1 2 3… Dia ikut kita balik, Long!

1…2..3… Dia ikut kita balik, Long!
Assalamualaikum. Since, kisah aku dah disiarkan dalam FS (Terima kasih FS), aku nak cerita pengalaman kedua aku nampak ‘benda alah’ tu. Masa aku menulis kisah seram untuk dihantar ke FS, malam tu aku nampak mahkluk Allah S.W.T balik rumah. Kisah dia, pasal adik aku.

Adik aku umur 6 tahun. Yang peliknya, dia pun boleh nampak benda-benda macam ni. Kalau budak umur 2, 3 tahun, logik akal jugak, kan? Tapi, kalau dah 6 tahun, bagi aku penglihatan mereka dah terhad. Tapi, dia ni..boleh nampak.

Kisah pertama. Dua tahun lepas..

Malam. Aku dengan dia keluar cari barang. Masa tu dalam pukul 10 malam rasanya. On the way pergi bandar tu, dia ceria je. Tak ada masalah sangat. Bersembang dengan suara pelat dia. Ada yang aku faham, ada yang aku tak faham sangat. Umur dia 4 tahun masa tu. Tak pandai apa-apa pun lagi. Membaca ke, mengira ke. Dia memang tak reti. Setakat 1, 2, 3 tu lepaslah..
So, lepas beli barang, makan apa semua, kitorang balik. Dah nak dekat pukul 12 macam tu. Dalam kereta tu, tiba-tiba dia diam. Dia berdiri dekat tempat duduk sebelah aku sambil pandang jemari sendiri. Diam je. Tak banyak mulut macam sebelum ni. Dia tunduk, main jemari comel dia.
Aku malas nak fikir benda pelik-pelik. Malas nak layan perasaan sangat. So, aku diam dulu. Then, baru aku tanya “Adik tidur ke dik?”

Haa..masa nilah dia start mengira tau! Korang bayang eh, budak kecil tu manalah reti mengira. Tapi masa tu, dia start mengira..
“One…two..threee..” Bahasa Inggeris kau!
Aku dah cuak dah. Alunan suara dia tu lain macam. Halus je. Mendayu-dayu. Lembut je.
“Ummi…baby lapa cucu..”
Dia dah start nyanyi dah…Meremang bulu roma aku! Dia duk ulang “baby lapa cucu..”

Aku ada adik bongsu. Baru berapa hari. Budak ni, lepas keluar hospital kerja dia menyusu je. Sampai susu dah keluar ikut hidung dengan telinga. Dia masih menyusu.

Kadang-kadang, tahap menyusu dia tu tahap melampau. Wajib pukul 2 pagi sampai 4 pagi. Non stop. Kalau umi aku tak bagi, dia menangis macam tak makan bertahun-tahun.

Adik aku ni dah start menyanyi..
“Baby lapa cucu..”
“One two three four five six seven eight nine ten..”

Masa ni, nasib baik aku tak terjun kereta, tinggal dia. Sebab dah seram semacam dah bila dia boleh mengira sampai sepuluh. Lepastu, dia menjeling aku sambil sengih.

“Baby lapar cucu.” Sambil menyeringai.
Allah! Memang ketar lutut aku.

Bawa kereta laju gila. Masuk simpang rumah aku je, boleh dia cakap.
“Long… ada orang ikut kita balik. Tu..dia ikut. Dia nak masuk kereta kita.”
“Adik! Diamlah!” Memang aku sound dah masa ni.
“Long..tu dia duk belakang dah.”

Bulu roma aku dah berdiri. Rasa macam nak terjun kereta dah. Aku pecut habis. Jadi Dominic Toretto sebab hantu menumpang punya pasal. Aku tak pandang langsung cermin. Sampai je rumah, adik aku tak sedar. Aku terus keluar kereta, panggil abah. Malam tu juga bawa adik pergi berubat.

Dia dah okay. Dua tahun dia tak buat perangai. Tapi, tiga hari lepas. After aku hantar je kisah “Dia tak berwajah” dekat FS. Ada kejadian baru pulak. Melibatkan adik yang sama.

Aku ada kedai runcit. Baru buka je. So, sepanjang haritu..aku jaga kedai. Mula-mula, perangai adik aku ni okay je. Normal. Tapi, lepas asar macam tu dia datang dekat aku dia cakap “Long…adik nampak hantu. Hantu kecik jah. (Pelat budak)

Aku buat dek je. Budak, kan? Aku sambung menulis. Tapi, semakin nak dekat magrib. Perangai dia ni lain macam. Manja tahap aku pun naik hairan. Dia peluk aku. Dia cium-cium aku. Dia tidur atas perut aku. Dia tengok muka aku. Dia belai aku.

Aku rimas! Sebab dia tak macam tu. Azan magrib. Boleh dia ketuk pintu bilik air, lepas tu dia sembunyi belakang dinding. Aku perhati je.
“Adik main dengan siapa?”

“Dok. Dok main.” Dia nafikan. Padahal aku duk nampak dia macam tengah main sorok-sorok dengan seseorang. “Kawan” dia tu, duduk dalam bilik air. Dia dekat luar. Aku buat dek lagi.

Dalam pukul 9 malam, aku ajak adik aku balik. Perjalanan jauh. Rumah kami jauh. Dalam kereta, dia ceria melampau. Hyperaktif. Kalau dulu dia menyanyi lagu “One, two, three, baby lapa cucu..”

Kali ni, dia upgrade. Moden sikit. Menyanyi lagu “Si nopal anak bahenol..bahenol..bahenol..”

Duk ulang lagu tu sambil ketawa. Dia duduk tempat duduk belakang. Sebelah aku, adik aku nombor tiga. Sampai adik aku yang nombor tiga ni tegur.

“Duduk diam. Tidur.”

Sebab dia macam tengah bergurau dengan someone tau. Contoh, kita menyanyi ramai-ramai, pastu gelak ramai-ramai dengan kawan. Padahal masa tu, dia sorang je yang nyanyi.

Tak cukup dengan menyanyi, dia peluk leher aku. Aku tengah drive..dia datang peluk daripada belakang.

“Along..adik nak bisik.”
Dia pun bisik ditelinga aku..
Bunyi haa..haa..haa.. haaa..
Alaa..nafas kasar. Macam ada orang bernafas di telinga kita. Meremang bulu roma aku. Aku marah dia. Suruh dia main dekat belakang. Jangan sentuh aku.

Aku malas nak tegur sebab aku dah rasa lain macam. Biar sampai rumah. Biar terkubur macam tu je. Tapi, benda ni jahanam. Nak juga bagitahu aku yang dia ada sekali. Bengong!

Aku selalu tengok cermin belakang sebab nak tengok keadaan adik aku. Masa tu, dia dah stop nyanyi lagu. Setahu aku, dia tengah baring. Tapi, masa aku tengok dekat cermin, aku nampak ada satu makhluk. Tubuh lebih kurang adik aku. Panjang rambut paras bahu. Depan tu, dia cut gaya barbie. Jadi aku tak nampak mata dia.

Cuma yang pasti, budak tu muka panjang. Adik aku muka bulat. Duk pandang dalam cermin.

Aku dah tergamam. Aku alih pandangan. Sesaat lepas tu, aku toleh belakang. Tengok adik aku tengah baring. Then, yang berdiri dekat adik aku baring tadi tu siapa?

Aku pandang cermin balik. Benda tu still ada. Duk berdiri sebelah adik aku. Aku tak takut macam sebelum ni. Tapi, aku hangin.
Aku marah dia.

“Kau bawa balik siapa dik? Kau berkawan dengan siapa? Suruh kawan kau balik sekarang juga!”

Memang aku marah kaw-kaw. Adik sebelah aku pun kena marah. Aku suruh dia ambil adik aku. Riba.

Last-last..adik aku tu tertidur. Sampai ke rumah.
Sampai rumah je, aku cerita dekat umi. Esok hari..Kak Lin sebelah rumah…Kan aku cerita dia ni bomoh..

So, dia cakap benda sama la. Ada budak kecik dalam kereta. Ikut balik. Nak berkawan dengan adik aku. Dorang berkawan.
Bila aku tanya adik aku balik. “Adik nampak hantu ke?”
Dia tak mengaku dah. Sebab tengah berkawan kan. Aku tanya esok tu, baru dia cakap dia ada kawan dekat kedai tu.

Kenapa aku tak takut? Takut..gila kau tak takut.
Cuma, dia tak tunjuk muka. So, aku tak takut. Kalau yang tunjuk muka, yang datang dekat. Memang aku menangis.Tak tidur. Sebab takut.

-Bokbong HA-

HANTAR KISAH ANDA: fiksyenshasha.com/submit

14 thoughts on “1 2 3… Dia ikut kita balik, Long!”

  1. Kau ni apa kerja bawak budak umur 4 tahun keluar sampai tengahmalam? Aku lempang kau kejap lagi, baru kau tahu.

    Reply
  2. “Aku ada adik bongsu. Baru berapa hari. Budak ni, lepas keluar hospital kerja dia menyusu je. Sampai susu dah keluar ikut hidung dengan telinga. Dia masih menyusu.”

    aku harap part ni kau cuma hiperbola. gila ke apa bagi susu sampai keluar ikut hidung telinga segala.

    Reply
    • Kalau ikut hidung aku caya laa. Sebab kadang flow susu terlalu laju sampai penuh susu dalam mulut. Kadang boleh jadi time baby susu baring mengiring. Pernah jadi kat anak aku haritu. Tanya doktor its normal. Cuma jangan selalu. Nanti jadi tak normal.

      Tapi kalau keluar ikut telinga aku tak sure. Macam pelik pula. Hahaaha. 😅😅😅

      Reply

Leave a Comment