KEDAI SERBANEKA

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca Fiksyen Shasha (sebelum ni aku dah silap tulis rupanya. Patutnya Shasha tapi aku selamber type syasya dekat post sebelum ni. Sorry admin) Hi semua, nama aku Myra.. Aku nak sambung kisah yang aku pernah alami lepas aku belajar. Korang boleh tengok cerita aku sebelum ni dekat “PELAJAR UNIVERSITI”. Dalam cerita tu aku ada mention mata aku tak berapa nak cukup penapis lepas tragedi yang jadi dekat tempat belajar aku.

Kali ni aku nak cerita kejadian dekat tempat kerja lama aku (sekarang aku dah kerja kat tempat lain). Tak banyak kedai 24 jam dekat Malaysia ni, jadi korang mesti tahu kedai serbaneka apa. Tak payahlah aku mention kat sini. Aku teruskan jelah erk? Sebelum ni aku dah biasa kena kacau dengan bunyi cakar dinding, barang jatuh, air singki terbukak dan sebagainya.

Satu hari tu aku dapat shift malam dengan kak ida. Shift malam start pukul 11pm-7am.
Kak ida ni sopan santun orangnya, penakut pun eyea jugak. Malam tu kitaorang keje macam biasa, tak banyak main sebab awal bulan ada store take so kena susun barang untuk mudahkan semua store manager buat pengiraan. Pukul 12am customer dah makin kurang, ingatkan dapatlah buat kerja laju sikit rupanya tak. Masa ni dah start dengar macam macam bunyi. Aku ni pulak jenis yang malas nak ambik tahu. Lantak lah kau nak bunyi macam mana sekali pun asalkan kau tak muncul depan aku sudah.

Aku buat kerja sambil bukak youtube, aku tak hirau sangatlah bunyi bunyi tu . kak ida ni asalnya buat kerja kat depan tapi dia gatal datang belakang semata nak ajak aku membawang. Bosan katanya takde kawan sembang. Padahal dia boleh je borak dengan aku sebab aku tak tutup pun pintu store. Makin lama makin kuat pulak bunyi cakar menyakar ni, kalah volume speaker aku. Dahlah masa tu aku tengah sakit gusi, dia boleh pulak main cakar cakar. Ngilu gigi aku tau tapi takpelah aku boleh sabar lagi. Aku tengah ralit dengar lagu tiba tiba kak ida tegur “Dik, ko dengar tak bunyi cakar dinding? Akak dari tadi dengar macam macam bunyi.”

Aku buat tak tahu je. Kak ida tak puas hati gamaknya dengan aku lepastu dia baling aku dengan penutup botol dutch lady. Aku pandang dia “akak nak apa ?” acah tanya lah. Bukannya aku tak dengar kak ida tanya apa, Cuma aku taknak bukak mulut pasal benda tu. Kalau aku bukak mulut nanty silap hari bulan aku kena buat kerja sorang sorang. Mau aku nangis kat tepi bucu rak, banyak lagi kot barang tak susun. Kali ni dia pulak tak nak layan aku. Hampeh punya kak ida. Nak balas dendam kat aku ke macam mana ? Aku ingatkan dia nak perang senyap dengan aku sebab merajuk, tak sampai 10 minit dia dah menapak kat sebelah aku.

Pelik jugak aku, tadi bukan main kau ignore aku, ni pehal tiba-tiba je duduk sebelah aku siap package peluk lengan aku lagi. Aku mulalah menepis nepis kak ida, dalam hati aku ‘kuat pulak kudrat budak ni hari ni’. Aku bukan tak suka dia menempek kat aku , masalahnya aku susah nak buat kerja, nak bergerak apatah lagi. Rasa beban besar pulak kat sebelah kanan. Aku bersuara lah “akak ni kenapa? Myra nak buat kerja ni kak. Nanty taksiap bukan myra je kena marah, akak pun kena sama tau. Baik akk tepi sikit. Kalau taknak buat, duduk tepi. Myra buat semua” kak ida diam je tapi pandangan dia tu alahaiiii, lemah jantung aku gais. Rasa nak lempang pun ada masa tu tapi takde lah aku lempang dia betul betul sebab aku tahu dia tengah takut. Kalau tidak, mau berbulan bulan dia tak tegur aku. Payah aku nanty..

“akak dengar ada suara mengilai lepastu dengar ada suara orang menangis dik” aku dah agak dah, mesti kak ida kena kacau kalau tak, dia takkan menempek kat aku sampai aku takboleh buat kerja. Lepas kak ida bagitahu aku apa yang dia dengar makin lama makin slow suara mengilai tu. Orang dulu dulu kata kalau bunyi dia slow je maknanya dia dekat dengan kita. Aku pun cuak jugak masatu. Entah kenapa aku rasa berani sangat p jerit “AKU TAK KACAU KAU , KAU JANGAN LAH KACAU AKU. AKU NAK BUAT KERJA NI. TAK NAMPAK KE? DAH LAH ADA STORE TAKE. KALAU KENA MARAH KAU NAK TANGGUNGJAWAB KE. NI AKU TAKSUKA NI. PERGI LAH KACAU ORANG LAIN. BELAKANG NI BANYAK RUMAH. PERGI MAIN JAUH JAUH. SINI BUKANYA TAMAN MAINAN KAU NAK MAIN MAIN” masa jerit tu aku tak terfikir pulak yang aku tengah bersuara dengan benda yang tak sepatutnya, habis cakap meremang juga tengkuk aku.

Rasa lega ya amat bila dah takde bunyi bunyi pelik. Kak ida pun dah tak takut. Benda tu dah takde lah agaknya kot. kitaorang buat kerja macam biasa. Siap kerja kat belakang, aku tolong kak ida dekat depan. Masatu baru pukul 3.20am. kerja dah takbanyak nak kena buat. Gangguan ni tak habis kat situ je, Kebetulan pulak aku nak basuh tangan lepas buang sampah. Singki dekat kaunter takde sabun, kalau nak sabun kena ambik kat dalam toilet. Aku ingat nak terus basuh tangan dalam toilet je sebab malas nak angkut sabun kedepan kebelakang. Aku bukak lampu tapi lampu tak menyala, rosaklah kot. Aku tolak je pintu toilet , air dah terbukak. Macam tahu tahu je aku nak basuh tangan. Aku tak fikir bukan bukan masatu, aku kan pernah cakap aku suka main air jadi aku tunduk je kepala aku cuci tangan walaupun aku tak nampak pun tangan aku dah bersih ke belum sebab cahaya dari store tak terang sangat.

Gosok punya gosok , aku terdengar suara macam lembu nak pergi tanduk orang tu, berdengus lain macam oii. Aku angkat muka pupppppp tepat depan mata jarak dalam berapa meter je weh. elok je dia bertengkek kat singki tu . Dah lah besar, mata merah. yang aku pelik , tak pecah pulak singki tu. Nampak je besar tapi ringan kot, singki pun mampu tampung badan dia. Positifnya aku masa tu, tak fikir pun bala depan mata nak terkam aku.
Sebelum dia sempat terkam aku baik aku lari dulu, aku capai phone dekat atas meja, aku terus lari keluar , masa aku keluar dari store tu aku tarik pintu store, terdengar bunyi macam orang langgar pintu.

Dalam hati aku “padan muka kau. Sape suruh kacau aku nak buat kerja” aku tarik kak ida keluar dari situ. Kitaorang lepak kat luar. Nasib kitaorang baik sebab barisan kedai serbaneka yang kitaorang kerja tu ada kedai mamak 24 jam, taklah terasa sunyi sangat. Kitaorang lepak dekat luar sampai azan subuh. Habis azan subuh, masuk balik kedai terus kunci sebab nak solat. Kang kena rompak , naya je aku dengan kak ida. Aku dengan kak ida tak pernah bukak cerita ni dekat sape sape sebab taknak yang lain rasa takut kalau dapat shift malam.

Sampai sini je lah cerita aku hari ni. Aku type ni pun masa aku tengah kerja tapi kerja aku dah siap. Tunggu waktu nak balik je ni. Nanty kalau aku free, aku cerita lagi dekat korang. Macam biasa lah yea. Sorry kalau penulisan aku kurang baik. Aku dah lama tak buat karangan. Korang jangan lupa komen dekat bawah tau, aku boleh improve penulisan aku next story . Thank you gais sebab sudi baca kisah aku..

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 6 Average: 5]
myra

3 thoughts on “KEDAI SERBANEKA”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.