Cerita ni masa aku sekolah dulu. Lebih kurang 12 tahun dah berlalu. Aku orang Sarawak, sekolah di sebuah skolah di Kuching. Tapi sekolah aku tu kawasan dia luas. Ada 2 padang bola sepak seluas stadium negeri. Ada kawasan dibangunan lama, padang kecik dijadikan tempat latihan atlit olahraga, silat dan macam2 aktiviti kecik. Bangunan lama tu ada 4 tingkat. Tingkat 1-4 dijadikan tmpt simpanan rekod cikgu. Dibahagian ground floor ada klinik skolah dan pusat kaunseling,belah kiri bangunan ada satu tandas 6 pintu siap ada pancuran untuk mandi bagi ahli sukan yg lepas berlatih sebelum balik ke asrama. Biasanya budak budak lelaki yang main bolasepak je yang mandi kat situ.
Bangunan baru ada 5 blok. 4 blok bersambung seperti satu kotak besar. Cuma blok ke 5 diasingkan dekat dengan bangunan lama. Blok ke 5 tu khas untuk pelajar seni. Kesusateraan ke,kelas seni lukis, ERT,kelas memasak menjahit semua kat situ. Dewan pentas untuk pelajar aktif dalam kelab drama dan teater pun ada.
Kenapa aku cerita pasal blok sekolah ni? Sebab aku nak korang bayangkan betapa luas nya kawasan sekolah. Even asrama and kuaters cikgu pon, kalau jalan kaki ambik masa 10 – 15 minit. Jauh nya macam gampang kalau ada cikgu yang tertinggal barang mintak kita amikkan.
Nak dijadikan cerita, kawasan sekolah dekat dengan hutan belantara yang belum dibangunkan apa3 bangunan pon. Pagi2 memang sejuk mcm genting atau cameron. Berkabus tebal kalau hujan. Tu masa tahun 2003 lah masa kejadian yang aku nak story ni.
Kebanyakkan kami ni semua budak2 kampung yang berdekatan sekolah yang sekolah kat situ. Kalau ada orang luar pun, mesti anak cikgu ,anak askar anak polis dari merata tempat. Kalau dah duduk sekampung, semua muka kita kenal.
Start cerita seram dah ni. Kesah mula bila sorang mamat nama Zulkarnain ni masuk sekolah kami. Difahamkan dia tu Top Student sebuah sekolah di Miri. Pindah ke Kuching sebab ikut mak ayah dia. Rekod main bola dia tip top, sampai lah bebudak kampung aku yang skolah kat situ bertuhankan Zul ni. Dia lah yg start bagi kasut branded kat budak2 bola sepak. Ada lah gaduh2 bila sorg xdapat sorang dapat. Sentap sampai bertumbuk. Zul ni anak emas sekolah. Cikgu backup je dia sebab dia tu baru masuk je dah join kelab bolasepak, kebetulan 3 hari lepas dia masuk tu ada game antara Daerah.
Sekolah aku menang dan dapat duit rm10k. Cikgu pon suka lah kan. Pastu lama lama masa dh dekat nak SPM Zul ni hilang tiba2. Tak datang sekolah. Mak dia cari kat sekolah, tapi ada yg kata Zul pegi camp bola di KL. Semua pelik takkan mak dia tak tahu. Dan yang cakaap tu Cikgu Anuar. Coach bola sepak skolah. Rafi plak captain team bola diam je masa cikgu besar tanya dia pasal Zul. Sekolah jadi kecoh. Mak Ayah zul dah report polis pasal Zul.
Apa kaitan ngan aku Zul ni? haa. Sebab nya arwah kawan aku Mona (nama betul dia) gelfren si Zul ni. Mona plak aktif dalam unit Pengakap. Jadi kitorang ni selalu pergi camping sebab nak join Jamboree kat N.9 hujung tahun tu.
Bila diingat balik kisah kehilangan Zul…
Bulan Mac kitorg kelab Pengakap ni camping dalam kawasan sekolah je. Yang kelab2 lain semua camping luar kawasan. Sebab kitorang dalam sekolah, cikgu2 sambil lewa je ktorang xde sapa tengok. Pak Gad pon cuti 3 hari sebab sekolah cuti masa tu. ktorang camping dalam 15 orang. 5 orang senior dan 10 orang junior. Camping ni untuk junior3 dapatkan lencana diorang. Mona,Aku,Fakri,Suhaimi,and Dani jadi troop leader utk camping tu.
Kitorg diberi 5 tent and 1 tent untuk kegunaan lain. Kawasan camping pulak paling hujung sekali selepas padang bola sepak yang kedua. Jauh dia macam aku nak ke rumah aku ada lah dalam 20 minit nak ke pagar depan sekolah. Kuaters2 semua gelap cikgu2 balik kampung. Asrama apatah lagi.
Hari Pertama Camping ada camp bola sepak. Jadi ktorang tak kesunyian sangat bila team bola sepak sekolah ada training sampai pukul 6 kat padang dekat ngan base camp. Yang aku ingat masa tu Mona dan Zul dah kapel. Aku pon tahu Mona tu nak badan sasa macam Zul. Rafi plak dah lama mengorat Mona tapi xdapat3.
Perangai setan masa sekolah biasalah kan. Rafi tu mengamok lah bila tahu Mona terima si Zul. Yang aku pelik Zul tu boleh tahan hensem, badan sasa lah jugak, tapi kulit gelap sikit. Mona ni kontra abis dengan Zul. Mona ni gempal sikit, bontot besar sikit, pastu muka dia berjerawat jugak, muka cengey tapi boleh dapat Zul. Tak pelah mungkin cinta monyet kan. Masa tu aku ni bebal jugak bab agama ni. Main bedal je tepuk tampar lelaki.
1st day camping semua okey. Junior 10 org belajar pasal cmne nak dirikan khemah, cmne nak buat unggun api..simpulan tali. So blaja2 pon dh dpt lencana lepas abis camping nanti.
Hari kedua tak ada sesiapa dalam sekolah kecuali ktorang. Siang tu aktiviti wajib, aktiviti fizikal. Buat itu ini sampailah nak ke maghrib. Masa maghrib tu, aku ngan Mona ke tandas bangunan lama tempat budak2 bola sepak mandi. Mona kata dia nak jumpa Zul sekejap sebab Zul datang hantar makanan sikit kat Mona. Aku pon agak lah mesti Zul ni guna lobang pagar kat belah belakang kuaters cikgu. Itu lobang jahanam nama dia. Sebab yang duduk asrama selalu keluar ikut lobang tu, sorang cikgu pon xperasan kewujudan lobang tu. Lama jugak aku tunggu Mona.
Ada dalam 30 minit. Nak blah dulu ke base camp, Mona plak mintak tunggu. So aku tunggu lah dia. Tak lama lepas tu, Aku tengok Mona datang dengan rambut serabai. Muka pucat je, lampu jalan kaler oren buat muka dia macam hantu. Aku agak dia buat benda tak senonoh dengan Zul. Pastu aku balik ke base camp dengan dia berdua. Aku tanya soalan dia jawab sepatah. Dalam gelap aku xnampk reaksi muka dia.
Tapi tiba2 depan blok 5 tu Mona kata “private part” dia sakit. Rasa ngilu semacam. Aku pon xberapa faham sangat masa tu, cuma boleh suruh Mona duduk dulu rehat. Aku dengan dia duduk dekat tangga kecik depan dewan kelab drama. Aku tak larat dah nak tanya Mona apa benda dia buat. Tapi dia sendiri dah bagitahu aku.
” Mok, kalau aku mengandung macaman?” Ye panggilan Mona kat aku ialah Mok a.k.a Gemok.
” Oih,buat apa sampai mengandung?” Aku tak dapat tengok muka Mona masatu. Gelap sangat.
“Mok..tadi..Zul… aku dengan dia..” teragak2 aku dengar ayat dia. Tapi kepala aku ni boleh tangkap apa dimaksudkan dia.
“Alah kau ni. dah2 lah. Pandai makan pandai lah simpan” Aku dengar Mona tergelak kecil. Dia ajak aku balik ke base camp tapi dia nak lalu kantin dulu. Jadi aku agak Zul tunggu dia kat situ sebab dekat dengan kuaters cikgu, lobang jahanam tu dekat situ jugak. Aku teman dia sampai ke kantin dan aku jalan sorang menuju ke base camp. Masa aku nak blah dari Mona and Zul tadi, aku dapat dengar Zul tanya Mona.
“Nak lagi tak, i belum puas lagi”
“Em ikut u lah..”
Dalam gelap tu aku tahu mesti Zul dengan Mona beromen di kantin. Gila dorang tu. Selang 15 minit Mona tak sampai2 ke base camp. Aku dah risau takut apa2 jadi. Entah kenapa malam tu aku rasa tak sedap hati. Macam2 aku pikirkan. Aku tengok jam Fakri di tangan dia, dah pukul 1:30am. Aku pon tak berlengah, ajak Fakri cari si Mona dan Zul.
Nasib baik Fakri ni jenis gentlemen. Dia teman aku. Tapi kenapa tah dia tu bekal pisau kecik diselit dia kat tepi poket seluar. Aku ikut Fakri dari belakang. Tempat pertama aku tuju mestilah kantin sekolah. Last tempat aku berpisah dengan Mona tadi. Tapi hampa. Tak ada sesiapa kat situ baik Zul atau Mona. Aku dah tak sedap hati risau Zul bawak Mona kemana2.
Fakri suluh kawasan kantin. Tapi aku nampak ada seluar Mona diatas lantai kantin. Aku mintak Fakri suluh semula kat tempat tadi. Tapi aku silap, mata aku mungkin silap tengok. Tak ada apa2 dilantai tu. Aku mula takut sebab aku memang tengok seluar Mona sebentar tadi.
“Mimi, kita cari kat belah blok 5 lah, situ kot dorg pegi” Fakri mengajak aku ke blok 5.
“Fakri, aku takut lah. Kita ajak yang lain sekali boleh tak? Balik base camp dlu.”
Fakri mencadangkan dia tunggu di kantin sementara aku ke base camp untuk memanggil Dani dan Suhaimi. Tapi bila aku sampai ke base camp, Suhaimi dah tidur. Junior2 pun dah tidur sama. Dani je yang masih sibuk menambahkan kayu dalam unggun api. Aku ajak Dani teman aku dan Fakri cari si Mona.
Aku dengan Dani sampai di kantin. Dani hisap sebatang rokok. Dani suluh merata2 tapi tak nampak si Fakri.
“Mana Fakri? ” soal Dani
” Tadi sebelum aku ke base camp panggil kau, Fakri kata dia tunggu kat sini. Tapi maybe dia dh ke blok 5 kot”
“macam tu,jum lah ke blok 5, kau rapat sikit dengan aku jangan jauh2. ”
Walaupun tu kawasan sekolah, tapi aku dapat merasakan seram jugak waktu malam lebih2 lagi semua org tak ada, hanya kami 15 org jer. Sampai di blok 5 Dani memekik memanggil Fakri. Tapi Fakri tidak memberi jawapan langsung.
Dani mengajak aku ke bahagian belakang blok 5, tempat paling terang dlm sekolah. Sampai dikawasan itu, Dani ternampak Fakri terbaring. Kepala dia berdarah.
” Fak..Fak..kenapa ko ni”
Fakri pengsan. Dani mengelabah. Dani mencadangkn kitorg berdua bawak Fakri ke base camp. Mona dan zul terus aku lupa.
Aku dan Dani berusaha mengangkat Fakri sehingga ke base camp. Sampai di base camp, Dani mengeluarkan peti kecemasan. Dia mencuci d***h di kepala Fakri. aku menyiram air dimuka Fakri. Dalam 10 minit Fakri tersedar. Dani nampak lega. Fakri duduk dan kelihatan muka nya pucat.
” Fakri mcmana kau blh jadi macamni?”
Dani menyoal. Fakri diam sebelum menjawab soalan Dani.
“tersadung. korang tak nampak bonggol batu tadi? kat situ lah aku jatuh.”
“kenapa kau ke belakang tu ri?”
” tadi masa aku tunggu Mimi dengan Kau, aku nampak Mona berlari ke belakang tu. Aku pon kejar lah panggil dia. Tapi aku tersadung, lepastu aku dah tak sedar..tapi aku…”
Belum sempat dia menghabiskan kata, ktorg bertiga dikejutkan dengan guruh. Tak sempat beralih hujan turun. Kami bertiga berteduh dalam khemah khas. Bimbang keselamatan junior lain, Dani mengajak aku memeriksa keadaan mereka. Kami berdua keluar dengan memakai baju hujan. Keadaan junior semua kelihatan okey. Cuma yang memeningkan aku masa tu, Mona.
Aku terpaksa berterus terang dengan Dani dan Fakri.
” Dani, Fakri sebenar nya tadi Masa aku mandi dengan Mona, dia jumpa Zul. Last sekali tu Mona mintak aku pergi dlu ke base ni, dia lepak ngan Zul kat kantin”
” Mimi kenapa kau tak bagitahu awal? Zul tu..” Tak sempat Dani menghabiskan kata, Kami bertiga sekali lagi dikejutkan dengan guruh. Tapi kali ini kelihatan Zul berlari menuju ke base camp kami.
” Mona mana?? Mona!!!” Zul menjerit bertanya kepada kami.
” Oi kau ni tak beradab ke? Kitorg pun tengah cari Mona” Dani bengang bila Zul memekik.
” Zul, tadi bukan ke kau teman dia di kantin?” Aku mula musykil.
” Kepala hotak kau. Aku cakap kat dia semalam pukul 2 pagi aku datang. Aku tunggu dia kat depan gate. Ni dah pukul berapa dia tak datang3???
Aku jadi makin bingung. Habistu yang Mona jumpa tadi siapa??? Aku bagitahu perkara sebenar kepada Zul. Zul beriya menyangkal yang dia datang bertemu Mona awal tadi. Zul kebingungan bimbang jika Mona dalam keadaan bahaya. Aku Dani Fakri dan Zul mencari Mona semula walaupun hujan semakin lebat. Terpaksa kami kejutkan junior supaya mengunci zip khemah dari dalam untuk keselamatan mereka.
Dalam kawasan bangunan sekolah, kami berempat mula mencari di kawasan kantin. Zul memekik bila melihat susuk tubuh seseorang berlari menuju ke blok bangunan lama.
Dalam hati aku, memacam pekara aku fikirkan. Adakah Mona selamat? Selama 1 jam kami mencari,kami buntu. Tetapi Zul tidak kelihatan. Dani memandang Fakri. Fakri hanya menggeleng kepala menandakan dia juga tidak faham apa sebenar yang terjadi. Jam menunjukkan pukul 3:45 am. Fakri mencadangkan kami blik semula ke base camp.
Malam itu aku tertidur disebelah Fakri. Badan dan kepala aku dah tak larat. Penat meredah hujan berlari ke sana sini. Ulang alik ke base camp.
Baru sekejap aku tidur aku dikejutkan suara junior2 menyanyi. Mungkin mereka merasa gembira kerana Ahad ialah hari terakhir perkhemahan tersebut. Ada antara mereka sudah bersiap untuk pulang. Hanya tinggal aku, Dani dan Fakri. Dalam kelesuan, aku dan Dani menghantat alat khemah ke stor dibangunan belakang kantin. Aku masuk ke dalam stor. Masa aku masuk, aku tgk ada satu benda berbungkus dengan kain. Aku selak dengan kaki..yang aku nampak ialah Mona.
Aku memanggil Dani. Dani meluru masuk. Dia lega melihat Mona tapi aku dapat merasakan Mona tidak sedarkan diri masa tu. Aku merasa sesuatu yang aneh. Apa yang aku tengok malam semalam, ternyata benar. Seluar Mona bertukar. Semalam yang aku ingat Mona memakai seluar poket tpi hari ini dia memakai seluar tracksuit. Mata nya kelihatan lebam dan mukanya kelihatan mengerekot. Aku menangis dan meminta Dani menelefon ambulans untuk Mona.
Dani menuju ke public phone di depan bilik kaunseling. Aku ternampak Dani menegur cikgu Anuar yang baru keluar dari bilik itu. Dani meminta pertolongan dari Cikgu Anuar. Cikgu Anuar melihat keadaan Mona dan membawa dia ke dalam kereta. Aku yang masa itu sangat keletihan untuk memikirkan sebarang kemungkinan hanya diam menurut kata sahaja. Kami semua termasuk Fakri menuju ke Hospital Besar Kuching. Mona dilaporkan sudah tidak bernyawa akibat kurang oksigen. Alasan yang diberikan ialah Mona terperangkap dalam bilik stor peralatan sukan dan perkhemahan.
Polis mengambil keterangan dan berjumpa dengan pihak sekolah. Pihak sekolah meminta cikgu Anuar dan kami bertiga untuk tidak merasa bimbang kerana perkara itu tidak akan di hebahkan kepada umum. Aku kembali ke rumah. Masih bersedih dengan pemergian Mona. Zul juga tidak tahu kemana.
Sehingga lah penghujung tahun, kehilangan Zul terjawab apabila Cikgu Anuar mengamuk kepada pihak sekolah yang masih tidak memberi duit insentif seperti diminta.
Cikgu Anuar seperti kerasukan petang itu. Kami yang sibuk menguruskan pementasan teater, didatangi Cikgu Anuar secara tiba-tiba. Dia mencekik Dani dan Fakri. Nasib kami baik apabila Cikgu Andrew melalui dewan pementasan pada masa itu. Cikgu Anuar bertumbuk dengan Cikgu Andrew sehingga terlepas yang dialah punca reputasi sekolah naik bukannya Zul.
Bila difahamkan rupanya cikgu Anuar menyimpan dendam apabila dia hanya mendapat wang saguhati yang sedikit, tetapi Zul mendapat jumlah yang banyak. Akibat dari perasaan dendam itu, Cikgu Anuar mengumpan Zul tetapi Mona melihat semua muslihat cikgu Anuar sehingga Mona turut menjadi mangsa. Mona dirogol oleh Cikgu Anuar dengan mengugut jika Mona memberitahu sesiapa dia akan m******h Zul. Kehilangan Zul sebenar nya dia dibawa ke rumah cikgu Anuar dan disimpan dalam stor. Zul ditemui namun Mona tetap pergi selamanya..
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
astaghfirullahalazim.. ?
apa yg misteri kat situ????
Misteri ade. Misteri kehilangan Mona & Zul . Cuma seram tu kurang. Apa2 pun semoga roh Mona tenang disana.
betul ka cerita ni?
Tajuk kena tukar kot…Misteri Mona / cikgu anuar….sbb watak zul cuma hilang je..yg utama mona ..sorry …cadangan je hehe…pe pn nice story..Al Fatihah utk arwah Mona
jap…kira yg mona jumpa tu cikgu anuar la bkn zul?ke dia ingat dia jumpa zul tp sebenarnye cikgu anuar? fenin jap
“Jauh nya macam gampang kalau ada cikgu yang tertinggal barang mintak kita amikkan..”
Tang ni akk paham sesangat betapa hangennye perasaan ble kena jd runner tukang amik barang…
Bapaklah besor sek ko kan…
Kagum akk bayangkan dik…
Kay masuk part keliru plak…
1- yg memule Mona jmpe+ehem2 tu dgn sape???
2- yg kali kedua Mona jumpe Zul dan siap Zul tanye soalan tu sape pulak klu katenye Zul dh kena culik Cgu Anuar…???
3- bilenye part Cgu Anuar ‘perkeso’ Mona sbb gaya Mona mcm sukarela je plak mse tanye psl pregnant tu…???
4- selama yg Zul ilang tu mknanye selama tuler Cgu Anuar kurung die ekk???
5- Zul ilang bape lame???
6- kirenye Cgu Anuar yg b***h Mona, pakaikan suar lain dan letak die dlm stor sukan tu???
7- PALING SERIUS: Gilor apo buat camping tp Cgu lgsg xde yg incaj pastu boleh ekkk Pak Guard semua cuti dan sek lgsg x berkawal camtu jer????????????
Akk yg x paham ke atau akk dh dikaburi dan terlepas pandang ni…
Harap soalan7 akk berjawablah ekk klu x kang akk join mengimarahkan Tg Rambutan plak kang…
Adooiiii pening+penat berpikir…
“Sehingga lah penghujung tahun, kehilangan Zul terjawab apabila Cikgu Anuar mengamuk kepada pihak sekolah yang masih tidak memberi duit insentif seperti diminta…”
Setau akk korg camping bln Mac…
Hujung tahun br Zul dijumpai????
Lamenyeeeee die kena kurung…
Cemane keadaan Zul mse dijumpai???
Die kena ikat sepjg mse ke waktu dikurung sbb bkn sng gak tu Cgu Anuar nk tutup jejak sebarang bunyian yg boleh mencurigakan org sekeliling…
” Mimi kenapa kau tak bagitahu awal? Zul tu..” Tak sempat Dani menghabiskan kata, Kami bertiga sekali lagi dikejutkan dengan guruh…
Uiiisshhh…
Ni plg akk xleh terima…
Ape yg Dani cube bgtau psl Zul tu…????
Adeeehhhhhh tolong abiskan ayat tu…
kak yulie relaks sabar sabar
Huwaaaaa…!!!!
ggwp
Boring…mula2 ok jalan cerita.bila dah hujung stat mengarut.lol.
mula-mula baca nmpak mcm citer betol. tapi last paragraph endingnye nmpk tak real langsung.
StoryPlot – 8/10
Penulisan – 8/10
Seram – 1/10
Misteri – 6/10
Cerita cliche mcm sinetron ptg2 ., btw, nice work ,Atok suka part “Cikgu Suraya” tu ..keep it up
bgus