Adik Baru

2012 (kisah benar)

Beberapa tahun yang lepas, waktu aku belajar dalam tingkatan satu, di saat rakan-rakan sebaya aku sukakan K-Pop yang memang sedia maklum hot nak mampus masa tu. Tapi aku lebih sukakan benda-benda yang klasik, urban, misteri dan creepy. Sampaikan aku sanggup berjaga tunggu setiap malam hari Selasa untuk tengok cerita Melayu klasik dekat RTM tu weh .

Mungkin disebabkan ayah aku yang memang fanatik gila dengan ukiran kayu. Apa tak gilanya, sampai rumah aku yang tengah-tengah taman perumahan tu pun ayah renovate kayu siap dengan ukiran kayu.

Rumah aku memang jadi tumpuan masa tu. Siap ada sorang uncle Cina ni cakap, rumah aku ni dah macam chalet dekat Bali. Mana taknya, boleh dikatakan rumah aku je yang lain dari yang lain masa tu sebab zaman tu orang tak ramai main kayu. So,  memang rare lah rumah macam ni.

Nak dijadikan cerita, semenjak rumah aku di renovate, ‘benda-benda’ ni semua datang munculkan diri dengan kerap depan aku. Aku pun tak faham apasal suka sangat mangkuk ni semua dengan aku.

Ada satu malam tu, disebabkan esoknya cuti, aku overnight sebab nak mesej lama sikit dengan bf aku. Biasalah, budak hingusan baru nak up. Zaman tu Whatsapp, Instagram, Bigo Live haram jadah tu semua tak hot lagi. Paling-paling pun masa tu zaman Facebook. Time tu dah pukul tiga pagi. Tengah syok aku dok sengih-sengih macam kerang busuk, tiba-tiba dengan sekali imbas satu lembaga hitam berlari sebelah aku.

OK, aku relax lagi. Dalam hati maybe cuma perasaan aku je.

“Kting… Ktinggg… ktingggg…”

OK… bunyi kaca bergesel dekat dapur dengan tiba-tiba. Setahu aku, semua orang dah tidur lena dan mak aku ni jenis dia cawan pinggan kaca yang cantik semua dia simpan rapi dalam kabinet sebab khas untuk tetamu je. So yang tinggal dekat dapur semua plastik & melamine. Jadi, mana datang kaca tu? Sedang asyik aku berfikir macam mana munculnya bunyi kaca tu…

“PRANGGG!”

Bunyi kaca pecah dekat dapur. Sumpah aku terkejut. Lain tak bukan mesti kerja si mangkuk tu. Aku cool lagi sebab aku dah biasa kena kacau dengan mangkuk ni. Tapi dah namanya setan, memang setanlah. Aku tak faham apa dia tak puas hati dengan aku…

“Tokkk… tokkk… tokkkk…” sekarang ni dia dok main ketuk-ketuk bawah katil aku. Dengan penuh keazaman membara, aku beranikan diri intai bawah katil. Tapi tak ada apa-apa pun.

“Hah, tahu takut,” aku berbisik dalam hati. Dengan riaknya aku naikkan kepala aku ke atas…

“Zzzuppppp…”

Dia lari lagi tepi aku. Tak sampai selangkah pun dia dari kepala aku. Dan bermulalah adegan dia main ketuk-ketuk di setiap penjuru bilik aku. Sumpah aku geram, aku terus tutup mata berpaling ke dinding. Dalam hati aku terus baca surah ayat suci yang aku hafal.

Bila keadaan dah kembali normal, aku mula pandang keliling bilik. Tak ada apa-apa. Suasana senyap. “Dah bosanlah tu,” fikir aku.

Tapi sangkaan aku meleset. Bila aku perhati betul-betul, dalam keadaan lampu bilik yang malap tu, aku ternampak macam ada seorang budak perempuan rambut panjaaang bediri dekat sudut bilik aku tu. Pandaaang jer aku. Erghh, aku apa lagi? Takkan aku nak biarkan diri aku dipersendakan oleh mangkuk ni sampai ke pagi kan? Jadi aku pun ambil bantal, terus pergi tidur bilik ibu ayah dekat sebelah tanpa menoleh ke belakang.

Lepas dari kejadian tu, aku kerap nampak dia dalam rumah kayu ayah aku tu. Kadang-kadang dia main lari-lari dari bilik ibu ayah masuk dalam bilik aku. Kadang-kadang dia geletek kaki aku masa aku tengah tidur. Kadang-kadang dia tumpang lepak dalam kereta ayah waktu Maghrib.

Sampailah aku pindah rumah, aku syak dia ikut aku lagi, sebab baru-baru ni masa aku dekat university, adik nampak dari luar tingkap ada kepala orang dalam bilik aku. Dia duduk atas katil, sedangkan bilik tu cuma berpenghuni bila aku balik cuti je.

Atau mungkin ke dia nak jadi adik akuuuu?

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit.

Gadis Sixthsence
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

13 comments

  1. Perlu tahu, kayu2 yg dibuat rumah tu asalnya dari pokok2 di hutan. Ada pokok tertentu mungkin tempat tinggal ‘mereka’. Nasib la kalau terbeli kayu yg dapat sekali pakej ‘penghuninya’.

    1. Lepas beberapa tahun baru dapat tahu dari kontraktor rumah. Yang kayu tu dibeli dari pahang bekas rumah agam british & tuan rumah tu mati mati bunuh diri. Selepas berpuluh tahun rumah tu di roboh kan. Then dijual kpd pembengkal kayu & my dad beli kayu tu

  2. Ni bkn gmba slh 1 blik kt pulau rawa ke…group room…plg murah pn 5++.00 ke ats blk nie…yg lain mmg berapi hrge

  3. Berani jugak awak ni Suria Najiha boleh cool lagi berjalan keluar bilik . Kalau saya mesti dah pengsa tak tahu jadi apa

  4. Rumah kayu memang ada bunyi dia tersendiri.tapi kalau dok dumdamdumdam mcm bini mengamuk tu bukan tahap normal dah.masa first pindah rumah moyang aku memang nightmare.skrg dah 10 tahun paham sgt dah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.