Aku dan Kenangan

AKU DAN KENANGAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Ini adalah kali pertama saya berkongsi cerita dalam FS.

Biasanya saya sekadar silent reader sahaja… hehehe… Saya Gie (bukan nama sebenar). Cerita yang saya ingin kongsikan disini adalah berkaitan dengan hidup saya yang selalu diselubungi misteri.

Maaf kalau banyak typo, tengah bekerja sambil menaip cerita. Harap cerita saya dapatlah di-publish oleh admin yer. Terima kasih admin!

Pengalaman Pertama

Kisah ini bermula sewaktu saya meningkat remaja, sementara menunggu result STPM saya merantau ke kota untuk mencari rezeki. Saya mendapat kerja sebagai salesgirl disebuah pasaraya di Negeri Sembilan. Rutin Harian saya adalah berjalan kaki sejauh 1km untuk sampai ke tempat kerja dan pulang kerja. Tempat yang biasa saya lalui adalah kawasan hutan dan jalan raya, walaupun jalan raya tidaklah begitu lengang tapi masih scary dikala waktu Maghrib menjelma.

Saya menginap dihostel yang telah disediakan oleh pihak pasaraya yang merupakan rumah teres. Hostel saya terdapat seramai 8 orang dan mempunyai 3 bilik. Master bedroom didiami oleh saya, jaja, kak ros dan ita. Diantara kami berempat, saya dan jaja merupakan kawan kerja satu department.kami selalu pergi dan pulang kerja bersam. Pada suatu hari, jaja terpaksa pulang awal disebabkan mempunyai masalah keluarga.

Sesudah pulang kerumah, azan mghrib berkumandang. Saya terus masuk kerumah dan baring diatas katil. Tanpa saya sedari saya tertidur. Saya terjaga apabila merasa suasana terlalu sunyi. Saya melihat jam hampir jam 8 malam, saya terus bangun untuk mandi dan bersiap untuk keluar makan bersama kawan. Sewaktu hendak turun dari katil tiba-tiba saya merasa sesuatu yang aneh, telinga saya berdengung dan suasana merasa teramat sunyi, saya dengan perasaan takut terus baring dan menutup badan dengan selimut.

Telinga saya masih lagi berdengung dan saya gagahkan diri untuk melihat apa sebenarnya yang berlaku, pandangan mata saya terus tertangkap kearah hujung katil dimana saya melihat kain berwarna putih yang amat panjang dan rambut panjang sedang membuaikan diri di hujung katil saya. Tanpa berlengah saya membaca ayat Kursi dan melaungkan Allahuakhbar sehingga saya berjaya mengatasi perasaan takut itu.

Setelah semua itu berlalu barulah suasana kembali normal, saya dapat mendengar suara2 housemate saya yang lain yang ketika itu sedang menonton Tv diluar. Pengalaman melihat Cik Pon terus membuatkan saya demam panas secara mengejut dan terpaksa mengambil MC selama dua hari.

Selepas kejadian itu, saya menceritakan semula kepada kak ros dan dia memang mengiyakan cerita saya kerana dia pernah mengalami perkara yang sama sewaktu bersendirian didalam bilik itu.Kami sepakat untuk membaca Yassin pada malam itu. Kak ros menceritakan bahawa benda yang dilihat oleh saya adalah Makhluk yang menjilat d***h pada pad yang tidak dicuci yang berada didalam bilik mandi. Barulah saya teringat bahawa didalam bilik mandi terdapat satu plastik yang mengandungi pad2 kotor yang tidak dicuci oleh roommate saya.Siapa diantara mereka Wallahualam.Kak ros berpesan supaya menjaga kebersihan walaupun berada ditempat sendiri. Dah kena baru nak beringat… sorry kak ros

Pengalaman Kedua

Kawasan rumah saya adalah dikelilingi oleh saudara mara, sebelah kanan hutan, sebelah kiri rumah paksu dan ayahchik. Sebelah depan pula ayahdin yang semuanya merupakan bapa saudara saya. Arwah datuk saya merupakan seorang pengamal perubatan, waktu ini saya berusia dalam lingkungan 12 tahun.

Saya merupakan cucu kesayangan arwah datuk, setiap kali orang datang berubat saya akan menolong datuk menyediakan barang2nya. Selain itu saya juga akan melayan tetamu sehingga mereka pulang.Biasala zaman2 90-an, kanak2 seusia saya sudah diajar untuk melayan tetamu.

Setelah mereka pulang saya akan mendapat upah sebanyak RM1.00. Besar nilainya itu dizaman saya. Hehehe. Setelah lama mengalami sakit d***h tinggi,arwah datuk meninggalkan kami semua sewaktu saya beusia 18 tahun.

Banyak kenangan yg tersimpan diantara saya dan datuk. Pengalaman misteri sepanjang berada dirumah kampung adalah kemunculan hantu raya dan toyol. Makhluk ini dilihat sendiri oleh sepupu saya yang ketika itu sedang membakar sampah diwaktu mahgrib. Gangguan mereka sekadar diluar rumah sahaja. Sebaik sahaja kami membuat bacaan Yassin dan memagari kawasan rumah, makhluk tersebut sudah tidak lagi kelihatan disana. Kami disuruh oleh ustaz untuk memagarkan kawasan rumah dengan menabur garam yang telah digaul bersama kunyit hidup di empat penjuru beserta bacaan al fatihah dan azan. Kini saya telah berhijrah ke Selangor dan setiap kali cuti saya akan pulang ke kampung untuk berjumpa kelaurga yang masih ada.Suasana dikampung aman damai sehinggalah sekarang.Cuma sekali sekala ada jugak ahli keluarga memberitahu bahawa terasa diri mereka diperhatikan.

Pengalaman Ketiga

Setelah berhijrah ke Selangor, saya mendapat pekerjaan yang memaksa saya bekerja mengikut shift yang telah ditetapkan. Kehidupan saya ibarat terperangkap didalam alam sendiri… Hahaha. Setiap shift bermula awal pagi dan berakhir petang dan dari petang berakhir pagi. Begitulah kehidupan saya dikota ni demi mencari rezeki. Sepanjang bekerja saya telah menyewa disalah sebuah apartment yang agak sunyi di kawasan Puchong. Disebabkan saya selalu pulang saat azan maghrib berkumandang, makhluk sup bunjut (En Pocong) itu selalu menyinggah di kawasan tersebut. Pernah ketika itu saya tertidur setelah pulang kerumah, saat tersedar telinga saya berdengung dan kemudian muncul la makhluk tersebut.

Seperti yang saya pernah bagitahu diatas, telinga saya akan berdengung dan suasana terasa amat sepi tanpa sebarang bunyi. Alhamdulillah saya cuma dapat melihat makhluk tersebut dari jauh dan biasanya cuma kelibat makhluk itu memerhati sahaja.

Saya dapat melepaskan diri dari suasana tersebut setelah azan isyak berkumandang di surau berdekatan. Rupanya kawasan apartment saya itu memang penduduk sering melihat pocong tersebut. Mungkin disebabkan pihak pemaju telah menceroboh kawasan tempat tinggal mereka. Jadi setiap kali telinga saya berdengung dan suasana menjadi sunyi saya akan terus membac ayat kursi supaya saya terlindung daripada gangguan itu lagi.

Banyak lagi kisah yang saya ingin kongsikan tetapi masa tidak mengizinkan.Ianay mengenai sebotolmiyak yang mengandungi setitik d***h yang dijumpai didalam bilik saya sewaktu dikampung.Adakah disebabkan botol minyak itu saya sentuh dan curious menyebabkan saya diganggu?Wallahualam. Sekian.

StarlightGie

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

StarlightGie

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

24 thoughts on “Aku dan Kenangan”

      • alaaaa….kan dah cakap tertidur,jgn marah..kisah lame tu.
        balik keje penat,automatik badan dh hilang tenaga..lpas ni xbuat dah..hhehhe

        Reply
      • Jgn lh merajuk Gie. Jdkan kecaman sbgai kekuatan. Dgn kecaman anda berusaha jd jd lbh baik.

        Hantar lg pengalaman2 seram yg dilalui. Arwah tok seorg pengamal perubatan tradisional. Patutlh si halus2 dtg mengganggu anak cucu cicit arwah Atuk, mereka berdendam tu.

        Ttg botol yg ada setitis d***h, mungkin hantaran musuh pd arwah atuk. Pernah baca dlm majalah dh lama tutup, mungkin polong. Ceritanya ia disimpan dlm botol. Owner polong akan lukakan jari manis lantas titiskan dlm botol sebagai hidangan buat peliharaannya. Wallahualam.

        Reply
  1. aku tak faham betul dengan orang yang tak reti cuci pad nih.
    ada masalah hidung ke ? tak bau ke ? najis tu siaaa !
    mak aku la paling pantang bab bab gini

    apa masalah anda wahai saudara perempuanku ?

    Reply
  2. Klau boleh, usahakn jgn tdur waktu maghrib yer starlightGie.. lbeh elok, klau brsihkn diri, ambik wuduk lps tu solat maghrib.. ngantuk mcmana pn, jgn tnggal solat.. iblis ni memang tunggu pluang jer nk ganggu kita.. tmbh lg bila kita lalai ngn tuntutan agama, lg la snang dia nk mngusik..

    Reply
    • ok..itu cerita dahulu kala,sekarang sudah berubah.starlightGie sudah insaf.keje pon dh berubah,xda dh keje pulang sampai mghrib

      Reply
      • Dah kena baru insaf. Manusia malas solat sampai hantu pulak ingatkan kau suruh solat.
        Pastu apsal mintak maaf kat Kak Ros? maknanya pad tu mesti kau punya haha. Tak tau sapa punya konon.

        Reply
  3. story u menarik. abaikan komen2 tak membina tu… deols sendiri punya cerita blm mampu diorg nk buat mcm u, so abaikan diorg.

    nt story tau cerita seterusnya.

    Reply
  4. scary… tp memg rmi ckp klu tiba2 suasana jd sunyi…hening mcm ko sorg je yg tinggal kat bumi ni…
    have a something weird…. totally true…..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.