Aku Seorang ‘Event Manager’

Assalamualaikum kepada para pembaca setia Fiksyen Shasha (FS)! Terima kasih kepada admin FS kerana sudi siarkan coretan “Aku rindukan Maya”. Maaf kalau cerita tu tak berapa nak seram, dan ramai juga meragui kebenaran cerita Maya ni, sesungguhnya apa yang diceritakan adalah benar-benar belaka, terserah kepada pembaca untuk menilainya. Sesungguhnya aku, dahulunya seorang yang jahil lagi hina, mungkin disebabkan aku diajar untuk hidup berdikari sejak dari kecil. Alhamdulillah, ia mengajar aku menjadi seorang manusia pada hari ini.

Panjang sangat pulak intro cerita kali ni, haha, Okay! Aku nak cerita pengalaman aku sebagai Pegawai Sambilan Harian (PSH) di Kementerian Pendidikan dalam sekitar tahun 2012, iaitu seusainya aku tamatkan degree aku. Aku diletakkan dalam sektor Bahagian Pendidikan Guru (BPG), dibawah kursus Literasi dan Numerasi untuk para pelajar yang lemah dalam pembelajaran. So, aku dilantik ala-ala sebagai “Event Manager’ khas untuk para guru seluruh Malaysia, supaya didedahkan dengan lebih mendalam bagaimana nak handle students yang lambat pick-up dalam pembelajaran, terutamanya dalam penguasaan Matematik dan Bahasa Melayu.

Terima kasih dekat bos tercinta aku, yang aku gelarkan sebagai Mr.S, yang memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada aku untuk menggalas tugas ini secara solo disebabkan jadual kami yang amat padat mengejar dateline yang diberikan oleh pihak kementerian. So, aku banyak bekerja sambil berjalan di serata Malaysia, termasuklah Sabah dan Sarawak. Macam-macamlah karenah peserta (guru) yang dah aku jumpa dan pelbagai hotel yang pernah aku menginap, serta pelbagai pengalaman yang sudah aku timba walaupun aku hanya berjawatan kontrak sementara. Kursus yang kami jalankan kebiasaanya dijalankan sekitar 4 hari 3 malam mengikut jadual dan jumlah guru pembantu, yang kami gelarkan sebagai Jurulatih Utama (JU).

Tugas aku akan dibantu oleh pegawai daripada PPD, dalam penyediaan modul dan membantu para guru dalam urusan kehadiran dan pengangkutan. So, disebabkan aku dari pihak kementerian, aku diberi bilik single, senang aku nak campak-campak baju aku, roommate tak marah, haha. Okay, perjalanan tugasku sebagai ‘Event Manager’ bermula daripada kursus sebelah selatan, membawa ke utara dan seterusnya ke negeri pantai timur.

Hotel di Batu Pahat, Johor, titik permulaan aku bekerja, alhamdulillah pada awalnya tiada perkara mistik sangat yang berlaku, kecuali melayan karenah para guru yang seronok ‘Belajar sambil bermain’ iaitu modul baru yang dibentangkan oleh para JU dengan menggunakan bahan bantu mengajar. Hari kedua, badan penat yaa amat, dalam pukul 1 pagi, aku baru balik ke bilik. Baru nak capai tuala nak mandi, Ting-tong! Ahh, sudah, sape pulak cari aku malam-malam buta ni. Aku tinjau melalui lubang cermin dipintu, tiada siapa.

“Mungkin budak-budak keluar lift sambil tangan gatal tekan loceng kot”, getus hatiku. Tengah seronok aku menyabun, sekali lagi pintuku berbunyi lagi dan aku dengar sayup-sayup orang bagi salam. Aku tutup air, aku masih dengar suara memberi salam, dengan selamba aku jerit, “Satt satt bagi aku bilass abis dulu, haha”. Menonong dengan bertowel aku bukak pintu, ehh tak ada orang lagilah, tiba-tiba aku rasa macam ada angin menyapa muka, cepat-cepat aku tutup pintu.

Aku baca 3 qul dan ayatul kursi, sarung seluar pendek, terus capai selimut. Tengah sedap ambil feeling nak tido, setan ni kacau lagi, kali ni bukan takat sekali dua dia tekan loceng, amik kau dia tekan loceng aku tak berhenti-henti, terus aku call reception, suruh maintenance datang! Brader maintenance tu datang boleh pulak dia gelak je, dia siap kata, “Malam ni abang ada kawan”, haha. Aku malas nak amik port sangat sebab aku nak stay bilik ni ada dalam 3 hari lagi, so lepas dia betulkan tu terus aku tidur, sambil pasang tv.

Dalam pukul 3 pagi, aku menggigil kesejukan. Aku sedar je aku tengok selimut aku dah jatuh bawah katil, musibat betul, korang dapat bayangkan selimut hotel macam mana? Kan dia selitkan di bawah tilam, tak logik langsung boleh ada dekat bawah. Ditambah pulak tv yang aku pasang tu m**i time aku tersedar tu, sape pulak yang tutup, ate teman idokler pasang timer. Puas memikirkan, aku tarik selimut ke atas katil, ehh sangkut pulak, macam ada orang je dalam balutan selimut nih. Aku perati je selimut aku tu, tiba-tiba dia macam gerak sedikit, amik kauu, aku berlari keluar sambil terpijak selimut tu, kalaulah ada orang dalam tu, padanlah muka senak burungnya, hahaha.

Sesampainya aku dekat lobby, dengan pakai seluar pendeknya, aku sound petugas situ, “Korang bagitahu aku bilik 1701 tu ada apa?”. Budak tu geleng kepala tanda tak tahu. Keluarlah seorang lelaki ni, yang lagaknya macam seorang manager, menenangkan aku, diajaknya duduk dekat lobby. Teman dah lah pakai seluar pendek jek, sejukk je rasa angin masuk mendayu-dayu, haha. “Maaf encik, bilik 1701 tu sebenarnya tak ada apa-apa, yang ada something tu dekat sebelah bilik encik 1703”. Ahh sudah, dah abes tu apehal mende tu sebok nak lepak bilik aku sedangkan dia dah ada bilik sendiri, dah lah tinggal free of charge.

“Kami terpaksa bagi encik bilik tu kerana jadual yang tidak dirancangkan program encik, clash dengan program last minute satu lagi, iaitu program dibawah Kementerian Wanita”. Dengan selamba aku cakap, “Dah kami deal dulu, takkan kami diberi bilik sebelah bilik hantu, takkan disebabkan diorang wanita, aku kena jadi mangsa”. Haha nampak sangat marah disitu. Akhirnya dia setuju bagi aku bilik yang lain, yang jauh dari bilik peserta yang lain, di tingkat 20, bilik 2001. Alhamdulillah bilik ni tak ada apa-apa, walaupun floor tu jarang aku nampak manusia, janji aku tak nampak hantu, haha.

Beralih pula cerita aku yang kedua, berlaku di Hotel S, di Ipoh Perak, haa tak boleh lah mention dekat sini, kena banned pulak page FS nanti, haha. Awal-awal lagi aku dah rasa menyampah dengan pengurusan hotel ni, dah lah aku terpaksa hold cikgu-cikgu ni lepak dekat lobby dulu, sebab bilik tak siap lagi, kesian dengan cikgu-cikgu yang bujang ni, ehh, hahaha, tapi sungguh cikgu banyak lawa-lawa, naseb abang iman kuat, haha. Berbalik pasal cerita di Ipoh kali ni, akhirnya kami dapat check-in pukul 4 petang, hangin satu badan aku sebab jadual dah lari, tapi disebabkan cikgu-cikgu ni semangat, maka aku pon turut bersemangat.

Peristiwa seram aku berlaku tak lama. Hari pertama dah kena, haha, mungkin sebab aku banyak memaki hamun pihak pengurusan hotel ni. Dalam pukul 12.30 malam, seusai program, aku lepak dengan beberapa orang cikgu ni, sambil hisap rokok, sambil borak tentang masa depan, haha. Tiba-tiba, kami terdengar, “hahahaha, hahaha, tolonggg!” bergema aras 2 hotel tu dengan suara gelak dan takut perempuan, terus meremang badan aku. Aku tengok ada seorang cikgu ni jerit minta kami tolong, roommate dia kena rasuk, bergegas kami naik ke bilik dia. Dengan kusut masai dia boleh bertenggek atas meja solek.

“Kau nak apa? Kenapa kau bawak aku pergi tempat ni, banyak semangat yang aku tak suka”, lebih kurang macam tu lah dia cakap. Aku buntu, aku minta brader hotel tolong panggilkan kakitangan yang ada ilmu sikit dalam makhluk halus ni. Nasib ada seorang pak guard volunteer nak tolong. Dia baca sesuatu dan terus hembus ke arah cikgu tersebut, cikgu terus rebah. Pak guard tu cakap cikgu ni ada saka keturunan, tapi tak kuat mana pon, tak sering kacau si pemakai. Cuma kawasan hotel ni ada makhluk halus yang lain, yang cuba nak dekat dengan si cikgu ni. Aku call suami dia, dan benarkan dia bawak isterinya pulang.

Aku masuk ke bilik dalam pukul 2 lebih, mata tak ngantuk, mungkin masih terkejut dengan situasi cikgu tadi. Tuk tuk tuk, ahh sudah bunyi apa pulak tu kat tingkap hotel aku ni. Aku ni pulak jenis lurus bab-bab hantu ni, walaupun aku tahu dah lewat ni, dah tentu bukan manusia yang ketuk, aku boleh bantai jugak selak langsir. “Aik, tak ada apa-apa pon”, sambil rapatkan muka kat tingkap, yelah tingkap tinted, kalau malam kan, tak nampak jelas, sebab dalam bilik pasang lampu. Macam nak terpelanting ke belakang aku, bila muncul seorang perempuan baju lusuh pegang batu nisan. Terus aku tutup langsir, baca doa apa yang patut, dan aku tidur kat bawah, haha, sebab katil tu sebelah tingkap, penakut jugak aku nih. Tapi alhamdulillah lah, hari-hari seterusnya aku tak kena apa-apa, mungkin dia nak berkenalan hari pertama je kot, hari keesokannya dia pon dah muak tengok muka aku, haha.

Aku rasakan seakan selepas peristiwa dengan Maya, aku mudah kena sakat, kadang-kadang aku rasa macam perasaan aku sendiri, tapi terkadang aku nampak dengan mata kasar aku sendiri. Aku harap sangat mungkin tuhan nak menguji aku dan aku rasa ini mungkin satu ‘gift’, tetapi apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kadang-kadang aku jadi takut bila aku ingat kes aku dengan Maya dahulu, banyak orang yang terkorban disebabkan salah aku sendiri. Alhamdulillah, perlahan-lahan aku mulai berani untuk berhadapan dengan situasi seram, mungkin aku sudah lama sangat fobia dengan makhluk halus ni.

Tugasku sebagai PSH mulai berjalan lancar. Aku teruskan program aku ke Kedah, Kelantan dan Terengganu. Alhamdulillah sepanjang program berjalan dengan lancar sekali. Aku sekali lagi diduga apabila aku jalankan program di Cherating, Pahang. Hotel pon bermula dari huruf ‘S’ jugak, haha. Aku rasa korang dapat meneka hotel yang mana aku maksudkan, sebab rata-rata dalam blog banyak bercerita tentang kisah seram hotel ini. Aku sampai lambat untuk program kali ini. Aku turun flight dah dekat senja, nasib pihak hotel sediakan driver untuk menghantar aku ke hotel. Sepanjang perjalanan aku bertanyakan soal pengurusan hotel, Pak Mi kata dah jarang kursus buat dekat hotel ni, dia pon terkejut kenapa pihak kementerian buat program guru di sini. Pak Mi kata kebiasaanya orang buat program bina semangat dekat sini. Sempat jugak dia menasihati aku, supaya ada mata lihat, ada mulut jaga, aku tak dapat meneka, musibah apa pula yang bakal aku hadapi kali ini.

Sesampainya aku dekat lobby hotel, Amir, pegawai PPD yang bertugas datang sambut. Kami berkenalan sebentar dan terus Amir bagi kunci bilik. Punyalah aku terkejut, aku dah lah tidur seorang, dapat bilik suite, tiga bedroom, aku nak buat apa lagi dua bilik ni. Amir kata tak apa, orang kementerian datang kami kena layan baik, haha, baiklah.

Aku check in bilik, baca ayatul kursi dan hajat nak baring sekejap. Tak sedar aku dah terlena, jam dah hampir pukul 9.30 malam aku berjalan ke ruang tamu, “Aik, aku rasa aku tak bukak sliding door dekat balkoni ni, masa bila bukak pulak?”. Tak apalah terus aku ambil fon, call Amir. Amir cakap program dah start separuh jalan dah, kalau aku nak makan malam, pergilah dulu, Amir dah minta pihak hotel closing lewat sedikit untuk dinner. Aku capai barang apa patut, terus ke lobby, mencari café yang disediakan untuk dinner.

Selesai makan malam, aku tinjaulah sedikit lebih kurang program yang dah nak habis dah pon. Syukur PPD Pahang ni baik-baik belaka, dia kata tak apa, tenaga kerja yang diorang bawak dah banyak dah. Aku nyalakan rokok, berdiri di tepi balkoni dewan, sambil mata memandang pantai. Tiba-tiba ada bunyi “psssttt, psssttt”. Aku pandang bawah, aku nampak ada sampan tengah menyusur masuk ke anak sungai. Dalam hati “mungkin baru balik mengail kot”. View Pantai hotel ni bagi aku sangat cantik, dengan ada laluan anak sungai terus ke laut, dan pasar kecik di sebelah hotel. Mungkin bunyi tadi datang dari pakcik dalam sampan tu kot, bermonolog aku sendirian.

Terlepas rokok aku tiba-tiba ada tiupan di telinga aku dari arah belakang. Aku toleh, tak ada apa-apa, ish “mungkin perasaan aku je kot”. Aku jerit dekat pakcik tu, “Banyak ko ikang pakcikk weiii”. Hahaha, maaf aku tak pandai loghat ganu, tapi aku cuba lah. Senyapp je, sekali lagi jantung aku berderau si Amir tepuk bahu aku. “Ish ko ni buat aku cuak jek”. Amir pelik, “Rin, baru je check-in pandai kau yer ngorat awek reception hotel ni?”. “Eh, kau ni Amir, Jangan nak buat lawak boleh tak, masa bila pulak aku ngorat awek hotel sini, kunci bilik aku pon kau yang bagi tadi”. Amir muka terkedu, “Eh aku nampak belakang kau tadi ada perempuan sama tinggi dengan kau, pakai baju hotel, sambil pandangan korang ke laut”. Perghhh berderau jantung den, romantik jugak aku ni, haha. “Ekau biau botui? Sudahlah Mir, kau penat sangat ni, malam ni mohon tidur awal yer”, aku terus ajak Amir masuk balik dalam dewan.

Masa dalam dewan, aku rasa seakan diperhatikan je, tapi aku malas nak layan perasaan. Aku buat bodo jek, dalam hati aku rasa, “Malam ni mesti aku kena, nak tidur bilik budak PPD ni nanti dorang jadi awkward pulak”. Lantaklah, kau nak kacau aku, kacaulah. Habis sahaja program, ada seorang cikgu panggil aku, dia kata nak jumpa aku kejap belakang dewan. “Adik, jujur saya cakap ada budak lelaki atas bahu adik, dari start adik masuk dewan sampai sekarang ada lagi”.

Terperanjatlah aku. Aku tak tahu sama ada nak percaya atau tak apa cikgu ni cakap. Aku tanya dia, “Rupa dia macam mana kak? Akak tahu macam mana nak halau dia?”. Akak tu geleng kepala, “Akak memang boleh nampak benda-benda halus, tapi akak tak tahu nak halau macam mana, tapi nampak gayanya macam ada lagi yang lain”. “Tak apalah kak, terima kasih banyak sebab sudi bagitahu saya, selesai program ni saya pergi ke Darul Syifa’ buang benda ni, insyaAllah”, jawabku.

Aku masuk dalam bilik, pasang tv dekat ruang tamu. Aku tak tahu kenapa aku tak mengantuk. Tiba-tiba, aku dengar bunyi shower dekat bilik belakang. Bilik aku dekat depan, bilik master. Aku senyap, aku kuatkan volume tv, haha, nak lawan sangat kan, meh kita beradu. Kedudukan ruang tamu dengan dapur ni sebelah-sebelah, kiranya sofa tempat aku duduk membelakangi dapur. Tiba-tiba peti ais terbuka sendiri, aku toleh, tak ada sapa, haha, aku siap cakap, “Dah geti bukak, geti tutup lah yer, aku malas nak bangun”, sambil mata tengok tv.

Bulu roma berdiri tak ingat dunia, dah macam duri landak, tapi aku kena lawan perasaan takut ni, sebab aku sedar, manusia adalah semulia-mulianya ciptaan Allah. Tuuupp, haa pandai pon tutup balik. Tiba-tiba, sliding door bergegar, perghh dah macam gempa bumi. Aku jadi blur, tengok je sliding door tu, suddenly fon aku berbunyi, Amir call, “Rin, aku rasa nak hujan lebat lah, angin dari Pantai kuat giler, kau jangan bukak sliding door pulak”. Aku sedikit lega, bukanlah si setan dalam bilik ni yang buat.

Ting tong! Eh sape pulak lah yang datang ni. Aku bukak. Amir masuk, ‘Wei aku naik seramlah sliding door bilik aku pon bergegar”. Aku cakap, “Rilekslah Mirr, kita kan dekat Pantai timur, angin sini memang kuat, tak macam kat PD, sebab sebelah sana selat Melaka terlindung dengan Indonesia, kita kat sini lautan terbuka”. Amir buat muka blur, dalam hati dia mesti, “Eh budak ni, aku orang sini aku tahu lah, haha”. Aku sambung lagi, sajalah aku nak pancing Amir buat peneman, “Mirr kau tido dengan aku lah malam ni, aku sorang-sorang nak tidur dalam apartment besar ni, kau masuk lah bilik nombor 2”.

Amir senyum, “Kau takut eh?”. Dia senyum sinis, rasa macam nak sepak laju-laju je, tapi aku sabarkan demi mencari housemate sejati, ewahh. Aku panaskan air, buat instant coffee, buat untuk Amir sekali. Naseb lah si Amir ni smoker jugak. Berborak lah kitorang tentang kerjalah, family lah, tak sedar dah pukul 12.30 malam. ‘Tett tett’ ada mesej masuk, “Wei Rin, esok pagi, mungkin kami berlima kena balik PPD kejap, aku drop projector dengan tools dekat depan pintu bilik kau nanti ya – Amir”. Berderau aku baca, aku tengok Amir yang depan aku ni, selamba buat ‘O’ dengan asap rokoknya, aku jadi blur yang mana yang betul.

Aku reply, “Mir, kau datang bilik aku kejap, ada benda nak bincang. Jangan tanya banyak, kau datang je”. Amir yang depan aku ni tanya, “Wei Rin kau dah kenapa, muka pucat macam nampak hantu? Kau dah tahu ke?”. Erkk, aku pandang je dia, “Kau nak apa eh sebenarnya? Aku ada buat silap ke sepanjang aku datang sini?”. Dia senyum je. Ting tonggg, aku boleh pulak terpandang pintu, bila aku pandang dia balik dah for sure dia dah hilang. Menatang sungguh, baru nak trap, dia ni boleh bertukar jadi apa lagi, haha. Aku bukak je pintu, aik tak ada orang pon. Aku cek balik fon aku, perghh mesej aku tadi undelivered. Berganda-ganda aku kena nih, dari seram dah jadi geram. Jam dah nak ke pukul 1, esok banyak lagi kerja, aku tak tidur lagi.

Aku terus ke bilik, amik fon, bukak volume kuat-kuat supaya alarm aku pagi nanti bunyi kuat. Baca apa yang patut, aku pon tidur. Ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya pagi-pagi lagi dah buat hal lagi, haha, aku bangun je tidur aku dah menggelabah, sebab aku terjaga dekat katil bilik belakang. Perghh sapalah baik hati sudi angkat aku ke sini, mau patah pinggang dia mengangkat, haha. Aku nak berjalan keluar tiba-tiba bunyi lagi shower dalam bilik ni. Dahh sudahh, aku terus pergi ke bilik asal aku, terus tengok jam, perghhh, dah pukul 10 pagi. Gilaa. Macam mana cikgu-cikgu ni nak start program, kan projector si Amir letak depan pintu bilik aku. Aku bukak pintu, eh, tak ada projector. Mungkin ada cikgu baik hati tolong pasangkan kot.

Aku berjalan santai ke dewan, sambil buat muka tak bersalah terlajak tidur. Dalam hati aku geram dengan setan yang kacau ni, at least kejutlah aku time Subuh ke, haihhh. Sampai je dewan aku pandang Amir and the geng, “Wei Amir aku minta maaf banyak-banyak aku terlajak tidur, aku tak tahulah sape yang tolong setup projector pagi tadi”. Amir buat muka blur, “Eh Rin, kau dah kenapa, projector kan ada dengan aku, masa bila aku suruh kau pasang pulak”. Haaa aku dah pelik, aku ambil kerusi dan duduk depan Amir, aku keluar fon tunjuk mesej semalam.

Memang ada, tapi bukan nombor Amir, cuma dia letak signature kat bawah tu nama Amir. Aku call banyak kali, tapi memang ‘the number you have dial is not a working number’, haha. Terus aku cakap, “Wei, aku tak kesah lah korang nak cakap aku penakut ke, apa ke, malam ni sampai malam akhir, aku tidur bilik korang, bilik aku ni something wrong lah, malas aku nak cerita nanti korang takut pulak, boleh kan?”. Naseb budak-budak PPD ni kasi, yelah kalau tak kasi nanti aku report kementerian baru taw, ehh gurau-gurau je, haha.

Alhamdulillah, selepas peristiwa malam tu, tiada gangguan kuat kena dekat aku. Cuma aku tak tahulah sama ada betul atau tak, staff-staff dekat sini ada bagitahu, pernah terjadi ada staff dekat hotel ni b***h diri, waallahualam. Tapi aku geram dengan pihak hotel, kenapa tak panggil ustaz tolong buang makhluk halus sekitar kawasan hotel dan pagarkan keliling supaya pengunjung yang datang tak lah meroyan.

Banyak hotel dekat Malaysia ni, yang terkadang buat aku berfikir, hotel besar, tapi tak nak maintenance, facilities tak jaga, housekeeping tak buat dengan rapi, macam contoh antaranya di Marina PD, hotel cantic, kenapa tak selenggara bagi elok? Aku pernah menyirap sekali dulu dekat Tanjung Keling, Melaka, Hotel ‘E’, malas aku nak sebut, terang-terang nampak toyol dekat balkoni, dan kak pon dekat lobby. Dah lah kami sampai-sampai masa malam new year haritu. Kami tak boleh masuk hotel melalui lobby, kami terpaksa lalu melalui loading bay, gila betul.

Tugas aku di Borneo Sabah dan Sarawak pon agak mendebarkan, tapi syokk sebab masyarakat sana peramah. Kesian jugak dengan cikgu-cikgu yang merayu minta transfer balik ke semenanjung, tapi apakan daya, aku tak ada kuasa untuk menolong. Cuma apa yang mampu aku tolong ialah bawak kes ini ke dalam kementerian. Citer misteri yang aku alami, syukur tak ada hantu di semenanjung tak ada duit nak naik Mas kot, haha. Apa yang aku cerita ni adalah sebahagian dari pengalaman aku, maaf jika tak seram, tak ada sedikitpon nak menjatuhkan perniagaan orang lain, apa-apa pon jumpa korang lagi dalam dunia FS, assalamualaikum.

Rin

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 5]

34 thoughts on “Aku Seorang ‘Event Manager’”

  1. Peerrgghhhh…
    Hidop ko ni mmg diselubungi misteri jer ekkk…
    Tp yg part amir dtg blk siap teman borak smoking bagai tu mmg sereeeemmm…
    Mmg haruuuu…

    Reply
  2. Sapa ckp xseram?? Berdiri bulu tengkok cheq baca story hang.
    Story misteri psal hotel2 kat malaysia nie memang dah sinonim sgt.
    Hantu Malaysia nie pon demanding jugak, dalam byk2 tempat,
    hotel jugak yang depa nak menginap. Adoi.. hahaha

    Reply
  3. Hotel kat BP ni jarang ada dengar ceritanya. TQ kerana berkongsi. Contoh2 hotel yang ada di BP ni contohnya Hotel Katerina.. Opppsss..contoh je..

    Reply
  4. seram cerita nya…cuma 1 jer la…

    aku pelik dgn hantu kt malaysia ni, kalau jadi menyerupai kawan, mesti skrip sama

    duduk depan orang tu, cakap “kau takut ea”,pastu bila orang tu dapat tahu; ‘hantu’ tu akan cakap “kenapa,ko dah tahu yer”

    memang dorang ikut skrip ke pe

    Reply
    • Tau takper..skrip lebih kurang je kalau dah kantoi tu..kalau manusia ni diciptakan takde perasaan takut, rase nak jugak jawab soalan cepumas tu kan..contohnye “a’ah aku baru je tau ni haa..nasib baik si amir ni mesej aku..kalau tak dah kene tipu dengan ko tadi..” kakaka..

      Reply
        • masalahnya yg hantar mesej tu bukan amir la….hantu tu jugak yg mesej dia…eh pelik ea hantu bole mesej2 bagai..cer kome mintak id weechat dia…ig dia ke…hahaha…adoiii

          Reply
    • Ampunkanlah ‘mereka’ itu…
      Diorg x msk kelas lakonan…
      Dialog tu pon hasil ‘diorg’ tumpang org2 tu bace blog seram…

      Reply
  5. Kita serupa part tv padam kat bilik hotel..tapi saya da ngantuk pikir tv ada timer terus saya pulak padam (tidurlah)

    Reply
  6. Hotel kat BP hotel apa eh..
    Sebab kalau nak kata katerina macam xlepas budget gomen je nak buat kat situ.
    Tp ada 3-4 hotel jgk yang sampai level 20.
    Teka teki sungguh..

    Reply
  7. Berserah jugak ko akhirnya ye masa kat Cherating.
    Tapi gila seram pengalaman ko yang ni. Tapi ko steady gak, siap boleh cakap tutup esbok.
    Tapi yang paling seram, bab Amir. Perghhh meremang tahap gaban !

    Reply
  8. Best giler citer ko
    Part Amir tu mmg extreme la
    Kita sangka kawan depan mata
    Skali ‘ko dah tau ker?’
    Kurang ajar
    Best2
    Teruskan

    P/S : Pakai nama pena eh. Senang sikit nak trace citer ko lepas2 nie

    Reply
  9. Muda bhai dia degree.. Jeles aku. Spm 2007 pastu masuk matrik, pastu 2012 habis degree. Hahha.

    Btw, cerita kau always win. Best! Hahah

    Reply
      • Tu la pasal.. Aku rasa kita sebaya kot. 26? Betul? Tapi Untungla.. Memang rezeki kau tu.

        Aku pun lmbat habis. Jenuh kot. Hahah. Aku kira dalam 5 tahun setengah. Habis spm aku masuk asasi. Dua tahun. Degree 3 tahun setengah. Sepatutnya 4 tahun. Tapi semangat aku yang berkobar-kobar nak kerja..semangat lah aku ambil subjek bebanyak setiap sem.

        Reply
    • terfikir2 la apa nama hotel tu..tau kt mana tpi lupa nama dia ape..sbbnya ada alur kecik..ada pasar ikan so tau la kt mana..cherating tapi berjiran dgn sg ular..hotel pon nmpk mcm buruk n haunted..

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.