#Zuri : Kerana ‘Like’ Badan Binasa -Full

Terima kasih saya ucapkan pada yang telah sudi membaca 3 siri kisah Mayang. Sekali lagi saya ingin berkongsi dengan sedutan kisah iri hati dan hasad dengki. Ini kisah kedua dari saya. Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata, tiada kaitan yang hidup atau pun yang telah m4ti. Ribuan  terima kasih kepada FS jika kisah kedua ini bersiar lagi disini. Jadi Selamat membaca.

Diterbitkan pada 31/10/2017 @6:00p.m Selasa

Pagi Isnin. Bukan semua orang akan berminat dengan hari Isnin kecuali penganggur. Suria memandu keretanya ketempat kerja. Kesesakkan lebuhraya KESAS membuatkan dia keluar awal tiap pagi menuju di tengah ibu kota Puchong. Dalam kesesakkan itulah dia melayan jiwanya, penglihatan dia lebih tertumpu kepada pengguna jalan yang lain. Telatah pemandu disitu membuatkan hatinya tercuit sendiri. Mana tidaknya, ada yang sampai terhangguk-hangguk menahan mengantuk, yang bernyayi, yang membaca buku, melayan telefone ditangan dan ada juga yang membuka cermin merokok. Terus terdetik dihatinya lalu dicapainya telefone dibawah radio dan menangkap gambar permandangan dihadapannya. Dia melihat semula gambar tadi.

“Laaa…logo stereng tak masuk pulak….”. Suria menangkap lagi gambar dan kini bersertakan logo melambangkan kereta yang dipandunya. SUZUKIA SWIFT.

“Da keluar awal pun jem lagi. Nak mintak Hubby belikan helicopter pulak la. #SuzukiaSwift #jemterok #fedup”. Status di Facebook ditulis, kemudian Suria menekan button ‘Post’ yang tertera. Status tadi sudah pun tertera di laman Facebooknya. Lalu dia melentakkankan kembali telefone dibawah radio.

Kini lagu diradio menarik pendengarannya. Suria turut bernyayi bersama dengan irama diradio, bagi menghilangkan rasa bosannya. Dengan tingkap ditutup rapat, dia yakin yang orang lain tidak dapat mendengar nyayian dia yang sungguh merdu itu.

“Sungguuu…sungguuu ku sayang padamu..Yinduu..memang yinduku padda mu, tak perlu kau tersiksa meyinduuuwi diriku…perkhh”. Ibarat menyanyi yang keluar dari hidung bukan mulutnya. Lunak sungguh bisik hatinya.

Selepas beberapa minit mengharungi kesibukkan dijalan raya, kini Suria sampai ditempat kerjanya. Masih belum terlambat untuk ibu jarinya untuk dithumbprint yang terletak ditepi pintu utama. Suria terus ketempat duduknya. Suria mengambil telefone dan terus membuka account Facebooknya.

“La ? Baru 45like ?”. Suria hampa, begitu la dia setiap kali dia update account Facebooknya, hanyalah kiraan ‘Like’ yang diharapkannya. Beberapa komen langsung dia tidak hiraukan. Komen yang hanya dari teman-temannya yang membosankan. Kemudian datang la rakan-rakan yang lain ketempat kerja. Suria mempunyai kroni dia sendiri yang terdiri dari 3 orang rakan sekerjanya. Seperti biasa, melalui applikasi WhatsApp group Suria memberi arahan pertamanya.

“Pantry ! Now ! Now ! Sarap ! Aku masak nasik goreng ikan tempura ni”.

“Ok copy-copy”. Helena.

“Move….Move…..”. Laila.

“Sat lagi saya mai..”. Fatimah.

Begitulah setiap pagi hari bekerja buat mereka, Suria, Helena, Laila dan Fatimah akan berkumpul dipantry bersarapan pagi bersama. Sambil itu akan berbincang dengan topik penting atau isu-isu semasa yang berkaitan didalam negara.

“Weh, kau ade tengok tak Facebook semalam ? Gile larhhh….Kamalan Adli break dengan Ema Laembong siot..”. Suria

“Ade Sis !! macam tak percaya la ! Tapi tu la, padan la muke si Kamalan tu..pegi couple dengan budak-budak da kenapa…hahahahaha”. Laila. Kemudian Helena mencelah.

“Tu tak gempakkkkk…ini lagi gempakkkk, Hafiz Hamiwun sah bercerai talak satu dengan Joy Kevlar….arghhhh”.

“Arghhhhh…..”. Mereka bersama ketawa dan mengilai-ngilai. Kecuali Fatimah.

Fatimah. Seorang gadis kampung. Bertudung. Beperwatakkan lembut, sopan santun dan baik tutur caranya. Orang kata ori melayu. Fatimah masih belum berkahwin. Pemalu. Persis Mira Filzah.

Suria. Sudah 3 tahun berkahwin, masih belum mempunyai cahaya mata, bersikap terbuka, lantang bersuara. Berpakaian ala vogue sesuai dengan jawatan yang disandangnya. Persis Fasha Sandor

Helena. Berperwatakkan menarik, free hair blonde, suka menonjol, digilai jejaka-jejaka office, dan alahan terhadap sikap manusia. Nak go to the straight only. Full stop . Masih tidak berpunya dek kerana maintenance yang tinggi. Hantaran sahaja 25K dipinta, sudip dengan senduk pun dia tak reti nak beza. Yang ni ala Tiz Zaqyah.

Laila. Bertubuh gempal. Namun cantek bila tersenyum, sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Senang dibuat kawan kerana sifatnya yang terbuka kepada sesiapa sahaja. Ntah la nak padan kan dengan siapa. Kita cuba Enot.

Dalam group whatsApp “Geng Anti Sajat” yang diberi nama, Fatimah paling banyak berdiam diri, lebih bersuara bila ditanya sahaja. Maklumlah, si Fatimah ini masih muda lagi. Seharian dioffice mereka bekerja. Mereka cukup rapat bersama, tak kira dimana, akan nampaklah ini mereka berempat. Suria memegang jawatan Chief Executive disyarikat beliau bekerja. Ini menjadikan beliau berjawatan tinggi dari yang lain. Dan secara automatiknya dia menjadi ketua dalam mereka berempat ini. Suria lebih suka mengarah mereka walau bukan hal berkaitan kerja. Sedikit sebanyak menimbulkan ketidakselesaan didalam ahli mereka.

Suria suka menceritakan hal-hal kehidupannya di laman Facebooknya. Bercerita bertapa indahnya hidup beliau dan suaminya. Setiap barang yang dibeli turut juga dimuat naik dilaman Facebooknya. Menunjukkan yang beliau hanya membeli barang yang berjenama bukan dari barang-barang gred copy triple A. Like ori seumpamanya.

Pada suatu hari, beliau ke pusat membeli belah yang terkemuka dengan sang suaminya, Dia masuk kedalam satu butik seluar jeans Leviz, setelah membelek sehelai dua, kemudian dia membelinya. Diarahkan suaminya pula menangkap gambarnya bersama beg kertas yang berjenama Leviz itu.

“Hubby….tangkapkan gambar I kejap, make sure gambar full body yer !”. Suria memberi posing maut sambil menjinjing keatas beg kertas Levisnya. Jinak pula suaminya hanya menuruti kehendak isterinya walau dia tahu itu adalah satu perbuatan yang tah apa-apa. Kemudian Suria dengan pantas menghantar gambar tersebut ke group WhatsApp “Geng Anti Sajat”nya.

“Weh Leviz tengah sale ni wehhh…aku beli 3 pasang ni..Murah sangat wehhh”. Suria.

“La ? macam mane lak aku tak boleh tahu lak Leviz ade sale ni ! Kat mane ? Berape less tu ?”. Helena.

“Dekat Lot Teng niee..Cepat weh kang habis, aku beli 3 pasang ni baru RM650 ! gile punyer murrrr..”. Suria.

“Bapakkk ahhh gilerrr murrrr…tapi belum gaji la nok..kau sedap la paw laki..”. Helena.

“Kan untung ni kalau da berlaki…hahahahahaha”. Suria.

“Laki aku belom gaji laaa, kalau da gaji pun kompem ke Danau aku diajaknya”. Laila pula.

“Alaaaa, heret la die datang sini, cakapla bukan selalu ade sale barang ori..kannnnn..”. Suria.

“Banyaknya akak Su beli seluaq…sampai 3 helai nak p manaaa”. Fatimah.

“Beli sementara ade sale ni Ti, kang tak ade sale da jadi mahal balik, ni beli pun bukan pakai..saja simpan”. Suria.

“Untung la nohhh, dapat husband ade duit banyak ni, teringin jugak..hehe”. Fatimah.

“Carilah Ti, senang hidup kau nanti, kite belom bergaji pun boleh kelua shopping chenggini”. Suria.

Namun perbualan mereka terhenti di situ. Helena dan suaminya pergi ke kedai makan pula. Selepas duduk, dengan kelam kabutnya Suria mengemaskini laman Facebooknya.

“Bahagianya bila bersuami…thanks Hubby melayan kerenah isteri tercinta..Muaah. Penat shopping, sekarang time untuk makan”. Hashtag #KennyLoges #Leviz #SayangHubby #BahagiaBini #AkuyangPostKaupulakYangMenggeletis. Lalu dimuatnaik sekali gambar beliau dengan beg kertas Leviznya berserta resit pembelian, kemudian Suria memilih lokasi. ‘Lot Teng Kuala Lumpur’. Setelah berpuas hati Suria menekan butang ‘Post’. Maka tertera la gambar beliau di laman Facebooknya yang dapat dilihat oleh rakan-rakannya. Bertalu-talu like dan komen yang masuk. Hatinya berputik gembira kerana ramai yang menyukainya. Namun tidak semuanya begitu. Ada sepasang mata yang sakit melihat Suria yang begitu menunjuk tentang kehidupan mewahnya.

“Hek eleh, reta laki kau boleh la nak belagak ! macam orang nak hadap je kau ni ! sampai resit pun nak tunjuk jadah ape kau ni ! menggelabah tenok hutan eh aku panggg kang !!”. Gumam sihati pemilik mata yang sakit itu. Namun dia tetap menekan like digambar Suria.

Saban hari Suria suka bercerita hal-hal kehidupannya didalam Facebook. Si pemilik mata terus menerus terasa sakit hati yang tidak dapat dibendung lagi. Namun apakan daya, dia hanya mampu menekan like dan komen sahaja disetiap gambar dan status Facebook Suria. Dia berlindung disebalik keceriaannya memuji si Suria. Berlakon seakan suka dengan setiap perbuatan Suria. Hipokrit semata-mata.

“Nama IC Nur Sukerti Apendi, name kt Facebook nak Suria Flawless Gojes aje ! Malu lettew dengan nama kampung dia tu ! bhahahaha”. Tertawa sendiri si pemilik mata.

Hari demi hari berlalu, Suria bertanyakan sesuatu kepada suaminya.

“Hubby……..boleh tak I nak tuka kereta baru ? kereta sekarang da boring la…”.

“Haihhh…kereta tu baru 2 tahun da nak tuka baru da ? Kan I beli tok present 1st anniversary kita dulu”.

“Alaaaa….i teringin la nk bawak kereta baru, kereta ni kite trade in la buat muka kereta baru yer Hubby ?”. Suria menggeliat.

“Yelaaaa…yelaaaa…kereta apa pulak yang u nak kali ni ?”. Seperti mengeluh, sambil memegang remote TV si suami mengalih channel ke berita TV3suku.

“Hah ?? Betol ke ni Hubby ?? Yeayyy….i nak Toyito Vios yang paling latest tu ! Yang kaler merah merelip-relip tu..hehehe”. Merenyeh Suria disebelah suaminya.

“Hurmmmm…..nantilah kite pergi tengokk…”.

“Weeeeee kereta baruuuuu….Hubby ! Nak TRD Sportivo taw ! tak nak yang biase.”

“Amboii !! mahal tu u !”.

“Alaaaaaaa………..please la Hubby…nak pakai lama kan, kang mane la tahu rezeki kite dapat anak, kan da senang da ade kereta yang besar sikit..”.

“Ok la sayang oii…nanti la kite pergi tengok yerr…kalau mampu kang kite beli”.

“Betol ni ? cayang Hubby…Hubby….tak nak cube rezeki malam ni ke..mane taw lekat ? Hewhew”.

“Hah ? Marilahhhhhhhhhhhh”. Dan mereka pun berhuhu dengan girang.

Maka selepas ditolak ditambah dibahagi maka si suami bersetuju membelikan sebuah kereta baru untuk isterinya Suria. Maka dengan hati yang melonjak suka Suria membawa pulang Toyito Sportivo barunya. Manakala sang suami pulang dengan motorsikal Honda Wave 100cc nya. Sampai dirumah sewa mereka, Suria terus parking di porch kemudian tergopoh gapah memanggil suaminya.

“Hubby………..lekas lerrr tangkap gambar I niiii”. Suria sudah menghulurkan telefone ke suaminya.

“Sabau lerrrr, bagi la I turun dulu dari motor ni..eh kang haaaa”.

“Hehehehehe, cam biase u..full body..kereta pun kena nampak semua yer”. Suria sudah pun berdiri dihadapan sisi kereta baru milik mereka. Si suami hanya mengeluh pendek.
Selepas sesi bergambar dalam 15 ke 16 keping dari pelbagai sudut sehinggakan berbaring didalam bonet belakang, Lalu Suria pun memuat naik kesemua gambar tadi dengan status.

“Alhamdulillah…..syukur kepada Allah dengan kurniaan rezeki ini..Amin..Bukan nak riak tapi inilah usaha berkat saya selama ini membuahkan hasil dan jadilah seperti saya yang berjaya !! #toyitoVios #TRDsportivo #Alhamdulillah #syukur”. Post.

POMMMM !! seperti artis selebriti dirasakan, bertubi-tubi komen yang masuk, berpusu-pusu ‘Like’diberikan. Hati Suria melonjak ibarat roket kelangit setelah membaca semua komen puji-pujian dari rakan-rakannya. Termasuk lah sipemilik mata sakit yang turut ada dikalangan mereka.

“Kompem kau yang menggedik dengan laki kau suruh tuka kereta, nak harapkan duit kau memang tak ler boleh beli kereta ni..ek elek minah ni ! Cakap tak riak konon, tu yang sampai kau posing terlentang kat bonet belakang tu apehal ! Sal la betina ni !! Btch !! Macam s**dal !! Eiiiiiiiiiiiiii”. Amarah sipemilik mata sakit yang tidak tertanggung lagi dek kerana melihat perkara yang paling dia tak suka sekali. Kini timbul iri hati didalam hati sipemilik mata sakit itu tadi.

“Siap la kau Suria !! Berlagak sangat kannnn….Jap lagi mendapat la kau ! Tu jam gak baru kau taw langit tinggi ke rendah !! Kau tunggu……kau tungguuuuu…..memang mampos aku keje kan !!”. Si pemilik mata sakit ingin mengatur perancangan yang jahat ke atas Suria. Tapi sempat lagi.

“Wahhh…Su da ade kereta baru…boleh la lepas ni KITA semua melaram dengan kereta baru Su…Yeayyyyy”. Send. Masih lagi sempat meninggalkan komen digambar Suria.

Sipemilik mata sakit menyebut perkataan KITA disitu.

Adakah sipemilik mata dikalangan rakan sekerja Suria ?

Atau teman-teman Suria yang berada diluar sana ?

Atau sahabat-sahabat lama dikampungnya ?

Ataupun dari kalangan saudara-maranya ?

Setelah beberapa hari Suria kian megah dengan hartanya. Tak cukup dicanang di laman Facebooknya, dicanang pula didalam office. Bercerita kepada teman-teman yang lain akan ceritanya membeli itu dan ini.

“Len ! kau tengok ni ! Jam Solvil et Titos ni ! Baru RM1200 weh ! Lawa laaaaaaa…kompem kene beli ni ! kalau tak beli rugi ni ! da cukup murah da ni..Lain tempat nak dekat RM2k !”. Suria

“RM1200 kau kate murah ?? pergh..bukan level biase2 kau ni Su oiii..”. Helena

“Murah la ni..sebelum ni aku beli jam RM3k dekat Mid Vallet dengan laki aku. Pakai duit sendiri taw!”. Suria.

“Amboi…jam sampai RM3k pun kau sanggup beli ? Jam yang kau pakai sekarang ni ke ?”. Helena.

“Wehh…bukan yang aku pakai ni laaa..aku sayang gila jam tu..tu sebab aku jarang pakai”. Sebenarnya jam yang disebutkan oleh Suria itu tiada. Hanya lah tipu daya Suria bagi Helena kagum dengan dirinya.

Dipenghujung bulan Suria membeli jam tangan tersebut dan seperti tabiat beliau adalah memuatnaik gambar jam tangan yang dibelinya diatas kaunter pembayaran bersama segumpal not RM50 yang dibayar ditangan cashier.

“Lama da mangidam jam ni ! Akhirnya mampu milik..Alhamdulliah rezeki ade diskaun, RM2000 jadi RM1200..murah sangat.. I loikeeee. #SolviletTitos #Alhamdulillah #rezekiSaya #syukurYaAllah. Post. Perbuatan itu sekali lagi mengundang kemarahan sipemilik mata sakit melihatnya.

“Pala buth kau la Su !! Main Tuhan bagai bajet tak nak menunjuk la kononnya ! sampai time bayo pun nak tunjuk duit..ape kejadah kau ni..kaye sangat la tu !! Kmak anak beranak !! Tunggu sikit hari lagi yer j*lang..memang kau mampos…memang mampos aku keje kn..tengok la !!”. Amarah sipemilik mata sakit sudah terlepas dari batasan akal warasnya. Lalu sipemilik mata mahu meneruskan niat jahatnya sepantas yang mungkin. Semakin berbulu sipemilik mata melihat sikap Suria yang semakin menjadi-jadi oleh kerana kertaksuban menunjuk harta dunia yang mampu memperoleh ‘Like’ yang banyak dari teman-temannya. Dan itu juga menambahkan lagi amarah sipemilik mata.

“Yang like pun bodoo !! benda da terang2 menunjuk ade jugak yang tak paham2 ! Alahai….Lagi galak la si minah ni nak menunjuk..dasar macai !!”. Kemudian sipemilik mata tetap menekan like dan memuji digambar Suria. Demi mengaburi mata Suria serta rakan-rakan lain dari syak wasangka terhadap dirinya.

Maka sipemilik mata bertemu Bomoh, akibat perasaan hasat dengki dan iri hati mengheretnya kesini. Sampai didalam rumah Bomoh tersebut, sipemilik mata memberitahu niat jahatnya terhadap Suria.

“Wak…saya datang ada hajat..”. Pemilik mata.

“Cakap la nak, ape hajat kau kemari..”. Longhat Jawa.

“Begini Wak…saya nak Wak hantarkan santau angin dekat kawan saya !”.

“Boleh…tapi kenapa ye nakkk”. Wak yang leka menyapu kapur disirihnya.

“Kawan saya ni Wak berlagak sangat, geram saya tengok die ! saya da tak tahan nak tengok lagi perangai die yang riak tu, biar bercerai berai diorang laki bini !”.

“Hahahahahaha, itu aje ke ? boleh itu boleh, tapi kamu datang ni ada bawak tak gambarnya..”.

“Kene ke Wak ? Tak bawak la pulak..”.

“Sekarang kau dapatkan gambarnya, Wak nak name die disekalikan dengan Binti mak nye”. Wak menguyah sirih. Sedap nampaknya.

“Camne yer Wak…kene carilah dulu nampaknya”.

“Kamu tak payah susah..sekarang kan orang da main Facebook, kamu ambil aja gambarnya disitu, sebelum ni ramai yang datang membawa gambar dengan cara begitu. Sudah la, kamu pulang la, lain hari datang dengan gambarnya yerrr”. Wak menambahkan lagi kemenyan yang berasap didepannya.

“Baiklah Wak..Nanti saya datang lagi, pengerasnye macam mane Wak ? senang saye nak stanby nanti”.

“Pasal pengeras ? Kamu yang mahu macam mana ? yang sedang Wak mintak RM200 aje..atau kamu nak yang kuat ? Yang itu Wak kire cincai la RM800 udah ler”.

“Wahh wak..cincai kire pun sampai RM800 ?”.

“Ya iya lah !! Sebelum ini ade datin kemari Wak kenekan pengeras smpai RM2k, yang tu paling kuat Wak bagi kedia”.

“Amboi mahalnya…saya nak yang kuat la Wak, bagi dia m4ti terus !”.

“RM800 yaaa…jangan kamu lupa pula, nanti kamu datang la semula”.

Kemudian sipemilik mata berlalu pergi dari rumah bomoh yang terkenal dengan ilmu hitam puakanya. Tanpa berlengah, sipemilik mata mencari gambar Suria dilaman facebooknya. Dia mengambil satu gambar dari album profile Suria. Kini dia ligat mencari nama ibu Suria. Dia scroll screen telefonenya dengan gigih dan akhirnya dia menemui sesuatu.

“Kesian ibu..da seminggu sakit, mohon teman-teman saya doakan ibu saya Susilawati sihat seperti sediakala”. Lokasi Hospital Columchia dan gambar Suria yang berselfie disebelah katil ibunya didalam bilik private.

“Ahaa !!! kalau nak buat benda jahat ni senang aje rasenya ! Hahahahahahahaha…apelah sibodoh ni sampai kau nak berselfie dengan mak kau konon menagih simpati la tu ! Owh…nak tunjuk kau pegi hospital private mahal la ehh…hahahahahahaha…Siap la kau Su !! Semuanya aku da ade ! kau tunggu la azab kau lepas nie… hahahahahahaha wahahahahahahahaha”. Terbahak-bahak sampai keluar air mata sipemilik mata kerana apa yang dia cari sudah pun dijumpainya.

Keesokkan malam dengan segera sipemilik mata kembali kerumah bomoh demi meneruskan niat jahatnya.

“Wak ! ini saya da sediakan gambarnya, belakang tu ade tulis name sekali. Tapi Wak nak buat ape dengan gambar ni Wak ?”.

“Jangan lah kau nak tanye, ape yang Wak mintak bagi aje lerrr..nengkeneg orak goblok cipet !”.

“Ape yang Wak carutkan tu Wak !”.

“Eh idak ler, Wak nak puji yang kamu ni cantek..tapi sayang hitem hati nyer”.

“Da la tu Wak..saya bayarkan, jalan kan aje la Wak..”.

“Eyer..eyer lerrr..sebenter..Wak nak bace menteranya”. Masing-masing duduk bersila menghadap sesama sendiri. Kemudian bomoh itu memulakan bacaan menteranya.

“Wong das mu ereng ayuh medang kupir sang suriwijowo

Emang kepunden poca cali nyamuk nya inang sekondien ngeteh

Engkau hanterkan Nur Sukerti binti susilawati bareng inni

Wes mangan orak kabare nya waras !! Orak nye kedelem mataney goblokkkkk… Fuh !! Fuh !!”.

Terenjis air liur Wak terkena digambar Suria. Terlihat senyuman kepuasan diwajah empunya mata sakit. Selepas diperasap jampi sudah dibaca, lalu sipemilik mata memberi pengeras seperti yang dijanjikan. Walau jumlah itu banyak, namun tidak rugi pada beliau asalkan dia dapat melihat Suria m**i dengan penuh terseksa sekali.

“Nah Wak RM800 ! kalau Wak tipu tak jadi, siap Wak yer ! Saye report KPDNKK atas isu scammer !!”.

“Hahahaha..jangan lah kamu risau, tunggu dan lihat. Sudah pulang la, Wak sudah hantar santau ke kawan kamu”. Ligat jari jemari Wak mengira kepingan not RM100 itu. Ok cukup. Send santau.

Pulangnya sipemilik mata dengan penuh dendam dan gembira kepuasan. Manakala dirumah Suria, sedang Suria tidur, dia termimpi perkara yang mengejutkannya. Seperti dia jatuh dari tepat yang tinggi. Tidur Suria terganggu. Keesokkannya Suria datang ketempat kerja dengan batuk yang teruk sekali. Di pantry seperti biase Suria tidak menjamah makanan sebaliknya terus menerus dengan batuknya.

“Kau tak sihat ke Su ?”. Helena.

“Ntah la Len, batuk aku dari malam tadi, sakit dade aku. Dada aku pedih ni”. Suria.

“Akak da minum ubat batuk tak ? Tu kalau biar tu lagi teruk tu Kak..”. Fatimah.

“Cuba la dulu minum ubat batuk Su, mungkin elok tu nanti..ni aku tengok macam kronik je kau ni ?”. Laila.

“Nanti tengah hari mintak sorang tolong hantarkan aku ke klinik. Aku macam da tak boleh tahan la”. Suria.

Belum pun sempat tengah hari, Suria dikejarkan ke hospital, Suria pitam ditandas, mujur ada yang menyedarinya. Selepas keputusan Doktor keluar, namun tiada penyakit yang dapat dikesan. Doctor hanya memberi Suria MC 2 hari berehat dan sebotol ubat batuk.

Hari demi hari, keadaan Suria semakin teruk, batuknya mula berdarah, sudah beberapa kali ke hospital namun keputusan tetap gagal mengesan penyakit misteri Suria. Akhirnya seorang Doktor tampil memberi kata nasihat kepada suami Suria supaya Suria perlu segera berubat dengan cara yang lain. Tanpa berlengah lagi suami Suria membawa Suria berubat tradisional. Tapi sayang, sang suami tersilap langkah membawa Suria ke pawang bagi mengubati Suria.

Selepas berubat dengan pawang itu keadaan Suria kembali sihat, namun hanya bertahan dalam tempoh 3 hari sahaja. Kemudian itu keadaan Suria kembali teruk. Kulitnya kering, kelopak mata Suria menjadi kebiruan oleh kerana tidak cukup tidur akibat sering diganggu dengan mimpi-mimpi yang ngeri. Perubahan yang sangat ketara keatas diri Suria. Berat badan Suria turun mendadak, badannya kurus kering dan hanya mampu terbaring lemah. Sekali sekala tangannya menggaru badan yang kegatalan dengan bisa itu. Terhasil la luka melecet sehinggakan ada yang sudah bernanah. Kulit licin Suria tiada lagi yang ada hanyalah kedutan dan semakin kehitaman serta kukunya. Rambut Suria gugur sehinggakan hampir nampak kulit kepalanya. Sungguh terseksa keadaan Suria. Sang suami hanya mampu menangis melihat keadaan isteri tercintanya.

Kelibat Suria tidak lagi muncul dioffice sudah sekian lama. Akhir sekali syarikat itu telah memberhentikan Suria. Di pantry.

“Rindulah dengan Kak Su..”. Fatimah.

“Kesian Su, siapalah tergamak buat dekat dia macam tu. Teruk da manusia sekarang..Sampai sanggup santau menyantau ni !!”. Helena.

“Yer dowh, apa salah Su weh sampai jadi macam tu. Nak kata dia bermusuh dalam ni tak ade pula, mungkin orang luar ni yang kenal Su yang buat kerja haram ni. Eh Len ! Mana kau tahu si Su kene santau ni ?”. Laila.

“Kalau da macam tu terok, pegi hospital pun tak boleh nak trace ape penyakit si Su tu apelagi kalau bukan santau..Ek elehhh si beliau ni”. Helena.

“Kesian Kak Su, kaurang…..tengah ari ni kita pergi uma Kak Su nak ? Kita lawat Kak Su boleh tak ?”. Lembut si Fatimah merayu.

“Ok gak macam tu..ape gunanya kawan kan kalau tak jenguk kawan lain yang sakit..”. Helena.

“Jom ! kite beli buah tangan sekali”. Laila

Maka bergerak mereka bertiga kerumah Suria dengan menaiki kereta Laila. Sebelum itu mereka singgah dikedai buah membelikan buah tangan untuk Suria. Laila hanya menunggu dikereta.

“Ape pelik sangat buah yang kau pilih ni MekTi oiiiii..nenas yang kau nak bagi buat ape…beli jelah buah yang senang nak kupas dengan p****g..kadang-kadang pembaris jugak kau ni”. Helena.

“Nenas kan buah jugak..hehe”. Fatimah. Comel.

Sampainya dirumah Suria, mereka melihat Suria terbaring lemah dan kaku. Terkedu masing-masing pabila melihat kawan mereka dahulu yang mantap padu bergaya kini terbaring kurus kering dan mula kehitaman hampir keseluruh tubuh. Mukanya dahulu cantik kini cengkung persis menyerupai tengkorak yang hidup. Mereka berborak pendek kerana mengejar masa untuk pulang ke office semula. Terpampang kesedihan dimuka mereka selepas melihat keadaan Suria.

“Hahahahahahaha…..da lame kau tak update Facebook kan ? ingat da mampos, hidup lagi rupenyeee..tue laaaaaa…lain kali jangan nak berlagak kaya…..hahahahahaha wahahahahahahaha baru kau tahu Suria penangan santau azimat keramat aku ! Baru aku puas !! Baru aku PUASSSSSSSS hahahahaha”. Seperti orang gila mengekek ketawa sipemilik mata.

Pabila malam dirumah Suria suaminya mengupaskan buah-buahan yang dibawa oleh rakan-rakan Suria. Berkerut dahi suami bila melihat buah nenas yang ada disitu. Pelik pulak orang datang ziarah bawak buah nenas. Trending mungkin.

“Nah u, buah yang u mintak..makan la sikit yer, ade lah sikit tenaga dalam badan tu”. Si suami menyuakan buah epal dihadapan mulut Suria.

“Eh ade nenas, Hubby nak nenas tu….please…”. Lemah. Suria terlihat potongan nenas diatas meja bersama mangkuk yang sudah berisi kicap. Asalnya si suami yang mahu buah nenas itu.

“Nak ke nenas tu ? jap nyer…I pegi ambik”. Suria makan buah nenas itu perlahan-lahan.

Sakit Suria makin parah. Setelah berbulan sakit Suria tidak juga sembuh, begitulah keadaan Suria hari demi hari. Kemudian satu hari suaminya mendapat maklumat tentang pusat perubatan diTerengganu. Dengan segera suami menelefon pusat rawatan itu bagi temujanji yang akan diaturkannya. Selepas mendapat tarikh dan waktu yang sesuai kini suami Suria terus membawa Suria kesana demi merawat penyakit Suria. Sampai sahaja diperkarangan pusat rawatan itu, seorang tua berpakaian kemas dan berjanggut putih menyambut kedatangan suami Suria. Lalu Suria dibawa masuk kedalam bilik rawatan.

“Siapa nama kamu ni wahai saudara”. Tok Imam. Gaya Tok Adi dalam drama Tanah Kubur.

“Nama saya Karim, dan ini isteri saya Sukerti, saya datang ke sini ingin merawat isteri saya Tok imam. Sudah bawak ke hospital tapi tak dapat nak kesan apa penyakitnya. Sudah jumpe pawang bukan makin elok, makin sakit jadinya. Sekarang Tok Imam tengok la keadaan isteri saya Tok Imam, makin parah hari demi hari”. Suami sudah tertunduk mukanya kelantai menyembunyi lelehan air matanya.

“Astarfirullahalazim Lailahaillallah….kenapa kamu pergi ke pawang Karim….kamu da tersilap…Beginilah, saya mahu Ruqyah dahulu isteri kamu, dengan Ruqyah kite boleh tahu apa penyakit dalam tubuh badan isteri kamu ni. Sebentar yer.. Zuri !!!” bawakkan baldi dengan tuala lembab kesini”.

Tersentak lelaki yang diawal 30an itu yang sedang ralit membaca al-quran dan terjemahannya dibilik bacaan. Dengan segera dia meluru keluar dan mencari baldi dan membasahkan tuala seperti Tok Gurunya pinta tadi. Dia sudah tahu ada pesakit yang mahu diRuqyah malam ni. Kemudian dia masuk ke dalam bilik rawatan. Tok Imam menyuruh Karim mengangkat isterinya supaya dalam keadaan duduk mengarahkan kekiblat. Tok Imam terus membacakan Ruqyah keatas Suria.

Zuri telah sedia meletakkan baldi dihadapan Suria yang tertunduk itu. Berkerut wajah Zuri melihat keadaan Suria. Teruk pesakit yang datang kali ini. Ibarat badannya sudah terbakar. Tok Imam membacakan Ruqyah berkali-kali, Suria mula menggeliat resah, nampak tidak selesa dia begitu. Kemudian Suria memegang perutnya, menekan sakit ! Suria mengerang kesakitan, segala pedih mula bergelora didalam perutnya. Umpama larva gunung berapi yang sedang bergelegak menunggu masa meletus sahaja. Dan akhirnya terkeluarlah segala isi didalam perut Suria. Zuri tetap setia memegang baldi. Terangkat muka Zuri memandang ceiling menahan bau dari muntahan Suria. Suria longlai seperti tidak bertulang. Kemudian baldi itu dibawa dihadapan imam. Dipertonton kepada Karim apa yang selama ini yang ditanggung isterinya.

“Ya Allah !! Ape benda yang isteri saya makan ni Tok Imam ?”. Karim.

“Kalau kamu nak tahu..inilah santau angin, yang dihantar oleh pengirim melalui jin. Si mangsa tidak akan tahu siapa yang menghantarnya sebab santau ini tak perlu berdepan. Yang kamu nampak ni..nilah bahan yang dihembus masuk kedalam isteri kamu. Yang ni miang buluh atau miang rebung,yang macam manik halus tu, tu serbuk kaca, yang lain tu bende2 kotor macma kuku atau apa2 sahaja la yang pengirim tu hantar”.

“Ya Allah Tok…Ade lagi ke ilmu2 syirik macam ni Tok..Zaman ni mane ade lagi..”. Karim.

“Masih ade lagi kalau ade yang berdengki iri hati sesama manusia maka wujud la semua ni. Ni Tok nak tanya ni, isteri kamu ni ade sakit kan hati siapa2 ke ? Kalau ada mohon bermaafan lah sama2..berbaiklah semula sebab tak mahu perkara ini berulang lagi. Ni kalau dibiarkan memang boleh m**i isteri kamu ni..”.

“Nanti saya tanyakan lah dekat isteri saya hal tu, sebab saya sendiri tak tahu. Ni isteri saya da sihat semula ke Tok ?”.

“Belum sepenuhnya, esok datang lagi, nak bagi betol-betol bersih badan isteri kamu ni, ade jin yang ditinggalkan oleh pawang yang kamu bawak jumpe isteri kamu. Esok kamu datang lagi kesini”.

“Baik lah Tok, esok saya datang sini semula”. Si suami mengdukung Suria yang tidak sedarkan diri itu pulang ke hotel mereka. Zuri kemudian berjumpa dengan Tok Gurunya.

“Tok yang tadi tu mari dari mana ?”.

“Hok tadi tu ? Mari dari Puchong. Datang sini nok mari berubat buang santau angin. Esok nak mari lagi tu. Mu nak tengok sekali Tok ngubat orang tak ?”.

“Mestilah nokkk tengokkk, mane la tahu bulih belaja ngubat orang pulak..hahah”. Longat Terengganu yang tak menjadi memandangkan si Zuri ni asalnya orang Melaka.

“Kalau gitu lewat da ni, masuk tidur. Esok ada kijo nk kene bereh kan”.

“Berehhhhhhhhhh guuuuuuuuu”.

“Bereh kepala hotak kamu ! ‘Gu’ tu mu nak royak ke kawan bulih la Ri. Kamu ni..Nak Tok gali kubur kamu bawah jambatan ke ape gurau macam tu”.

“Oh sory2..maafkan Zuri deh..ambe dop tahu lagi..keh3”. Mereka kemudian berpisah dan menuju kebilik masing-masing.

Keesokkan harinya seperti yang dijanjikan oleh Tok Imam, Karim suami kepada Suria datang berjumpa dengan Tok Imam. Keadaan Suria nampk berbeza, sudah boleh berjalan sendiri, namun masih lemah dan diam membisu. Zuri duduk kebelakang sikit dari Tok Gurunya. Namun Zuri tidak selesa Suria mula merenungnya.

“Malam tadi ade perubahan ape2 tak karim dekat isteri kamu ?”.

“Syukur Tok malam tadi isteri saya da mula minta nasi, tenang hati saya Tok tengok dia da mula makan nasi. Sebelum ni langsung tak boleh nak telan, tekak pedih katanya.”.

“Alhamdulillah….amin ! Jadi sekarang kita mula yer. Zuri baca apa yang patut, kang Tok minta tolong mu mari depan ni”. Tok Imam mengarahkan Zuri yang berada dibelakangnya.

“Kamu karim ! baca apa yang patut pagar dalam diri dengan zikir dan jangan berhenti, kite nok mula da ni. Baringkan isteri kamu, tutupkan bahagian atas isteri kamu dengan sejadah ni”.

“Baik Tok.”. Patuh suami Suria bila disuruh oleh Tok Imam. Dan Tok Imam memulakan bacaan Al-Quran.

“Bismillah…………”. Tak perlu diceritakan bagaimana cara rawatan Tok Imam ke atas Suria, sama seperti yang lain. Selepas 2 jam bertarung dan bercakap dengan jin yang berada didalam tubuh Suria akhirnya menemui jalan penyelesaian. Jin sudah semuanya ditarik. Dan kini Suria bebas dari santau dan gangguan jin.

“Tok….saya boleh sembuh ke…”. Lemah Suria.

“Insyallah dengan izin Allah nanti sembuh la kamu. Tapi kamu terus membaca Al-quran, berzikir, sembahyang untuk pendinding kamu sendiri. Lepas ni Tok nak pesan, mandi air limau nipis selama 7 hari, simbahan yang terakhir itu baru dimasukkan perahan limau nipis tu tadi. Sakit..memang sakit dan pedih, tapi itulah yang akan mencuci segala bisa dibadan kamu. Sebelum mandi selawat la dahulu kemudian dengan niat untuk membuang sihir ini”.

“Terima kasih Tok…Alhamdulillah saya da boleh rasakan badan saya sendiri. Tok, saya ada permintaan, boleh saya tahu siape yang buat saya ni Tok ?”.

“Tok tak boleh nak bagitahu kamu la yer, cume boleh beri gambaran macam itu aje la, sebelum ini ada sesiapa datang kerumah kamu semasa kamu sakit ?”.

“Ada Tok..kawan-kawan tempat sekerja saya. Kenapa Tok”.

“Ermmmm……ada dikalangan mereka itu yang tak suka dekat kamu, dia dengki dengan kamu, itu sebab dia yang menghantar santau ini kepada kamu. Lagi satu, masa kamu sakit kamu ada makan benda-benda tajam ? masam ?”.

“Tak ada pula…saya pun tak lalu nak makan selama saya sakit. Tajam ? Masam ?”. Suria berpaling kemuka suaminya. Kemudian suaminya bertanya kepada Tok Imam.

“Masam dan tajam itu apa yang tok maksudkan ?”. Tak kan pisau cukur bulu jembut bisik hati Karim.

“Masam dan tajam macam contoh jeruk, cuka, nenas, tomaaa…”.

“Nenas ????”. Karim terus memotong ayat Tok Imam. Terperanjat !

“Nenas ?”. Muka Suria pelik.

“Sebelum ini, masa dia sakit, kawan-kawan dia ade yang datang bawak buah, ade satu hari tu dalam 3 orang perempuan datang yang bawak nenas kerumah kami. Saya kupas la kesemua buah yang diorang bagi. Lepastu isteri saya mintak nak makan nenas. Sumpah demi Allah Tok ! saya tak tahu yang orang kena santau ni tak boleh makan nenas..”. Terang Karim kepada Tok Imam.

“Allahu Akbhar Karim…Orang yang terkena santau ni memang pantang dengan nenas..bisa dan tajam, itu sebab lah isteri kamu bertambah parah. Si penghantar ada dalam kalangan mereka bertiga. Cuba ingat lah balik siapa dia. Bertemu dengannya dan mintak maaf berbaiklah semula “.

“Tak sangka korang yang…..”. Suria menangis semahunya dibahu suaminya. Kini sipemilik mata sakit sebenarnya ada dalam kalangan kawan rapat Suria.

“U….siapa yang 3 orang datang aritu, cube cerita dekat I sekarang”. Karim.

“Semua tu kawan baik I..tak akan diorang sanggup buat I macam ni…Ya Allah.. Yang u tengok free hair tu si Helena, yang kecik bertudung tu si Fatimah, yang gempal sikit tuu…”.

“Laila bukan ??”. Zuri mencelah. Semua menoleh memandang Zuri yang dari senyap sunyi dibelakang Tok Imam. Kemudian Zuri mengangkat mukanya memandang Suria.

“Suria ! Aku ni Zuri ! Engineer dekat company kau dulu. Tapi da nak setahun aku berhenti kerja”.

“Zuri ?? Ya Allah Zuri ! Kau kat sini rupanya ! Patut la aku da agak kau tadi, tapi aku malu nak cakap itu kau”.

“Patut la kau tenung aku tadi kan ? hahaha..buat takut aku je la kau ni !. Teruk kau kena ni Su sampai aku sendiri tak kenal muka kau, tapi bile kau sebut 3 nama tu aku da agak kau memang Suria. Tak ade yang lebih rapat dari kamu berempat dekat opis tu. Jadi dalam 3 nama tu ade sipenghantarnya. Cuba ingat balik siapa yang beli buah nenas masa tu”.

Suria dan suaminya menggeleng kepala tanda tidak tahu siapa yang membeli buah nenas itu. Namun Suria boleh bertanya dengan teman-temannya. Tapi kekeliruan timbul disitu. Siapa yang harus dia bertanya dalam 3 rakan baiknya itu. Takut nanti tersalah tanya pula.

“Sudah lah, nanti kamu tahu la sendiri, tak baik bersangka buruk dengan orang. Lepas ni kamu pikirlah kembali sebab apa die berdengki dengan kamu. Sifat ni la penyakit paling buruk yang merebak ibarat kancer dalam masyarakat kite sekarang. Jadi kamu pulang berehat. Jangan lupa pesanan saya tadi yer, buat semua tu..jangan terlupa..Allah…”. Tok Imam bangun meninggalkan mereka bertiga.

“Ri, kau agak sapa yer dalam mereka bertiga tu”. Suria.

“Aku tak boleh nak agak, aku sendiri keliru ni weh”.

“Ri, apa kau buat dekat sini ? kenapa kau berenti kerja ? anak bini kau mana ?”.

“Aku ada cerita aku sendiri Su, anak bini aku sehat walafiat kat Puchong rumah mertua aku tu ha. Da nak setahun aku kat sini belajar ilmu islam ni. Tak perlu lah kau tahu yer Suria, yang penting kau balik la berehat dulu. Kemudian buat lah sembahyang hajat mintak pertunjuk dari Allah. Mudah-mudahan kau dapat tahu siapa perlakunya. Dan aku harap kau jangan berdendam dengan dia, mintak la maaf berbaik lah semula. Takut perkara macam ni berlaku lagi”.

“Kalau macam tu baiklah Zuri…aku harap kau baik-baik dekat sini. Aku pun nak balik dengan suami aku ke Puchong esok pagi, tapi mungkin aku nak berjalan dulu la kat Terengganu ni. Perut aku tetiba lapar sangat pulak ni”.

“Terpulang pada kau Suria, Terengganu negeri cantek…orang nye juga baik-baik..hahaha”. Sengaja Zuri berseloroh.

“Hahahahambar…ok la Zuri, aku mohon pulang dulu, Insyallah umur panjang kita jumpa lagi”. Suria bangun dipapah suaminya menuju kekereta. Selepas bersalaman antara Zuri dan Karim, Zuri menarik tangan merapatkan mukanya dengan suami Suria.

“Maaf bang nak cakap sikit ni”. Berbisik.

“Apa dia”.

“Apa yang berlaku ini datang dari Suria sendiri, Abang tolong nasihatkan semula dekat Suria, segala benda tak perlu dihebahkan dalam Facebook. Saya syak ade orang yang iri hati pasal ni”.

“Macam mana lak awak boleh tahu ?”.

“Saya ‘Fren’ dengan Suria dalam Facebook. Segala apa yang dia up saya tahu saya nampak. Ade timbul rasa riak dekat situ. Mohon jasa baik Abang kalau tak nak perkara ini berulang tolong nasihatkan Suria berhenti dari terus menerus mencanang dengan harta benda yang sementara ni”.

“Baiklah Zuri, Abang akan nasihatkan dia kalau dia mula balik dengan peragai lama dia tu”.

“Terima kasih bang. Assalamualaikum”.

“Waalaikumsalam”. Kereta mereka mula bergerak menuju pulang dengan lambaian dari mereka.

Bermula dengan hari yang baru. Suria tidak sakit lagi, namun dia tidak seperti dulu, badan dia yang kurus kering dan juga parut yang penuh dimuka akibat digaru. Namun dalam hatinya bergelora melonjak ingin tahu siapakah sipenghantar itu. Kalau dia ada silap di mahu melutut merayu agar tidak dihantar santau lagi keatas dirinya. Dia mula membuat perancangan sediri demi memerangkap sipenghantar dalam group dia sendiri.

“Assalamualaikum semua……..Suria kembali…..hehe”.

“Wah dah berwassap ni da sihat ke Su ?”. Laila.

“Alhamdulillah..Kak Su kembali sihat semula…Amin”. Fatimah.

“Da sihat tu ape lagi..datang la keje balik dekat sini…hahahaha”. Helena.

“Hahahahaa..Aku nak berehat dulu la..tapi sebelum itu marilah kite lepak bersamaaaaa yeayyyy. Laki aku tak ade kat rumah sabtu ni ! Jom berjimba !!”. Suria.

“Yeayyyyyyyyyyyyyyy” Kesmuanya dengan jawapan yang sama.

“Sabtu ni datang la makan-makan dekat rumah aku, aku masak special untuk korang. Korang je taw jangan ajak orang lain. Tak cukup bajet..muahahahaha”.

“Cantek…….”. Helena.

“Kalau pasal makan tak ajak pun aku datang hahaha”. Laila.

“Insyallah Kak Su kalau free saya datang yer….”. Fatimah.

“Hope korang semua sampai sabtu nanti sebab memang da rindu giler dekat korang..”. Suria.

“Ok ngam sabtu ni serbu rumah Su”. Laila.

“Ok copy-copy”. Helena.

“Insyallah..”. Fatimah.

Maka hari yang ditunggu telah pun tiba. Suria memasak segala macam menu western. Dia mahu melayan teman-teman rapatnya. Dia menunggu diruang tamu rumahnya menyambut rakan-rakannya yang dirindui. Selepas waktu Zohor kelihatan 3 sekawan baik sudah pun tiba diruang rumah Suria dengan menaiki kereta Laila. Suria mempelawa mereka masuk kedalam rumah dan menjamu mereka semua dalam keadaan yang gembira. Sesudah semuanya selesai hanya berborak kosong. Kini tiba masanya Suria ingin menanyakan kepada mereka siapakah yang meyantau dirinya.

“Maaf semua, aku sebenarnya buat makan2 ni ade hajatnya sebenarnya”. Suria.

“Hajat ?”. Semua memandang Suria.

“Yup ! Tapi sebelum tu aku nak mintak maaf dengan korang semua, andai aku ada salah dan silap aku mintak maaf dari kamu semua, aku mintak ampun, aku mintak halal makan minum aku dari dulu aku kenal korang. Maafkan aku Helena, Laila, Fatimah. Maafkan aku”. Suria menagis teresak-esak.

“Eh da apehal kau ni Su ? kau takde salah ape kot kat kitorang..”. Helena.

“Jangan camni weh ! kau da merisaukan aku ni Su. Spageti aku pun tak habis suap lagi ni”. Laila.

“Aku tahu, aku jadi macam ni sebab ade yang marah dekat aku…aku mintak maaf dekat korang semua sekali..”. Suria mula melunsur dari sofa lalu melutut dihadapan mereka.

“Ya Allah Suria !! Ape ni ha ?? Kau jangan nak takut kan kitorang ! Kau ni da sehat ke belum sebenarnya ?”. Helena gelebah. Kelihatan Fatimah mula menundukkan muka dan menangis.

“Aku da sihat, masa aku pergi berubat diterengganu aku dapat tahu yang menghantar santau dekat aku ade dalam kamu bertiga..jadi aku nak merayu dekat korang..aku da serik..aku tak nak sakit lagi..kalau ade silap aku sendiri yang aku tak sedar..maafkan akuuu wu wu wu wu~~~~”. Suria mula menagis semahunya. Mereka mula tidak tentu arah. Masih belum hadam habis apa yang diceritakan oleh Suria. Serentak mereka menangis bersama.

“Aku tak paham apa yang kau cakap ni Suria, jangan la menagis, kalau kau menagis aku pun nak menagis…sob3…waaa…haaa..waaa~~~~”. Laila.

“Ok macam inilah semua, jujur dengan aku, tolong terus terang dengan aku, sumpah aku tak akan balas dendam dengan siapa yang buat aku macam ni. Jadi tolong bagitahu aku masa korang datang rumah aku dulu siapa yang beli buah nenas haritu ? “.

“Yang beli nenas haritu si Fatimah la yang beli….kenapa ??”. Terus Helena menjawab pertanyaan dari Suria sambil menunjuk jari telunjuk ke arah Fatimah yang disebelahnya.

“Fatimah ? Ti…apa yang kau marahkan sangat aku Ti…ape salah aku Ti…Haaa..sanggup kau hantar santau kat aku…”. Suria memandang Fatimah yang semakin kecut duduk diantara Laila dan Helena.

“Eh eh bukan….bukan…..bukan Ti yang nak beli nenas tu…..tapi sebenarnya…”.

“Aku yang suruh !!”. Laila mencelah percakapan Fatimah. Fatimah kelihatan mula mengigil ketakutan.

“Aku yang suruh Ti beli buah nenas tu nak bagi kau makan ! bagi kau lagi terseksa ! bagi kau cepat mampos !”. Laila bangun dengan angkuh.

“Ya Allah Laila….ape salah aku Lailaaaaa…ape salah aku..sanggup kau nak bun-uh aku ?”. Suria.

“Yerrr..memang aku nak kau mampos !! Aku da makin meluat dengan kau ! semua harta benda semua kau nak tayang ! Kaya sangat da ke kau ni ha ?? duduk rumah sewa tapi belagak dengan kereta mewah ! kau tengok laki kau tu ! Pergi kerja naik moto je kau taw ! nak membahagiakan kau ! Usah la kau berlagak dengan rete laki kau Su !! Cukup meluat aku dibuatnya !”. Habis disembur semua apa yang dipendam selama ini.

“Laila…maafkan aku, aku tak sedar semua perbuatan aku ni akan jadi macam ni..Laila, aku janji..aku tak akan ulang lagi peragai aku..sebenarnya aku bukan kaya Laila, aku cuma mahu perhatian dari korang semua dan anggap aku macam orang kaya..aku menyesal Laila..Aku da tak nak buat lagi Laila”. Suria merangkul kaki Laila yang gempal itu mengharapkan keampunan dari Laila.

“Ahhhhh sudah la kau..ni semua wayang…esok lusa buat lagi la tu peragai acah kaya kau tu ! Sudah la !!”. Laila melempar pinggan kertas yang belum habis dimakan isinya kelantai. Lalu keluar terus pulang dengan keretanya. Maka tinggal la Fatimah dan Helena dirumah Suria.

“Sabar la Kak Su, berhentilah menangis, ape yang jadi ni amek jadikan pengajaran, tak sangkakan kawan baik sendiri buat Kak Su macam ni. Fatimah da takut nak kawan dengan dia”.

“Sudah la tu Suria, benda da pun jadi, kau pun da mintak maafkan..sekarang terpulang pada dia”. Helena mengusap belakang Suria yang baring mengiring diatas lantai.

“Aku tak sangkaaa…aku tak sangka sampai jauh macam tu dia boleh buat aku macam ni..sampai hati dia !! Sanggup nak buu nuh aku pasal ni”. Suria tercungap-cungap menangis tersedu-sedu. Fatimah dan Helena sedaya upaya menenangkan Suria yang sudah dibanjiri air mata.

Apabila hari kerja bermula. Fatimah dan Helena terus merapat dengan Laila.

“Laila…maafkan lah Su…dia tak sedar tu apa yang dia da buat..”. Helena.

“Kau cakap dengan dia, aku da maafkan dia da ! aku pun salah ! pergi santau dia buat ape, tapi aku tengah marah mase tu. Baru aku puas hati dengan cara tu. Sekarang ni pun dia da nak berubahkan ? Ha elok la”. Laila kalut mengemas meja kerjanya. Diperhatikan oleh Fatimah yang hanya diam disitu.

“Kau yang kelam kabut nak pergi mana ni Laila ?”. Helena.

“Aku nak berhenti kerja ! Aku tak nak hadap korang semua da ! Aku malu !”.

“Sudah la tu Laila, aku ok dengan kau..tak perlu la berhenti kerja..kan da susah takde kerja..sekarang ni bukan senang nak cari kerja..”.

“Aku da nekad memang aku nak berhenti kerja, ape nak jadi jadi la lepas ni..aku da malu..kau tak payah nak halang aku la Len !!”. Maka berlalu bergitu sahaja kisah antara mereka. Tiada lagi Suria disitu dan tiada juga Laila ditempat kerja. Tinggal lah Fatimah dan Helena yang masih kerja tetap disitu. Cerita mereka tersemat didalam ingatan masing-masing. Prihal Laila berhenti kerja mengejut juga menjadi rahsia mereka berempat. Mungkin ada yang kelima yang mengetahui cerita ini ? Dan pada satu hari.

“Asslamualaikum Zuri”. Suria menghantar pesanan ringkas melalui Applikasi WhatsApp.

“Waalaikumsalam Suria. Da betol sehat ke ni ?”.

“Sudah la Zuri..aku da sehat, terima kasih banyak2 taw kau dengan Tok Imam da tolong aku, weh aku ade cerita nak share dengan kau ni”.

“Apa pulak..semua tu atas izin Allah Su, sujud syukur lah kau kepadanya. Da ape pulak kalini cerita kau ?”.

“Aku da tahu siapa yang santet aku !”.

“Woah ini menarik…kau da tahu da ? Jadi ape yang kau buat bile kau da dapat tahu ni ? Aksi balas santet-menyantet ?? Hahahah”.

“Hahahaha..Giler ape nak buat macam tu..idak lah…case close..”.

“Alhamdulillah…amin…ceritakan la weh macam mane bende ni boleh jadi”.

“Memang aku akan ceritakan bile kau da balik sini yer..”.

“Baiklah, Insyallah umur panjang kite bertemu, aku pun dalam seminggu dua lagi akan pulang kesana. Kirim salam dekat suami kau. Jumpa nanti k. Assalamualaikum”.

“Insyallah…..Ok kang kau sampai sini kau roger.. Waalaikumsalam”.

Kemudian Suria membelek telefonenya. Dia scroll di app WhatsApp. Ternampak group lamanya. “Group Anti Sajat”. Lalu Suria menekan masuk kedalam group dan tertera perkataan pendek di lamannya.

‘Laila Gebu Left Group’

-TAMAT-

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Zuri

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 3.8]

288 thoughts on “#Zuri : Kerana ‘Like’ Badan Binasa -Full”

    • Mayang telah dibuang disungai klang. harap tiada yang jumpa dan membuka botol kaca yang bersalut kain putih. jika itu terjadi maka keluar lah cerita

      MAYANG KEMBALI

      Reply
  1. hmmm. mujur lah fb aku tu frend tak sampai 10 org pon. nak dapat satu like pon susah. huhu.

    ~ko tak baik tau samakan dgn enot. huhuhu. tapi, tulah, org nmpak friendly ni tak semestinya baikk. aku ada jugak kawan mcm tu, depan je baik, belakang macam taik! tak boleh org lebih sikit dari dia. tapi sokeyy. ?

    Reply
  2. Peerghhh intro macam kereta api kargo. Tak habis lagi ni baca, baru 30%.
    Japgi aku update balik.
    Btw lagu apa tu sungguuu.sunggu..tak pernah dengar pun.huhu

    Reply
  3. Story best walaupun banyak words yang typo hehe

    kelakaaa tau bila part nyanyi tu
    “Sungguuu…sungguuu ku sayang padamu..Yinduu..memang yinduku padda mu, tak perlu kau tersiksa meyinduuuwi diriku…” ahahahahahaha

    Reply
  4. done x baca sampai habis. lekat di skala 6 ??. baca sampai part dah tahu sapa yg hantar santau tu je. part yg ada tok dgn zuri tu sepanjang dialog tu terngiang2 pulak suara tok adi. hahahaha. btw cerita best ?? *8/10

    Reply
  5. name kt Facebook nak Suria Flawless Gojes aje !

    Bila aku baca nama facebook tu, aku teringat kat cikbambam hahahahahahahaha

    Pengajaran. Jangan suka menunjuk sebab tak semua orang suka kat kita dan tak semua orang akan terima kita seadanya. huhu

    hm Zuri. Sekali lagi aku nak tanya. Mana Mayang?

    Reply
  6. habis baca dah ~~
    kerana orang lain menunjuk dia pulak yg sakit hati ..
    orang punya duit, jgnla kita dengki ..huhuhuhu..
    tapi apa boleh buatkan ..
    dalam 3/10 manusia yg ada disekeliling kita memang akan ada dengki.
    btw , cerita nih best !!

    Reply
  7. “Haters can’t stop an Ideas.” ya ya ya. *thumbsup

    Belum pernah kecewa dengan Zuri. Hanya sedikit kecewa dengan sikap si penyantet. Keep on writing bro.

    Reply
  8. sejak cita Mayang yg Miang tu…ni cita santet menyantet lak eh…terbaik la sebab cita Zuri walau sekadar rekaan tapi sarat dengan teladan dan seolah2 kisah benar….mmg pun ada segelintir wanita yg suka acah2 kaya dlm FB tayang itu ini..tayang laki tak kira laki sedia ada atau laki baru pun ado…lama2 laki kena rembat dengan awek FB lain lak…hadoii la…kipidap Zuri…5 bintang wa kasi lu…

    Reply
  9. sangat best!! ada yang lawak sampai aku dan encik Li ketawa berdekah-dekah. haha!! aku tak reti nak buat cerita seram-comedy ni. wuwuwuwu!!

    tp mmg i like the twist of the plot. memula tu ingat si Fatimah…rupanya si Laila Gebu. nanti share la lagi cerita menarik…hehe

    Reply
    • tengah membina cerita baru ni cikgu. sungguh ke weh encik Li baca cerita ni ? biase aku baca cerita dari korang. Aku minat terok cerita dari kau butirstar !! rase bangga lak ! Weeeeeeeee

      Reply
  10. Walaupun hanya sekadar rekaan,terdapat banyak pengajaran yang dapat diperolehi dan diambil dari kisah ini.Kadang-kadang,hanya kerana perilaku dan tutur kata kita,kehidupan mulai hancur binasa.Semoga kita dijauhkan daripada melakukan maksiat.Ambillah ikhtibar melalui cerita ini.
    Kepada #Zuri pula,Teruskan berkarya!Terukan menyelit teladan dalam setiap kisah yang dikarya! 😀

    Reply
  11. “Sungguuu…sungguuu ku sayang padamu..Yinduu..memang yinduku padda mu, tak perlu kau tersiksa meyinduuuwi diriku…”
    Murung aku baca ayat gini… Huhuhuu

    Btw nice story bro zuri… ??

    Reply
  12. m**i m**i ingat Mah yang jahat hahah rupanya si gebu gebas tu. kuangsam betul laa, dengki laa tu. even dya riak pun, yang awak panas hati tengok dah kenapa.

    Reply
  13. Terbaek!!! penuh dgn pengajaran & tauladan… memang wujud manusia mcm ni, smpai sakit pulak mata bila nengok diorg x habis2 tunjuk kekayaan & kemewahan kat media sosial. hope sgt manusia2 tu baca cerita ni, biar sedar diri skit. huhu

    Reply
    • cerita ni jadi sebab dalam friendlist aku sendiri yang buat perkara ni. lepas beli barang siap post tag harge dengan caption “Alhamdulillah”.

      Reply
  14. Salah satu sebab kenapa saya tutup Facebook… Banyak bende riak yg cover line dengan nama Allah… Banyak gossip dan fitnah dari bende betul… Sebenarnya social media ni la tempat memecah belahkan silaturrahim. Tengok je komen caci or bash orang. Sedih kadang tengok ayat2 yang keluar dari mulut muslimat dan muslimin. Lebih2 lagi kalau bertudung or ayat ala2 ostaj ostajah, dia punya kecam tu perghh pedas dari Samyang 2x Hot. Asal facebook untuk berhubung dengan kawan lama, last2 kelaut pulak tujuannya…

    Reply
  15. Macam.cerita aku je ni. Tapi di olah dalam verse lain. Aku pun kena santau dulu sebab up gambar dgn BF. Masa tu baru2 couple, excited lebih sikit.

    Nov 2015, aku pergi vacation dgn adik beradik. Singgah Krabi. Kakak aku bagi aku makan baby nenas yg viral tu. Apparently, malam tu balik hotel aku langsung tak boleh tidur. Setiap 5minit berlari masuk toilet batuk siap termuntah muntah. Seksa ya amat. Seminggu kat sana tak rasa happy pun bercuti.

    Balik tu baru tahu kena santau. Alhamdulillah dah berubat. But still tak tahu siapa gerangan si penghantar. Ustaz taknak bagitau ?

    Reply
  16. cter ni best, pengajaran untuk kita sb ape yg diceritakan ni kalau diperhalusi mmg benar.

    sikit2 up FB dh mcm kaya sgt. gebang lebih walhal duit seciput.. org yg takde hasad pun blh bertukar jd setan sb meluat. ibarat kita yg yg mengundang kepa bala. tp kalau hati kita bersih, usah lah sakit hati dgn kemewahan org lain yg dibuat2 tu.

    btw ingatkan si fatimah yg hantar santau mula2 tu hehe..

    Reply
  17. Terbaik bro, tapi nak share jugak bila dah baca story ni, teringat aku dulu seorg y baik, skrg pun baik la jugak kottt. Kununnya.

    So ada akak sepejabat ni sama la perangai ngan suria ni, aku n the geng baru masuk keja situ time tu, dy sgt berhati2 bab mkn katanya dy dah serik penah terkena, kena apa aku rasa cam suria gak kot atau x seteruk suria la kot sbb aku tgk dy rajih ja up ceta dy tapi bukan kat fb, kat kami, bayangkan aku n the geng nak kena ngadap dy hari2 dgq story dy ngan family dy dari saat dy bangun tdoq sampai dy tdoq balik, berapa kali anak dy mandi, feveret laki dy pa semua kami tau la. Y perih sekali aku la, aku kan budak pembaris jugak kununnya la pembaris depan org baru kenai, prankster dengan kawan2 rapat.
    Kiranya aku ngan dy kwn baik la sampai org ckp, eii dy keluaq ngan kak dy la tu ( p.s: org kedah klu bab nak kata kat org dy x suka dy akan tambah ayat hang, i.e: tu kwn baik hg dah sampai, kak hang la tu, adik hang la tu) crabby crab toi kwn2 aku bila depa tambah ‘ kak hang’ tu kat aku. Sampai satu ketika hubungan kami (aku dan kak tu) jadi keruh sbb aku merangkap assistant dy ada melawan sikit la ckp dy, mau x lawan, dy buat xkena pastu aku yang kena panggil ngan bos.. Eh3. Tapi mujuq bos pandai, dy tau pekerja dy tu camno, dy percayakan aku sebenarnya, tau ja akak tu mmg suka buat org lain jadi kambing hitam. Cumanya akak tu suruh bos panggil aku teguq aku. Kononnya aku dah x boleh dibentuk, (kecik hati mak, awok ckp camtu). Aku pun dipanggil utk ajak chitchat sambil membawang. Harusku redho dgn huhuhunya.
    Once upon a time, aku up kat status fb la kan, biasa budak baru nak up, aku up status bunyi.mcm menyindir la kot baginya. Padahal klu org lain baca hatta aku baca pun cam xdak pa pun. Esoknya dy mengamuk cakap xpuas hati ckp depan2 jgn up kat fb. Xsuka keja ngan dy habaq, boleh pindah jabatan. Bla3 siap teriak2 lg.
    Aku ngan lagak biasa terasuk setan gak la bila org membentak camtu ckp dgn slumber, “ha dah sapa mkn cabai dy la rasa pedasnya. Mmg x suka pun, dah lama sy mintak nak tukaq depa x bg2 sekali akak pun halang sy tukaq jabatan. Ingat suka sgt.'” sambil muka bersahaja bersilang kaki pen ditunjuk ke arahnya ala2 pelakon drama watak ceo marah pekerjanya. Tapi x membentak, hanya bersahaja dgn senyuman nipis sengaja membuatkan dy nampak pathetic. Hello it’s all about psychology. Psiko dy sikit bg dy lagi marah. Hahaha. camtu la kot. Leh tahan gak pembaris ni bila dah lama simpan bakat, ada peluang terus jadi naagin.
    Hari tu dlm sejarah aku bergaduh selama mana aku hidup di muka bumi ni aku cuma gaduh ngan adik2 aku ja sbb depa ja aku leh buli pun. Xpenah ooo aku gaduh ngan org lain sampai camtu sekali. Tapi xdak la sampai nak membentak, aku gaduh guna psikologi beb. Bukan gaduh cam budak sekolah tu hat tarik rambut lempaq kerusi tu. (tapi tu pun dpt kat pakcik bwg dy leh p canang seantero kata aku mengamuk habis pecah barang, bab satu punya pakcik bawang, bwk2 taubat la, byk kali dpt amaran dr allah dah keluaq masuk hospital tu pun leh lempaq fitnah lg? Allahuakbar).
    Tapi, itulah iktibarnya, media massa, fb, ig, n sewaktu dengannya,. Bisa ia menjadi kebaikan bisa ia memudaratkan. Dlm kes ni akak tu dah tersalah faham dgn post aku y xdak kaitan dgn dy. Kan mendapat bila awok menjolok sarang lebah. Untung nasib dpt madu, lg untung dpt lebahnya sekali bisanya.
    Tapi alhamdulillah aku dgn dy tiada sebarang persengketaan pun lepas tu. Tak lebih dr tujuh hari pun bergaduh pastu ckp balik. Kata org, nak jadi kwn baik, mesti kena gaduh dulu. Mcm aku ngan best fren abadi aku, kami sblm jadi best fren dah disergah dgn pelbagai situasi, bergaduh, digaduhkan, spekulasi.
    Pesanan aku, korang gunakanlah media massa tu ke arah kebaikan, jadilah mukmin sejati.
    Dan satu lg, hentikan teori dan pendapat sdri, kerana ianya hanya memudaratkan. Berdepan dgn masalah dan bertanya kebenaran y sebenarnya adalah jauh lebih dari berteori sdri. I.e: klu ada lelaki yang kau suka, atau wanita y kau suka, jgn berteori sdri ckp “mana mgkin dy suka aku.. Aku ni kan.. Bla3.” lafazkan. Tanyalah kebenaran biar ia pahit dr hidup dlm ilusi. Itu pesanan aku sbb aku xpenah bjaya hidup dgn prinsip tu. Aku nak korang y membaca amik manfaat.
    Last but not least, aku mengarang tanpa membaca semula dan aku pasti byk lari topik, y sama sekepala ja leh faham penulisan aku. Mana baik amik iktibar.

    Nak iklan sikit nak say hi kat bf aku ratna sang ratu y juga peminat fs ni. Dgn ucapan, ni aku weh. Klu hg terjumpa ni, wasap aku dgn screenshotnya. Bayangkan jelah aku bg ucapan mcm kat artis ajl tu.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.