Aci Nyorok: Pemain Tidak Berwajah

Assalamualaikum dan salam muhibah semua. Terima kasih kepada admin kerana jika anda sedang membaca tulisan kerdil ini, ia bermakna admin sudi menyiarkan cerita aku yang tidak seberapa. Secara jujur, ini merupakan pertama kali aku menulis sebuah penceritaan dan pengalaman. Sebelum ini, aku lebih tertarik untuk melakar kata-kata yang lebih kepada fakta dan idea. Namun, Fiksyen Shasha seolah “memukau” aku untuk berkongsi serba sedikit pengalaman yang mengubah landskap kehidupan aku 100%.

Sebelum aku mengeheret semua yang membaca dalam ruang memori aku, terpulanglah kepada semua untuk menilai sejauh mana tahap kebenaran cerita aku. Sebab, mak dengan abah pun sukar nak percaya lagikan semua yang tak pernah kenal diri aku siapa. Ceritanya bermula sekitar tahun 2003 atau 2004. Ketika itu aku berumur 9-10 tahun. Aku dilahirkan dan dibesarkan di Teluk Intan, Perak. Jika sesiapa tahu Sekolah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz, di sekitar itulah aku menetap ketika itu. Aku mempunyai jiran dan mereka berasal daripada Kelantan. Jiran aku sangat baik orangnya. Alim dan berlatar belakangkan agama. Pakcik Salim (bukan nama sebenar) merupakan guru agama dan isterinya juga merupakan guru agama di sekolah agama yang sama. Mereka mempunyai 5 orang anak dan sudah semestinya mereka merupakan rakan akrab aku walaupun mereka tidak bersekolah sama dengan aku.

Aku dan anak-anak jiran aku selalu melakukan aktiviti petang bersama. Konda-kondi, tuju selipar, tepuk daun terup, tangkap biawak, perangkap berudu dan macam-macam lagi. Jika anda sedang ternganga mahupun menggaru kepala kebingungan, nyata anda merupakan generasi hipster dan raver. Okay, gurau semua 🙂 Pada suatu petang, aku, Amir (adik kedua aku) dan Syakir (anak kedua jiran aku) berpakat untuk mencabut ubi di halaman rumah mereka. Ubi dah masak. Apa lagi, cabutlah dan bakar. Buat minum petang. Selesai semua aktiviti mencabut ubi, minum petang yang terbaik disulami teh o panas, kelapa parut dan gula untuk dicolek, merupakan minum petang terbaik ketika zaman kanak-kanak dahulu.

Namun, kami ni buas. Walaupun kekenyangan, naluri untuk bermain itu masih membuak-buak. Ketika itu jam sudah menunjukkan pukul 7.10 petang. Dan Maghrib ketika waktu itu pukul 7.20 rasanya. Jadi kami fikir masih sempat “seround” main aci nyorok. Dan akibat tewas dalam “pilihan raya” siapa yang akan mencari, maka aku lah ditugaskan untuk mencari. Akibat masa yang suntuk dan bilangan pemain yang sedikit (3 orang: aku, adik aku yang kedua, dan Syakir), aku bilang sampai sepuluh pun cukup. Selesai mengira, aku pun berjalan lah dengan muka berlagak kononnya mampu lah mencari mereka dengan mudah.

Namun, ia lebih sukar kerana hadirnya “pemain yang ke-4”. Aku membuat keputusan untuk mencari terus di bahagian belakang halaman rumah. Yelah. Jika mereka menyorok di dalam rumah, dah tentu berbirat badan dirotan kerana masih belum bersiap untuk Maghrib (nota: dulu-dulu, jiran pun dapat lesen tau untuk rotan kalau kita buat salah). Ketika aku melangkah ke belakang halaman rumah, aku seperti terlihat ada sosok badan sedang menjenguk aku disebalik bahagian rumah di belakang sekali. Dalam hati aku, “yes!! Diorang ingat senang-senang nak bagi aku kalah” kerana aku menyangka kan itu salah seorang dari mereka. Antara adik aku atau Syakir. Aku teruslah melangkah dengan perlahan ke arah sosok yang sedang menjenguk tersebut.

Namun aku hairan, sosok tersebut tidak lah pulak lari atau terus bersembunyi. Sebaliknya terus menjenguk. Dan dengan berambut paras bahu, kelihatan seperti perempuan. “Mungkin Anis kut”, fikir aku (Anis: kakak kepada Syakir). Aku pun teruskan langkah aku. Namun, apabila jarak aku dan dia hanya lebih kurang 2-4 meter, kaki aku lemah. Jantung aku berdetak laju dan nafas aku tersekat. Kerana sosok itu tidak mempunyai wajah. Mempunyai bentuk muka manusia namun, hidung, mulut dan mata tiada! Aku kaget. Terkesima. Dan sudah semestinya, perasaan seram itu lebih dari yang pernah aku rasai sebelum ini. Aku mahu larikan diri.

Namun, sosok tidak berwajah itu seakan memandang tajam ke arah aku. Tidak bermata namun aku boleh rasa, dia seperti bersiap sedia untuk ke arah aku. “Allahuakbar, allahuakbar”, azan magrib berkumandang. Sosok tersebut, sedikit demi sedikit menyembunyikan diri di sebalik batu rumah tersebut. Namun aku masih kaget sehinggalah sosok itu hilang sepenuhnya dari pandangan aku. Apabila sosok tersebut menghilangkan diri, aku apa lagi. Menyusun jurus langkah seribu lah pulang ke rumah. Namun, aku ni abang penyayang. Sempat aku berhenti di pagar dan jerit untuk memanggil adik aku pulang. Dan tau di mana adik dan Syakir menyorok? Dekat porch je kut. Dekat belakang kereta pakcik Salim. Aku bertambah serabut memikirkan “siapa” dan “apa” sosok tersebut.

Sepanjang malam aku hanya membatu mendiamkan diri. Tidak seaktif sebelumnya. Apabila mak bertanya, aku bagi alasan mengantuk dan malas. Keesokannya, aku menceritakan hal ini kepada Syakir dan ibunya. Dan tau apa ibunya cakap? “Haaa padan muka. Maghrib suruh mengaji. Bukan main aci nyorok!”. Aku pulak kena marah. Haih. Nasiiiib nasib. Itu merupakan pengalaman menyeramkan aku yang pertama. Namun, selepas kejadian itu, semakin kerap aku terlibat dalam situasi aneh lagi menyeramkan. Di sampuk ketika maghrib dan tengah malam, di panggil panggil nama, perabot bergerak sendiri dan bermacam lagi. Mungkin, penulisan selepas ini aku akan kongsikan pengalaman aku yang lain.

Penulisan aku ini 100% tulen dan benar. Dan aku kreditkan penulisan pengalaman pertama aku ni kepada bilal masjid an-naim teluk intan kerana melaungkan azan “tepat pada waktunya”.

-Luqman_44-

Loading...

10 comments

  1. Haaaa….
    Sezamanlah kita ni gamaknye yer sbb mainan2 tu mmg resmi kanak2 dedulu…
    Klu abah den tu dh senja2 x gheti2 msk umh mmg kt pintu umh tu akan ade JURUTOL BERTALIPINGGANG ler jawabnyeeee…
    Huhuhuhuuuu…

    Next smbg citer lg tau…
    Sila gune hashtag #sinyorok kay…
    Hahhahahaha…

  2. uish best nya zaman knk2 kn sezaman la kita.. bdk skrg asyik ngn gajet je .. pling best main baling tin hihi..lain kali kgsi la lg citer ye best

    1. Ktorg dlu sllu tuju siper…
      Pastu rounders…
      Plg lejen lompat getah…haahahah…
      Yg bestnye dlu mse abah manager felda, laman umh luaaaassss…
      Mmg jd port rakan sebaya lelaki pompuan sekalian semua ler…
      Mmg syiok…heiPENING…huru hara…kecoh…hahahahah…
      Terlajak timing abah dh standby jd JURUTOL depan pintu…
      Itu part yg paaaaaaaling sereeeemmmm….

  3. Huhu… geng la ni jgak.. sezaman gak ni.. maenan2 standard wktu tnggu bas sekolah smpi..

    lagi satu jd kegilaan, maen galah panjang dgn konda kondi, smpi ada satu masa berdarah kepala sbb kena kayu! Haha..

    seyes seram.. dpt bygkn mcm ne bdak tu duduk menyorok y xmcm menyorok..

  4. tuju siper…tepuk daun terup (seli seposen je 1 papan belin singgit dpt byk..) …belon acah(galah panjang)…aihhh terobek lah plak…part makan ubi tuh mmg rare lagi plak time ujan…adeh lapo…betol kata org tua kita…magrib main nyorok2 mmg bahana…tu seb baik nampak org xde muka…klw kene sorok bunian x ke haru dek… kipidap…sambung lagi..letka la hashtag yang kak yulie bg tu hahaha #sinyorok

    1. Aaaiiii…
      Termakan tulah nampaknye berpanjangan nih typo manjaanngg…
      Xpe dik…hakak pahaaammm ayat2 typo tu…hahahahahha…
      Aii dik…mainan lejen2 nampak…
      Takkan tua sebaya hakak kooottt…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *