Aircraft Ghost 3

Assalamualaikum and hai semua. N is back!

Terima kasih pada admin FS yang sudi create nickname #AircraftGhostLady tu untuk aku.

Oh ya, dalam aircraft ghost 2, ramai komen cakap cerita dicedok dari internet and copy paste je. Kan dah dibagitahu, cerita-cerita tu dapat dari merata. (ada yang jadi sendiri dekat aku dan crew lain) From captain to cabin crew to aircraft cleaners and so on.

Semua info dalam dunia penerbangan memang akan tersebar merata lagi-lagi dalam kalangan kami. Tak kisahlah cerita tu dari internet ke majalah ke, cerita tu tetap disampaikan dari mulut ke mulut antara kami dan aku masukkan dalam FS untuk berkongsi dengan pembaca. Apa yang aku tulis semua aku dengar dari perkongsian cerita di atas awan.

Okay dah habis bebel, aku start cerita aircraft ghost 3. Cerita-cerita ni macam biasalah, aku dapat dari kawan-kawan crew. Sebab aku bagitahu dorang yang aku tengah kumpul cerita hantu dalam kapal. So ramailah yang share. Ada yang kena sendiri and ada yang dapat dari orang lain.

First cerita ni jadi dekat seorang crew. Masa tu dia bertugas sebagai galley steward. Sedang menjalankan tugas seperti biasa, dia nampak seorang budak perempuan lingkungan 4-5 tahun berlari melintas tepi galley (widebody aircraft ada double aisle so galley terletak ditengah)

Crew tersebut menjenguk dan perasan budak perempuan tersebut berlari nak naik tangga menuju ke upper deck. Sambil lari sambil gelak-gelak. Crew tu biarkan jelah sebab budak tu dah jauh daripada dia walaupun dia macam pelik dengan keberanian budak kecik ni lari sorang-sorang. Dia assume nanti adalah crew yang bertugas di upper deck yang tegur budak tu.

Crew tersebut menyambung mengemas zon kerja dia. Tak lama selepas tu, dia terdengar suara budak yang sama tergelak-gelak. Jangkaan dia betul. Budak tu masih berlari tapi kali ni budak tu masuk ke kawasan galley tempat crew tu bekerja. Apalagi crew tersebut tegurlah budak tu.

Crew: Dik, jangan main lari-lari. Jatuh nanti. Gelap ni. Tersungkur tahulah. Mak mana? Pergi duduk ye.

Budak Perempuan: Saya memang nak duduk tapi kakak ni ha dari tadi kejar saya. Kakak kata nak bagi kek kalau saya main kejar-kejar dengan dia. (jari tunjuk sebelah trolley cart)

Crew tersebut terus tergamam sebab budak tu tunjuk dekat tempat yang memang takde orang langsung. Hanya mereka berdua sahaja dalam galley tersebut. Cabin pulak gelap, semua passenger tengah rehat or tidur. Yang ada cuma lampu galley je.

Crew: Kakak adik ke orang lain? Kakak tu duduk kat kerusi mana satu? (Masa ni crew tu still lagi husnuzon kot2 ada passenger lain yang main kejar-kejar dengan budak tu)

Budak perempuan: Bukan. Kakak tu kerja sinilah. Tadi dia yang ajak saya.

Crew: Oh yeke. Okay takpe. Adik duduk je. Tidur ok? (Dia kemudian bawak budak perempuan tersebut kembali ke tempat duduk dan mendapati ibunya sedang tidur)

So lepas crew tu siap mengemas. Dia tanya semua crew perempuan. Semua menafikan ada main kejar-kejar dengan budak tu. Apa gila crew nak main kejar-kejar dalam flight? Semua tengah busy kerja. Benda tu jadi misteri macam tu je sampai sekarang.

Bila crew tu ceritakan dekat colleague yang lain, ada yang cakap mungkin tu jelmaan crew yang dah meninggal datang menghantui atau hantu menyerupai crew. Nobody knows.

Cerita kedua ni, famous dalam kalangan crew penerbangan. Mungkin some of you pun pernah dengar. Dekat internet tak tahu lah ada ke tak keluar cerita ni. Maybe ada kot. Not sure. Cerita dia jadi dekat airlines luar.

Masa flight nak pergi Europe ada 4 orang pilot. Masa dalam perjalanan, this one pilot nak rehat so dia pun pergi jalan-jalan dalam kapal. Lepas dari tu terus hilang tanpa dikesan dalam kapal at 38,000ft above the sea. Jadi pihak berkuasa cari dan siap bukak sebahagian kapal demi nak cari pilot sorang ni incase ada mayat dia dekat mana-mana bahagian kapal. Tak jumpa jugak.

Dorang assume pilot ni menyamar jadi passenger masa keluar tu tapi dekat imigresen dan kastam memang takde tunjuk dia lalu kastam dan imigresen. Takde trace pun. Paling mengejutkan, bag dia masih ada dalam kapal tu. So kemana dia menghilang? Sampai now kes tu jadi misteri yang tak terungkai.

Kes lain pula jadi dekat sepasang suami isteri. Suami dah meninggal jadi si isteri arrange kan supaya mayat suami dibawak balik ke kampung halaman. Mayat seperti biasa diletakkan di dalam keranda dan ditempatkan dibahagian kargo. Flight tu is a connecting flight. (boleh google sapa yang taktahu apa connecting flight). Bila dah sampai dekat satu airport ni, si isteri pun naik kapal untuk sambung flight terus ke kampung halaman. Tapi keranda suami hilang. Pihak airport dan airlines amik masa 5 hari mencari keranda ni. Akhirnya jumpa dekat airport kampung halaman suami isteri ni. Bila bukak keranda…….mayat hilang.

Kisah last terjadi bukan dalam aircraft tapi dekat hotel yang cabin crews menginap bila ada layover. Disebabkan penat sangat and crew tu tak sempat berehat di crew bunk masa kerja, cepat je dia terlelap. Masa tengah tidur, dia rasa badan dia kena tolak. Macam orang kejutkan tidur. Dia mamai sambil bukak mata. Takde siapa pun. Dia ingatkan mengigau. So dia sambung tidur. Tetiba lagi sekali badan dia digoncang dengan kuat. Rambut dia ditarik kasar.

Serentak itu, pintu toilet terhempas dengan kuat. Dia terus bangun pergi lobi dengan baju tidur tanpa selipar. Semasa melangkah keluar bilik, dekat pintu, dia boleh rasa kaki dia macam ada orang sentuh. Terus crew tu berlari laju. Sambil menangis dia ceritakan balik. Bila check balik dengan receptionist, bilik yang crew tu stay tu adalah salah satu bilik yang ditutup atas sebab-sebab tertentu. Kunci pula menggunakan kunci khas untuk masuk. (kes mati dalam bilik).

Yang peliknya bilik crew tersebut bernombor 113 manakala bilik yang ditutup 111. Crew tu mengatakan dia sendiri check nombor bilik dipintu bilik sebelum masuk. Selepas kejadian tu, setiap kali layover dekat hotel yang sama, crew tu mesti tumpang bilik crew lain sebab taknak kejadian kena kacau berulang.

N,
Chicken or Beef? (No longer coffee or tea, serve meals lah pulak)

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

14 thoughts on “Aircraft Ghost 3”

  1. Nice story…
    Yg pilot ilang tu -dh check ruang udara?…kot2 la cam james bond guna payung terjun huhu…ke ada komplot buang dia ke…hehe…tetiba lak jd penyiasat …

    Reply

Leave a Comment