3 Kisah Seram Aku Tika Bergelar Pelajar Universiti

Hello everybody! Setelah sekian lama jadi silent reader, tergedik juga nak share. Aku ada banyak pengalaman seram, bayangkan dari tingkatan 1 duduk asrama. Alhamdulillah bukan jenis hijab terbuka, cuma bernasib baik terserempak je. So sebagai pengenalan, K dari Johor. Umur lewat 20an. Straight to the point, aku nak share 3 kisah ringkas je untuk permulaan. Nanti semangat menaip da sampai, aku share yang lain2 ok.

  1. Salam 3 pagi.

Kejadian ni berlaku awal tahun 2018. Status masa ni pelajar di universiti pantai timur yang ada pantai. Tau dah kan yang mana. Duduk rumah sewa berdua, murah je RM300 sebulan. Sebenarnya aku masuk situ lepas penghuni lain keluar selain bakal housemate aku sorang ni. Habis pengajian senang cerita. Masing2 perangai macam anak raja, anak menteri tapi level pengotor sampai aku tak sanggup nak lepak lama2 bila datang rumah sewa member ni. Pinggan tak basuh, barang2 peribadi bersepah, baju main campak2 je. Toilet jangan cerita la. Geli siot, kembang kempis saluran pernafasan aku masa tu.

Ni sebab kenapa aku setuju duduk berdua je. Ingat masalah da selesai, tapi tu baru permulaan. Tapi malangnya masa tu, aku duduk seorang diri je sebab housemate ada emergency. Let call him as Sufian or S . Mereput la sorang2. Masa tu aku langgan internet perbulan. Pakej RM50 5GB, internet je tak termasuk kredit kalau nak buat panggilan. Biasalah, bukan orang have2 pun nak mewah bagai. Sebagai pelajar, aku tahu mana keperluan dan kehendak. Gitew. Nak jimat punya pasal, malam2 sebelum tidur aku akan pastikan yang phone aku dalam flight mode. Maksudnya internet off la sambil nak cepatkan bateri cepat full bila cas.

Oh lupa nak bagitau rumah sewa aku ni dalam kawasan berpenduduk padat, rumah kampung tapi sebijik, diapit rumah landlord dengan rumah mak dia. Back to the story, tiba2 dalam pukul 11 malam aku terdengar bunyi wasap masuk. Yang ni aku konpius jap, hantu pun main wasap jugak ke? Masa tu aku memang dah double triple confirm phone dalam flight mode. Berdebar2 tapi gigihkan cari juga punca bunyi wasap tu. Think positive kot landlord atau sesiapa tertinggal phone. Yang aku pasti bunyi dari luar rumah. Memusing juga aku kat luar rumah, memikirkan janganlah ringtone kau set suara setan gelak2 tu. Sebab aku pernah dajalkan orang pakai ringtone tu, bhahaha ampun pada sesiapa yang terkena.

Setelah aku berjaya yakinkan diri mungkin tersalah dengar, aku masuk bilik sambil tengok jam dah 2 pagi. Penat lelah tak hilang, aku baring je main game kat phone after fully charged. Sejam kemudian, ahaaa bermula part seram tu apabila aku terdengar suara kanak2, seorang lelaki dan seorang perempuan. Diorang main lari2, tapi aku perasan suara kanak2 perempuan tu lagi menonjol. Pemenda siak 3 pagi asyik main lagi, tak sekolah ke esok dik oi. Ohh baru teringat mungkin anak landlord kot walhal tau dah yang baby girl tu belum lahir.

You know what happen next? That girl ketuk pintu! Tok, tok, tok assalamualaikum, 3 kali! Perasaan aku berbelah bahagi time tu. Tapi boleh pulak terlebih positive mind, mungkin entah anak2 kawasan kejiranan situ tersesat kot, nak minta tolong hantar pulang. Aduhai bila fikir balik pehal la aku positive thinking sangat masa tu. Aku bangun, bukak pintu bilik, keluar bilik tengok pintu rumah yang selari dengan pintu bilik aku. Jalan slow2 je. Bukak je pintu tapi takde orang pun. Beranikan aku buat macam tu, kau mampu?

Setelah puas pusing kiri kanan takde penampakan kelibat, aku pun tutup dan kunci pintu. Fuhh lega takde sesiapa. So masuk bilik dengan harapan nak tidur supaya tak subuh dinasour. Tiba2 aku terdengar that girl bercakap “ohhh ade orang rupanya, hihihihiiiii”. Ahahahaha tak guna.

  1. Siapa off kipas?

Masih di rumah sewa sama, bilik yang sama. Situasi pun sama. Alone sebab housemate pergi mana entah. Time S takde aku je kena. Ciss. Tapi S tu penakut, tidur pun on lampu siling.Btw, sampai sekarang bilik aku takde kipas siling, ada kipas kaki. Tu pun yang pendek. Bilik aku ade katil dengan tilam, hasil memburu student lain menjual sebab last sem ada yang dah nak habis pengajian dan berpraktikal. Okey la RM150 pakej katil+tilam. Tapi aku suka tidur bawah, tarik tilam atas lantai. Sebab kipas kaki tu pendek, sesuai la tidur lantai memandangkan belum berjaya memburu kerusi dan meja study. Aku letak kipas tu kat kawasan kaki aku je.

Time tu aku dah tidur, terjaga dan tengok jam kat phone dah 3 pagi. Biasa lah, ada masa2nya terbangun tak boleh tidur. Time rajin pergi ambik wudhu buat solat tahajud dan hajat. Student kan, kadang2 tu ade je yang diharap tak dapat. So kembali kepada fitrah, meminta pada yang Maha Esa dipermudahkan segalanya. Time ni dia datang, tikk dia pedajal off kipas aku. Terkejut terkedu. Panas la setan! Marah dalam hati, dalam selimut.

Geram kat setan ni tau sebab kepanasan. Pemenda la off kipas aku woi! Marah gila tapi dalam hati je la. Ada berani ke nak maki depan2 yang off kipas tu? Hahaha. Silap2 aku yang pengsan dulu. Tunggu tunggu dan tunggu, aku tak pasti dah berapa lama aku kepanasan. Berpeluh2 jangan cerita la. Tapi hati dah baca2 apa yang mampu. Tak lama lepas tu dia on balik kipas. Thanks tau setan, kau panas dapat ayat auci, aku panas kau off kipas. Esoknya aku sidai selimut dengan tilam kat ruang tamu. Basah.

  1. Harum!

Again, alone at home. Petanda kalau aku alone je dia datang melawat. Masa tu aku baru balik dari beraktiviti di kampus. #studentlife. Terlewat pulak habis. Dahla lapar, takde pulak makan2. Setel semua aku pecut balik rumah sewa nak tidur. Nampak masih ada stall burger masih beroperasi tepi jalan tapi aku ni jenis nafsu tidur kuat lagi dari makan tau. Bye2 burger, huhuu.

Dah sampai rumah sewa, lepak2 dulu main game buat air limau suam less sugar. Favourite. Dalam tak sedar dekat 2 pagi dah. Aku apelagi, zuppp capai tuala nak mandi. Rutin aku bila mandi ialah cuci muka dan gosok gigi. Basahkan badan dengan air, off air baru sabun badan dan syampoo rambut. Gentel2 bagi bersih lepas beraktiviti. Dah bilas2 bagi bersih, aku tercium bau wangi sangat2. Bau bunga, tapi tak tau jenis bunga apa. Nak kata sabun mandi, selama ni takde pulak bau wangi teramat begitu.

Aku suka bau2 wangi bunga ni, sebab mak aku kat kampung tu suka tanam bunga tapi masih tak boleh refresh bau bunga jenis apa. So aku enjoy je bau tu dalam bilik air. Then feeling seram tu datang bila terfikirkan dia tengah tunggu disebalik pintu bilik air. Aku bayangkan yang cantik2 je sebab bau wangi. Datang was2, dont judge the appearance by the smell. Dibuatnya muka tak cantik, naya je aku pengsan sorang2. Dahla kat bilik air, kang keluar news pelajar mati terhantuk ketika mandi, berseorangan di rumah sewa.

Ya aku enjoy bau wangi tu sampai beransur2 hilang. Bau tu dah hilang baru dapat kekuatan nak buka je pintu tu. Kalau dia muncul depan mata, aku memang rempuh je. Dah la penat badan, kaki pulak lenguh nak tunggu bau tu hilang. Bila aku buka je pintu, takde sesiapa. Bagus, dengan pantas aku berlari masuk bilik. Maaf atas kekurangan. Sekian, terima kasih.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

7 thoughts on “3 Kisah Seram Aku Tika Bergelar Pelajar Universiti”

Leave a Comment