Aku, Opie dan Gitar

Assalamualaikum semua. Berbulan dulu, page Fiksyen Shasha ni tak ramai pun pengikutnya. Alhamdulillah, sekarang dah hampir mencecah 200 ribu likers. Tahniah.

Dah berbulan aku tinggalkan page ni. Semalam, entah macam mana terdetik hati nak buka semula dan tak sangka sekarang makin banyak cerita yang menarik dikongsi oleh para pembaca. Malah ada writter yang sudah berjaya mencipta signature sendiri. Kisah Si Celupar, Kisah Mak Lampir, Kisah Rumah Bernombor, Kisah Bos Buat Hal, Kisah Dedek, Kisah Detektif D9, Kisah Maya dan beberapa lagi perkongsian cerita yang ada banyak episodnya.

Boleh tak kalau aku nak jadi macam kalian? Sebab ini bukan cerita pertama yang aku bakal kongsikan. Dulu aku rajin la menulis, ini antara ceritanya:
Aku, Nenek dan “Dia”
Aku, Zira dan Pondok-Pondok
Aku, Dia dan Skrip Hitam
Aku, Elli dan Retina

Dan sekarang, terimalah: Aku, Opie dan Gitar.

Aku ada kawan buka kedai menjual alat muzik. Aku suka lepak kedai dia ni masa zaman menganggur dulu. Sebab kedai dia ni ala-ala cafe jugak la. Sambil makan-makan, boleh main muzik. Dalam masa yang sama dia buka jugak studio kat tingkat atas untuk sesiapa nak jamming. Dan wife dia, ajar budak-budak main instrument, buat kelas malam-malam.

Aku ni nak kata terer, takde lah terer sangat. Setakat nak ajar budak-budak main gitar dan piano tu boleh la aku ajarkan. Sebabkan Bob tahu aku ada bakat tu, dia hire aku buat part time mengajar budak-budak ni. Aku ikutkan je la. At least ada duit poket lebih sikit kan. Pekerja kat situ tak ramai, cuma aku, tokei kedai nama Bob, wife dia Nad, dan seorang lagi pembantu kedai nama Opie. Satu malam, lepas aku habis mengajar, aku lepak la dengan Opie kat mamak. Kedai kitorang dah tutup. Dah pukul 10 malam. Sape je nak datang kedai macam tu pukul 10 malam kan. Kedai tu operate sampai pukul 10 malam pun sebab ada kelas tu la. Kalau takde, pukul 6 kitorang dah tutup.

Opie buka cerita dia kata, kedai Bob tu berhantu. Aku gelak la. Apsal pula kedai punya cantik mewah dengan alat muzik nampak moden macam tu dia cakap berhantu. Opie cakap, dulu deret kedai tu pernah terbakar sekali. Beberapa tahun dulu. Masa tu tengah malam. Puncanya khianat. Ada orang bakar kedai belah hujung sana, tapi merebak bawak ke sini. Ada beberapa owner kedai memang tinggal kat situ. Sebab tak sedar api dah marak, ada la yang terkorban. Sejak dari detik hitam tu, deret kedai tu mula berhantu. Sebab tu kedai-kedai kat situ, pukul 6 je semua dah tutup kedai.

Aku gelak je. Mana boleh orang m**i jadi hantu. Khurafat semua tu. Kalau betul pun berhantu, tu semua kerja jin, setan, iblis je. Dia gunakan peluang kejadian ni untuk sesatkan manusia. Jelma dalam bentuk rupa orang yang dah m**i tu, buat manusia percaya hantu itu wujud. Tapi tu cerita yang dibawa dari mulut ke mulut je la. Opie pun, pekerja sebelum dia yang cerita. Tapi, dia menguatkan hujah dia kata ada hantu kat kedai tu sebab dia pernah kena kacau.

Mulanya aku memang tak percaya. Sampailah satu malam, aku kena sendiri.

Aku habiskan kelas gitar aku. Malam tu, Nad tak mengajar. Dia tak sihat. Bob balik awal sebab wife dia tak sihat. Opie hari tu EL, bapa dia masuk wad. Baru ni macam kecoh, ada dua buah kedai kena pecah masuk. So, Bob mintak tolong dekat aku, malam ni tidur dekat kedai. Biasanya dia akan bergilir dengan Opie. Memandangkan esoknya Sabtu, aku tak kerja. Aku ok kan je la.

Rasanya dalam pukul 11 macam tu. Aku baru lepas balik dari makan malam dengan member-member. Pintu kedai semua dah kunci. Aku masuk dalam bilik. Dekat site belakang tingkat bawah, Bob memang buat satu bilik khas. Tengah aku skrol facebook dekat telefon, tiba-tiba aku dengar bunyi piano dekat tingkat atas. Datang dari bilik Nad mengajar.

Mula-mula aku buat tak tau je. Aku anggap tu bunyi tv dari kedai mamak dekat belakang. Aku sambung stalk crush aku kat FB. Tengok gambar-gambar dia dengan pakwe dia. Siap mencarut bebel aphal kau pilih mamat ni, muka macam Rashid, macam Meran gak yang kau pilih!

“Ting! Ting!” piano tu berbunyi lagi.

Kali ni aku sure bunyi tu datang dari tingkat atas. Aku keluar dari bilik. Aku menapak panjat tangga naik ke atas. Aku bukak lampu tingkat dua tu. Sampai kat atas, mula-mula sekali akan nampak studio jamming. Tak ada apa-apa kat situ. Dalam hati aku masa tu, si Opie nak menyakat aku la ni. Dia balik senyap-senyap, dia masuk kedai guna pintu tepi senyap-senyap. Aku pergi dekat bilik kelas piano Nad, kosong. Tak ada pun orang. Bilik aku dan Bob mengajar kelas gitar pun kosong, tak ada orang.

Masa ni aku dah mula start rasa tak sedap hati. Otak aku mula ligat recall balik cerita-cerita dari mulut Opie. Laju je aku tutup lampu dan turun ke bawah semula. Sampai kat bawah, player piring hitam kesayangan Bob tiba-tiba berbunyi. Keluar lagu orang putih klasik tapi slow dan besar suara dia. Sumpah seram. Tapi aku tahu bunyi tu jadi macam tu sebab piring tu berpusing perlahan. Player tu dah rosak. Tapi, macam mana dia boleh hidup sendiri.

Aku off player tu, lepas tu terus balik ke bilik. Aku kunci pintu. Player piring hitam tu bunyi balik. Tapi, aku buat tak tahu je. Sebab aku memang dah takut dah. Aku whatsapp Bob, cakap kat dia aku nak balik rumah aku. Tapi, mesej aku tu langsung tak delivered. Satu tanda right je. Aku call dia, not reachable. Takkan aku nak blah macam tu je. Tak elok la, orang dah amanahkan ke aku jaga kedai ni dan aku dah setuju terima amanah tu. Nak tak nak aku terpaksa la bertahan. Ambik earphone, on lagu, tidur.

Dalam pukul 3 pagi macam tu. Aku terjaga. Nak terkencing. Air cond sejuk sangat. Aku pandang remote, No 16. Gila! Rasanya sebelum tidur tadi aku dah set dekat suhu 25.

Lepas aku buang sisa kumuhan semua, aku berjalan masuk ke kedai depan. Masya Allah! Meremang satu badan. Kaki aku keras kaku. Ada budak perempuan tengah pandang gitar dekat rak, membelakangkan aku. Aku nampak tubuh dia dari belakang. Tangan dia pucat. Air mata aku mula keluar. Tak reti aku nak explain macam mana rasa takut aku masa tu.

Budak tu berdiri je pandang gitar tu. Dia macam tak sedar aku nampak dia. Dalam hati aku, tak henti henti Allahu akbar! Allahu akbar! Dengan perlahan aku undur ke belakang. Aku nak masuk bilik semula. Nak lari! Tapi, baru je aku berpusing, “Abang! Saya nak gitar ni boleh?”.

Menciput aku lari masuk bilik. Aku hempas pintu! Aku kunci! Lompat atas katil! Menggigil bawah selimut. Mulut tak henti-henti takbir. Ayat Kursi aku entah ke mana. Tiba-tiba lupa. Padahal dengan maksud-maksudnya sekali aku hafal dah. Bila detik-detik cemas macam ni nak guna pakai, masa ni lah lupa. Nampak sangat iman aku masih lemah.

Bilik tu dinding dia dibuat dari playwood. Tak lama lepas tu aku dengar bunyi dinding kayu bilik tu kena toreh guna duit syiling. Kalau korang naik tau bunyi macam mana, ha, pergi ambik syiling lima posen tu, korang seret dekat dinding kayu dari hujung ke hujung. Macam tu la! Dia duk main seret-seret duit syiling tu dari depan bawak ke belakang. Lama weh! Aku call semua orang, semua tak angkat. Aku whatsapp, semua tak reply. Pukul 3 pagi. Sah-sah la semua orang dah tidur.

“Tap!” lampu bilik tu pula terpadam. Lepas tu dengar bunyi piano. Bukan dekat atas lagi dah. Tapi, dekat depan aku.

“Ya Allah!” aku jerit kuat-kuat sampai garau suara aku weh.

Aku bangun. Aku raba-raba dinding. Aku nak cari suis lampu, bila aku dah jumpa, aku tekan, lampu terpasang. Aku tak tahu lah kenapa aku kena semua ni. Aku bukan kat bilik tidur lagi dah, tapi dekat bilik piano tingkat dua. Tuhan je tahu betapa menggigilnya aku masa tu.

Aku tak fikir apa dah. Aku berlari turun tangga. Aku masuk bilik semula. Capai wallet, capai phone, capai kunci. Aku nekad nak balik rumah. Ni bukan bisnes aku! Aku part time je dekat sini. Kena rompak kena apa, bukan aku yang rugi! Nyawa aku lagi penting.

Tapi, aku baru je nak masukkan anak kunci dekat pintu kedai tu, lampu dalam kedai tu pulak terpadam. Suasana jadi gelap-gelita. Aku tak peduli dah. Aku tau aku nak keluar dari sini. Aku gigih usahakan masukkan anak kunci tu dalam lubang kunci dekat pintu tu, dalam gelap.

“Abang dah tutup kedai ke? Saya nak beli gitar ni!”, suara budak perempuan tadi ada dekat sebelah aku.

“Ya Allah!!!!!!!!” kuat aku jerit sampai serak-serak suara aku. Aku blackout lepas tu. Tak sedar apa dah. Aku tersedar bila aku dengar Opie panggil nama aku. Dia kejutkan aku. Aku bukak mata, kepala aku pening.

“Apsal kau tidur sini bro?” Opie tanya aku.

Aku pandang sekeliling. Aku ada dekat bilik kelas piano Nad. Aku tidur sambil duduk, beralaskan lengan atas piano.

Sejak kejadian tu, aku bagitahu Bob, aku nak berhenti buat part time malam-malam kat situ. Bob faham tapi dia cuba halang. Student tengah ramai. Rugi la aku behenti. Kesiankan Bob punya pasal, aku still go on part time dekat situ sampai sekarang. Tapi, kalau diorang mintak aku jaga kedai tu, aku tolak mentah-mentah. Bob cakap demi hidup m**i, nak bayar double pun aku tolak mentah-mentah. Cukup la sekali je aku kena. Bukan sekali tu je sebenarnya, banyak kali. Tapi, tak se extreme malam tu la.

Pernah sekali tu, tengah aku mengajar budak-budak kat kelas, tiba-tiba bunyi orang tengah jamming kat studio. Rule kat situ, kalau ada kelas, tak boleh jamming. Ada jadual dia, Bob dah buatkan. Aku baru je keluar dari bilik kelas gitar tu, diorang terus berhenti jamming. Aku pandang bilik kaca tu, tak ada orang kat situ.

Ada satu hari tu pula, tiba-tiba speaker dalam kedai keluar lagu Aiman Tino kuat-kuat. “Menghitung..menunggu m**i..m**i..m**i..” macam CD rosak. Customer elok ada dalam kedai masa tu, terus keluar.

Bob dah beberapa kali pagarkan kedai tu, tapi..entah la. Mungkin dah tiba masa kau cari kedai baru lah Bob.

-Habis-

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 5]

19 thoughts on “Aku, Opie dan Gitar”

  1. Tak baik buat camtu tau…
    Kecik hati die…
    Kan pepatah omputeh kate “Customer is (NOT) always right” kot…
    Layan jelah…potential kastemer tuuu…
    Rugi, rugi, rugi…
    Heheheheheh…

    Reply
  2. knp tbe tbe kt tmpt lain dh.. seram laa.. aku boleh imagine masa tgh cucuk kunci nk keluar dr kedai tu tbe tbe ade org tegur nk beli gitar…

    Reply
  3. wei…ko tahu tak..sampai kat part yg kau cakap speaker dlm kedai tu kluar lagu aiman tino..menghitung menunggu m**i…m**i…m**i…aku siap ikot sekali nyanyi macam cd rosak tu..m**i..m**i…hahaha…kawan aku siap cakap, ko da kenapa?

    Reply
  4. Hahhaha!!! Aku yg seram yeh jd lawak lak baca komen korg.ha ah la brader..sambung ah lg cte kat studio tu.aku ske gak jamming tp xpnh lg aku lalui kes cm brader.tp cte brader tbaik hahhaha

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.