Assalamualaikum… Firstly, thank you kepada admin fiksyen shasha kerana sudi menyiarkan kisah aku …aku perkenankan diri aku la dulu …nama aku zafeyra dan berasal dari negeri cik Siti Wan kembang..mana yang tahu tu tahu tu tahu la mana negeri cik Siti Wan kembang…hahahah kisah ni berlaku pada diri aku sendiri pada tahun 2016 tak salah aku
Aku ni dulu guru tadika di salah satu di hulu Langat …so guru yang mengajar di tadika tu dibenarkan tinggal di tadika tu sebab tadika tu luas dan besar, adalah bilik tidur untuk guru perantau macam aku ni.
Benda ni berlaku selepas kawan-kawan aku berhenti keje sebab dah kahwin dan sorang lagi kesihatan tak mengizinkan. So yang tinggal di tadika tu aku sorang la. Korang boleh bayangkan tak alone tu macam mana .nak tak nak hadap je la ..krja kan
Benda ni berlaku waktu maghrib. sebelum azan maghrib tu aku basuh la depan bilik air…oh iye bilik air ni dekat dengan dapur so kalau siapa² lalu depan tandas pun akan nampak la.. .nak di jadikan cerita. Aku basuh la depan tandas tu.sekali mata aku ternampak ada satu makhluk yang berbadan besar warna hitam lalu dekat dapur..aku kuatkan hati nak tengok benda apa tu..sekali aku intai takde apa pun
So aku pun mandilah nak solat maghrib sebab malam aku akan mengajar mengaji budak² kawasan perumahan situ…ok siap aku mandi aku nak masuk bilik aku..nak lalu bilik aku tu kena lalu 3 kelas dulu baru la sampai bilik aku tu… tengah aku jalan nak masuk bilik tu aku rasa ada mata- mata sedang memerhatikan aku.aku stay buat bodoh lagi.
Dalam 7:30 aku pun solat la maghrib..siap je solat..aku dengar bunyi loceng “ting tong”.aku tengok oh student aku rupanya datang nak mengaji.aku pun buka la pintu untuk dia masuk.maka bermula la kisah nya disini.
Tengah syok dengar student aku mengaji aku dengar “gedabak” macam orang badan besar jatuh ..haa macam tu la bunyi dia.time tu pulak yang ada aku dengan student aku sorang je.yang lain belum sampai lagi..aku pun nak sedap kan hati student aku..aku cakap ” awak mengaji dulu ustazah nak tengok bunyi apa,kot² la almari terbalik” aku pun pergi la check setiap kelas . semua ok elok tersusun,takde sehelai kertas pun jatuh..aku pun dah rasa lain macam sebab aku dengar jelas tadi..nak confirm apa yang aku dengar aku tanya student aku yang tengah mengaji ” awak dengar kan apa ustazah dengar” student aku pun ” dengar ustazah” . lepas tu ramai la student² aku baru datang nak mengaji ..lega la sikit hati sebab ramai orang
Kak Ida ( bos) pun datang la sebab nak tolong aku mengajar katanya kesian aku sorang² mengajar… lepas tu aku pun cerita la pada kak Ida apa yang terjadi waktu maghrib tadi dan apa yang aku dengan student aku dengar..kak Ida pun nak confirm dia pergi check balik setiap kelas.lepas tu datang dekat aku bagi tahu yang” kertas kad ABC yang tampal dekat dinding tu yang jatuh” aku pun ” haa mana ada k.ida Sy dah check takde sehelai kertas pun jatuh” so dua-dua diam
Kak Ida pun cakap “berdiri bulu roma kak Ida ni .awak mari tidur rumah kak Ida la malam ni..dah la awak sorang salah apa-apa berlaku tak naya” aku pun on je la.
Selesai aku mengajar dan solat Isyak dan semua student aku pun dah balik..aku pun apa lagi kemas-kemas barang nak tidur rumah kak Ida.masa aku nak keluar turun tu aku rasa memang ada mata-mata memerhatikan aku…aku terus kelam kabut turun nak masuk kereta..oh lupa nak bagi tahu kak Ida dia balik dulu.. lepas tu baru aku pergi rumah kak Ida ..aku pun terus masuk kereta tengok bilik aku uiii seram semacam je…
Kesian begitu la jalan hidup seorang perantau…hahahah.. sorry kalau cerita aku tak menarik..
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit