49c0ce73-58cf-41af-8a0e-fd7f6469e19f-659-000000f80aabf897_tmp

#ZaraStory -Misteri Langkawi Jelapang

Terima kasih FS approve cerita saya. Assalamualaikum pembaca FS, nama aku Zara. Cerita aku tak seram sangat pun. Tahun lepas 2015, aku bawak family aku pergi berubat. Dah berapa kali jumpa ustaz tu tapi aku tak pernah berubat, yg berubat just mak ayah aku, abg & kakak aku.

Sampai last nak berubat sebab mak aku nak buang benda lama yg mak aku taktau dia ada benda benda tu, dah selesai berubat, abg aku suruh ustaz tu tengokkan aku sebab aku yg paling susah nak kena santau/kacau. Aku taknak tapi ustaz tu panggil jugak, aku okay ja.

Ustaz tu tengok aku, dia gelak. Dia tanya aku, “hang boleh nampak kan?”, aku tersengeh sengeh, sebab memang aku boleh nampak cuma aku tak ambil port. Then dia cakap lagi, “dia ni boleh tau apa nak jadi, sebelum jadi dia dah tau, tapi awat hang tak habaq?”, sekali lagi aku sengeh & tunduk.

Yg lain semua macam tercengang, aku buat taktau jelah kohkohkoh. Bermula kisah kisah dalam hidup aku, aku boleh nampak cuma tak macam cerita lain, sikit2 ja, boleh rasa kat mana benda tu, boleh rasa apa nak jadi. Ustaz tu cakap kalau nak hijab terbuka lagi, banyakkan amal ibadat/ibadat sunat & zikir. Sekarang aku nak cerita benda pertama yg aku ingat semua.

Kisah 1
Langkawi
Baru baru ni aku ada bercuti kat langkawi 4 hari 3 malam. Malam pertama aku tidur motel area pantai chenang. Sebab senang nak lepak laut dgn ronda malam kat tepi jalan tu. Malam tu lepas ronda & keluar makan area situ, kami balik motel.

Tapi kak ipar aku sakit perut sangat2 sebab dia tak period dah 2 bulan macam tu. Bapak aku suruh bawak dia pergi klinik, klinik 24hours kat kuah. Memandangkan abg aku rabun malam, aku kena drive. Waktu baru keluar motel aku ambil jalan kiri, so terpaksa short cut bukit seram tu.

Bukit Malut Temoyong, rasanya nama dia macam tu kahkah. Jam baru 9 atau 10 malam tu, baru corner simpang kanan ja aku dah meremang even dalam kereta ramai. Awal jalan mak aku nampak dulu, dia nampak gerai usang tapi ada lampu & ada sorang tengah tengok ke arah kami, mak sampai pusing belakang punya tgk dia. Then start abg aku plak nampak & rasa, abg aku ni pantang sikit benda ni, kalau ada mesti dia naik “tok sheh”.

Dia start nampak macam2, aku lupa dia nampak apa tapi aku dgn dia nampak benda terbang. Last corner beb aku nampak benda terbang sampai melelong kereta waktu tu sebab terkezut gila, abg aku cakap rileks, focus! Akhirnya lepas bukit tu, kami pun back to normal hahahaha.

Actually petang tu kami naik van sapu & lalu bukit tu, celupar jugaklah hati aku ni, monolog dalam hati sorang2, “atas bukit ni mesti ada perempuan jaga. Tapi shoot wed lawa jugak”. Amek kau malam tu memang nampak perempuan terbang pun. Balik motel alhamdulillah boleh lena sampai bangun subuh tu tah apa benda yg dok ketuk almari kecik tepi katil, aku dok tunggu kakak aku ambil wudhuk, dia ketuk2, aku pusing dia diam, then ketuk lagi, lastly aku bangun pergi tgk siap jenguk belakang almari tu takda cicak pun, hek eleh amende tah.

Tapi kakak dgn mak aku ada cerita yg depa dengar org dok buat kerja dkt bangunan sebelah, ada bangunan baru buat, hairan gak sapa je nak buat kerja pukul 2 3 pagi kan. Kohkohkoh.

Malam kedua kami tukar motel, ambil hotel kat kawasan kg plak. Kami dapat bilik jauh pd mak bapak aku, mujur abg dgn kak ipar aku sebelah bilik kami ja. Malam tu aku lepak kat balkoni, konon nak ambil angin malam sambil tengok kg lah. Dah 11 lebih waktu tu, aku tak sedap hati sepanjang lepak sorang kat balkoni tu sebab kakak aku kat dalam, aku sorang kat luar.

Aku rasa kat hutan tu macam ada benda tgh perati kat aku, dekat kul 12 aku masuk. Kakak aku dah ready nak tidur. Aku still main hp. 12 lebih baru aku tidur. Dalam pukul 2 pagi macam tu aku terbangun, haa apalagi start lah dia mengusik. Mula2 aku dgr bunyi guli, haa sudah padahal bumbung simen. 2 3 kali dengar tapi aku buat taktau. Yg aku terkejut tiba2 dalam bilik air bunyi pancuran hujan tu, toilet betul2 tepi katil aku beb, mujur aku tutup pintu toilet.

Bukan sekali tapi selang 10 minit macam tu ke aku dgr, aku perati je kakak aku tidur sedap, aku jugak bersengkang mata. Then tiba tiba dengar ketukan kat sliding door balkoni tu, 3 kali dia ketuk, perghhhh kecut perut aku waktu ni. Kakak aku rilek je tidur padahal dia tidur tepi sliding door tu. Terus aku on tv, waktu tu sukan rio, layan jelah even aku tak suka sukan. Dalam toilet memang dia dok main air lagi, aku langsung tak boleh pejam padahal ngantuk sgt. Rasa mcm ada org dok perati aku. Tah cemana akhirnya kul 4 pagi aku tertidur jgk sampai subuh. Hari berikutnya alhamdulillah takda apa jadi sampai aku balik penang.

Kisah 2
Terowong jelapang
Kat sini takda kisah teruk sangat. Waktu pergi tu okay ja sebab awal pagi, hujan pulak so kabus banyak memang best lah. Pertama kali aku lalu terowong tu, memang jakun sangatlah sebab selalu tengok kat dalam tv ja hahahahahahaha. Aku pergi cameron highlands waktu tu, waktu pergi okay ja.

Waktu balik tu lepas asar baru gerak balik, kawasan tu banyak gak orang asli, memang tempat depa kan. Mak aku nampak anak2 orang asli dok main, tapi dia perasan ada sorang tu pakai baju putih semua, waallahualam lah kan. Yg aku nak cerita is waktu masuk terowong jelapang, ngam lepas maghrib masuk terowong tu.

Sebelum masuk kami buka tingkap sebab naik bukit kan so tutup aircond dulu, elok nak dekat masuk kami tutup tingkap. Baru masuk aku dah dengar perempuan menjerit, aku buka balik pastu abg aku marah suruh tutup tingkap balik. Aku tutuplah, still dengar bunyi tu.

Then tak dengar dah, dekat hujung2 terowong tu dengar lagi kuat amat sampai berkerut muka aku sebab kuat sangat dia menjerit, aku tengok yg lain semua diam, lepas keluar terowong tu aku tanya, “weyh hangpa dengaq dak bunyi menjerit tu?”, terus abg aku Ya Allah hang tegoq awatttt, kak ipar aku mak aku pun bising.

Eh manalah aku tau, aku nak make sure je aku sorang ke dengar or semua dengar. Abg aku cakap sapa lalu situ semua dengar, bukan aku sorang. Ada aku tanya kawan2 aku yg suka konvoi sana, depa marah aku sebab tak reti jaga mulut. Abg aku siap pesan lepas terowong ni jangan dok tegur apa2 kalau hang nampak. Aku pun berhuhuhu jelah sebab tak nampak apa.

Cuma nak tanya, serius ke terowong tu macam tu or bunyi angin? Sampai harini aku teringat lagi jeritan tu, sumpah seram gila. Haa tu ja kot. Actually macam2 jadi tapi yg tu ja aku nak share. Kalau hangpa suka aku share lagi In sha Allah. Now pun dalam rumah aku macam ada benda, sebab semua rasa lain. Waallahualam lah gais. Okay thanks sudi baca. Assalamualaikum.

– hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

7 comments

  1. Org kita ni mmg suka acah acah berani. Molot mmg tak reti nk jaga. Ikut dan main tegur je..wpon hijab terbuka sekali pon..jgn berani sgt…sekali da terkena..kan da menyusahkan org lain..

  2. alhamdulilah, tiap2 tahun gi langkawi, dah 10 thn pun, bukit malut temoyong tempat favourite sy mkn seafood, petang2 pun suka jln kt situ coz view dia mmg awesome, x pernah pun terserempak benda yg bukan2.. kita pegi nk holiday dan relaks bukan nk cr dia.. insya allah dia pun x cr kita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *