#Akir – Blok F

BLOK F

Assalamualaikum kepada pembaca setia Fiksyen Shasha dan kepada Admin, kembali lagi saya Akir. Ucapan terima kasih kerana telah menyiarkan cerita saya yang terdahulu iaitu “Kamsis”, terima kasih lagi saya ucapkan kepada komen-komen yang baik daripada pembaca. Saya mohon maaf kerana banyak kesilapan ejaan dalam penceritaan saya dan saya akan cuba perbaikinya.
Kali ini saya akan mencerita kisah dimana saya di semester satu di kolej. Apa yang saya ceritakan ini ada perkara yang betul terjadi dan maaf sekiranya cerita ini tidak menepati citarasa pembaca.

Hari Khamis, pulang sahaja daripada kelas petang dalam jam 5 p,m aku terus pulang ke kamsis dan naik ke bilik ku yang berada di tingkat 4 saat itu. Saat sampai di bilik aku melihat roommate aku iaitu Najmie, Nadhar dan Zul, Zul ni tinggal di tingkat 2. Nadzhar dan Zul kawan sekelas iaitu Kursus Elektrik manakala Najmie adalah dari kursus IT manakala aku kursus Multimedia. Sebenarnya mereka ini adalah senior kerana mereka di semester 3 manakala aku baru sahaja di semester 1, tetapi disebabkan aku ini lagi tua daripada mereka adalah juga rasa hormat mereka dekat aku ni. Aku masuk ke dalam dan terus lemparkan beg aku dan baring di katil.

“betul ke ada budak kena ganggu semalam?” soal Zul, aku hanya mendengar sahaja pertanyaan itu kerana aku agak penat pulang dari kelas.
“ye betul, tak silap aku budak Elektrik sem 2 yang kena, tulah salah tempat lagi nak merokok pun” balas Nadhar.
“apa yang jadi?” serentak Najmie dan Zul manakala aku pula terus di posisi duduk untuk mendengar penjelasan daripada Nadhar.
“macam ni, apa yang aku dengarlar pensyarah bagitahu. Budak tu nak merokok dan kau faham la kan warden kita ni macam harimau garangnya, sebab tak nak kena tangkap lepas isyak tu dia diam-diam pergi blok F hujung sana tu. Dia naik sampai tingkat 3 masuk tandas dalam tu dan merokok.” Terang Nadhar.
“wey tak payah la semua tenung aku macam tu sekali, naik seram aku tengok korang ni” keluh Nadhar, mana tak nya kami semua ni memang minat cerita seram-seram ni, Cuma Zul ajelah penakut sikit.
“ala cerita la, aku nak tahu ni”
“haa yelah. Tengah syok dia duk menghembus tu dia dengar orang masuk tandas tu bukak air macam nak cuci tangan lepas tu orang tu cakap “sedapnya asap rokok ni, nak sikit boleh?”
“le..lepas tu apa jadi?” soal Zul mula takut.
“peliknya.. tu suara perempuan! Dia dah mula rasa tak sedap, dia buka la pintu tandas tu terus dia nampak kepala je duk depan pintu tandas tu. Dia menjerit la lari keluar siap kena kejar lagi dengan kepala terbang tu. Siap terkencing lagi” terang Nadhar menghabiskan ceritanya.
“dah tu, apa jadi dengan budak tu?” soal Najmie.
“entah, mana aku tahu” jawab Nadhar ringkas.
“humm.. korang aku ada satu cadangan ni” Najmie bersuara lalu kami semua berpaling kat dia.
“apa kata malam ni kita pergi blok F tu? Aku nak tengok benda tu ada lagi ke tidak” Najmie menyuarakan cadangannya.
“kau giler ke Mie?!” Zul bersuara menidakkan cadangan Najmie tersebut.

Walaubagaimana pun Zul akhirnya bersetuju selepas aku, Najmie dan Nadhar memujuk beliau. Kata putus telah dibuat dan kami akan pergi ke blok F jam 10 malam nanti dan pulang ke Kamsis sebelum pukul 11 kerana pintu pagar kamsis akan ditutup oleh pengawal keselamatan.

Masa tu dalam jam 9 lebih lepas aku solat isyak aku mula rasa tidak sedap hati seolah mendapat amaran agar tidak pergi ke blok F sekejap nanti. Aku cuba menyuarakan isi hati aku kepada Nadhar dan Najmie namun apakan daya mereka tetap berkeras nak pergi juga. Zul aja yang bersetuju dengan aku tapi disebabkan budak dua orang tu dah berkeras maka semuanya bersetuju untuk pergi. Kami keluar daripada kamsis dan menuju ke arah dataran di mana ada sebilangan pelajar yang sibuk membuat assignment, ada yang menggunakan WiFi dan ada juga yang tengah hangat bercinta usik mengusik sesama pasangan. Aku doa biar hantu kacau dorang tu, orang datang belajar dia sibuk nak bercinta. Kami kemudiannya duduk di sisi dataran untuk memulakan perbincangan.

“okay, dah tinggal sikit pelajar kat sini, nanti keadaan dah reda kita pergi blok F” Najmie bersuara.
“macam mana kita nak ke sana?” soal Zul
“lah kan ada tangga, kita naik tangga jelah. Kau ni pun” balas Nadhar menjawab pertanyaan Zul yang kurang bijak tu. Aku hanya tergelak kecil. Jelas menampakkan yang Zul agar takut.
“kau jangan takut Zul. Kita berempat kot. Apa-apa jadi kitaorang dengan kau. Kau steady je”
“haa betul tu, jangan risau ek” kataku bersetuju dengan kata-kata Najmie.

Kelihatan beberapa orang pelajar mula pergi dari dataran. Setelah keputusan dibuat kami naik tangga dari blok B dan perjalan perlahan takut diketahui orang lain kerana blok-blok dikolej ini bersambungan antara satu sama lain kecuali blok F. Kami berjalan ke arah blok E dan turun di tangga akhir.

Kini kami berada di blok F. Blok tersebut mempunyai 4 tingkat kesemuanya dan yang paling tinggi berbanding blok lainnya.

“dah jom kita naik” Nadhar mengajak kami semua.
“wey, aku nak terkencing ni” kata Zul.
“hak alarh kau ni, time macam ni la nak terkencing semua. Tahan jelah” keluh Nadhar.

Kami mula naik, setibanya sampai di tingkap 1 kami semua disapa oleh angin di muka kami. Aku mula berasa tidak enak dan bulu roma mula menegak.
“uhh sejuk la kat sini, balik la jom” kata aku.
“ah kau, kita dah sampai kot” balas Najmie.
“jadi apa-apa aku tak tanggung” kataku lagi namun tidak mendapat respon dari mereka.

Kami berjalan melihat sekeliling dan kami naik ke tingkat 2. Disetiap hujung blok akan ada tandas lelaki dan perempuan. Apabila sampai di tingkat 2 Zul mula cakap yang dia dah tak tahan nak terkencing.

“aku tak tahan dah ni, jom la teman aku jap sebelum kita naik tingkat 3 nanti” rayu zul. kerana rasa kesian kami berempat pun masuk ke tandas. Zul segera masuk di tandas nombor 1, kesemuanya ada empat tandas.
“korang tunggu tau” jerit zul dari dalam tandas.
Kami hanya tergelak dengan perangai Zul ni. Kemudian entah kenapa jantung aku tiba-tiba sahaja berdegup perlahan. Dan aku memang faham kalau aku rasa macam ni mesti ada benda nak jadi.

“flushhhhh” tiba-tiba tandas di nombor 4 berbunyi. Setahu kami tandas disitu kosong hanya nombor 1 sahaja itupun kerana Zul ada kat dalam.
“kreeekkk” bunyi pintu tandas di buka. Kemudian aku nampak ada kaki mula keluar. Kaki tu perlahan menjulur keluar dalam keadaan merangkak. Aku mula jadi kaku, kemudian separuh badan dari benda tu keluar dan menampakkan keseluruh badannya tapi.. tanpa kepala! Tubuhnya biru lebam dan pakaiannya lusuh koyak rabak, di bahagian lehernya darah menitik mengeluarkan bau hanyir dia mula merangkak ke arah kami.

“JUON takde kepala!!!!!” jerit Najmie dan berlari keluar dari tandas. Aku turut serta mengikut langkah Najmie. Bila aku toleh belakang aku tengok Nadhar terjatuh di lantai.

“woi woi woi!! Apa jadi? Kepala apa wey?!!” jelas suara Zul yang masih dalam tandas. Aku keluar daripada kawasan tandas dan Najmie dah hilang serta merta aku tak pasti dia berlari ke arah depan atau belakang. Disebabkan aku dah takut aku berlari ke arah atas menaiki tangga. Sampai di tingkat atas aku terkejut. Aku terkejut kerana itu adalah tingkat 4! Maknanya tandas tadi dah di tingkat 3?
“apa dah jadi ni?” soal aku kepada diriku. Aku berjalan sambil memanggil nama Najmie. Kalau dikutkan aku memang tahu tingkat 4 ni sebabnya kelas aku juga kadang-kadang diadakan di blok ini.
“akirrrrr.. woi aku kat depan ni haaaa”
Aku dengar suara Najmie dari arah depan dan aku cepat-cepat berlari. Aku belok ke kiri.

“hieeeeeee”
Apa yang ada kat depan aku sekarang ni adalah mahluk tanpa badan. Ye kepala yang dicerita oleh Nadhar petang tadi.
“beraninyaaaaa” cakap benda tu dekat ku. Aku mula takut dan kaku dan hanya berserah kepada Allah. Aku betul menyesal kerana ikutkan cadangan Najmie ke sini.
“tulaaa.. dah tahu takut, datang jugaa” benda tu seolah tahu apa yang terdetik di hati aku.
Benda itu mula datang dekat aku, melihat rupanya yang buruk terbakar dan urat-urat lehernya yang berulat tu cukup menyeramkan aku. Lidahnya panjang mengurai dan menjilat-jilat bibirnya. Aku cuba bertenang dan berzikir di dalam hati aku. Entah macam mana aku dapat kekuatan aku menampar kepala tu bila dia dah dekat dengan aku. Kemudian aku terus berlari turun tangga cepat-cepat. Kalau mengikut perkiraan aku saat itu memang dah habis tangga aku turun tapi aku tetap berada ti tingkat 3. Lalu aku berlari menjerit nama-nama kawan aku yang lain. Tanpa fikir panjang aku pergi ke arah tandas untuk melihat sekiranya Nadhar dan Zul masih ada,

Betul keputusan aku apabila aku lihat Nadhar pengsan di lantai tandas, aku pergi dapatkan Nadhar dan cuba membangunkan dia. Mujurlah selepas ditampar beberapa kali dia bangun juga.
“wey akir! Aku takut la” Nadhar pegang erat tangan aku.
“ye ye.. aku tahu la janganlah pegang tangan aku kan orang cop gay, mana Zul?”
“aku ta…tak tak tahu..”
Aku membantu Nadhar untuk bangun dan keluar dari tandas itu, kami berdua turun dan aku bersyukur sangat-sangat kerana tiada gangguan dan berjaya turun dari blok F. bila di bawah aku terlihat ada bayang duduk di kerusi sambil menekup mukanya.
“z…zul?”
“korang!” Zul bersuara, fuhh lega, itu adalah Zul,
“sampai hati korang tinggalkan aku!” mata zul mula berair kemudian dari arah mana muncul Najmie berlari ke arah kami bertiga.
“lari cepat! Ada pocong kat belakang!!”
Dengar je benda yang dia cakap kami terus berlari pulang ke kamsis. Mujur la pagar masih belum dikunci.

“haa! Mana korang pergi? Dah kul berapa ni?” Tanya Kak Izah pengawal yang berjaga malam tu.

“eh takdelah kak, saya mintak tolong dorang bantu saya buat research dekat dataran tadi” tipu aku, nasib kak Izah percaya cakap aku. Kami naik ke bilik, bagitahu Zul dia akan tumpang tidur dalam bilik kami. Selepas seketika berehat. Najmie menyoal
“apa yang jadi?”

Cerita Nadhar,
“lepas je Akir dan Najmie lari keluar dari tandas. Kaki aku tak boleh bergerak sebab takut kut. Jadi terjatuh la, nak menjerit pun tak boleh. Benda tu dah mula merangkak dekat aku. Aku cuba baca ayatul kursi tapi benda tu datang makin dekat dengan aku, aku baca lagi dan lagi dan benda tu angkat tangan dia dan melibas tangan dia macam nak bagitahu aku yang bacaan aku salah. Aku dah mula nak menangis time tu kemudian benda tu tampar aku dan semua gelap. Aku pengsan.”

Cerita Najmie,
“aku lepas je aku nampak JUON takde kepala tu aku apa lagi angkat langkah seribu la aku terus turun bawah. Tapi peliknyakan. Aku macam masuk alam lain sebab depan aku blok-blok lain hilang! Hanya blok F je yang ada. Aku cuba la panggil nama korang tapi sorang pun tak jawab. Aku jalan-jalan la keliling bangunan tu, kau tahukan parking kat blok F tu? Aku pergilah kat sana. Aku duduk situ kejap tunggu korang lepastu aku macam dengar bunyi menyanyi. Tak nyanyi sangatla macam humming camtu, best je suara tu humming aku macam layan sekejap lepastu ada suara tegur “best tak aku nyanyi?” kemudian ada pocong jatuh terjun depan aku dari atas atap parking tu. Aku lari la sambil toleh belakang tengok pocong tu bergolek kejar aku. Aku naik tingkat 1 nak tengok korang ada kat atas ke tak sebab aku ingat aku dah menang berlumba lari dengan pocong tu. Bila aku jalan tu aku terpadang kat tingkap cermin gelap tu. Rupanya pocong tu tengah rilek atas bahu aku, sekali lagi aku pecut turun bawah time tu aku nampak korang kat bawah aku jerit suruh lari takut kena kejar dengan pocong puaka tu.”

Cerita Zul,
“aku lepas dengar korang lari dan Najmie menjerit, aku keluar la takde korang pun. Aku jadi takutlah lepastu aku keluar turun bawah. Ada pak guard suluh lampu kat aku, ah kantoi mesti kena dengan warden nanti. Tapi pak guard tu senyum je kat aku tanya aku dari mana. Aku terus terang jelah projek apa kita tengah buat tapi guard tu gelak je, dia cakap kita dah buat salah sebab macam cabar benda benda halus tu semua kan. Dia cerita la semua benda yang ada kat situ sambil aku duduk kat kerusi. Lepastu aku tanya la guard tu dia dah lama ke kerja kat kolej kita ni sebab dia macam banyak tahu benda dan sebenarnya aku tak kenal pun guard yang ni. Guard yang lain aku kenal je lepastu dia letak jari kat mulut dia buat “shhh” kemudian aku pandang kaki dia. Dia terapung dan dia cakap “dah tahu ke? Bye bye” dia lesap macam tu je. Aku dah tak tahu nak buat apa aku menangis la kat situ.”

Bila dah turn aku, aku cerita la semua yang terjadi dekat dorang. Memang menakutkan juga la dengar cerita dorang ni semua. Disebabkan dah nak kul 1 lebih dan esok ada kelas kami ambil keputusan dan tidur. Tilam semua kami turun bawah dan tidur rapat-rapat.

“eh, kat mana pulak ni?” tiba-tiba je aku berada entah kat mana dan depan aku sekarang ada pokok besar. Aku tengok kira kanan aku ada Najmie, Nadhar dan Zul.
“korang! Kita kat mana ni?” soal aku tapi dorang hanya tunduk je menangis. Angin mula bertiup kuat dan saat itu la dari atas pokok ada benda sedang melayang turun. Rupanya itu adalah hantu kepala yang aku tampar di blok F.

“apa kau nak haa? Aku janji takkan pergi kat situ lagi dah bila malam” jawabku.
Benda tu hanya ketawa mengilai dan saat tu juga badan dia keluar dari belakang pokok, kepala itu pun turun dan bersatu dengan badan dia.
Aku hanya tunduk dan mula menangis.
“aku minta maaf…tolong la lepaskan kami semua”
Aku pandang benda tu dan dia senyum, kemudian aku terkejut apabila telefon aku berbunyi menandakan subuh dah tiba.
Aku bangun dan solat, memohon perlindungan daripada Allah daripada semua kejahatan dan syaitan yang sentiasa mencuba menyesatkan umat islam. Aku kejutkan mereka bertiga dan kami bersiap nak ke kelas.
“korang, ada mimpi apa-apa tak?” aku menyoal.
Mereka hanya memandang aku dan mengangguk. Rupanya kami semua bermimpi benda yang sama.

Nasihat aku bagi semua yang berpindah atau belajar di mana-mana sahaja. Apabila mendapat larangan daripada penduduk di sana. Tolong la ikut cakap mereka dan aku tahu kita sebagai manusia sifat ingin tahu itu terlalu tinggi tapi jangan la sampai memakan diri sendiri.

Ini sahaja kisah saya pada kali ini. Harap dapat menjadi pengajaran kepada semua. Terima kasih.

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Akir
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

17 comments

  1. A’ah, kampus mna ni?
    Bila tgk gmbar mcm kat KUIS, BANGI. Tapi kat KUIS tu asrama tak panggil kampus, kitorg panggil PARCEL. Dan ada bangunan Block F utk PJJ.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.