Aku nak ingatkan saja. Makhluk Allah ni ada bermacam jenis. Yang manusia tak nampak itu lebih ramai dari kita. Macam-macam rupa, ada yang baik, tapi sangat ramai yang jahat. Ini pengalaman yang benar-benar terjadi kepada aku, dan takkan aku lupakan sampai akhir hayat aku. Aku share cerita ni pun setelah mendapat kebenaran dari Yunus sendiri.
Selepas insiden berhenti tadi, Yunus sambung memandu dengan mengomel, memaki dan mencarut. Macam-macam ayat terhambur dari mulutnya. Walaupun kawan aku ni jenis banyak cakap, susah nak dengar dia mencarut. Mungkin terlalu marahlah agaknya. “Hang okay ka Ku? Mintak maaf na.. aku emo sat” kata Yunus. Lega aku rasa, rasa nak menjerit pun ada. Sepanjang perjalanan dari jeram, tak sepatah pun Yunus bercakap. Bayangkanlah. Tegak duduk memandu macam robot. Muka masam mencuka. Matanya asyik pandang cermin sisi dan cermin pandang belakang. Hilang sedikit bosan bila Yunus dah nak bercakap. Aku pun senyumlah, konon rasa lega. Tapi lega tu tak panjang.
Yunus pandang aku dengan muka yang tenang. “Aku bukan nak takutkan hang Ku, kita memang kena kacau. Kat kaki aku la ni ada sekoq. Dok melekat kat kaki kanan aku. Dia sengaja nak bagi aku keliru yang mana minyak ngan mana brek. Dia nak suruh kita accident. Dia dah lemah dah, dok minta ampun kat aku” kata Yunus dengan tenang. Kau rasa? Kau tak rasa takut ke Yunus? Kalau aku ni perempuan, sah sah aku kawin ngan si Yunus ni. Sempat aku pandang kaki Yunus. Bodoh betul aku, manalah nak nampak. Rasanya sebab itulah seluruh kereta busuk berbau taik lembu, dan kemudian hilang. Macam-macam dalam fikiran aku, nak tanya lebih-lebih, aku rasa bukan masanya lagi.
“Aku tak mau hang takut, Ku. Kalau hang takut, lagi kuat depa usik. Tadi aku berenti pasai ada benda masuk kereta. Dia ikut kita dari jeram lagi. Dia masuk, dok belakang hang, dok hidu-hidu tengkuk hang Ku.” Terus aku meremang seluruh badan. Nauzubillah… Padanlah Yunus marah dan serius. Sepanjang aku kenal, Yunus hanya jegilkan mata kalau nampak awek cantik melintas depan dia. Tapi jegilan dia kali ni jegilan marah sampai hentak tangan di stereng.
“Depa (mereka) ramai, Ku, Aku ni sorang. Hang tolong aku Ku, hang zikir dan selawat banyak-banyak Ku. Jangan putus zikir. Aku nak pesan ni, hang jangan buka mata walau kereta kita bergoyang ka berpusing ka. Kalau hang buka mata hang, aku pun tak boleh nak tolong hang Ku” kata Yunus. Mana mungkin aku tidak rasa takut. Dia bolehlah, tahu itu ini. Aku ni? Menyesal juga aku tak berkeras dengan dia tadi. Tapi, nama pun sahabat baik, jarang dapat berjumpa. Dan Yunus ialah seorang sahabat yang pandai menjaga hati, walau degil dia tu tak boleh nak bawa bincang.
Kami dah jauh meninggalkan sempadan negeri Pahang. Hujan makin lebat. Kerana pernah sampai ke sana beberapa kali, aku tahu, tidaklah terlalu jauh perjalanan kami. Hari dah menjelang lewat petang. Nak patah balik, rasanya dah tak masuk akal. Tawakkal sajalah, serahkan semua kepada Tuhan. Bohonglah kalau aku kata aku tak takut. Pesanan Yunus saja dah buat aku seram, inikan pula nak menghadap benda halus atas bukit dan dalam hutan. Lagipun, ini bukan kali pertama aku bersama Yunus kena ganggu. Tapi gangguan pertama dulu masa kami ke air terjun di Sarawak, Yunus dapat tangani dengan baik walaupun berbirat belakang aku ditampar Yunus. Offerlah duit banyak mana pun, taubat aku takkan pergi dah ke sana.
Perjalanan diteruskan. Aku yang sudah kecut perut menutup mata dan berzikir sebanyaknya. Aku dapat dengar Yunus juga sedang membaca potongan ayat Quran yang dihafalnya. Selepas dalam lebih 1 jam insiden berhenti tadi, aku dapat rasakan kereta membelok dan dengar Yunus memekik “Allahu akbar!!!. Aku rasa macam nak terkencing masa tu. Sekali lagi Yunus berhentikan kereta. Kemudian, aku dengar dia buka pintu kereta dan keluar. Kau tinggalkan aku Yunus? Apa aku nak buat ni? Zikir aku teruskan tanpa henti. Yunus ada sebab yang kuat kenapa dia tinggalkan aku dalam kereta. Dah 2 kali perjalanan kami terhalang. Kalau cuaca baik dan keadaan cerah tak mengapa. Ini sudahlah hujan, kami di dalam hutan dan hari pun sudah semakin gelap.
Seluruh nyawa, jiwa dan raga aku serahkan pada Tuhan. Di dalam kepala, aku bayangkan wajah2 ibu dan ayah, menyuruh aku kuatkan semangat. Aku bayangkan perkara yang boleh membuatkan aku tenang. Siapalah aku nak menidakkan kuasa Tuhan. Tiba-tiba suasana jadi sunyi. Keadaannya sama macam bila kita menyelam, sunyi dan berat. Titik hujan yang menimpa bumbung kereta pun aku dah tak dengar. Telinga aku berdesing kuat, tandanya ada makhluk tak terlihat sangat dekat dengan aku.
Dalam aku berperang dengan perasaan, satu benda yang aku tak boleh nak explain ialah tiba-tiba aku rasa teramat mengantuk. Rasa takut seram semua bagai hilang. Aku cuba melawan dengan berzikir kuat-kuat sambil mata terpejam rapat, tapi rasa nak tidur tu amat kuat. Lawan punya lawan, aku tertidur juga. Pelik gila, tapi itulah yang berlaku. Aku pula bukan orang yang cepat tertidur. Susah aku nak terangkan, tapi aku rasa aku tertidur dan bermimpi. Di depanku, dalam mimpi aku, asap yang berbentuk manusia datang menjelma. “Asap” itu berpesan pada aku begini – SURUH KAWAN KAMU ITU BUANG BENDA YANG DIA BAWA. Itulah yang dipesan pada aku dalam mimpi. Mimpi ke, kena pukau ke, tapi aku akan ingat kata-kata tu sampai hujung nyawa aku.
Aku hanya tersedar bila bahuku digoyang dengan tangan yang basah. “Ku, apa jadi Ku? Hang ok ka?” Terperanjat aku. Yunus kah atau makhluk yang menyerupai dia kah? Serba salah aku nak buka mata atau tidak. Rasa takut kembali datang menyerang. Kalau bukan Yunus yang kejutkan aku, takkan benda tu? Matilah aku kali ni. Aku diam, pejamkan mata rapat-rapat dan dengar enjin kereta dihidupkan. “Boleh aku buka mata?’ tanyaku, bila sedikit yakin itu Yunus. “Bukalah. Hang ok ka Ku?” Dengan dada berdebar, aku buka mata perlahan-lahan dan lihat Yunus basah kuyup. Dia pandang aku dengan pandangan yang bimbang. Dia periksa tangan, leher dan suruh aku selak baju sampai paras dada. Aku ikutkan saja. Suis lampu atas dipetik.
“Alhamdulillah, tak dak apa-apa” kata Yunus bila dia selesai periksa dada aku. Aku masih bingung, kenapa Yunus keluar, kenapa aku terpukau dan kenapa Yunus suruh aku selak baju sampai dada. Aku diam dan hanya pejamkan mata, cuba memahami apa yang berlaku. “Tadi hang macam weng (khayal) ka Ku?” tanya Yunus. Aku mengiyakan dan aku beritahu Yunus tentang pesanan tu. Serta merta Yunus tergesa-gesa meraba kocek seluarnya. “Allahu… Astaghfirullahaladziiimm” kata Yunus sambil menggeleng-geleng kepala. Dia pandang aku dan ukirkan senyum kelat.
“Ku, depa tak lagi habih kacau kita ni. Hang bertahan sat na, aku tau hang hero. Nu (tu) dok ada yang dok mai dari depan dan dari belakang. Pejam mata, zikir dan yakin kepada pertolongan Allah na (ya) Ku. Ada lagi? Allahuakbar, aku fikir dah selesai. Apa celaka lagi lah selepas ni. Bilalah nak sampai. Perasaan takut sekali lagi menyerang. Aku hanya boleh berzikir dalam aku buta, tidak dapat melihat dan tidak dapat memberi bantuan kepada Yunus. “Kita sebenaqnya dah tak jauh dah Ku”. Aku perasan, kalau jalan tak berliku sangat, Yunus akan tekan minyak.
Aku dengar Yunus membaca ayat Quran. “Ku, jangan buka mata. Zikir jangan berhenti”. Habis saja Yunus berkata, aku dengar seperti bunyi angin ribut di depan. Makin lama makin kuat. Bunyinya datang dari dalam gaung dan mendekati kereta kami yang sedang bergerak. Dan kemudian aku dengar bunyi kereta ditepuk di bahagian bonet. Bergoyang kereta. Mula-mula sekali, kemudian seolah-olah tangan yang menepuk kereta tu menjadi ramai sampai nak bingit telinga. Aku dah terpekik terlolong, takut aku masa tu tak boleh aku nak cerita. Zikir ke mana, apa ke mana. Bunyi tepukan paling banyak di tepi tingkap aku duduk dan di bumbung di atas kepala aku. Agaknya makhluk-makhluk tu boleh menghidu ketakutan aku. Yunus masih alunkan bacaan ayat Quran, sedikit pun tak dengar ketakutan dalam suara dia.
“Sabaq naa Ku, kita dah nak sampai dah. Kita dah tak jauh, depan tu ja. Depa cari pasai sungguh. Hat (yang) dok tepuk kereta ni, kecik-kecik ja, depa dok tolak kereta sampai kita jatuh gaung” Yunus beritahu aku dengan suara bertempik kerana bunyi tepukan di kereta sangat kuat. Haaaa?…. nak jatuh gaung? Marah sungguh bunyinya. Aku juga berfikir, apakah yang dah kami buat sampai makhluk-makhluk tu marah sampai begini? Benda apa yang Yunus bawa sampai marah macam ni? Benda khurafat ke? Tak mungkin lah. Aku tahu Yunus takkan buat benda bodoh macam tu. Solat dan puasa tak pernah dia tinggal. Takkan nak buat benda bodoh.
Bila jalan rasa semakin lurus, bunyi tepukan makin lama makin kurang. Aku tak tahu apa ayat yang Yunus baca, tapi nampaknya ia berhasil. Bunyi tamparan atau tepukan pada kereta makin lama makin menipis macam debu ditiup angin. Kereta pun dan tak bergoyang. “Ku, hang dah buleh bukak mata, kita dah sampai”. Ya Allah, leganya…syukur. Rasa macam berabad-abad lamanya aku terperangkap dalam kereta. Perlahan-lahan aku buka mata dan pandang Yunus. Siap kenyit mata pada aku. Barulah nampak dia senyum lega.
Alhamdulillah, kami sampai pada simpang, ke kanan aku tak tahu ke mana. Melepasi beberapa buah binaan, nampaklah menara jam yang menjadi mercu tanda tenpat peranginan ni. Hujan masih lebat. Dingin yang nyaman, menghilangkan sedikit ketakutan aku. Tempat penginapan kami hanya sepelaung dari menara jam tu. Kedai dan restoran di bawah hotel tu pun sudah mula ditutup. Tidak banyak kereta yang kelihatan. Mungkin tak banyak pelanggan.
Yunus minta aku uruskan check in dengan alasan dia ingin memilih baju untuk dibawa ke atas. Gila pilih baju dalam hujan, tak pernah dibuat orang. Eleh.. nak merokok la tu. Aku cakap aku tunggu sajalah. Yunus perli aku “Takut ke heheh”. Aku tumbuk juga mamat ni nanti. Malas bertekak, aku mengalah dan uruskan check in dan tunggu Yunus di reception kecil motel tu. Kami dapat bilik tingkat 1, tepi tangga. Lama sungguh aku tunggu, tak nampak bayangnya. Lama gila pilih baju, getus hati aku. Risau, aku keluar menuju kereta. Yunus tiada di situ. Ah sudah, apa pula kali ni encik Yunus?
Hari sudah gelap dan semua lampu sudah terpasang. Sembahyang asar dan maghrib belum lagi. Makan pun belum. Ke mana pula mamat ni? Dari jalan masuk ke pusat peranginan tu, aku nampak Yunus berjalan ke arah motel meredah hujan. Beg pakaiannya ada di tepi tangga. Sekali lagi, dia kenyit mata. Main kenyit2 mata pulak kau, orang dah separuh m**i takut. Kami naik ke bilik, Yunus mandi dulu kerana basah ditimpa hujan. Masa aku mandi, aku dengar dia di telefon dengan datuknya. Lama mereka bercakap di telefon. Selesai solat, dia ajak aku turun merokok dan bawa makanan yang dibeli di pekan tadi. Hujan sudah mula reda dan kami duduk di bangku restoran. Dapatlah menikmati keindahan tempat The Little England.
Sambung lagi. Bahagian akhir – Cerita Yunus
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
sambung lagi la
Sangat menarik tak sabar nak tggu sambungan..Cameron Highlands mmg fav tpt saya
best citer, cpat la sambung. tazzabar…
Fall in love dgn yunus
wow..dah mcm perempuan kena kacau siap ada hero jaga..hahahah…maaf ye encik imaginasi saya tembus luar kotak pemikiran..