Aku Dan Student

Aku lelaki dan pernah jadi cikgu atau ustaz lah di sekolah agama rakyat ni. Sekolah ni dekat Gajah Mati, Pendang. Ni cerita tahun 2015. Taktau la apa kaitan histeria dengan SAR ni tapi tiap kali histeria ja, banyak jadi kat SAR. Macam sumpahan pulak.

Tempat aku kerja ni, asrama perempuan dia agak ke belakang sikit. Rumah lama, 2 tingkat, hujung kawasan sekolah dan sangat spooky. Dalam asrama, lagi la spooky sebab ada satu ruang kosong di belakang. Katanya tempat budak study kat situ. Betol2 belakang asrama, hutan. Depan asrama tu pulak ada tunggul pokok lama. Besar pokok tu tengok dari tapak dia tu. Sebelah dari tunggul kayu tu, ada tapak rumah lama & cuma tinggal kesan lantai rumah ja. Bangunan dia dah runtuh.

Satu hari tu, ada student aku ni tetiba kena rasuk atau panggilan femes histeria. Benda ni bukan kes pertama d situ tapi kebetulan malam tu, kes pertama yang aku kena handle sendiri sebab warden yang pandai berubat ni balik kampung. Aku yang nangoi, taktau apa ni, pi baca yasin ja la boleh buat pun. Dia punya jerit tu, meremang oii! Budak tu form 1 tapi berbadan agak gempal. So boleh kata hampir semua budak asrama terpaksa pegang dia takot dia lari nanti.

Settle semua benda tu dalam pukul 11 gak. Dari lepas maghrib sampai la ke kul 11, lama woo! Terus aku ciao balik ke bilik aku. Bilik aku, d asrama lelaki. Katil duk tengah2 bilik yang aku share dengan warden. Atas kepala aku ada tingkap, belah kaki ada gantung baju. Malam tu time aku tidoq, aku terjaga dalam pukul 1pagi. Terjaga sebab rasa ada orang bernafas d tengkuk aku. Aku rimas la sebab ingat warden tu balik, lepas tidoq buas macam selalu.

Bila aku beralih pandang tepi. Nampak warden tapi muka bengis. Senyum ja ke aku sambil pandang tepat ke mata aku. Dalam hati aku dah agak, ni bukan warden dah ni sebab pelik sangat rupa dia. Dia genggam lengan kiri aku tapi aku buat taktau ja. Sambung tidoq balik sebab letih. [Oh ya. Kalau hang dekat dengan orang histeria semua ni, badan hang akan jadi cepat letih. Warden tu cakap sebab jin tu amek tenaga kita tapi taktau la kebenaran dia sebab aku x pandai bab ni].

‘Warden’ tu tak lepas langsung tangan aku malam tu. Aku dapat rasa dia pegang lengan kiri aku time tu. Tak sakit tapi rimas ja. Kemudian pukul 3pagi. Tetiba aku terjaga sebab ada orang tarik kaki aku time tidoq. Aku tergelongsor jugak dari katil tu. Kaki dah terjuntai dari katil time tu. Aku dapat rasa orang genggam buku lali kaki tapi tak boleh buat apa. Aku cuba tolak, rungkai tapi tak jadi apa.

Bila panggung ja kepala nak tengok sapa, nampak student aku yang kena rasuk tu. Dia dengan muka bengis ja pegang kaki aku. Aku buat taktau, malas layan sebab tau dah tu bukan student aku. Lagi layan, nanti lagi benda tu suka. Aku sambung tidoq balik, buat macam takda apa. Esok pagi tu bangun. Tengok habis lebam di lengan kiri, pergelangan kaki, leher pulak ada kesan tangan macam kena cekik tu. Badan toksah kata, penuh kesan cakar. Padahal aku tido pakai baju.

Kebetulan haritu, Pengetua panggil ustaz yang power lagi dari warden. Ustaz tu cakap, benda yang ada di student aku tu ikut aku balik sekali semalam. Dia marah sebab aku kacau ‘host’ dia. Sebab tu dia mai kacau aku dengan harapan aku tak kacau dia lagi dah. Oh ya, student aku tu. Sampai sekarang dia kena rasuk. Lepas ja kejadian malam tu, dia boleh kata tiap hari kena rasuk sampai sekali tu sekolah terpaksa cuti sebab dia saja.

Doakan supaya student aku tu kembali normal. PT3 tahun ni, kesian kalau pelajaran terganggu sebab benda tu.

Sekian

Loading...

7 comments

  1. Loqlaq la lagu ni.
    Tang manalah nak carik kekuatan hat budak yang kena tu. Kasihan na….
    Ustaz/Cikgu, kuatkan semangat!!

  2. Benda kt budak tu warisan puSAKA ke…????
    Sbb kate HOST kaannn…
    Baguihlar ustaz cikgu ni…
    Boleh die buat derrrkkkk slumber badak air sirap bandung soda ais lebih sambung tdo…
    Hakak dluuuuu pn sllu incaj student histeria ni…
    X tau plak penat sbb kuasa halilintar kena sedot…
    Cumenye mmg penat sbb keje lebih kan…
    Iyelah,handle kes histeria bkn mcm layan borak lek lek tu…
    Handle org ngamok…mau x penatnye…

  3. tak boleh rasa takut masa handle histeria ni… nanti tenaga kena sedut then badan jadi lemah… tu yang berjangkit2 tu…

  4. Baguih hang ni…mai la hantu apa buat apa pun..nak genggam ka…nak kokak ka..nak terbang ka apa..hang buat bodoh piang..bek tidoq ja

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *