Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada warga fs. Aku kenalkan diri aku sebagai Lily. Nama sebenar aku, biarlah aku rahsiakan demi keselamatan aku sendiri.
Aku ada seorang abang yang beza 2 tahun dari aku. Biarlah dia dikenali sebagai Alan. Jujur aku katakan, bila aku membesar bersama Alan di dalam satu rumah yang sama, banyak benda terjadi kepada aku. Semakin banyak hari yang aku lalui bersama Alan, semakin aku rasa takut dengannya.
Alan ni seorang yang pendiam dan kadang-kadang suka cakap sorang-sorang. Dia suka simpan haiwan atau serangga yang dah mati dekat dalam balang dan disimpan bawah katilnya untuk dijadikan koleksi. Tapi semua benda ni aku sorang jer yang tau. Aku ada bagitau mak aku, tapi bila mak check bawah katil Alan, semua balang tu dah takda. Bila mak keluar jer dari bilik, Alan pandang aku dan kerdipkan sebelah matanya pada aku sambil senyum.
Dulu, aku ada bela seekor kucing, nama dia mei, tapi satu hari, aku jumpa bangkai mei dekat belakang rumah dalam keadaan perutnya dibelah, dan matanya dicungkil keluar. Jujur aku sedih dengan kematian mei, tapi masa tu aku syak, mungkin itu kerja biawak.
Petang tu, aku dapati ada satu surat dekat atas meja belajar aku. Bila aku buka surat tu, aku dapati ada gumpalan bulu mei yang dilekat dengan pita pelekat pada hujung surat tu. Surat tu pulak ditulis,
” HEY, INI BULU MEI.. AKU SAYANGKAN KAU MACAM KAU SAYANGKAN MEI.. TAPI AKU TAK SUKA BERKONGSI.. HAVE A NICE DAY. ”
bila baca jer surat tu, aku terus menangis. Perasaan aku pada ketika tu bercampur baur.. Marah, sedih, takut… Aku nak keluar, nak pergi bagitau mak, tapi tiba-tiba Alan dah terpacak depan pintu bilik aku sambil tersenyum..
“Kau bagitau mak, aku tak teragak-agak untuk buat kau macam mei. ”
Itu jer ayat Alan yang aku tak boleh lupa sampai sekarang. Ada satu hari tu, masa tu Alan pergi sekolah sebab ada latihan bola, aku saja masuk bilik Alan sebab aku nak tengok kat mana dia simpan balang-balang haiwan mati tu, tapi benda lain yang aku jumpa. Aku jumpa gambar-gambar aku.. Semuanya diambil masa aku tidur. Aku jadi terkejut. Malam tu, aku tidur tak lena. Aku kunci pintu bilik dan tingkap. Siap aku hadang dengan kerusi meja lagi. Aku dah rasa tak selamat berada dekat rumah sendiri!!!
Esoknya, sepanjang waktu sarapan, Alan pandang aku dengan pandangan tak puas hati. Aku jadi tak selesa, dan terus minta diri untuk terus ke sekolah. Aku memang rasa nak keluar dari rumah aku tapi, kalau aku keluar dari rumah, aku nak tinggal dekat mana? Mak dan ayah? Aku tak rasa diorang selamat selagi Alan ada dalam rumah tu.
Aku masih ingat bila Alan dapat tau aku ada suka dekat seorang budak lelaki dari kelas aku. Alan naik hantu gila.. Dia pergi jumpa budak lelaki tu tanpa pengetahuan aku. Habis budak lelaki tu kena marah dengan Alan. Esoknya budak lelaki tu bagitau aku dan aku terkejut gila.. Aku tak tau la apa masalah abang aku tu. Balik jer rumah, aku terus jumpa Alan dan tanya dia kenapa dia buat macam tu. Selamba badak dia jawab, “dia tak layak untuk kau. ”
Pernah sekali tu, Alan hunus pisau dekat aku bila aku dan dia bergaduh teruk sebab dia koyakkan buku math aku. Aku takut gila… Serious!!
Alan ni jenis pandai berlakon. Depan mak ayah aku, dia acah normal.. Tapi bila mak ayah takda depan mata, dia mula tunjuk psiko.. Dia curi seluar dalam aku, dia tumbuk dinding tak berhenti sampai aku tegur dia, barulah dia berhenti.. Itupun sambil tersengih.. Kadang dia akan lompat-lompat sampai rumah bergegar, bercakap sorang-sorang, siap gelak-gelak lagi. Masalahnya, bila dia bercakap tu, dia tanya, dia sendiri yang jawab. Bila mak ayah takda kat rumah, memang aku akan kunci pintu bilik dan tingkap sekali. Even, kalau masa tu ada cerita best ker kat tv, aku takkan keluar sampailah aku dengar bunyi kereta yang menandakan ayah dan mak aku dah balik.
Bukan tu jer, Alan ni nak kata, memang pandai dari segi pelajaran dan sukan. Cikgu selalu puji dia. Macam yang aku cakap, dia memang pandai berlakon… Dekat sekolah, dia dapat banyak attention.. Ramai peminat.. Sampai ada yang kata dekat aku, beruntungnya aku jadi adik Alan.. Heh! Kau tak tau yang kau nampak tu semuanya palsu belaka.
Ada sekali tu, aku tengah baca quran dekat dalam bilik, lepastu tiba-tiba aku dengar ada benda jatuh dari luar bilik aku. Aku bukak pintu, untuk tengok apa yang jadi. Alan dah terpacak depan pintu bilik aku sambil senyum dan dia cakap,
“Suara dah sedap, tajwid dah mantap, tapi boleh tak perlahankan sikit… Kawan aku rasa sakit bila dengar kau baca quran.. ”
Aku memang meremang gila time tu.. Kau bayangkan la.. Waktu tu, tengah malam tau.. Mak ayah aku dah tidur.. Kejadahnya kawan-kawan dia nak datang tengah-tengah malam melepak dengan dia. Lagipun, aku tak dengar pun ada orang ketuk pintu ker, atau suara kawan dia ker apa..
Lagi satu… Benda ni terjadi masa hari jadi aku. Kau tau la kan, bila dah tiba birthday kita, benda paling best sekali bila kita dapat hadiah even kita tak minta pun.. Sama macam aku. Aku rasa happy gila bila pagi-pagi buta, aku nampak ada kotak hadiah depan pintu bilik aku. Tak tunggu lama, aku terus buka hadiah tu dan perasaan seronok tu, bertukar jijik.. Aku dapat kotak hadiah yang berisi bangkai serangga bermacam jenis dan dihiasi dengan bunga-bunga kertas yang ditanam oleh mak aku kat tepi rumah. Dalam kotak tu pun, ada satu surat yang tertulis, “Happy birthday!!! “.
Rasa nak mencarut jer masa tu.
Sekarang Alan dah sambung universiti.. Dan sepanjang dia takda dekat sini, aku dah cerita semua yang aku dah bagitau pada mak aku.. Siap geledah lagi bilik si Alan. Kau tau tak, balang-balang tu dia simpan dekat mana? Dia simpan dalam almari dan ditutup dengan baju-baju dia yang dia tak reti-reti nak lipat tu. Gambar-gambar aku pulak, aku tak jumpa. Aku syak dia bawak benda tu pergi universiti sekali.
Mak ayah aku mula-mula tak percaya, tapi bila aku tunjuk bukti, barulah diorang percaya.. Mak dan ayah dah setuju nak bawak alan pergi jumpa doktor masa dia balik nanti.
Aku bukan mereka cerita.. Aku tulis benda ni berdasarkan pengalaman aku sendiri. Aku cuma harap agar korang semua hati-hati sebab orang psiko ni ada disekeliling kita tanpa kita sedar pun.. Sekian.
Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Takde sambungan lagi ke pasal abang Lily nie? Teringin nk tahu perkembangan abang psiko dia..
I hope he gets the help he needs, if your story is real
Siscon??
ish,,rsa seram gila bila dduk sbmbung dgn org mcm tu , even fmily sndiri..
kental btul hti ko ni..Kuatkan smngt yer..
ehh, rsa sram giler bla duk ngan org cmtu , even fmly sndiri…kental tul hati ko ni..kuatkan smngt yer..
Dia tak seram tau.. tapi tahap psycho dia tu Allahu.. semoga dipermudahkan urusan keluarga penulis..
Semoga Allah memudahkan urusan sis sekwluarga. Ekceli saya x terkejut baca cerita mcm ni. Kat youtube ada kisah evil girl mcm tu. Siap bunuh binatang peliharaan dan ancam nak bunuh adik beradik. Mgkin Alan ni masa kecik x nampak sgt simtom dia tapi bila dh besar muncul sikit2. Saya rasa karakter alan ni nak sama dengan satu cerita seram rasanya kat FS jugak.
Dia psycho tu mungkin sebab ada ‘benda’ dengan dia tu. Mungkin secara tak sengaja dia ‘terberkawan’ dgn benda tu. Kena tolong dia sbb takut dia makin jauh dan benda tu makin kuasai dia. Manusia normal takkan buat benda² mcm tu. Kena ikhtiar both rawatan Islam dan rawatan psikologi. Mesti ada punca kenapa dia jadi macam tu, mungkin dia sunyi ke, selalu kena marah ke masa kecik². Wallahu’alam. Semoga abg awak normal balik satu hari nanti ye..
harap ada sambungan abang aku psycho 2
MakJemah Bawang ngan Sengkuang kecut ni org yg same ek
aku rasa orang yg sama
ko tengok icon dia sama.
cuba ko letak nama lain guna email add yg sama.
Seram tol hidop dengan org mcm nie🤦🏻♀️
Saiko ke atau ada kawan jin si Alan tu? Dah dia ada ckp kawan dia panas dgr ko baca Quran.. Selain jumpa doktor elok juga tanya Ustad minta pendapat..
Sambung la lagi.
Abang kau ni ada ciri2 tipikal psycopath-smart, popular, and paling penting no empathy towards others sbb tu dia boleh bunuh mei dgn mudah and another one, manipulator, pandai belakon. Bawa jumpa psychiatrist please, orang mcam ni dia bukan hanya harmful to close people, tapi juga to the society. Jangan pelik juga kalau dia boleh manipulate psychiatrist or counselor and make them believe he is normal, diorang ni IQ tinggi. Untuk case study, boleh baca high profile serial killers, most of them have these basics traits of a psychopath yg abang kau ada ni. Please get help for him, never ignore all these signs, that’s how all these serial killers got the chance to kill-when people choose to ignore or be denial about it.
Yes, you are so right. Jeffery Dahmer, Ted Bundy just to name a few, have had these characteristics. These are warning signs. Go get help. He really needs help. Nanti kau yang menyesal dik. Case studies dah berlambak dah pasal warning signs ni. Seriously, he needs help. Good Luck.
ye we..mcm ade sorg ni..dia nmpk blur mcm bdk2 lembam..skali kantoi dia join IS..ya ampunnn
Saya cadangkan since parents you dah tahu, time dia balik, awak jangan ada kat rumah. Pergi tumpang rumah sedara mana2. Mungkin ni bukan solution pada you but based on your cerita, your brother ni amat menakutkan. Lagi satu, kalau ikut cerita psikologi, apabila seseorang tu dah berani bunuh binatang contohnya kucing, itu agak serious. Semoga Allah permudahkan semuanya untuk keluarga awak. Semoga abang awak dapat rawatan dan semoga awak selamat selalu. Amin.
Update lah sikit latest news about u and ur brother.. semoga segalanya ursuan dipermudahkan. Amin..
tetiba aku rasa macam abang si lily ni tauu je yang lily tulis pasal dia kat sini .. hmm
Nanti sambungla ye
Pyscho sekali seram, seram sbb ada abang gila macam tu lepas tu rasa tak selamat bila part dia cakap abang dia selalu curi seluar dalam, ambil gambar masa tidur. Ugh scary af!
Seram gak part bila dia cakap “kawan kawan” dia. Aaa kentalnya
aku pelik la. apa punca dia jadi mcm ni eh. selalu org psiko ni ada kena mengena dengan makhluk halus ke tak
DADAH
Psychopath