaca Fiksyen Syasya dan saya juga ingin berterima kasih kepada admin Fiksyen Syasya jika diberi peluang untuk menyiarkan kisah “RUMAH SEWA” yang bakal saya ceritakan. Kisah yang bakal saya kongsikan kali ini mungkin sedikit panjang, pertama sekali saya ingin meminta maaf jika gaya penulisan saya agak berterabur. Perlu anda semua ketahui, cerita saya ini adalah sekadar perkongsian saya dan terpulang untuk para pembaca untuk mempercayainya ataupun tidak.

Cukuplah sekadar aku perkenalkan nama aku Pah. Kawan kawan kolej panggil aku dengan nama Pah sebab ? Senang nak sebut. Simple as that. Dipendekkan cerita, aku ni seorang yang sangat gemar dengan benda benda mistik, cerita hantu memang favourite. Sampaikan kawan kawan aku gelar aku ni bukan manusia sebab bagi diorang aku ni pelik. Yelaa, orang semua kalau boleh tak nak nampak pun benda benda halus ni, tapi aku ? Aku dikurniakan deria KEENAM namun, aku cuma boleh ampak ‘mereka mereka’ ni bila ‘mereka’ ni rasa terganggu dengan kehadiran kita. Nak dijadikan cerita, selepas tamat era duduk diasrama seperti biasa selepas sem 2 kami semua perlu duduk diluar asrama iaitu rumah sewa. Dan bermula lah kisah kami disini..

Khabarnya rumah tersebut tuan rumah telah sediakan semuanya dari A sampai Z. Kami just masuk dan duduk menyewa sahaja. Sewa satu kepala RM150, bagi kami mahal la jugak sebab student kan. Tapi apakan daya, kami kesuntukkan masa nak cari rumah sewa lain dan jumlah student yang bakal duduk rumah tu ialah 12 orang. Bila fikir fikirkan balik, ramainya nak duduk serumah. Entah muat ketidak, maklumla belum tengok lagi fizikal rumah tu macam mana, just tengok dari gambar je kelmarin. Aku dan lima lagi kawanku bersetuju untuk menyewa dirumah itu dan sudah tetapkan satu tarikh untuk melihat keadaan rumah tu sebelum duduk. Korang percaya tak kalau aku cakap aku teringin sangat nak duduk rumah yang ‘haunted’ ? Especially rumah sewa. Mengarut kan ?
“Wujudkah Rumah Sewa Berhantu ?”

Kami berenam mengambil keputusan untuk pergi kerumah sewa tersebut pada hari minggu kerana waktu kuliah kami sangat padat. Tibalah pada hari minggu tersebut selepas makan petang, aku dan kawan kawan aku terus menuju kerumah sewa yang bakal kami duduki berpandukan alamat yang telah diberikan. Aku diberitahu akan ada seorang lelaki yang akan menjemput kami disana, aku gelarkan dia Abang Ngah. Bila kitaorang sampai je kat rumah tu, aku mulakan langkah dengan kaki kanan. Keadaan diluar rumah tu nampak biasa biasa je, berpagar biasa dan aku amati rumah tu ada beranda diatas. Rumah teres dua tingkat. Kami bagi salam untuk masuk ke dalam rumah tu, aku orang yang ketiga melangkah masuk kerumah tu. Tapi…

Sesudah kaki aku melangkah masuk kedalam rumah tu, aku dapat rasa macam ada yang tak kena. Aku nampak keadaan dalam rumah tu kelam sangat sangat padahal semua lampu terpasang. Aku perhati keadaan sekeliling, ya. Rumah tu sangat besar dan cukup sangat sangat nak sumbat 12 orang dalam satu rumah. Ruang tamu dan dapur dia macam padang futsal besar dia. Aku teruskan pemerhatian aku, aku terus berjalan kearah dapur. Dan sesampainya aku dipintu masuk dapur..

“Akak buat ape tuuu ?!”
Damn ! There is a kid in this house ???

Aku terlihat dari sisi kanan anak mata aku ade seorang budak kecik menjerkah aku dengan pertanyaan tu dan sekali aku toleh. There is no kid standing there. Terkejut aku dan bila aku toleh memang takda budak tu ! Yang ada cuma pintu yang bertutup dan itu adalah stor. Adakah itu imaginasi aku ? Mulanya aku tak ambil kisah sangat, mungkin sebab aku anggap tu imaginasi aku dan mungkin sebab rumah tu dah lama orang tak duduk. Pada waktu tu aku tak cerita kat sape sape pun pasal kelibat budak ni. Aku teruskan je tengok tengok keadaan rumah ni dari atas sampai bawah sampailah kitaorang bersetuju nak duduk rumah tu.

Sesi perpindahan pun bermula, kitaorang duduk makan tidur dirumah tu pun seperti biasa. Malam pertama kitaorang ada buat bacaan yassin, persediaan duduk rumah baru dan untuk mengelakkan gangguan dalam rumah. Kita ambil langkah berjaga jaga sebelum terkena. Saban hari pun berlalu dan masuklah sebulan duduk rumah sewa tu, kehadiran kami seolah olah tidak disenangi. Aku mula diberitahu ada yang kena kacau, diorang Nampak kelibat.

Aku just pesan, mungkin dia Cuma kacau kacau je nak suruh kita jangan terlalu lalai. Sebenarnya ada salah seorang daripada kami berenam yang berkebolehan macam aku jugak, boleh ternampak benda benda tu, Nurul nama dia. Nurul ada jugak bagitahu aku, dia sekarang ni susah tidur malam sebab ada yang memerhati dia kata. Aku jadi tak sedap hati, sebab sepanjang sebulan tu aku tak nampak apa apa yang ”memunculkan diri”. Adakah semua tu sekadar bayangan diorang je ?

“SALAM PEMBUKAAN , PERTENGAHAN DAN PENUTUP”
Ada satu pagi hujung minggu, dalam pukul 7 macam tu aku bangun tidur niat nak kemas dapur dibawah. Aku memang suka kemas dapur sorang sorang, takde orang bangun lagi time tu. Aku pulak memang jenis yang tak suka orang kacau time aku berkemas. Tengah sedap sedap lap dapur sapu sapu semua, tiba tiba aku dengar orang usik usik radio kat ruang tamu. Dalam hati ishh sape pulak usik usik radio pagi pagi buta ni, kalau ada yang turun bawah mesti aku nampak sapa yang lalu. Aku biarkan je time tu, mungkin salah dengar.

Tak lama lepastu, aku dengar bunyi orang jalan pakai selipar kat tangga. Aku pelik, selipar cuma ada kat bawah. Budak budak rumah aku mmg takde sorang pun yang pakai selipar sampai atas. Aku dah tak sedap hati dah sebab aku teringat masa aku turun tadi ada selipar kat tangga. Time tu ntah mcm mana ada keberanian nak jengah ke tangga, selipar tadi tak bergerak ! Masih lagi kat situ mcm mana aku turun tadi. Sahlah, pagi pagi dah kena kacau. Aku takut jugak sebab rumah sewa ni mcm kedap bunyi, semua yang tidur kat atas pintu bilik semua bertutup. Kalau aku jerit kat bawah ni mmg takde sape yang dengar kat atas. Aku dah tak fikir ape, aku positifkan diri dan aku teruskan kerja mengemas aku. Aku anggap ape yg jadi tadi sebagai “Salam perkenalan”.
Salam perkenalan bukan stakat tu je, malam esoknya aku tinggal berdua dengan si Husna. Yang lain semua keluar makan. Aku dengan Husna ni malas pulak nak keluar malam tu. Husna ni minat KPOP, malam tu aku bosan aku layan la dia tengok skali program korea yang dia tengok kat laptop. Tengah syok tengok tiba tiba..
“DUMMM!!!”
Aku dengan Husna terus terdiam, dengar ada orang terjun dari siling ! Betul betul kat bilik kitaorang. Yang peliknya kalau betul lah orang terjun, sah sah lah siling ni dah pecah. Kitaorang pilih untuk membatukan diri, nak pastikan betul ke tak apa yang kitaorang dengar. Memang kitaorang tak salah dengar, tak lama tu dengar “orang” tu tabur pasir kat siling dan gosok gosok pasir tu kat siling. Ya Allahh berderau aku time tu Tuhan je tahu, si Husna ni penakut sikit, dia pegang tangan aku sambil mencarut dalam bahasa korea. Huhu. Aku dgn Husna mmg tak tau nak buat ape time tu, kitaorang berdiri rapat rapat dan mata kitaorang tak lepas lepas pandang siling, nak kata kucing, sangat mustahil, rumah kitaorang tinggi wehh.

Kucing mmg takkan panjat setinggi ni. Biawak ? Lagi tak masuk akal. Lepas “orang” tu dah gosok pasir tu kat siling, dengar dia berjalan dua langkah je lepastu apa apa bunyi semua terus hilang. Aku dan Husna mmg sangat pasti derapan kaki tu mmg yang berjalan tu menggunakan dua kaki. Sampai sekarang kalau diingatkan balik, mmg aku tak tau apa benda yg ada pada malam tu. Belum cerita lagi waktu aku nak solat maghrib, mase tengah solat tiba tiba ada orang tiup kat telinga kiri aku. Terus aku terdiam kejap masa solat tu, aku gagahkan jugak nak habiskan solat aku.

Aku ada cerita kat kawan aku, dia cakap “benda tu sebenarnya nak masuk dalam badan kau tapi tak jadi”. Dah pandai nak main masuk masuk badan pulak ? Menyirap pulak aku. Ada jugak kawan aku kena kacau time solat, ada yang diperhati je masa solat. Paling tak boleh blah, kawan aku ni zemah tengah solat asar, dia sujud dan of course la time kita solat kita boleh dengar orang jalan masuk bila kita. Masa dia sujud tu dia nampak ada orang tengah berdiri kat depan almari aku, tak lama lepastu bila kawan aku nak duduk tahiyat, orang tu pun keluar la bilik. Bila kawan aku dah selesai solat, zemah datang jumpa aku. Dia Tanya..

Zemah : “Wehh Pah, tadi kau masuk bilik kan ? Kau berdiri depan almari kau cari ape ? Berdiri je pulak tu”
Aku : “Ehh mana ade aku naik bilik, aku dari tadi tidur kat bawah ni dengan Nurul”
Zemah : “Tak kelakar lah, kau jangan la main main. Habistu sape yang berdiri kat almari kau tadi ? Aku cam la kaki kau yang pendek ni”
Aku : “Sumpah wehh, aku tidur kat bawah ni dengan Nurul dari tadi. Tak percaya kau tanye Nurul”

Aku ingat balik, bila masa pulak aku masuk bilik. Aku dari zohor tidur kat ruang tamu dengan Nurul. Dah nak maghrib baru aku terjaga dari tidur yang hari dah senja sebab satu hari tu jadual kitaorang mmg sangat padat dengan kuliah ganti. Bila aku dah cakap betul betul kat Zemah, muka dia terus berubah, dia tertanya tanya sape yang berdiri kat almari tu walhal bilik kitaorang mmg jarang orang lain masuk. Tengoklah, “dia” siap menjelma jadi aku pulak. Aku pun dah naik seram, kang tak pasal pasal aku jumpe kembar aku pulak.

Tak cukup dengan tu, satu malam lepas isyak aku baring kat sofa mengadap pintu masuk rumah sementara nak tunggu kawan kawan aku beli barang dapur. Aku baring sorang sorang atas sofa tu yang lain semua kat atas, aku malas nak naik atas sebab nanti diorang sampai nak tolong angkat barang. Aku main phone bukak facebook semua sementara menunggu. Pintu rumah kitaorang tu jenis sliding door.

Lampu luar malam malam mmg bukak sebagai langkah keselamatan. Sedang asyik aku belek belek phone aku, tiba tiba aku nampak ade sesusuk tubuh yang badannya panjang dan tinggi tengah jengah aku yg kat dalam ni. Perghh terus terpelanting aku dari baring terus terduduk. Dia jengah sekejap je lepastu dia menyorok balik. Memang tak kelakar langsung. Laju jantung aku pam d***h. Aku tenangkan diri aku istighfar, dan aku duduk tak berganjak dari situ. Agak agak dah reda nafas aku, aku sambung main phone nak tenangkan diri balik tapi mata still melilau kat pintu tu.

Aku ingatkan sampai situ je, masa mata aku melilau tu sekejap aku focus kat phone, tanpa aku tak sedar mata aku terpana kat satu benda tu betul betul dia berdiri kat depan pintu rumah aku. Aku perhati dia dari atas, aku nampak kain yang diikat dan mata aku melirik turun kebawah lagi. Ya Allahhh, pocong wehhh ! Jelas aku nampak kain dikepala diikat dan mmg berbungkus kain kapan. Aku kaku kat atas sofa tu, mata ni aku gagahkan untuk tengok je skrin phone tapi mcm terpanggil untuk tengok dia lagi. Kumat kamit aku baca ayat kursi dalam hati, langsung tak jalan ! “Degil betul pocong ni” getus hati aku.

“Kau tak nak blah, biar aku yg blah !” Herdik aku
Berdesup aku lari masuk bilik Husna, terkejut Husna dibuatnya. Dia tanya aku kenapa, aku cuma senyum terpaksa cakap takde ape. Huhu. Inilah namanya “Salam Pertengahan”..
“Salam Penutup” yang kitaorang dapat tidak kurang hebatnya, dia macam tau tau je kitaorang dah nak pindah keluar sebab dah habis sem. Hampir setiap malam jugak la aku dapat rasa memang “dia” selalu menjengah time kitaorang tengah tidur, dah la ada jengah ada pulak yang duduk merekot kat tepi langsir bilik lain cerita, apa yang aku dapat gambarkan telinga dia panjang sikit macam kucing, ,mata dia putih dan badan dia kecik je dan hitam.

Benda tu lah yang aku selalu nampak bila aku terjaga dari tidur pada waktu malam. Paling tak boleh lupa, kawan aku yang duduk bilik lain dia pernah nampak masa aku tidur rambut aku panjang sangat sangat mcm Rapunzel. Zemah pulak pernah terdengar ada budak menangis masa dia tengah mandi dan Zemah jugak pernah jerit panggil nama aku sebab dia kata aku panggil dia, padahal aku takda pun panggil dia.

Dah akhir akhir sem mestilah student semua sibuk uruskan final report kan, tidur pun sampai lewat pagi. Kitaorang biasa buat kerja kat bawah, kat ruang tamu soo time ni ada yang nampak orang jengah jengah kat tangga dan dengan tak semena mena kitaorang dengar ada orang berlari naik ke atas tapi bunyi tapak kaki tu sangat kuat seolah olah orang yang berbadan besar yang berlari. Masa ni memang saling berpandangan kitaorang semua, kena pulak aku yang duduk mengadap tangga ni tak nampak pun siapa yang berlari naik tangga.

Kau rasa ? Dan aku hampir terlupa tentang satu lagi benda yang jadi, aku pernah dihempap ketika tidur. Ketika tu telinga aku berdesing kuat dan aku cuba buka mata, alangkah terkejutnya aku bila aku nampak ada seekor monyet yang panjang ekornya dan mata nya merah duduk bertenggek disebelah aku. Dia menjerkah aku “WOIIIII!!!” Sungguh, suara dia mcm lembu jantan yang berdengus dan sangat garau. Dia ada berkata sesuatu tapi aku langsung tak ingat ape yang dia cakap, yang aku ingat cuma jerkahan dia. Aku cuba melawan dan akhirnya monyet tu hilang dalam gelap dan aku pun terlelap..

Sampai disini sahaja cerita aku, maaflah cerita aku panjang dan maaf jugak kalau berterabur jalan cerita aku. “Wujudkah Rumah Sewa Berhantu ?” Ya..ia WUJUD..
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dan Selamat Berpuasa.

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 3]

14 thoughts on ““Wujudkah Rumah Sewa Berhantu ?””

    • Hakak bagi 3/5 bintang kat ko dek.. ok la jgk citer ni.. tapi citer pasal rumah sewa berhantu ni dh agak masam di FS..

      Ni entri2 yg kemasaman di FS.. sape yg kate? Hakak la.. testimoni seorg pembace tegar FS.
      1. Rumah sewa berhantu
      2. Kawan aku si A, B, C, D, E bla bla bla.. adeh. Bagi jela nama samaran.. baru boleh imagine.
      3. Rumah no 4 dari tepi belakang psr mkm. Almari tgh2 tepi ade kabinet. tingkap menghadap pintu dll. Aduh panjang sgt description rumah. Kdg2 x boleh nk hadam
      4.

      Reply
  1. Aku yang duduk rumah sewa ni plak tak senang hati..muahaha acik2 gossip kat luar selalu cakap kalo yg sewa tu org asing.. Penyewa selepas tu mesti kene kacau /’bersihkan rumah’.

    Reply
  2. Tak sampai suku baca dah malas. Kejadahnyala penulis ni.

    Tadi kata impian sangat nak duduk rumah berhantu. Tiba2 baru kena kacau kat dapur dah takut.

    Dah ko nak sangat kena kacau. Tempah sangat benda2 camtu. Mendapat la

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.