Akibat Selfie Waktu Malam

Assalamualaikum semua! Aku tak tahu nak mula dari mana tapi cerita ni ringkas sangat-sangat. Cerita ni beri pengajaran dekat aku. Sebelum tu aku nak kenalkan nama aku, Wada. Umur aku 18 tahun, belum masuk 19 tahun lagi. Aku berasal dari Selangor. Sekarang aku duduk di Subang. Dulu aku duduk di Petaling Jaya.

Okay, yang aku nak cerita ni dekat rumah dulu aku. Selfie. Sebut je selfie memang ramailah yang tahu kan? Tapi mungkin tak ramai pernah dengar cerita ni. Cerita ni masa aku umur darjah lima macam tu lah. Tak berapa ingat sangat umur berapa time tu.

Masa tu aku guna phone Nokia yang ada camera tekan, lepas tu kena tunggu loading image gitu… haha. Okay, hambar. Malam tu aku dengan kawan kakak aku, nama dia Kak Ira. Masa tu kitaorang duduk sebelah rumah. Sebelah rumah kitaorang macam ada tempat lepak. Boleh tengok pemandanganlah sebab tingkat enam.

Lepas tu, aku minta Kak Ira ambil gambar aku dari jauh. Kira macam aku tengah berdiri, lepas tu dua-dua tangan naik ke atas, buat peace. Tapi sebelum aku bergambar, aku baca selawat ke doa apa entah time tu, sebab aku tak nak berlaku macam kakak aku.

Haa, dah masuk cerita lain dah ni. Sebelum aku kena, kakak aku pernah kena. Time tu dia mandi. Aku pun geledah tengok gambar dalam gallery phone dia. Suka hati je kan? Haha. Apa-apa jelah. Lepas tu aku nampak dalam gambar dia tu, dia selfie dengan kawan dia. Dia pegang phone. Lepas tu terkejut aku time tu sebab muka dia macam terbakar dalam gambar tu. Kawan dia aku tak ingat ada apa-apa ke tak dekat muka dia.

Lepas kejadian tu lah, bila aku nak bergambar aku baca doa dulu. Okay, sambung cerita aku tadi. Lepas aku baca doa, aku rasa yakinlah nak bergambar. Aku terus pergi dekat Kak Ira. Sebab nak tengok gambar tadi. Lepas je loading image. Nah! Dekat gila muka. Betul-betul satu screen tu muka je. Memang macam bentuk muka aku, tapi muka warna ungu biru-biru macam tu lah. Dengan muka marahnya. Lebam-lebam merata.

Aku apa lagi, lari terus masuk dalam rumah. Tapi Kak Ira duduk situ je. Korang tahu dia buat apa? Dia gelak je, lepas tu dia cakap, “Wada takut ke?”

Aku suruh dia delete terus.

Lepas dari tu aku tak berapa nak selfie malam-malam. Tapi dah lama-lama, buat jugaklah. Sampai situ sajalah cerita aku. Semoga cerita ni boleh dijadikan pengajaran atau peringatan kepada kita semua. Terima kasih baca cerita aku.

Maaf jika ada tersilap cerita, sebab cerita ni dah lama. Jadi, tak berapa nak ingat sangat.

Wallahua’lam..

WADA

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

72 thoughts on “Akibat Selfie Waktu Malam”

  1. Si Ira tu kenapa ek? Lepas tu kan, macam ade sesuatu,. Masa aku baca tu kn,. aku pn rasa macam ade sesuatu lagi. hihi…. Camera rosak kot..

    Reply
  2. pernah dulu pergi makan kat satu tempat ni. abg aku dok snap gambo kitorang pakai dslr. lepas dah balik rumah baru tengok2 balik gambo tu, and ada satu gambo abg aku snap gambo mak ayah aku, belakang mak aku tu ada bayang2 kepala perempuan berambut panjang macam tengah lalu kat belakang mak aku. kepala sahaja! badan xde. hahaha.

    Reply
  3. Aku pon pernah jadi camni.ambil gambar depan kereta dgn adik sepupu.bila da cuci gambar(kodak)..dlm kereta tu ade nenek tua duduk belah penumpang.muka kecut sangat2.beberapa bulan lepas tu,kami sekeluarga kemalangan dan hampir meragut nyawa.terus ayah jual kereta tu.

    Reply
  4. Benda ni jd 4 tahun lepas..waktu tu parents aku ada la keluar dgn kawan2 diorg kt kedai mkn pastu tangkap gambar..lepas parents alu blk rumah aku pun cam biasa la suka main fon mak kan bukak la dkt photos then aku belek2 gambar aku nampak gambar elok je tp dpn mak aku tu cam ada benda nampak rambut semua tu..tp benda tu punya gambar mcm bergoyang sikit although gambar org lain tak goyang pun

    Reply
    • act saya confuse nak letak tajuk selfie atau snap gamba. sebab dalam ni ade 2 cerita. satu kakak saya(selfie). satu lagi saya(snap gamba)

      Reply
  5. Kau dah kena tipu dgn kak ira.. dia pura2 je ambik gambar kau. Lepas tu dia tunjuk gambar hantu. Macam tu pun boleh terpedaya.

    Reply
  6. Wada2…
    Tu bukan selfie…tu org snap gmba wada… skrg ni nak tau.. kat ne seram nye cite wada ni? Tlg la sikit pun jdi la..

    Reply
  7. dik wada gegeh nk bgtau dlu tgal kat Petaling Jaya la.. Subang la.. Umur mestion 18 so sah2 la 18 mmg bukan 19 apekehai wat lawak hambar sgt ni..

    pahtu selfie pun dik wada x paham, adoi..

    dh la cter x best..sila lah belajar lg wat karangan….

    Reply
  8. haha awal cerita panjang benar. teringin nk tau jalan cerita. last2 yg seramnya xberapa nk seram. kekekekek…usaha lg dik 🙂

    Reply
  9. Pernah gak selfie malam on the way balik dari beraya rumah jiran blok lain, tibber ada penampakan cam muka pompuan siap ngan bunga kat telinga. Muka aku dalam pic tu pun cam kabur pelik. Kebetulan malam tu jiran tu memang ada open story pasal ramai orang nampak pontianak kat area blok dia. Kbai.

    Reply
  10. teringat aq dgn stu kes yg pernah jdi dulu..mase tu tgh hari aq dgn kawan aq 2 org,sorang tukang rakam lgi sorang berjalan dgn aq kire sebelah sebelah mcm tu la dlam blok smbil acahacah buat vdeo kelakar..abis je settel semua,sje aq tengok balik vdeo tu..tpi ade stu part tu mmg terperanjat gile bile aq pause kn vdeo tu aq nmpk ade 3 org..btolbtol dekat tgh tgh..kaki tangan kepale semua nmpk tapi tak berape jelas dan yg pasti lelaki..dlu penah jdi kes india b***h diri dlm blok tu..tpi mase tu budak tak pikir,,hahaha.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.